Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

MINGGU KEUSAHAWANAN & PKS DI PAHANG BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DENGAN PELBAGAI AKTVITI

$
0
0
hai asslammualaikum

Minggu Keusahawanan & PKS Di Pahang Berlangsung Dengan Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti - Ingat tak, sebelum ni, nad ada war-warkan Karnival Minggu Keusahawanan & PKS akan berlangsung di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang dan karnival itu telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya pada 26 hingga 28 Julai lepas. Karnival ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui SME Corp. Malaysia dan PKS Wilayah Timur dan Jelajah Informasi Usahawan Pahang (JIUP) 2019.



Perasmian Minggu Keusahawanan & PKS 2019 zon Pantai Timur telah disempurnakan oleh YB Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Bin Ngah

Karnival ni dilaksanakan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi negara dan ini  memberi peluang kepada usahawan PKS tempatan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan kepada umum mengenai produk dan perkhidmatan.

Nad tengok karnival ni mendapat sambutan ramai, dan berlangsung dengan meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Pada waktu pagi acara MB Fun Run & Ride 2.0, tengokla ramai betul yang join ye. Flag Off  dilakukan oleh YB Encik Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kerajaan Negeri Pahang & Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia..Seronok tengok aktiviti macam ni.








Ada juga pertandingan E sport yang memang mendapat sambutan hangat..Bab ni ramai yang hebat..hehee..Nampak tak ramai anak muda yang join. Bagus kan program macam ni..




Pada waktu malam, ada pula sesi ilmiah TC Berselawat bersama  Shamsul Ghau Ghau, Ejam Medicine dan Maulana Zawawi.





Paling menarik, ada juga aktiviti untuk pelajar . Business Proposal Challenge Kolej Vokasional.. sekarang ramai pelajar dah minat untuk berniaga, jadi masa ni la diaorang boleh sertai, untuk tunjukkan kebolehan mereka. Nad ingat lagi dulu nad belajar keusahawanan, tunjuk proposal dekat Pensyarah, macam kau ni seorang peniaga yang nak menjadi seorang usahawan, kena tau semua perkara bab perniagaan.






Tengok pelajar ni semua ada muka suka berbisnes ni..hehe..Semoga terus berjaya ye dik..

Acara paling menarik, semestinya CEO Talk session. Yang bagi talk ni pun bukan biasa-biasa punya orang, mereka adalah usahawan yang berjaya. Siapa yang pergi dan dengar talk ni memang beruntung. Dapat ilmu percuma dari sini.


Kerajaan Bantu PKS Tembusi Pasaraya Tempatan

SME Corp. Malaysia melalui Program Jejak PKS Pantai Timur 2019 melawat syarikat PJ Food Industries Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat penerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) daripada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan projek pembungkusan produk, pensijilan dan pembelian mesin. Syarikat ini telah bertahan selama lebih dua (2) dekad dan kini berada di tahap yang boleh dibanggakan. Melalui bantuan yang telah diterima ini, syarikat yang berpengalaman dalam aktiviti pembuatan rempah ratus dan tepung goreng ayam ini telah berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran produknya dan seterusnya berjaya menembusi pasaraya tempatan seperti Pasaraya Darul Makmur (PDM), Tunas Manja Group (TMG) dan Pasaraya Nirwana.




Program Jejak PKS Wilayah Pantai Timur disempurnakan oleh YH Dato' Khairur Rizal Ramli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bersama-sama Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia

Boleh nampak kepentingan PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara, dan karnival ini merupakan salah satu platform kepada PKS untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka selain memberi peluang dan akses yang lebih besar dalam membantu PKS tempatan mengembangkan pasaran.

Kerajaan telah merangka pelbagai program dan inisiatif bagi pembangunan PKS di Malaysia termasuk melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2020-2030 pada 11 Julai 2019 yang lalu. Selari dengan matlamat DKN, Minggu Keusahawanan & PKS 2019 telah dianjurkan di seluruh negara bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS, selain menjadi platform penyebaran maklumat mengenai program Kerajaan dalam membantu pembangunan PKS tempatan.

Diharap, program ni akan dilaksanakan setiap tahun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>