Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

MAKAN STEAK SEDAP DI OLD SCHOOL STEAKHOUSE TTDI

$
0
0
hai assalammualaikum


Makan Steak Sedap di Old School Steakhouse TTDI - Bila kau teringin nak makan steak, sekali kau dapat, ya ampun, gembira tak terkata..hehee..Dapat pulak makan steak yang bukan biasa-biasa, steak yang jenis premium kualiti punya, isi tebal, masak sempurna, lembut, perghh, memang terbaik.steak dekat Old School Steakhouse ni uiii...Restoran steak ni di di Jalan Datuk Sulaiman Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.


Masuk dalam restoran je, terus rasa terpukau dengan suasana dia. Rasa macam romantik-romantik gitu. Dengan lampu yang malap, suasanan yang senyap macam tu..Walaupun ada anak, kau tolak tepi jap, sebab nak rasa feeling macam waktu bercinta dengan suami ya..haahhhaha..






Tengok sahaja ruang tempat makan yang disusun cantik. Memang sesuai sangat bawak kekasih, isteri, suami, keluarga atau kawan la ke sini..ehhee..Pekerja dekat sini pun peramah. Antara kerusi biasa denagn kerusi merah, mestilah pilih untuk duduk di kerusi merah..hehee..lawa kan kerusi dia, besar pulak tu.

Ok dah, ni nad nak kongsi menu steak yang nad makan..hehee..Dekat sini, memang banyak menu pilihan steak yang ada. Kalau korang rasa tak tau nak pilih mana, bagitau je dekat pekerja yang ambil order tu, macam amna rupa steak tu..apa menu yang terbaik dekat restoran ni..mana la yang korang rasa nak tanya, pekerja jawab je..hehee..

Masa order ni, pelayan tu ada tanya, steak nak masak well done atau medium well..Masak well done tu masak penuh la, medium tu macam separuh masak. Nad mintak dua-dua, means order nad punya ada steak, nad mintak medium, husband punya well done..so kita boleh tau mana lagi ok..





Sebelum makan steak,  akan dihidangkan dengan appetizer dahulu iaitu semangkuk mixed salad dan roti. Untuk salad ada tiga jenis sos yang korang pilih iaitu thousand island, tartar sos dan olive oil. Semua sos ni buatan sendiri, katanya la..ehhee..

Settel appetizer, apa lagi, makan berat la pulak..hehee..steak dah sampai..yeahhhh..


Untuk steak nad order Surf & Turf Delight. Set ni ada separuh lobster, grilled fillet steak, kentang, jagung dan sayuran lobak, brokoli dan kobis. Nad pilih ni sebab ada lobster..hehee..Memang kitaorang ni gila seafood tau..kihkih..Memang set ni, portion dia besar dan nampak banyak..Grilled Fillet steak nad punya ni, nad mintak medium  punya masakan. Lobster tu dibakar dengan cheese dan mashroom. Kentang tu atasnya ada diletak serunding dengan sayur sup.


Lobster ni bukan dekat sini tau, tapi diimport dari Norwegian, beef pula dari Australia..Jauh dia terbang you alls..sebab tu sedap je bila makan. Lembut dan berjuicy tau..Lobster tu, walaupun separuh tapi macam banyak je..ehhee..Isi pun banyak..haishh teringat sampai sekarang.



Kentang tu memang lembut dimakan pulak dengan serunding, lain dari yang lain..hehee..Memang orang cakap puas hati dapat makan la..hehee..



Mr mafia pulak, dia order Ribeye Steak. Set ni ada steak, sayur lobak, brokoli dan kobis, jagung dan kentang yang diletak serunding dan daun sup. Yang ni kitaorang mintak masak Well Done. Beef ni tebal betul..Tapi tak liat dan lembut je masa dipotong. Bila masuk dalam mulut tu, memang sedap sangat " tutup mata sambil menikmatinya"..hehee..

Makanan ni kitaorang kongsi, belah separuh-separuh, jadi, nad dengan suami dapat rasa...hehee.. Antara masakan medium dengan well done, kitaorang suami isteri lebih suka masakan medium. Sebab lagi lembut..hehee..Anak pun suka makan yang medium cook punya..Steak dekat sini memang dimasak dengan sempurna, digrill dengan perfect. Nampak je hitam dekat luar tapi rasanya tak hangus, lagi sedap, juicy tau..




Untuk anak-anak, Fariza dan Farhanah, nad orderkan spageti..Memang makana kegemaran diaorang. Spageti ni kuah bukan kosong je, tapi kuah dia dicampur dengan seafood. Ada udang, mushroom apa lagi, alamak lupa pulak..hhaa..Siap ada brokoli, lobak dan kobis. Memang Fariza dan Farhanah layan sangat makan.


Untuk air, nad pilih air manggo, epal jus dan lychee.


Hidangan pencuci mulut, kitaorang pilih banana spilt..Paham jela makan dengan budak-budak mestilah mintak aiskrim. Selalu banana split ni hanya pisang dan aiskrim, tapi dekat sini ditambah dengan jelly..Memang layan makan.


Kalau korang datang dalam group yang besar, dekat sini, ada set untuk 4-5 pax orang makan..Tomawak set. Set tu ada Tomahawk steak Australia yang beratnya 1.2-1.3kg, 8 pieces buffolo wings dengan bino cheese..mixed salad, spageti olio, kentang goreng dan dinner rolls and butter..Hah, nampak tak..set ni kalau dikongsi memng best ye.


Untuk makan malam pulak, ada set special juga. Boleh tengok gambar di atas..Kira makan set sekali ada dessert. Boleh je order steak lain, tapi nad nak bagitau ade set dinner special ni..hehee.. elokla bawak pasangan ke sini, makan set dinner special ni..mesti orang tersayang suka tau..auchh..Nad pun dah terharu bila dapat makan steak ni..heheee..




Memang gembira perut ni dapat makan steak tau..hehee..Steak pulak yang diimport dari luar negara dan premium kualiti punya..memang terbaik. Puas hati dapat makan sini. Korang kalau nak cuba makan steak dekat Old School Steakhouse ni, boleh datang ke
Alamat Lokasi : No 14 Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala lumpur
Waktu Operasi : 11 Pagi - 11.30 malam
Phone : 03- 7732 0336
Facebook; https://www.facebook.com/oldschoolsteakhouse/
Instagram: https://www.instagram.com/old_school_steakhouse/





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>