Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

RESEPI SUP AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

$
0
0
hai assalammualaikum

Resepi Sup Ayam Yang Sedap Dan Mudah - Haritu Fariza demam waktu sesi persekolahan bermula. Tapi dia nak sekolah juga sebab dia suka sangat pergi sekolah. Masa pertama hari sekolah, selepas dia balik rumah, terus penat badan dia, dengan batuk dan selsema. Kesian tengok dia. Lepas tu, nad buatkan sup ayam untuk hangatkan badan dia tu. Sup ayam, ramai yang tau buat. Jadi ikut cara masing-masing la. Cara nad ni campak-campak dan nak tambah lagi sedap, letak lada hitam.


Ni la rupa sup ayam yang nad buat. Memang selalu tambah dengan kaki ayam sebab Fariza suka makan kaki ayam ni. Lagipun, kaki ayam ni bagus, katanya ada kolagen gitu.


Ni antara bahan untuk buat sup ayam
- Dua biji bawang merah
- Dua ulas bawang putih
- Seinci halia
- Ayam
- Dua kiub knorr ayam
- Bunga lawang
- kayu manis
- Daun sup
- Serbuk lada hitam
- Kentang
- Garam dan perasa
- Air


Cara membuatnya
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia, kemudian tumiskan bersama bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, dan tumiskan sekali. Nad masukkan ayam dahulu sebab nak bagi bahan tumis resap dalam ayam.
- Masukkan air sehingga tenggelamkan ayam
- Masukkan dua kiub knorr ayam dan kacau
- Selepas itu, masukkan kentang dan biarkan lama sikit supaya ayam dan kentang masak.
- Masukkan lada hitam yang sudah ditunbuk menjadi serbuk. Nad suka guna lada hitam biji dan tumbuk. Kalau guna lada hitan yang dah siap jadi serbuk tu tak sedap.
- Kemudian masukkan garam dan perasa..
- Akhir seklai taburkan daun sup ..

Dah siap...sedap dimakan dengan cili kicap..aummm

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>