Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all 2316 articles
Browse latest View live

PEMBERSIH MAKEUP SAFI MICELLAR NATURAL CLEANSING WATER

$
0
0
hai assalammualaikum


Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water, Diperkaya dengan Formulasi 100% Bahan Aktif Semulajadi Dan Tidak Memedihkan Mata

Pembersih Makeup safi Micellar Natural Cleansing Water - Sebelum bersihkan muka dengan pembersih muka, bila pakai makeup wajibla cuci makeup tu dengan pembersih makeup tau. Baru betul-betul bersih muka kita. Kalau terus cuci muka dengan pembersih muka, takut ada makeup yang tak hilang lagi, tu sebab boleh mendatangkan jerawat..hehee. Sekarang nad memang jaga muka, taknak jadi macm dulu. Untuk pembersih makeup, tak smeua kadang ok dengan kita, jadi pilihla mana yang bersesuaian. Ni nad nak bagitau, Safi ada keluarkan pembersih makeup uii..Nad dah cuba,memang best.

Safi Micellar Natural Cleansing Water rangkaian pembersih solekan " mesra Kulit " diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi yang lembut dan membersihkan kotoran dengan sapuan. Kadang ada pembersih muka yang boleh pedihkan mata dan keringkan kulit, tapi pembersih makeup safi tak. Rangkaian pembersih makeup Safi ini telah dibuat penyelidikan oleh SERI ( Safi Excellence in Research and Innovation Centre, makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia.

Tengok botol pun menarik. Ada tiga jenis variasi Pembersih Makeup Safi


1) Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose
- Botol berwarna pink, sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. Bau dia sedap, bau bunga rose. - Diformulasi dengan 100 % bahan aktif semulajadi Ros, ia membersihkan solekan kotoran denagn 1 sapuan serta mengicilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri.


2) Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
- Botol berwarna hijau dansesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat.
- Ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan mengawal jerawat, hasilnya kulit berseri tanpa cela.


3) Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber
- Botol hijau cair, warna timun, bau pun, bau timun..hehehe...Sesuai untuk semua jenis kulit
- Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun. Iamembersihkan solekan serta melembap dan juga menyihatkan kulit.Hasilnya kulit lembut dan bermaya.


Safi Micellar Natural Cleansing Water produk pembersih lembut berasaskan air yang jernih, menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilas, disamping mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi.

Telah diuji secara dermatologi, bebas daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna alkohol, Paraben, Propylene Gylcol dan semestinya Halal. Kombinasi formulasi manfaat alamiah dan bebas bahan kimia produk ini tidak memberikan kesan kekeringan ketika digunakan.

Kalau korang nak, korang boleh dapatkan di semua farmasi dan pasaraya berdekatan di Malaysia. Harga untuk Safi Micellar Natural Clenasing Water ialah RM17.25.

Untuk Maklumat lanjut dan promosi dari Safi, layari laman sesawang rasmi SAFI di
website: www.safi.com.my
Facebook: www.facebook.com/SAFIMalaysia
Instagram: www.instagram.com?SAFIMalaysia

GAMBAR CANVAS BABY FN SEBAGAI KENANGAN, REKA SENDIRI DI PRINTCIOUS

$
0
0
hai assalammualaikum

Gambar Canvas Baby FN Sebagai Kenangan, Reka Sendiri Di Printcious


Gambar Canvas, Reka Sendiri Di Printcious - Kalau korang pernah baca entry sebelum ni, nad pernah tunjukkan rekaan hadiah yang nad buat sendiri di Printcious. Korang boleh klik link ( Printcious Reka Hadiah Design Sendiri ) . Hadiah di Printcious bukan sahaja untuk beri kepada orang, untuk buat diri sendiri pun boleh sebagai kenangan. Yela, banyak gambar anak, gambar keluarga yang kita nak buat sebagai tatapan atau hiasan. Haritu nad design gamabr anak nad semasa bercuti di Cameron Highlands. Gambar tu memang menarik, jadi nad buat dalam bentuk canvas. Gambar tu pun dah selamat sampai ke nad..hehee. Sekarang baru nak cerita..hehee.


Masa sampai tu, tengok apa la besar sangat ni. Lepas tengok sender, baru tau dari siapa..ehhee. Bagus juga pembungkusan dia, sebab walaupun gambar canvas, tapi di bungkus dengan kotak dan dibalut dengan bubbles wrap setebal yang mungkin. Jadi gamabr tu sampai kepada nad dengan keadaan elok dan baik.



Tengokla gelagat anak-anak bila nampak muka diaorang dalam gambar..hehee..Teruja sangat tau..


Tengok, cantik sangat gambar canvas dari Printcious ni. Gambar tak pecah, warna sama, memang sebijik macam dalam gambar. Menarik sangat. Jenis canvas pun yang berkualiti dan tidak mudah rosak. Kayu pun jenis yang tahan lama ni.

Nad DIY sendiri dekat website Printcious. Harga pulak takda mahal mana, lagipun selalu Printcious ada buat diskaun. Memang murah!!

Kenangan gambar ni, nad letak dekat meja kerja nad. Hari-hari ngadap anak, masa buat kerja tengok muka anak..ehehe..Memang best buat hadiah atau abadikan kenangan dekat Printcious ni. Korang boleh usha
website: www.printcious.com
Facebook : https://www.facebook.com/printcious/
Instagram: https://www.instagram.com/printcious/

BERSANTAI SAMBIL MENIKMATI AISKRIM MAG A CONE MANGO MAGNOLIA

$
0
0
hai assalammualaikum


Magnolia Mag-A-Cone Mangga , Aiskrim Perisa Mangga Yang Sedap 

Magnolia Mag-A-Cone Mangga, Aiskrim Perisa Mangga Yang Sedap - Sambil bersantai, penat bermain, kita layan asikrim Mangolia terbaru iaitu Magnolia Mag A Cone perisa mangga. Aiskrim kon atau nad panggil cornetto magnolio perisa mangga ni memang betul-betul ada rasa mangga. Perisa baharu ini pasti menyerlahkan keunikan perisa Mangga yang lazat. Pembungkusan kuning terang produk ini memberikan gambaran terhadap buah mangga dari segi keharuman dan kelazatan rasa. Magnolia Mag-A-Cone Mangga ini pasti dapat menawarkan hati penggemar aiskrim dengan sensasi mangga yang bermutu dalam satu kon.



Aiskrim berwarna kuning, diletakkan cebisan serat mangga dan taburan sirap mangga sebagai lapisan hiasan atas aiskrim yang cukup memangkinkan selera, terutamanya pada cuaca yang panas. Musim panas ni memang sedap bila makan aiskrim. Sejuk je tekak ni. Magnolia Mag-A-Cone Mangga
yang baharu ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM2.30 untuk satu kon dan dalam bentuk pek yang mengandungi 4 kon aiskrim (dua Magnolia Mag-A- Cone Mangga dan dua Magnolia Mag-A-Cone Coklat) pada harga yang RM8.55. Kedua-dua ini boleh diperolehi di pasaraya mulai Oktober 2018.






Makan aiskrim bukan sahaja masa bersantai, malah dekat rumah pun boleh. Makan dengan orang tersayang seperti kawan karib dan keluarga pada setiap masa.

MENGENAI F&N CREAMERIES
F&N Creameries, Bahagian Aiskrim merupakan sebahagian daripada kumpulan Fraser & Neave, menawarkan portfolio produk aiskrim untuk memenuhi pelbagai segmen pelanggan. Syarikat ini berhasrat untuk menjadi pengeluar aiskrim utama yang terkemuka di pasaran ASEAN yang kini sedang berkembang pesat dan mengeluarkan jenama aiskrim sendiri iaitu Magnolia dan King’s kerana kesemua ini mendapat banyak portfolio dan menjadi kegemaran ramai sepanjang zaman.
Untuk maklumat lanjut berkenaan F&N Creameries, sila layari www.fnncreameries.com

MENGENAI FRASER AND NEAVE, LIMITED
Ditubuhkan pada 1883, Fraser and Neave, Limited (“F&N”) sebagai peneraju Kumpulan Pengguna Asia Tenggara, dengan mempunyai kepakaran dan kedudukan utamanya di dalam industri Makanan & Minuman serta Penerbitan & Pencetakan. F&N menyediakan sumber utama dan menetapkan strategik untuk subsidiari dengan menggunakan kepakarannya dalam bidang pemasaran dan pengedaran; penyelidikan dan pembangunan; jenama dan pengurusan kewangan; serta pengalaman pengambilalihannya. Disenaraikan di bursa saham Singapura, F&N merupakan salah satu syarikat yang paling berjaya di rantau ini dengan jenama terkenal dan mempunyai kepimpinan pasaran yang kukuh. F&N wujud di 11 negara merentasi Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat, dan mempunyai melebihi 7,700 pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang F&N, sila ke www.fraserandneave.com

SELAMAT HARI LAHIR FARHANA, GENAP SETAHUN 5 FEBRUARY

$
0
0
hai assalammualaikum



Genap Setahun Usia Farhanah 5 February

Selamat Hari Lahir Farhana - Tarikh 5 February, genaplah setahun usia anak ku yang kedua, Farhanah Nasuha. Memang kitaorang suami isteri rancang nak anak kedua, untuk bagi Fariza kawan. Itu pun bila usia Fariza nak masuk dua tahun. Teringat masa nak lahirkan Farhanah, sakit dari rumah mak. Kejap sakit kejap tak. Mula-mula sakit sikit-sikit je, lepas tu tengah malam, sakit sangat, mujur kakak masa tu dah masuk tidur. Malam tu call mr mafia suruh ambil bawa pergi hospital. Hospital pilihan kitaorang Hospital Shah Alam sebab dekat sikit dari rumah mak. Dalam perjalanan ke hospital memang dah sakit sangat, genggam tangan mr mafia ( dah macam dalam drama). Tarik nafasa, hembus, tarik nafas, hembus..hahaa. Mr mafia pulak bawa laju, tapi bila ada bonggol, ken aperlahan, takut terberanak pulak dalam kereta..kihkih. Cerita pengalaman bersalinkan Farhanah, korang baca la dekat link ni ( Farhanah Lahir Ke Dunia )

Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah masuk setahun dah usia Farhanah..nampak tak sekejap betul. Alhamdulillah, dari dia lahir sampai sekarang, memang mudah nak jaga dia. Allah bagi nad anak yang mudah dijaga. Sepanjang jaga dia, takda la susah sangat, nad banyak juga berehat. Sampai sekarang, memang dia seorang budak yang baik dan mudah dijaga..hehee.

Orang cakap, anak kedua ni berbeza sikit, lebih lasak, lebih banyak buat hal la..hahaa..Tapi biasalah kan, setiap anak perangai mesti lain-lain, takkan sama. Sedangkan nad dengan adik beradik pun memang lain-lain perangai. Farhanah Nasuha, bukan setakat mudah dijaga, malah cepat belajar. Usia dia 10 bulan, macam-macam dah dia tunjuk perkembangan dia. Memang cepat dari kakak dia.


Adik masa kecik, dia jenis mengutip, sampai sekarang nampak apa mesti masuk mulut, pulak tu semua cepat buat. Jenis budak, kadang-kadang dia satu-satu ambil masa, mula meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Tapi Farhanah, dia terus, dari meniarap memang mula-mula, lepas tu terus merangkak dan berdiri..hah, macam tu. Lepas dah berdiri terus berjalan. Dia tak ambil masa lama, laju dia ni. Bukan tu je, masuk 10 bulan dah pandai panjat tangga, panjat kerusi, naik atas meja..dasyat sangat..Nad yang pening..hahaa. Kalau dengan dia, memang tak boleh biarkan.



Farhanah, selalu usik kakak dia, kacau kakak dia, kakak marah mana pun dia akan kacau lagi..ahaha..Sebenarnya nak bermain denagn kakak, tapi tak tau lagi macam mana..Kakak kalau mood baik, layan adik baik, macam kaan, kalau mood tak baik, hah amiklaa..

Nad syukur, dapat anak-anak yang behave bila keluar..Dulu Fariza bawa keluar pergi event pun behave, sekarang adik pun bawa pergi event behave juga. Hah!!, senang keje mommy tau. Pergi berdua je pun takpe..hehe.

Banyak sebenarnya pasal Farhanah ni, hahaa..tapi nad boleh cakap, adik memang memudahkan dan tak banyak hal.



Mommy doakan Farhanah membesar dengan baik, jadi anak solehah dan sentiasa dengar cakap mommy dan daddy. Semoga apa yang mommy dan daddy ajar adik, adik akan ingat dan dengar. Love you..


CUTI RAYA CINA, JALAN-JALAN DI TAMAN BOTANI SHAH ALAM

$
0
0
hai assalammualaikum

Cuti Raya Cina, Jalan-Jalan Di Taman Botani Shah Alam Dan Sambut Birthday Farhanah

Jalan-jalan Taman Botani Shah Alam - Cuti Hari Raya Cina haritu, nad denagn adik beradik lain pergi jalan-jalan di Taman Botani Shah Alam. Lama gila tak pergi, dulu pergi masa zaman bercita kau..ahahhaa. Rancangnya nak pergi sini sebab nak pergi 4 musim tu, untuk February sepatutnya musim salji. Yes, kalau ke sini mestilah wajib ek 4 musim ni, tapi sayangnya, waktu kitaorang pergi, 4 musim tutup disebabkan masalah teknikal. Adoii,, stress pulak, dahla musim salji, tutup pulak. Nyampah tau..Sudahnya kitaorang jalan-jalan je la dalam ni.


Harga Tiket Taman Botani Shah Alam
Dewasa (12 hingga 54 tahun) - RM 3.00
Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) - RM 1.00
Warga Emas ( 55 tahun ke atas)- RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
Masuk Percuma

Bayaran Rumah 4 musim
Dewasa (12 tahun dan ke atas )
Musim lain - RM 3.00
Musim Salji - RM 5.00

Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun)
Musim Lain - RM 1.00
Musim Salji - RM 3.00

Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
Masuk Percuma

Bayaran Parking
Kereta/ Van - RM 3.00
Motosikal - RM 1.00
Bas / Lori - RM 5.00

Masuk je, terus naik bas, nak pergi ke rumah 4 musim. Tapi disebabkan 4 musim tutup, kitaorang sambut birthday Farhanah dalam kawasan taman yang ada di sekitar rumah 4 musim.




Kek ni, kakak ipar yang buat. Kek batik sebenarnya, kek batik kak iapr buat memang sedap, tak manis sangat. Memang sedap masuk tekak. Dia pun menjual sebenarnya kek batik ni. Mana yang area Meru Klang, bolehlalh tempah. Whatsup je 0123170752..memang sedap..




Dah sambut harijadi, kitaornag pun jalan-jalan pergi tengok apa yang ada dekat taman Botani ni. Dalam ni memang banyak aktiviti yang boleh dibuat.



Dalam ni ada pelbagai taman, kampung chalet dan tempat haiwan. Pakaian kalau ke sini, pakai je tshirt biasa dengan kasut. Baru selesa nak jalan jauh. Katanya kalau rumah 4 iklim masa musim sejuk, sejuk sangat, kakak siap bawak baju sejuk semua..hehee..Kalau nak masuk waktu musim salji so siap-siap bawak baju sejuk. Yang lain pakai tshirt baisa pun ok.

Dekat sini kemudahan semua lengkap la, ada bas kalau penat nak jalan. Ada basikal, bayaran tak tau berapa. Best naik basikal dekat sini dengan anak-anak. Sambil menikmati alam flora ni. Ada surau untuk solat. Kedai makan banyak oii..hahaa.. datang sini wajibla bawa duit.



Ada juga aktiviti skytrex, yang mencabar, flyfishing. Tu semua kene rujuk dekat laman web dia, mungkin kene book agaknya. Dan nad baru tau ada juga kolam renang dekat sini..Tapi tu semua kene tempah dulu. Jadi apa-apa korang boleh rujuk dekat laman web taman botani.






Kawasan macam ni memang sesuai bawak anak-anak, sebab tempat luas, diaorang bebas buat apa sahaja. Tapi kena jaga juga kan. Lagipun ada aktiviti berbasikal, dan haiwan. Kalau rasa nak pergi bawak anak-anak jalan datang la sini. Tapi bila pergi cuaca panas, memang panas ler..hehee


Video penuh korang boleh tengok sini..Ada jambatan gantung

SABUN MANDI TERBARU CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR

$
0
0
hai assalammualaikum


Masa Mandi Lebih Menyoronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar : Membersih Sambil Melembapkan Kulit Secara Semulajadi

Sabun Mandi terbaru Carrie Junior Bubbly Bar - Memang budak-budak, kalau nampak sabun mandi Carrie Junior, laju je nak mandi. Yela, sabun dia dengan packaging yang comel, dan berwarna tu memang menarik anak-anak nak mandi. Carrie Junior ada keluarkan produk sabun mandian terbaru, jenis sabun buku. Hah, kalau sebelum ni jenis dalam botol kan, kali ni jenis bubbly bar. Carrie Junior mengeluarkan sabun mandi terbaru iaitu Carrie Junior Bubble Bar.


Kalau dekat botol ada mainan di bahagian belakang, dekat bubble bar ni pun ada mainan yang akan korang dapat. Fariza dapat puzzle tu.

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar bagi memberi keseronokan lagi mandian anak-anak. Sabun ni buakn biasa-baisa sahaja tau, tapi sabun ni ada lukisan Gajah..hehee. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun, anak tengok pun seronok. dapat pegang gambar gajah tu. Bau dahla wangi.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.

Sebagai ibu bapa, mestilah sentiasa memastikan kulit anak terhidrasi dan dapat melembapkan kulit anak sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.





CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan dengan warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.



Bila ada sabun buku Bubbly Bar ni, anak-anak mesti lebih seronok di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

BEST INDOOR WALL CLIMBING DI ROCKY BASE CAMP AEON SHAH ALAM

$
0
0
hai assalammualaikum


Best Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam

Aktiviti Menyeronokkan Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam - Siapa kata dah jadi mak ni kene duduk rumah, kene dekat dapur je, tak boleh buat aktiviti ekstrem..huhu..Selagi badan kuat, mampu buat aktiviti sahaja, kita mesti buat. Sesekali buat aktiviti yang mencabar best juga. Salah satu aktiviti yang korang boleh buat wall climbing..ehehe..Amacam, ada berani tak!!. Kene cabar diri sendiri la...hehee. Dulu zaman muda remaja nak naik, tapi takda geng, kali ni pergi juga dengan kawan-kawan, semua mak-mak orang tau, cabar diri buat Wall Climbing. Wall Climbing ni jenis indoor, bertempat di Rock Base Camp Aeon Shah Alam Level 3.




Rocky BaseCamp (RBC) secara rasminya merupakan Pusat Mendaki Dalaman PERTAMA di Malaysia, yang menempatkan Tembok Mendaki Kelajuan Dalaman, berukuran 15 METERS tinggi. Dari luar je dah nampak wall climbing dia. Masuk sini perlu isi borang dahulu, maklumat parents dan anak. Wajib pakai stokin ye. Kasut disediakan dan sekiranya korang nak pakai kasut sendiri pastikan kasut tu bersesuaian.





Harga Indoor Wall Climbing Rocky Base Camp Aeon Shah Alam

Kalau naktau lebih lanjut berkenaan harga boleh massage mereka di facebook, atau instagram.

Semua akses
Junior: RM 23.58
Dewasa: RM 33.01
* Junior 4 - 14 tahun. * Dewasa 15 tahun ke atas. ( yang boleh bermain )

* Sila ambil perhatian: Setiap Pesanan Dewasa dibenarkan mengiringi sehingga maksimum 4 JUNIORS Pass Access pada satu-satu masa.
* Orang dewasa pertama adalah percuma, sahabat dewasa seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.

10 X Semua Akses
Junior: RM 188.67
Dewasa: RM 283.01
* Sila ambil perhatian: Akses Bundle RBC akan tamat tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
* Pemegang pas harus hadir pada masa penebusan.

Akses Explorer
Junior: RM 47.16
Dewasa: RM 56.60
Tawaran ini terbuka kepada Explorer dari semua peringkat umur setakat umur 4 tahun ke datuk nenek aktif.
* Sila ambil perhatian: Kelas ini akan dijalankan selama 1 jam.
* Kanak-kanak hanya akan berada di bawah pengawasan seorang Pengajar semasa sesi yang dijadualkan.

Sewa
Beg WT Chalk: RM 2.83
Belay Device: RM 4.71
* Semua gear sewa digunakan selama 2 jam setiap kali.
* Caj penuh yang dikenakan untuk gear yang tidak dikembalikan.



Pengajar Adalah Profesional Dan Terlatih

Sebelum mula, staff dekat sini akan bagi penerangan dan ajar dahulu cara kita nak memanjat dengan betul. Kita ni tau panjat je, tapi cara salah akan buat kaki, badan, tangan semua sakit..huhu. Jangan risau, dekat sini staff dia semua yang ada ciri-ciri kesukanan..Jadi diaorang dah tau selok belok berkenaan wall climbing ni. Kalau yang zero, nad pun takut nak naik tau..haaha. Tapi diaorang dah pro..haha. Pengajar dekat sini dah disahkan oleh Persekutuan Pendakian Asia Tenggara. Semua pengajar adalah profesional yang terlatih dan keselamatan pengunjung amat diaornag titiberatkan.

Dekat sini dari usia 4 tahun ke atas sehingga dewasa, sehinga yang larat la, boleh panjat wall ni. Bagus sangat sebab tempat ni family friendly. Jadi bukan boleh pergi dengan kawan-kawan sahaja, malah dengan keluarga, saudara mara pun boleh. Buat Gathering dekat sini.



Ok, dekat sini ada macam-macam jenis wall climbing korang boleh nampak dalam gambar, ada yang mudah, ada yang susah. Yang penting bila dah datang sini, kenala cuba kan.



Sebelum memanjat, mestilah ada tali keselamatan. Ajar cara pakai, cara pasang dekat besi semua tu.



Mulanya nad cuba yang KLCC tu, sebab nampak mudah je. Nak pegang dia pun senang..hehee..Mula panjat macam, " eleh senang je"..sampai dah separuh jalan, weii terus terketar lutut. Terpandang bawah, lagi laju jantung ha.hahaa. Kalau yang jenis gayat atau cepat tangan basah, memang seriau..ehee. Tapi nad cuba nak sampai atas, rugi kalau tak cuba selagi boleh. Dekat atas sekali ada loceng, jadi kalau korang dah sampai ats, goyang loceng tu menandakan korang dah berjaya sampai ke atas..Yeahh nad berjaya!!!..ching..ching..ching..haahhaa.. ( berlagak, padahal tengah ketar lutur semua ). Dah sampai jenuh pulak nak turunnya..hahaa. Walaupun staff dah ajar, tapi ko teragak-agak, takut pulak terhantuk dinding hah!!!..Tapi berjaya turun juga akhirnya..hahahaa..

Bila dah main sekali, nak main lagi, satu lagi jenis bola ni nad berjaya juga sampai atas.


Nad ada cuba juga part paling susah. Tengokla batu dia, jarak-jarak. Yang ni memerlukan seorang untuk jaga tali. Staff yang jaga tali untuk bahagian ni, mempunyai sijil khas. Hah!!, bukan sembarangan orang boleh jaga bahagian ni. Memang susah weii..walaupun staff tu tolong, tapi kita kene usaha sendiri juga. Bahagian ni, kena lompat sikit untuk capai batu seterusnya, tapi nad mampu sampai separuh je walaupun staff bagi support suruh buat juga..hahaa..Tak mampu nak lompat lagi.

nak tengok nad panjat sampai ke atas, boleh tengok dekat facebook. Klik link https://www.facebook.com/nadia.johari.96 , video nad panjat ada..

Tempat Family Friendly

Memang tempat ni menarik untuk pergi. Lagipun tempat memang Family Friendly. Selain ada aktiviti pendakian, ada aktiviti lain untuk kanak-kanak. Macam kanak-kanak bawah 4 tahun pun boleh datang sini, sebab ada taman permainan indoor dia. Jadi bolehla letak anak-anak dekat situ, yang penting ada penjaga. bUkan untuk 4 tahun je, yang rasa diri dia budak-budak boleh main..hehee.




Macam nad pergi haritu, hari bekerja, Hari Isnin, jadi takda orang, staff boleh tengokkan anak-anak tu sekejap sambil mak ambil pengalaman buat aktiviti wall climbing ni...hehee. Kalau ramai orang memang sesak juga tempat ni.

Hah, korang, macam mana, rasa nak buat aktiviti Indoor Wall Climbing boleh datang ke Rocky Base Camp Aeon Shah Alam ni..Boleh je buat gathering, family day ke, apa-apa la dengan kawan-kawan, saudara mara, kawan ofis, keluarga semua menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama kerana  semua dapat menikmati dan tetap bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan menarik. Rocky Base Camp nia da dua tempat, satu dekat Aeon Shah Alam nad pergi ni, satu lagi dekat tebrau, Johor.




Kitorang mak-mak dah naik..hehee..meh la cuba

Untuk maklumat lanjut boleh layari
Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/

GEMPAK BETUL MAIN VR (VIRTUAL REALITY) DI AIR ON PARK AEON SHAH ALAM

$
0
0
hai assalammualaikum

Gila Gempak Main VR ( Virtual Reality ) Di Air On Park Aeon Shah Alam

Gila Gempak Main VR ( Virtual Reality ) Di Air On Park Aeon Shah Alam - Ni salah satu tempat lagi yang korang kena cuba bila pergi Aeon Shah Alam. Kalau nak rasai permainan VR ( Virtual Reality) atau AR ( Augmented Reality ), permainan maya tapi bila pakai penutup mata tu akan jadi nampak macam real ok, depan mata kau. Boleh rasa macam mana orang berperang, bertarung macam dunia realiti. Dapat pegang pistol yang besar gedabak tu..hahaa..Acah-acah hero la..hahaa.



Air On Park ni dekat Level 4 Aeon Shah Alam. Lepas je nad buat aktiviti Wall Climbing, nad pergi pula ke Air On Park ni. dekat sini pun Family Friendly juga. Nampak kecik tempat dia, tapi menarik, sebab ia bukan sahaja tempat untuk bagi orang dewasa bermain, untuk anak-anak, tempat ni lebih kepada pembelajaran dan fun yang lebih mencabar. Memang bagusla. Meh tengok gambar nad  ni ok.

Air On Park, ada tiga jenis permainan berlainan, iaitu Edutainment Zone, Fun Zone dan VR/AR Zone. Setiap zone ni harga dia lain-lain tau.

VR ( Virtual Reality) atau AR ( Augmented Reality ) Zone.
Ni merupakan tarikan utama di Air On Park iaitu permainan VR ( Virtual Reality) atau AR ( Augmented Reality ). Dekat sini, ada pelbagai mesin dan pelbagai jenis permainan yang ada. Mesin-mesin yang ada ni terdiri daripada permainan berperang dengan zombi, pahlawan, roller coester dan macam-macam lagi la. semua permainan dekat sini perlu pakai penutup mata tu. Kita pun kurang pasti apa orang panggil..haaha.











Penutup mata tu la yang akan buat kita seperti berada di tempat realiti. Macam zombi, memnag nampak la zombi tu seram walaupun dia dalam bentuk kartun macam tu, tapi bila datang dekat ayoyo..hahaa. Dekat sini ada permaianan yang main seorang, berdua dan berempat.




Hah ni kitaorang perang dengan zombi. Nad ni dah la pertama kali main, main tembak jela..hahaa.Datang pulak zombi kecik sampai ke besar..hahaa.

Tengok dalam gamabr macam ntah apa-apa ntah akan..haha..tapi orang yang apaki cermin mata ni diaorng tengah bertempur dengan zombi..hahaa..nampak real kau dalam gelap semua tu..huu..bayangkan kalau betul-betul.


Kalau korang rasa nak cuba untuk bahagian roller coaster, hah cuba yang ni, ada yang duduk ada yang baring. Buakn roller coaster je, ada lagi lain tapi jenis yang memang berpusing-pusing kau..hah!!, menjeritla kau dekat situ, dan konfirm orang yang tengok akan gelakkan aku..ahha..tapi peduli apa, dah kita masuk, main la semua kan..hehehe..Terketar lutut weii..gugur jantung tau..


Senapang paling besar..hahaa..Ada berani, sapa buat hal tu meh cek tembak..Nak tengok aku main, boleh ke link https://bit.ly/2BAJS1I

Harga Untu VR/AR Zone
Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
Permainan taktikal ~ ONE Entry:  RM 55.00
Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00

Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00
Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00


Edutainment Zone
Zon ini bahagian pembelajaran. Dari baby sampai dewasa boleh masuk ke sini. Banyak permainan pembelajaran yang ada dekat sini yang budak-budak boleh buat. Macam lego, melukis, bermain muzik. .









Lantai ni menarik sangat. Bila dipijak dia bergerak. Bila Farhanah tengok dia pun ketawa..hehe.

Banyak la budak-budak boleh buat dekat sini.

Harga Edutainment Zone
1 jam pas: RM 35.00
2 Jam Pas :RM 45.00
2 jam x 4 penyertaan : RM 140.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Edutainment & Zone Fun): RM 60.00

Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00


Fun Zone
Ni pulak bahagian permainan yang lebih mencabar, unik, dan luas. Dekat sini permainan dia jenis jaring-jaring, halangan. bagus untuk anak-anak biar dia lebih berani main permainan macam ni. Fariza mula takut, tapi ada staff bantu, dia pun berani dan lama-lama dia naik sendiri.




Dekat sini ada permainan blok dan gelongsor.




Nad masuk yang jaring-jaring ni pun struggle tau..ehhee..Memnag bagus permainan dekat sini..


Mak pun nak happy-happy..hahaa..


Dan paling seram, gelongsor merah ni oii..tinggi yang amat..Diaorang panggil " Devil Slaid "..Memang devil sangat kau..mana taknya..seram, tinggi, eeee..Dah datang and pun cubala..hahaa.Sekali cuba, adoii ngerii, gayat semua ada. Staff ajar suruh duduk je jangan baring, tapi bila dan tergelongsor, tak boleh nak tahan badan ni memang terbaring..hahaa..sakit sikit la kepala takde sakit sangat..syaitan sangat gelongsor ni..ahaha..tapi bestla tengok korang hati kental tak, jenis berani ke tak..hahaa..

Harga Fun Zone
2 Jam Pas : RM 35.00
2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00


Jadi kalau hari korang nak bawak keluarga, kawan-kawan boleh datang sini. Diaorang mesti suka sebab lain dari yang lain. Asyik main yang sama je, boring la kan. Oh disaranakn bawa baju sejuk, sebab dekat Air On Park ni sejuk juga la.

Untuk maklumat lanjut layari
Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/


TIPS MUKA SENTIASA LEMBAP DAN CERAH, AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE JAWAPANNYA

$
0
0
hai assalammualaikum

Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya

Rahsia Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya - Walaupun nad seorang surirumah, jarang keluar, nad tetap jaga muka, tetap pakai basic skincare routine supaya muka sentiasa cantik berseri. Paling penting jangan lupa pakai moisturizer muka tau, sebab moisturizer tu la buatkan muka kita jadi lembap dan tak kering. Kalau korang ingat atau nampak moisturizer yang nad guna sekarang, moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, nad ada post dekat facebook dan instagram, pernah juga cerita  di blog, boleh tekan link SINI, memang dah jadi peneman setia nad sekarang moisturizer ni. Aqua Whitening Cream ni la rahsia yang buat muka nad sentaisa lembap dan cerah.

Aqua Whitening Cream, berasakan water drop


Kalau sebelum ni, nad kongsi berkenaan produk tu, kali ni nad nak share perubahan yang nad alami setelah sebulan menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni.

Kulit semakin lembap dan Cerah
Kalau sebelum ni, nad memang jarang pakai moisturizer, sebab kebanyakan moisturizer buat muka jadi melekit dan berminyak. Tapi sejak pakai Aqua Whitening Cream, muka nad jadi lembap selalu walaupun cuaca panas terik. Muka dah tak kering dan makin bertambah cerah. Aqua Whitening Cream ni jenis water drop, bila sapu je akan keluar titisan air. Titisan air tu la yang membuatkan muka lembap selalu, dan ia meresap dengan lebih cepat dan tidak melekit.

Muka makin anjal dan glowing

Bila nak keluar, nad tak lupa sapu Aqua Whitening Cream, bagi memberi pelindungan kulit muka dari cahaya matahari. Nak keluar menghadap cuaca panas terik  pun dah tak risau.

Kulit jadi glowing dan anjal
Dengan kandungan Niacinamide; penggunaan konsisten bukan saja dapat melembapkan kulit, ia juga dapat mengembalikan keanjalan kulit dengan mencegah penuaan. Memang setiap hari, nad akan sentuh kulit muka nad, perempuan biasalah, kalau kulit dah cantik nak sentuh je..hehe. Nad rasakan kulit nad bertambah lembut dan tak kasar. Bila muka dah lembap ni, memang dia buat muka makin anjal dan glowing. Kalau sebelum ni, nad buat video pun teragak-agak, tapi sekarang, nak video untuk tutorial makeup ke, atau apa-apa la tanpa pakai makeup pun confident giler..hehee.

Jerawat hilang dan tiada kesan parut
Bestnya, Aqua Whitening Cream ni,juga mampu merawat kulit muka kita. Kandungan ekstrak herba dalam bahan produk ini berupaya membaikpulih dan merawat masalah kulit kering, tona tidak sekata, kulit radang sebab sunburn atau kulit sensitif yang kemerah-merahan (redness).

jerawat, kemerahan hilang sedikit demi sedikit

Haritu, tiba-tiba je jerawat keluar, mungkin nad tertekan, yela dengan kerja, dengan anak lagi dan tak cukup rehat. Nad memang sentiasa pakai Aqua Whitening Cream ni sebab ia juga berfungsi untuk merawat. Setiap hari tak kira siang dan malam nad pakai aqua ni, dan tak sangka, jerawat yang ada ni mengecut dan hilang tanpa meninggalkan bekas pun..seronok giler..yela selalu kan kalau ada jerawat, mesti tinggalkan parut..

Aqua Whitening Cream sebagai asas makeup

Aqua Whitening Cream Sebagai Asas Makeup
Kalau sebelum ni, nad keluar, mesti pakai makeup tebal-tebal sikit, semenjak pakai Aqua Whitening Cream, setiap kali keluar, sebelum makeup, nad akan apply dahulu Aqua Whitening Cream ni jadikan dia sebagai basic makeup. Selain nak lindung kulit  kita dan bagi lembap, Aqua Whitening Cream mampu buat makeup kita tahan lebih lama. Muka pun nampak cantik je, makeup sekata je dari pagi sampai ke malam.

Krim berwarna putih yang ringan dan tidak melekit

Titisan air yang keluar akan meresap ke dalam kulit 

Kandungan utama Aqua Whitening Cream :
Camellia Japonica Seed Oil
- Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah
- Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri !

Bahan utama lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Banyak Kebaikan Aqua Whitening Cream

Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream:
- Memberi kesan kelembapan yang tinggi ke kulit sepanjang hari
- Segarkan semula kulit - Kulit anda berasa sejuk & lembut
- Kawalan lebihan minyak / sebum
- Pemutihan kulit
- Menghidratkan kulit anda.
- Meningkatkan nada kulit yang tidak sekata
- Mencerahkan nada kulit
- Menenangkan kulit sensitif dan kulit yang kukuh
- Pembaikan kemerahan dan kulit terbakar yang rosak
- Bahan semulajadi, tumbuhan, menenangkan kulit
- Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum memakai make up
- Digunakan waktu pagi dan malam

Untuk pengetahuan korang, produk Hansaegee Nature yang berasal dari Korea ini telah lama berada di Malaysia tau. Kebanyakan produk mereka banyak mendapat feedback positif. Nad pakai ni pun sebab nampak feedback kawan-kawan. Nad pun share la pengalaman dan perubahan nad alami ni dekat korang pulak. Setiap skincare yang kita guna mestilah dipakai sekerap mungkin dan konsisten kalau nak hasil yang memuaskan. Memnag nad syorkan moisturizer ni dekat korang.

Hansaegee Nature

Untuk Matlumat Lanjut :
Company name: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





GLAM LOOK MAKEUP DENGAN ALTHEA MAKEUP

$
0
0
hai assalammualaikum


Glam Makeup Dengan Althea Makeup

Glam Makeup Dengan Althea Makeup - Hah, ingat tak sebelum ni nad unboxing eksklusif Althea Makeup. Sebagai salah seorang Althea Angels, memang kitaorang la akan rasmikan dulu dan share best atau tidak produk terbaru Althea ni dekat pembaca. Apa yang nad boleh cakap, semua barang makeup eksklusif Althea memang best sangat. Cabaran kitaorang , perlu " menconteng" muka kita dengan Eksklusif Althea Makeup ni. Maksudnya kena makeup la..ehhee..Jadi nad pun dah sahut cabaran tu. Nad memang suka makeup muka ni walaupun tak pakar..ehhee. Tapi tak salah kita mencuba kan. Dalam banyak-banyak gaya, nad pilih untuk buat Glam Look Makeup. Nad gunakan semua produk Althea makeup. Jom tengok.


Korang boleh tengok video tutorial makeup nad buat. Macam nad katakan, nad tak pro tapi nad mencuba..huhu..



Pertama sekali, nad pakai Skin Relief Spot Fil Gel. Skin Relief ni diletak di bahagian muka kita yang ada jerawat sahaja. Janganla tepek semua muka, sebab skin relief gel ni bila dipakai ia akan jadi tegang, macam gam. Guna sedikit sahaja, bagi mengeringkan jerawat dan melindungi kulit itu serta membuatkan solekan diterapkan tanpa ada kesan. Bestnya, ia juga boleh rawat jerawat kita, kerna ia mengandungi minyak pokok teh dan campuran Centella dan daun pinus mengekstrak kemerahan yang tenang, merawat jerawat. Jadi masa pakai makeup tu dia kasi tutup jerawat..hah!!..kornag boleh klik Skin Relief Spot Gel kalau nak cuba.




Selepas tu nad apply  Flawless Creamy Concealer Althea. Concealer Althea ada 4 jenis warna iaitu Vanila, Ginger, Honey dan Mocha. Nad pakai di bahagian mata yang panda, bahagian hidung, bahagian ada jerawat, dan juga buat sebagai shading di bahagian rangka tulang pipi..Nad pakai semua nak tengok macam mana hasilnya..

Hasilnya woww sangat. Althea Flawless Creamy Concealer ni memang best sangat tau. Menariknya sebab ia full coverage, yang mana semua bekas jerawat, dan jerawat tak nampak langsung. memang menakjubkan..ehehe.Kulit nampak licin dan sekata je. Formula concealer ini dibuat dengan Aquaxyl untuk melembapkan dan memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit, sementara sifatnya yang tahan lama memastikan ia tetap di wajah anda sepanjang hari.

Korang kalau nak beli, boleh klik Flawless Creamy Concealer




Seterusnya, kita conteng bahagian mata pulak. Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise. Cantik sangat warna dia tau. Pakai je mana-mana dan blend. terus jadi cantik..ehehe. Eyeshadow ni mudah diblend dan warna dia memang sangat pigment tau. Ikutla cara nak blend macam mana. Sunrise & Moonrise! merupakan kerjasama Bunga Citra Lestari. Bunga Citra Lestari adalah penyanyi Indonesia yang telah menghiasi layar di seluruh Asia Tenggara. Dia juga ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan.

Macam nad, first nad ambil #1 shimmery nude, lepas tu apply #2 matte light brown, seetrusnya #5 rich brown bagi buat bahagian tepi sahaja. Lepastu ambil #8 cool puprle letak dibahagian tepi..Last sekali ambil #4 metallic gold, letak di tengah-tengah. Bagi nampak mata berkilau gitu.


Macam mana, ok tak..ehhee..Nampak glam tak. Nad belajar dari youtube..hehee. Korang dapatkan Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise ni tau. Boleh klik Eyepallete Sunrise & Moonrise





Memang kalau boleh nak pakai semua, tapi nanti over pulak..hahaa.. Nad bagi tambah mata berkelip dengan memakai Spotlight Eye Glitter. Nak bagi namapk berkelip-kelip mata..hahaa. Mula nad fikir nak letak dekat garisan mata tu, tapi jadi lain pulak, terus nad sapu je dekat mata. Lepas tu letak bawah mata. Aarrghh memang pedih la, meleleh air mata..hahaa..sensitif kalau tak pernah pakai..hahaa. Tapi memang lawa. Ada dua warna Gold Light dan pink light.Boleh klik di Spotlight Eye Glitter. Murah je.



 Last sekali mestilah bahagian bibir. Pergh, Watercolor Cream Tint Althea memang semua warna dia menyerlah..kadang takut nak pakai warna menyerlah-menyerlah ni..hahaa. Tapi tak salah pun pakai, bibir nampak seksi kau..hahaa. Nak pakai sikit-sikit pun boleh. Mempunyai 4 warna yang berbeza #01 Plum Cream, #02 Strawberry Cream, #03 Peach Cream dan #04 Marron Cream. Semua rasa macam buah..hahaa. Nad suka peach..

Dapatkan OFF 10% pada Tint Set Krim Watercolor yang dilengkapi dengan kotak hadiah istimewa! Boleh bagi hadiah  untuk rakan-rakan, keluarga, atau diri sendiri! Klik Watercolor Cream Tint


Jadi macam mana tengok nad pakai, ok kan semua Althea Makeup ni. Apa tunggu lagi, dapatakn you alls..
Website : http://my.althea.kr/
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV

YONG TAU FU SEDAP DI PASAR MALAM PANDAN JAYA

$
0
0
hai assalammualaikum

Yong Tau Fu Sedap Di Pasar Malam Pandan Jaya - Kalau hari sabtu tak masak, mesti ajak mr mafia pergi ke pasar malam. Pasar malam dekat dengan rumah setiap selalu ada hari Sabtu dan Selasa. Pergi apsar takda beli makanan beria sanagt pun, tapi aklau datang mesti wajib beli Yong Tau Fu abang ni..hahaha. Ni sebab mr mafia yang suka makan yong taufu dia ni, nad ikut je. Lama-lama makanmemang sedap , sebab kuah dia, sambal tu yang mengangkat selera. Lagipun abang ni layan customer ok je.



Anak perempuan dia selalu tolong dia menjual. Berdua jela.




Ni la Yong Tau fu dia. Biasalah Yong Tau Fu kan ada macam-macam jenis yang kita boleh ambil. Hah pilih-pilih..


Kalau macam sesetengah tempat takda sambal, tapi abang ni ada sambal, kuah hitam tu. Lepas tu mr mafia suka mintak sup yang digunakan untuk rebus bahan-bahan ni. Boleh la asing-asing kan kuah.

Memang ramai pelanggan datang kedai dia. Memang sedap.


BERJAYA PISAHKAN FARIZA DENGAN SUSU BADAN

$
0
0
hai assalamualaikum


Berjaya Pisahkan Fariza Dengan Susu Badan - Teringat nad masa mula-mula dapat Fariza, mula menjadi ibu, zero berkenaan susu badan. Masa mengandung, ada la nad baca berkenaan cara susukan anak denagn betul. Tapi, biasalah, baca dengan realiti tu lain ok..hehee. Bila dah beranakkan Fariza, terus nurse suruh susukan dia. Terkial-kial hah. Tapi nurse dekat situ ajar nad, dan lama-lama nad pun ok susukan Fariza. Setiap ibu, mesti nak susukan anak denagn susu badan, ada yang tak dapat, jangan salahkan mereka. Mereka dah buat sebaik mungkin.

Nad ingat lagi, mula-mula tu memang susu tak keluar dengan banyak. Tapi nad teruskan juga susukan Fariza dengan susu badan. Selama sebulan, Fariza masih menangis, menangis dan menangis setiap malam. Penat badan dan otak masa tu..dh la pengalaman pertama jadi mak. lepas sebulan, nad bagi dia susu botol. Ya dia minum. lepas tu masuk dia 3 bulan, nad ambil minuman supplement, tiba-tiba nad boleh rasa " breast" penuh air. Jadi keras. Tanya kakak, akak cakap tu susu ko la tu. Uitt...hahahaa..Apa lagi terus susukan Fariza. Masa dia tengah menyusu pun boleh rasa susu tu mengalir..hehee.

Akhirnya nad berhentikan dia susu botol, terus nad susukan badan. Sampai la umur dia 3 tahun. Alhamdulillah, dapat susukan anak dengan susu badan.

Masa nad disahkan mengandung, ramai cakap suruh biasakan Fariza denagan susu tepung guna botol susu. Pernah juga nad bagi, kadang nak, kadang taknak, tapi banyaknya taknak. Dia masih nak susu badan. Bila tak dapat meraung. Nad pula masa tu jiwa tak kental. So tawakal, bagi je susu badan walaupun menagndung. Alhamdulillah semua ok sampailah adik dia keluar..hahaa..

Masa adik menyusu, dia lagila nak menyusu. Dah macam susukan kembar. Masuk umur dia 4 tahun, mommy terpaksa juga pisahkan Fariza dengan susu badan. Masa tu memnag bagi susu tepung dengan botol. Mula-mula memang dia akan meraung semua tu. Masa ni, jiwa nad dah kental sikit, hahaa..memang nak pisahkan dia denagn susu badan. Jadi nad biarkan dia nangis, lepas tu buat susu botol. Dia tak habis, biarkan, asalkan dia minum sikit. Bila dia penat dia terus tidur, dan esok pagi mesti meraung nak susu. Tapi nad teta buat susu botol. Lama-lama bila dia dah paham tak boleh, dia mintak sendiri susu botol..hahaa. Senang..


Nad buat masa umur dia 4 tahun sebab, usia ni dia dah paham apa kita cakap. Jadi, bila buat selalu dia akan paham dan mintak sendiri. Sekarang dah takda susu badan, hanya susu botol. Yeahhh..adik je ni sekarang tengah menyusu..hehee. Memang orang cakap bagi sampai bila-bila, kalau badan orang tu kuat takpe, nad tak larat dah..hahaa..

Nad takda la buat bubuh apa-apa dekat puting breast sebab takkan menjadi punya. Jadi tunggula dia paham apa kita maksudkan. Masa tu biar dia nangis, sedangkan dia dah besar, nak nangis sampai bila..ehhee. Tu cara nad, cara ibu lain ada juga. So ikut kesesuaian mana korang nak cuba ok.

SUSUN ATUR : CARA KEMAS BAJU DALAM ALMARI

$
0
0
hai assalammualaikum

Cara Kemas Baju Dalam Almari - Almari ni memang dah ada masa nad kawin dengan mr mafia. Bilik ni pun memang khas untuk pengantin. Tak sure ni bilik arwah mak mertua atau siapa?, sebab masa masuk dalam rumah ni bilik ni memnag dah dihias dan siap dengan set perabot bilik tidur ni. Jadi, memnag kitaorang tak beli almari, katil semua tu. Dah ada ni pakai jela. Nad cuma cantikkan, letak jela barang makeup semua..hahaa.


Almari ni, memang ni sahajala, jadinya baju nad dengan suami memang satu almari ni je. Nampak tak, cukup ke satu almari ni? baju tak banyak ke?..haahaa. Pandai-pandai kemas bagi semua cukup. Sebenarnya almari ni untuk baju kurung nad, baju jubah, baju kemeja suami dan baju tshirt dia je. Baju tshirt nad ada dekat laci almari cermin tu..Nakk buat macam mana, kita pakai mana yang ada. Jimat!!!...hehee..


Paham-paham jela orang laki, kita dah kemas, susun cantik lipat elok baju dia, tapi bila dia ambil, zapp, habis semua jadi tunggang langgang. Stress bila buka almari ni..hahaha. Memang dah lama nak cari box untuk letak tshirt mr mafia ni bagi nampak susun dan tak bersepah. Fikir, kotak macam mana sesuai? Kalau kotak sahaja, mesti sama je, dia nak cari baju dia, tunggang langgang baju dalam kotak. Sampaila nad tengok barang dekat Shopee ( pembeli online tegar di Shopee..hehee). Nad taip organize clothes. Paham-paham jela, dekat Shopee, macam-macam jenis barang ada.

Storage Box large Capacity Fordable Oxford Cloth Storage Box Steel Frame-66L

Scroll punya scroll, nampak Storage Box large Capacity Fordable Oxford Cloth Storage Box Steel Frame-66L. Tengok ok, ada zip bahagian atas dan bahagian depan. Jadi senang nak kemas dan ambil. Zip bahagian depan, senang nak ambil baju, takde la tercari-cari bawah baju apa, dan apa. lepas nampak, baca spesifik dia. Yang nad tengok ni jenis 66L. Macam-macam lagi kelebihan dia.

Tak terus beli lagi, baca pulak feedback dia. Ramai komen dan paling penting tengok gambar orang bagi. Woww memang besar dan bagus. Apa lagi masuk cart. Nad beli 3 kotak terus..hahaa.


Hari Isnin kot beli, hari Rabu dapat, harini la..hehee. Dapat je terus buka..pergh, memang besar dan muat untuk semua baju tshirt mr mafia. Terus berkobar nak kemas baju dia.


Meh layan video ni, nad kemas baju mr mafia. Bukan baju je, nad kemas sekali kain langsir yang terpaksa disimpan dalam almari baju ni juga. Biasalah rumah mak mertua, banyakla barang dia.



Siap kemas..tadaaaa..nampak tak perbezaan dia. Namapk kemas sikit. Baju gantung tu memang semua baju nad pakai. Tak boleh dah nak susun lagi macam mana..hahhaa.Tu dah kira cantik..hehe. Hah, lega sikit mata ni bila buka almari, tak nampak bersepah. Cantik ok..kemass..fuh..berbaloi beli kotak tu.

Harga kotak ni RM14.50, shipping Rm4.55. Korang kalau nak boleh tekan link SINI.

Idrop Clothing File

Nad ada beli satu lagi benda untuk nampak baju kemas dan teratur. Benda ni kawan nad yang bagitau. Dia cakap benda ni dah viral..hahhaa. Nad pun tak tau. Diaorang kata benda ni ada dekat Mr DIY, tapi haritu kitaorang pergi, dah habis. Masa nad cari storage box ni, tak sangka keluar benda tu, apa lagi terus ambil beli..hahaa.


Benda tu ialah Idrop Clothing File Organizing System. Bentuk benda ni macam file, tapi ni untuk baju..hahahaa. Nad guna untuk baju tshirt dalam laci. Tu cara nad susun. Okla, dia tersusun rapi.





Hah ni rupa dia kalau korang nak nampak lebih jelas..hehee. Nak ambil pun senang. Kalau korang nak, boleh tekan link dekat SINI.

Jadi, korang rasa kemas kan..

KENAPA DUCKSCARVES DIGEMARI WALAUPUN HARGANYA MAHAL

$
0
0
hai assalammualaikum


Kenapa DuckScarves Digemari Walaupun Harganya Mahal?

Kenapa DuckScarves Digemari - Haritu nad dapat hadiah daripada kawan mr mafia, dia bagi nad tudung Duck. Nad post je dekat facebook, semua macam woww je..hahaha. Siapa yang taknak dengan DuckScarves ni kan. Semestinya nak, tapi disebabkan harganya yang mahal, terpaksa la diaorang tengok je..Mana yang mampu beli, ya beli kan, ada je orang sanggup beli DuckScarves ni dengan harga RM800. Kalau orang bagi hadiah, macam nad ni, mestilah terima dengan hati terbuka..hahaa.


Harganya tu boleh beli berpuluh helai tudung atau shawl dengan harga murah tau..hahaa. Kalau beli ikan, barang dapur cukupla untuk beberapa bulan.

DuckScarves keluaran Fashionvalet, pengasasnya ialah Vivy Yusof, seorang yang cantik dan berjaya. Nad tengok Vivy ni dalam tv memang bgus dalam kerjanya. Team yang bekerjasama dan selalu buat aktiviti untuk team dia. Tak heran kalau tudung dia mampu terjual walaupun harga yang mahal.


Ok, nad pun dah cuba pakai Tudung Duck ni, memang best sangat. Tak lembut, mudah dibentuk dan terletak elok je dekat kepala. Corak pun cantik je. Tapi tu la jarang..hehee.

Cara pembungkusan dia pun menarik dengan kotak berwarna ungu. Kemas elok je kan. Siapa yang tak tertarik.

Tetiba usha instagram Duckscarves..hahaha..mampu tengok je la..Terima kasih kepada yang memberi.




HANYA RM10 UNTUK 3 PLASTIK BAJU DI TAPAU SAB EVENT JALAN JALAN JAPAN ONE CITY SKYPARK

$
0
0
hai assalammualaikum

Murah Betul!! Hanya RM10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan Jalan Japan One City

Hanya RM10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan-Jalan Japan - Dah lama nad nak pergi Jalan Jalan Japan  ni, sebab ramai cakap barang dia semua murah. Semua barang ada, dari pakaian wanita, lelaki, kasut, sampai la ke barang baby. Barang yang ada dekat Jalan Jalan Japan ni, barang bundle, tapi sekarang ramai je yang suka bundle kan, asalkan barang tu elok dan masih boleh dipakai. Haritu nad pergi ke Jalan Jalan Japan untuk Tapau Sab event dekat One City. Tapau Sab event ni merupakan jualan akhir bulan yang diadakan pada Hari Sabtu sahaja. Menariknya Tapau sab ni, korang boleh dapat berpuluh baju dengan hanya RM10 untuk 3 plastik tau..hah!!!..best kan..Tapau sab ni berada dekat tingkat ats di kedai Jalan Jalan Japan.

3 Plastik 26 Helai Baju Hanya RM10

Hah!!, ni nad nak tunjuk 3 plastik ni, nad muatkan 26 helai baju ok..hahaa. Harga untuk 3 plastik dengan 26 helai baju hanya RM10..Percaya tak..hahaa..Kadang nad pun tak percaya, hebat juga nad masukkan 26 helai baju dalam 3 palstik kecik ni..hehee. Kena pandai lipat,pandai isi dalam plastik, jangan sampai terkoyak. Satu plastik boleh masukkan dalam 15 ke 20 plastik.

Tapau Event Jalan Jalan Japan

Tak percaya, nah nad kasi tunjuk harga dia..hehee. RM5 untuk 1 plastik, RM10 untuk 3 plastik. Korang pilih je baju yang disediakan ( hanya kawasan tertentu yang telah disediakan untuk Tapau Sab ), pilih seberapa banyak korang nak. Ada baju untuk wanita dan kanak-kanak. Semestinya baju kanak-kanak jadi perhatian. Tapi nad pun ambil baju nad tau..hahaa. Pengalaman pilih baju dekat Tapau Sab memang best walaupun penat. Nasib mr mafia layankan je isteri dia pilih baju, malah dia tolong cakap, " sayang tu ada baju baru di letak "..hah cepat-cepat isteri pergi tengok. Staff dekat situ akan topup baju mana yang dah kurang..hehe.

Pilih Baju weii..nasib ada pembantu..anak dara tu

Mujur ada anak yang baik hati, tolong mommy dia masukkan baju dalam bakul..hahaa. Mommynya ke sana, dia ikut ke sana tolak bakul, mommynya ke sini, dia ikut juga..hahaaa. good d

Banyak pilihan baju

Skirt..tapi semua pendek

Ni pun pendek..Tapi ada beli juga seluar pendek cantik..pakai dekat rumah je..hehe

Cari baju je la..lengan panjang

Pening nak pilih..hahaa

Pelbagai jenis baju ada tau dekat sini. Lengan panjang, lengan pendek, baju sejuk, baju kasual, baju tidur, eh macam-macam la. Kalau korang cari betul-betul, dapatlah baju yang elok dengan corak yang menarik dan berkualiti. Lagi kalau korang datang awal, lagi banyak baju cantik korang boleh dapat. Nad pun sampai dalam pukul 11 lebih. Nasib masa tu tak ramai orang lagi dan pilihan baju banyak. Kebanyakan baju nad tengok banyak lengan panjang, skirt pulak skirt pendek,..sayang sangat. Nad ambil la baju lengan panjang, untuk anak pun lengan panjang, buat baju jalan atau pakai rumah. Saiz pulak ada macam-macam jenis saiz.

Dah pilih, masukkan sebanyak mungkin baju dalam bakul tu..hahaa. Nak penuhkan bakul tu sampai menggunung pun boleh..

Hah masa untuk melipat

Lipat kecik-kecik..beg plastik kecik je

Baju biru semestinya amik..ehhee

Ni pun cantik..ambil..hahaha

Dah rasa puas pilih baju, dah puashati dengan baju yang ada, bawa ke meja, letak dan mulakan lipatan..hehee. Hah!!, part ni memang kena pandai ye, sebab nak masukkan dalam plastik sebanyak yang boleh. Lipat sekecil-kecilnya ok. Kalau baju budak tu memang boleh lipat kecil giler. Dapatla satu plastik masuk dalam 15 helai baju. Memang nad lipat sekecil boleh..hahaa.

Ok masukkan dalam plastik

Sumbat elok,elok..

Ok ngam..sumbat lagi ada ruang tu

Lepas dah siap lipat, mintak plastik dekat staff yang jaga dekat situ. Hah, dia cakapla nak berapa. Semestinya nad ambil 3 plastik. Tak cukupla satu plastik ok..Hah, nampak tak berusaha nad sumbat bagi banyakkan baju diisi dalam satu plastik. Gigih nak isi semua baju yang nad ambil dalam plastik tu..heheeheh.

Yeah dapat tiga plastik..26 helai baju ok

Yeahh, muka seronok sebab dapat 3 plastik baju ni. Dalam ni ada 26 helai baju..hahaha. Kita suka, kita suka.. Baju yang nad pilih pulak cantik-cantik..hahaa.


Lepas tu, korang bawak plastik ni ke kaunter pembayaran untuk bayar. Layan video nad masa dekat Tapau Sab Jalan Jalan Japan One City. memng pening nak pilih..ahaha.

Tips Untuk TapauSab Event
- Jualan akhir bulan pada Hari Sabtu, datang awal untuk dapatkan baju yang cantik
- Pergi ke Tingkat atas.
- Ambil bakul yang disediakan
- Pilih baju yang berkenan di hati, masukkan dalam bakul seberapa banyak yang boleh.
- Lipat baju sekecilnya untuk memuatkan lebih 10 baju dalam satu plastik.
- Pastikan dapat 3 plastik sebab harga murah giler, cuma RM10 sahaja.
- Pergi ke kaunter pembayaran dan bayar..1 plastik RM5 dan 3 plastik RM10..

Budak-budak ni happy jela datang  Jalan Jalan Japan

Tengok satu bakul dia punya

Ya kasut ni dia pilih

Budak berdua ni pau mommy dia mainan. Sebab diaorang behave, mommy belanja..hehee. Ala, kalau tak pun, mommy beli, sebab harga dia murah betul..hehee.

Dua plastik besar bila balik..Berat oii sampai kaki jengket

Tengok, 2 plastik besar nad bawak balik. Memang berhantu betul Jalan Jalan Japan ni. Patutla orang ramai datang sini. Harga barang dalam ni murah sangat. Walaupun preloved, tapi ada barang yang dalam keadaan baik.

Ni dia baju yang nad rembat dekat Tapau Sab

Tadaaa...kasi susun elok-elok baju yang and pilih. Nampak kan, semua baju lawa. Dapatla ambil baju untuk anak-anak, seluar dan baju untuk mommy. Fuh..semua baju ni harga RM10..so percayalahhh!!!..

OOTD pertama

OOTD kedua..baju ni cantik

OOTD 3 saja amik jaket..ahhaa

OOTD empat..dengan anak pulak..dia nak juga..tu baju budak nad ambil..baju nad tu tshirt seklai hoodie

OOTD kelima..anak beranak..nad jaket, Fariza baju tshirt, adik baju berbulu. Ni semua dekat Tapau Sab.

Nad kasi OOTD nad pakai baju yang and grab dekat Tapau Sab Jalan Jalan Japan One City. memang baju dalam keadaan elok semuanya dan cantik. Sesuai dipakai waktu jalan atau di rumah. Pandai nad pilih kan..hehee. Untuk anak-anak pun muat. Ada yang seluar longgar tapi disebabkan cantik kita ambil la..ehhee. Boleh je letak getah nanti. Nad ada ambil seluar dengan skirt, tapi pendek so tak tunjukla. Letak gambar je dekat atas tu. Boleh pakai dekat rumah.

Korang yang suka baju preloved, nad sarankan datang ke Tapau Sab event ni setiap hari Sabtu akhir bulan. Dahla murah, banyak baju yang korang boleh dapat.

Nak tengok apa yang ada dekat Jalan Jalan Japan dengan barang apa nad rembat selain baju boleh cek dekat highlight ig story Jalan Jalan Japan nad ok.

Nak tau lebih lanjut berkenaan Jalan Jalan Japan ni boleh layari
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : https://www.jalanjalanjapan.com.my/
Facebook : https://ms-my.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Instagram :  https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/






PENAT SANGAT FARIZA, TERTIDUR MASA TENGAH STUDY

$
0
0
hai assalammualaikum

Penat Sangat Fariza, Tertidur Masa Tengah Study - Fariza, bila bangun dari tidur, terus cari mainan dia, pergi main. Main sampai puas, lepas tu cari pulak buku suruh nad baca. Kemudian ulang balik main dengan adik dia..dan seterusnya. Bila waktu makan, memang akan makan bersama-sama. Sekarang, dia memang jarang tidur petang. Kadang mata dia tu tahan sampai ke malam..Aktif sangat.

Harini, dia main sepuasnya sampai ke malam. Malam ni je dah dua kali dia mintak botol susu. Nampak sangat haus dia. Lepas tu makan malam. Mau tak kenyang perut tu. Lepas makan, main la kan. Nad pula, layan tv. Sambil tu layankan dia juga. Lepas dia puas main, dia akan ambil buku dan pen. Dia belajar la apa dia nak buat. Kadang ambil buku ABC, kadang ambil buku cerita. Kadang buku tulis, dia tulis la apa dia suka.



Malam ni, masa tengah study, mula dengar dia nyanyi-nyanyi sambil menulis, kemudian tengok senyap pulak..lor tidur rupanya..hahaha. Penat sangat main, makan, minum, kenyang mata pun dah ngantuk.

Pen pun masih dekat tangan lagi tu..alahai anak. Kesian dia penat sangat. Dapat belajar sikit pun jadi la..hehee.

MASAKAN TOMYAM JADI SEDAP DENGAN PES THAI TOM YUM

$
0
0
hai assalammualaikum


Masakan Tomyam Jadi Sedap Dengan Pes Thai Tom Yum - Bukan nad sorang je suka makan tomyam, ramai yang suka makan tomyam kan.  Kalau dapat rasa tomyam macam dekat kedai Thai tu,  pergh memang terangkat la. Sebelum ni dekat rumah,  nad kalau masak tomyam guna tomyam adabi atau yang kiub tu. Bila masak,  mesti rasa kurang menyengat, kurang kaw la.. Hahaha. Lepastu nampak kawan pakai pes Thai Tom Yum dalam botol tu. Ramai kata sedap. Teringin juga nak rasa, ramai kata sedap dan mudah nak masak.

Haritu pulak nampak kawan si syahirah dia pergi ke Padang Besar, nampak pulak dia pos gambar pes Thai Tom Yum yang nad nak cuba rasa tu. Sebenarnya ada je orang jual online, tapi ntah kenapa tak terbeli-beli..hahhaa. Dengan Si Syahirah juga nak beli. Mungkin sebab kawan dan dipercayai..hahaa. Terus dm dia cakap nak Thai Tom Yum tu, terus order. Nad beli yang kecik dulu, sebab nak rasa macam mana rasa dia. Kang terus beli yang besar, tak sedap dah sayang kan.


Dan haritu sampai dah pes Thai Tom Yum ni dekat nad. Bagus dia, siap balut dengan kertas banyak-banayk, sekali masuk dlam kotak kasut..hahaha. Yela botol kaca kan. Takut pecah..Mujur selamat sampai ke nad tanpa sebarang kerosakan.

Semalam, nad memang cadang nak makan tomyam. Bahan-bahan semua dah ada, dan bahan utama yang senang mestilah pes Thai Tom Yum ni. Tak sabar nak rasa. Baca dekat botol macam mana gunakannya. Ok dia cakap macam campak-campak je..hahaa.

Cara nad buat pulak
- Masukkan air dalam periuk, setengah air, tunggu air mengelegak. Kemudian masukkan 4 sudu pes Thai Tom Yum. Sebab nak rasa kaw dia tu.
- Masukkan ayam pulak, biarkan masak seketika.
- Hah!!, lepas tu masukkan pelbagai jenis sayur. Ya, nad suka masukkan banyak-banyak sayur kalau buat tomyam. Sayur kobis bunga, lobak, cendawan, jagung kecik.
- Nad masukkan juga daun limau purut dalam ni, bagi naik bau sikit.
- Lepas tu bairkan sampai masak..Siap..hehe



Memang senang,mudah dan cepat masak tomyam guna pes Thai Tom Yum ni..menyengat..


Mr mafia yang tak berapa suka makan tomyam bila nad masak guna kiub atau pek adabi tu, jadi suka makan tomyam bila masak guna pes Thai Tom Yum ni...memang sedapla kan..

Makan tomyam, diratah macam tu pun sedap, hirup kuahnya..nyumnyum..Ni nad pertama kali guna pes Thai Tom Yum ni. lepas ni boleh beli yang besar pulak.

SAYUR CAMPUR MASAK SOS TIRAM KEGEMARAN FARIZA

$
0
0
hai assalammualaikum

Sayur Campur Masa Sos Tiram - Siapa tak suka makan sayur, mestilah adakan. dalam keluarga nad yang kurang makan sayur, en suami..hahaa. DIa makan, tapi ada sayur tertentu je. Jenis memilih sikit dia tu. Tapi nad dengan anak-anak, kitaornag jenis tak kisah makan apa. Mudah nad masak bila anak-anak ikut jejak mak ni..hahaa..Nad memang suka kalau masak sayur campur ni, sebab ada pelbagai jenis sayur ada. Sayur campur nad suka macam sayur kobis bunga, lobak, jagung kecik dicampur denagn sayur kacang buncis. Sayur macam ni memnag ngam dicampur.


Harini nad masak sayur campur sos tiram Bagi rasa lain sikit, kalau tumis sahaja pun boring juga kan. Ala buatnay senang je. Potong kesemua sayur kecik-kecik. Lepas tu basuh bagi bersih. Potong bawang merah dan bawang putih. Kalau nak letak cili, potongla cili. Tapi nad tak letak cili pun.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau semerbak. Masukkan sekali sayur lobak dahulu, sebab nak bagi dia masak. Lobak kan keras. Nak bagi dia lembut..kemudian masukkan sayur lain, kubis bunga, jagung dan kacang buncis. Gaul sama rata.

Kemudian, masukkan sos tiram, garam. sedikit air..Gaul dan biarkan amsak seketika..Lepas tu siap, dah boleh hidang dan makan.



Fariza ni masa mula-mula suka makan lobak je, pastu nad ajar makan jagung , dengan kubis bunga ni, lama-lama dia pun suka. Makan sayur kan bagus. Kalau dia nampak lobak, terus suruh masak lobak. Kadang rebus je lobak tu, letak garam sikit, bagi dia makan gitu je dia makan..hahaha..

Okla kan anak suka makan sayur..

LANTAI KACA DI SKYPARK ONE CITY

$
0
0
hai assalammualaikum

Lantai Kaca Di Skypark One City - Haritu pertama kali nad datang ke One City Shopping Mall dekat Puchong. Nad dah lama tau pasal tempat ni, cuma nak pergi tu kena tunggu mr mafia free. Then hari Sabtu haritu kebetulan dia free, nad ajak la datang sini. Sebelum tu plan nak nad ajak dia pergi ke Jalan Jalan Japan, kedai preloved barangan Japan yang ada dalam One City Shopping Mall ni. Kmeudian baru pergi ke Lantai kaca dekat rooftop Skypark One City ni. Tarikan nak ke sini sebab lantai kaca tu je..hehehhe.

Macam nad pertama kali datang sini, jadi tengok tempat dia luas dan besar. Kedai macam tak banyak, tapi katanya ada tempat pagung wayang, tak sure pulak belah mana. Lepas tu bahagian ats ada pelbagai tempat makanan. Apa lagi terus tanya pak guard macam mana nak pergi ke atas , lantai kaca tu. Pak Guard tu suruh naik lif, tekan " R"..dekat rooftop. Terus naik lif, dah sampai atas..Masa nad pergi panas gila..hahaa..



Tapi tak kisah,nak juga bergambar dekat lantai kaca ni..hehe. Angin dia sepoi-sepoi bahasa ok..sedap je..walaupun panas, dapat angin macam ni, jadi sejuk..hehehee. Ajak anak-anak sekali bergambar..Diaorang follow je apa mommy diaorang suruh..hehee. Lantai ni kecik je, takde besar mana, tapia da dua tempatla. Masa nad pergi tak ramai orang pun.


Ala kaca je, takdela cuak mana..hahaa..( bayangkan macam dalam video youtube yang tiba-tiba dia buat corak retak, mau tak terkejut..hahaa)..Masa t tengahari, tak berapa nampak bahagian bawah, nampak escalator je..Kalau tunduk lagi, baru nampak bawah..hahaaa..



Anak kita siap cakap, "mommy,mommy ade oyang (orang) "..ahhahaa..Selamba je tengok bawah..Boleh nampak ground floor tu..

Dekat atas ni banyak tempat makanan dia. Area atas ni bukan setakat untuk makan-makan dan lepak, malah boleh buat event dekat sini, macam majlis kawin, majlis dinner ke..apa-apa jela..





Dekat atas ni best, sebab banyak pokok..hahaa..Rasa nyaman je..Dekat-dekat belakang bokok tu la ada kedai..ala, korang lalu je nampak banyak kedai makanan.

Pemandangan dari atas ni, nampakla kereta dan bangunan-bangunan..Ok la dah merasa naik ke atas ni..hehee..Best juga tempat dia. Kalau datang malam mesti lagi menarik.


HILANGKAN MATA PANDA, EYEBAG DENGAN RUBY BULGARIAN ROSE HYDROGEL EYE PATCH

$
0
0
hai assalammualaikum

Hilangkan Mata Panda,  Eyebag Dengan Ruby Bulgarian Rose Hydrogel Eye Patch - Kita ni kalau tak cukup rehat,  tak cukup tidur,  mulalah ada eyebag,  mata panda ni. Kalau tengok cermin,  memang tak lawa. Mana taknya,  hitam dekat bahagian bawah mata..huhu.. Selalunya, kalau nak bagi mata segar,  nak hilangkan eyebag dan mata panda ni,  guna cara tradisional,  dengan menggunakan timun. Tepek je dekat mata. Tapi rasa macam tak berkesan pulak,  sebab timun tu tak melekat betul dekat mata. Pernah juga nad guna krim, ok jugala, kurang mata panda. Lepas tu, ternampak pulak satu produk ni dekat Althea untuk bawah mata,nampak kiut je. Terus grab.


Ni la dia produk nad guna sekarang untuk hilangkan mata panda,  eyebag tu,  Ruby Bulgarian Rose Hydragel Eye Patch. Packaging dia cantik kan,  warna pink dengan ade corak rose.


Belum pernah lagi nad cuba eyepatch gel ni. Bila nad buka je,  bau dia wangi sangat,  bau rose. Bila dipegang, ia seperti ade gel di situ. Bentuknya pula melengkung,  sesuai la diletak bawah mata. Terletak elok je dekat mata. Hah! ! Macam ni la elok.

Cara pakai pun senang je. Ia ada sediakan satu sudu kecil,  untuk kita ambil eyepatch gel ni dengan senang.  Kalau ambil dengan tangan memang susah,  sebab dia akan lari, yela ade gel. Macam korang pegang belut,  terlepas je. .Sebab badannya licin. .Hahaha. .Macam tu la nad boleh cakap. .


Dah ambil tu, letak dekat jari dan lekat bawah mata. Sejuk je mata tau.

Ruby and Bulgarian Rose Eye Patches diasaskan dengan ekstrak Bulgarian rose and powder ruby ​​untuk mencerahkan kulit dan meningkatkan keanjalan semasa menghidrat dan menenangkannya. Dibuat dengan teknologi hydrogel yang dapat memegang 90% air, keajaiban kecil ini menghidratkan undereye halus dan membolehkan nutrien untuk menembusi kulit dengan berkesan.


Setakat ni nad pakai ok je. Takda gatal,  lagi mata elok adela..hehee. Mata panda pun semakin berkurangan.  Ia sesuai dengan semua jenis kulit.

Kelebihan Ruby Bulgarian Rose Eyepatch.
- Menghidrat, menenangkan dan menyejukkan
- Mengurangkan bengkak dan mencerahkan bulatan gelap
- Mematuhi dengan baik ke kulit untuk memudahkan permohonan

Bahan-bahan utama
Serbuk Ruby - Mengandungi mineral untuk memastikan kulit tetap sihat
Asid hyaluronik - Humektan yang menarik kelembapan pada kulit, menjadikan ia lembap dan lembut
Ekstrak air Rose - Menghidratkan mendalam dan menenangkan kemerahan dan menjaga kulit supaya sentiasa muda.


Bagi korang yang ada masalah mata panda tu,  bolehla cuba guna Ruby Bulgarian Rosee Eyepatch ni. Nak dapatkannya,  tekan je link DI SINI.
Viewing all 2316 articles
Browse latest View live


Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>