Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

MANDI MANDA DI AIR TERJUN SUNGAI GABAI HULU LANGAT

$
0
0
hai assalammualaikum


Sungai Gabai Hulu Langat

Mandi Manda di Sungai Gabai Hulu Langat - Sabtu lepas, keluarga datang ke KL, rumah nad. Diaorang saje nak lepak rumah nad. Lagi-lagi adik nad, tak pernah lagi datang rumah nad, sebab sebelum ni dia sibuk kerja. Asyik ajak keluarga lain pergi rumah nad, sebab nak tengok rumah nad macam mana..haha. Akhirny impian dia tercapai..hehehe.

Nad suka je kalau keluarga datang rumah nad dekat KL ni. Memang bila diaorang datang, rumah ni penuh, yela campur lagi dengan budak-budak. Tapi nasib baik cukup untuk diaorang tidur. Rumah nad jenis memanjang dekt ruang tamu. Jadi tidurla mereka dekat ruang tamu ni. Suasana mcm balik kampung, tidur rami-ramai tu..hahhaa. Tapi kali ni, mak ayah dengan keluarga abang tak datang.

Bila keluarga datang, esok, mesti akan keluar ke mana sahaja tanpa dirancang. Tapi selalunya pergi air terjun la. Macam sebelum ni, pergi ke Sungai Congkak. Kali ni pergi ke Sungai Gabai Hulu Langat. Pergi dekat-dekat je. Mr mafia dengan suami lain rancang pergi KLCC, mandi manda dekat swimming pool tu je. Tapi, tak jadi, sebab panas. Yela dekat situ kan terbuka, cuaca panas, walaupun sesuai untuk budak-budak, tapi mak budak ni yang tak best..hahaha.


Jadinya, perancangan bertukar ke air terjun. Ingat nak pergi Air Terjun Sungai Tekala, tapi mr mafia cakap pergi jela Sungai Gabai. Walaupun asyik bertukar je, sampai juga ke Air Terjun Sungai Gabai.


Bunyi air terjun tu best je. Nyaman, segar, tenang je. Ramai juga orang mandi dekat sini. Sampai je terus cari tempat. Nasib masa tu ada pondok, takda orang. Itulah port kitaorang..haaha.Port dekat dengan gerai juga.


Ada naik lagi tangga kalau nak port yang best. Tapi disebabkan ramai sangat anak-anak, kakak-kakak pun malas nak naik, jadinya mandi manda dekat bawah ni jela. Bawah ni pun best.





Kat bawah pun tak ramai orang mandi manda. Fariza dengan anak buah lain, dah tak sabar nak mandi. Sampai je terus budak-budak ni terjun. Ni pertama kali Fariza mandi dekat Air Terjun. Nad pun baru perasan, tu pun mr mafia yang bagitau. Sebeluk ni mandi swimming pool je. Nad mampu tengok jela. Best sangat, memang rugi tak mandi. Tak boleh mandi oii, jaga si kecik Farhanah ni. Kalau tak, nad pun dah lama terjun..hehehhe. Fikir nak salin baju tu yang malas.. Tak nampak pulak mana tandas untuk, salin baju..hahaha





Takpela, kita tukang ambil gambar dan video je la. Sambil-sambil nad dengan kakak dan adik pun ambil gambar..hahaha. Cantik kan Air Terjun Sungai Gabai ni. Memang port sesuai nak ambik gambar ni. Ada jambatan lagi.



Mandi manda sampai pukul 5 petang. Masing-masing dah kesejukan. Sebelum balik pun ambil gambar. Kihkihkih. Memang susah nak ambil satu family, waktu macam ni la boleh ambil.


Masing-masing seronok dan kepenatan. Dalam kereta tidur terus budak-budak ni. Ok, lepas ni plan bercuti tempat lain pulak..hehehe

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>