Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR TEMPAT PERCUTIAN PERTAMA WAKTU PKPP

$
0
0
hai assalammualaikum

Taman Burung Kuala Lumpur - Bila semua tempat percutian dah dibuka, ramaila ambil kesempatan ni untum pergi berjalan, bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan. Buat masa sekarang, nad berjalan dalam Kuala Lumpur jela dulu, nak pergi negeri lain, duit pun nak guna untuk lain. Tempat percutian pertama PKPP ni, nad bawak anak-anak pergi Taman Burung Kuala Lumpur. Nampak kawan-kawan pergi, tiket pun tengah murah, ap lagi ambil la peluang ni untuk pergi kan.




Taman Burung Kuala Lumpur

Nad pergi hari biasa, sebab tau hari biasa tak ramai orang, tak sesak dan seronok nak tengok burung-burung dalam tu. Kalau hari minggu mesti ramai, nak masuk pun takut tak selesa. Nad pergi hari Rabu, sehari sebelum Fariza masuk sekolah. Nak ceriakan dia, sebab dah lama tak pergi jalan-jalan kan. Bagi otak dia tenang sikit.. Hehehe.


Sebelum beli tiket macam biasa, ada SOP dia. Cek suhu, pakai hand sanitizer semua.

Harga tiket Taman Burung Kuala Lumpur

Harga korang boleh tengok seperti dalam gambar. Diaorang ada buat promosi sehingga 31 July ni.


Harga asal Dewasa :RM 25 promosi RM16
Harga Kanak dan Orang tua : RM 6


Kanak-kanak 3 ke 11 tahun, jadi haritu adik takyah kena bayar.. Hehehe.







Pergi waktu pagi memang best, sebab burung banyak berkeliaran. Mula la anak-anak suka berkejaran dengan burung yang ada.


Awas ye bila korang tengah makan, sebab ada burung akan dekat dan ambil makanan tu.. Hahaha. Kitaorang pun tak tau, beli makanan ringan, kemudian buka, bagi kat adik, sekali burung datang dekat adik, dan makan jajan tu.. Hahaha.. Menangis adik. Tapi nangis kejap je, lepas tu dia kejar burung tu.. Hahahaa..






Banyak juga jenis burung dalam ni. Ada beberapa yang duduk dalam sangkar tak boleh keluar.


Kitaorang pusing la satu taman tu.


Ni aktiviti yang ada dekat Taman Burung Kuala Lumpur ( KL Bird Park).


Kalau pergi ke laluan nak tengok Bird Show, dekat situ best sikit. Ada tempat yang boleh kita bagi minum susu dekat burung. Tapi biasalah kene bayar RM2. Takpe, dah masukkan, taknak nak tengok je, mesti nak ada pengalaman yang best.




Nanti penjaga dekat situ, bagi mangkuk kecik dan tuangkan susu. Pegang mangkuk tu kuat dengan dua tangan. Nanti burung hijau ni datangla kerumun dekat korang.. Hehehe. Nampak jinak tapi penjaga kat situ cakap, kalau dia gigit boleh demam jugala.. Hahaha. Tapi ok je, takde ape pun


Ada seekor burung ni, entah apa dia suka dengan mr mafia. Pergi gihit leher dan telinga la pulak.. Seram wak.. Hahaha.. Tapi takda gigit ganas, entah ape dia buat, bersihkan daki ahaknya.. Haaha.


Anak-anak, mestila seronok, lagi-lagi Fariza. Dia la yang kerap nak ajak tengok binatang ni. Memang best bawak anak dah tau ni semua.


Selain bagi minum burung, dapat bagi makan dekat burung unta.



Ada kolam ikan dekat situ. Boleh bagi makan ikan.

Bird Show KL Bird Park




Masuk sini memang taknak lepaskan tengok Bird Show. Bird Show pukul 12.30 tengahari dan 3 petang. Memamg layan tengok.. Syok sebab tak ramai orang.. Heehe..




Ni pulak tempat bergambar dengan burung-burung. Nak bergambar mestilah kene bayar.




Cantik juga tempat ni ambil gambar.. Hehehe.. Redup je.


Oh lupa, datang sini, siap-siap la bawak air, ke apa yang patut. Biasalah, jalan-jalan haus. Bawak duit penting, kot terlupa bawk air, dalam ni ada kedai jual makanan dan minuman. Kalau ada anak kecik, bawak stroller, budak-budak cepat penat. Dekat sini ada tempat basuh tangan tapi dekat sangkar tertentu la. Jadi baakla tisu basah dan hand sanitizer.


Memang enjoy la haritu, lagi-lagi anak-anak. Lepas ni boleh pergi lain tempat binatang-binatang lagi.


Video jelajah Taman Burung Kuala Lumpur..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>