hai assalammualaikum
Legoland Malaysia : Theme Park Legoland ( Mini Land ) - Seperti yang dijanjikan nad nak sambung cerita Legoland kita..hehehe..Lepas je check in nama dekat
Lobi Hotel Legoland, masuk hotel pun pukul 4 petang, jadi taknak membuang masa, kami terus pergi ke Theme Park. Hotel dengan Theme Park dekat je..keluar je..terus je jumpa..
Inilah die pintu masuk Theme Park. Wajib amik gambar dekat sini menandakan korang dah sampai dekat Legoland..hahaha..Nak bagitaula, sebelum masuk, tempat die bukan bertutup ade aircond tau..jadi siap-siap tahan panas..hehe..kalau tak tahan, bawak payung, pakai topi..Takut kalau hujan beli baju hujan..Kamera penting..hehehe..
Hah!! sebelum masuk mesti kene ade tiket masuk Theme Park ni..korang boleh beli dekat sini. Masa kitaorang pergi takdela ramai sangat orang..huhuhu..
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (Jam 10 pagi - 6 petang ).
Waktu operasi akan dibuka lebih panjang pada hujung minggu, semasasekolahdan cuti umum.
Taman inidibahagikan kepadaenamkawasantema yang mengandungi persembahan legoyang menarikdiciptakandalamskalakecilmenggunakanlebih 30 jutabatalego. disarankan nak masuk sini kene merantau secepat yang boleh..takut korang tak puas..sehari memang tak cukuppp...T_T..tapi dapat jugakla jejak...
1) Miniland : Asia In Lego Bricks
2) Imagination :
3) Lego Technic
4) Lego Kingdoms
5) Land of Adventure
6) Lego City
Tengok banyak tempat kan..tapi sekarang nad nak cerita berkenaa dengan Mini Land..Sebab kat sini la banyak bangun-bangunan yang diperbuat daripada Lego.
1) MINI LAND : ASIA IN LEGO BRICKS
Mini land di Theme Park Legoland ni semuanya diperbuat daripada berjuta lego. Unik kan, tapi reka bentuk dia nampak seperti betul-betul bangunan yang betul. Miniland ini mengambil masa selama tiga tahun untuk siap. Yang bestnya, setiap miniland yang dibuat mempunyai bunyi yang tersendiri..hehee..
Terdapat 17 bandar-bandardannegara yang berbezadi seluruhasiatermasukkuala lumpur, Johor Bahru, Singapura, Brunei, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines and vietnam.
Semuanya cantik-cantik belaka. Bestnya budak kecikla..nampak macam gergasi kalau diaorang masuk dalam tu..hehehe..seronok je diaorang..nasib nad dah besar..kalau tak dah lama masuk..hahaa..
Ok layankan gambar dulu..ehehe
Tengok gambar nampak macam besar je kan..hehee..tapi sampai sana takdela besar..ni kamera punya power..hehehe..
Ini lah die Mini Land di Legoland..cantik, kemas semuanya..hah ape lagi..tertarik tak..pergi la legoland tu..hehee..
Satu kawasan dalam Theme Park Legoland dah cerita, Next entry tentang 5 kawasan lain di dalam Theme Park..hehee..tungguuu...
Entry sebelumnya boleh baca dekat sini: