Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

BIDADARI KIRIMAN TUHAN LAKONAN MIRA FILZAH

$
0
0
hai assalammualaikum

Bidadari Kiriman Tuhan Lakonan Mira Filzah - Suka sangat tengok lakonan Mira Filzah dari dulu lagi. Bagi la dia watak apa sekalipun, pasti menjadi..hehee. Dengar kata Mira Filzah bakal menjadi isteri, tapi tu bukan nad nak cerita, nad nak cerita drama terbaru lakonannya iaitu Bidadari Kiriman Tuhan. Selepas tamatnya drama Pelindung Seorang Puteri, drama Bidadari Kiriman Tuhan ni la ganti dia. Dalam cerita ni Mira Filzah melakonkan dua watak, satu autism, satu lagi biasa.


Bukan mudah ye, nak lakonkan dua watak, lagi watak autism macam ni. Selalunya kalau tengok watak ni, teringat Norkhiriah..hehee..menjadi dia. Tapi Mira Filzah bawa atak ni pun ok..Tetap comel dan manis je.


Menceritakan tentang Manis iaitu seorang guru tadika yang berusia 25 tahun serta kembar seirasnya Manja yang autism..

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis.

Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergugat.

Dekat situ nanti, mulala timbul konflik yang akan buat kita geram ye.

Drama ni nampak kan, yang orang istimewa ni memerlukan orang biasa untuk disayangi. Tapi orang biasa juga memerlukan orang lain untuk disayangi. Macam mana pula dengan orang istimewa ni. Hah tengokla drama ni.

Bidadari Kiriman Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Rashid Sibir dibintangi oleh Mira Filzah, Zul Ariffin, dan Zarina Zainuddin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020. Waktu siaran Isnin hingga khamis jam 10 malam.

Barisan pelakon Bidadari Kiriman Tuhan 
- Mira Filzah sebagai Manis Suhaila / Manja Suhana
- Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
- Zarina Zainuddin sebagai Maria
- Ruminah Sidek sebagai Nenek Minah
- Maisara Sufia sebagai Suria

Jangan tak tengok ye..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>