Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

SERTAI PG MALL, JUAL PRODUK MALAYSIA KE CHINA MELALUI JD WORLDWIDE

$
0
0
hai assalammualaikum

Sertai PG Mall, Jual Produk Malaysia Ke China Melalui JD Worldwide - Dah beberapa kali nad shopping online dekat PG Mall, macam box makeup, air fryer dan banyak lagi la. Nak shopping emas dekat PG Mall pun boleh tau! 

Korang yang nak menjual dekat PG Mall pun boleh, sama je macam shopping online yang lain. Nak menjual ni memang bagus dekat banyak platform, barula ramai cari kan. Orang pun takda membeli dekat satu tempat, banyak tempat shopping online. Jadi salah satunya PG Mall ni.



Paling terbaru, nad dapat tau yang barang yang korang jual dekat PG Mall boleh dijual di China. Hah!, bagus kan, sampai ke negara China barang korang boleh jual. Sangat mudah bila dah tau macam mana nak jual barang dekat China.


Sertai PG Mall, Jual Produk Malaysia Ke China Melalui JD Worldwide

PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG Mall. Ia sudah ditubuhkan sejak 2017 lagi. 



PG Mall telah mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi sebagai Tempat Paling Dikunjungi dan menjadikannya sebagai salah satu dari TOP 3 laman web marketplace di Malaysia berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh iPrince Insight pada suku keempat tahun 2020, dengan jumlah bulanan lawatan 8 juta pelawat - menjadikannya No. 1 Pasar Dalam Talian yang ditubuhkan secara tempatan di Malaysia. Korang boleh klik link https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automotif hingga E-Voucher.

Bagi memperkembangkan platform, PG Mall sebagai pasaran dalam talian dalam negeri yang terkemuka telah membuat Program Sell To China, di mana korang boleh jual barang korang ke China melalui JD.com.

JD.com adalah platform peruncit dalam talian terbesar di China dengan standard tinggi untuk membeli-belah dalam talian, sentiasa komitmen terhadap kualiti, keaslian dan mempunyai produk yang pelbagai dari makanan, pakaian, elektronik, kosmetik dan macam-macam lagi.

PGMall beroperasi di bawah model perniagaan Sharing Economy, dimana mereka  menghubungkan penjual tempatan dan pembeli di platform dengan menyediakan perkhidmatan ke semua logistik dan penyedia perkhidmatan pembayaran. 

Untuk menyokong ekonomi tempatan, PG Mall telah aktif bekerjasama dengan kerajaan untuk mendorong aktiviti penjual tempatan dan produk melalui kempen  PENJANA seperti Kempen E-Dagang Mikro dan PKS, Belanja Malaysia Online (SMO), dan Kementerian Pembelian Barang Malaysia (KBBM). Kempen ini  terbukti berkesan, dalam jangka masa 4 tahun sejak penubuhannya.

Berpegang teguh pada tagline 'Bridging Local to the World', PG Mall kini dapat menembusi perniagaan tempatan ke pasaran terbesar di dunia - China, melalui kerjasama dengan JD Worlwide. 

Kerjasama ini mengharapkan dapat membantu perniaga yang terjejas terutamanya Perushaan Kecil Dan Sederhana ( PKS ) supaya kembali pulih seperti sedia kala yang disebabkan oleh wabak Covid-19. Inisiatif ini juga merupakan salah satu kaedah untuk membantu peniaga dari segi kewangan dan menjaga perniagaan mereka. Inilah peluang korang tau, cepat ambil, jangan lepaskan!

Kalau kita tengok, shopping online yang lain, kebanyakannya barang China yang dijual ke Malaysia, tapi PG Mall, buat sebaliknya, membantu memasarkan barang Malaysia ke China. Salah satu objektif utama mereka adalah untuk membantu perniagaan tempatan berkembang sepenuhnya dan juga membolehkan penjual tempatan memperkenalkan dengan bangganya produk buatan Malaysia ke dunia.

Program PG Mall Sell to China menyediakan penyelesaian sehenti untuk memenuhi semua keperluan penjual. Perkhidmatan termasuk pendaftaran jenama di JD, terjemahan perincian produk ke bahasa Cina, bahan pemasaran dan kempen, serta perkhidmatan pelanggan tempatan. Ini diperkemas proses dengan sokongan rasmi dari JD Worldwide adalah peningkatan yang besar berbanding kaedah konvensional menjual ke China.

Dalam beberapa tahun, PG Mall telah mengalami pertumbuhan pesat, dari hanya RM300,000 GMV pada tahun 2017, GMV PGMall berkembang 200 kali ganda kepada RM60 juta pada tahun 2020. Dengan pertumbuhan luar biasa yang dilihat sehingga kini, PG Mall dijangka mencapai GMV yang disasarkan sebanyak RM 600 juta menjelang hujung tahun. Sehingga kini, PG Mall telah menarik lebih daripada 1 juta pembeli dari lebih 25,000 penjual disertakan dengan sekitar 2 juta produk, mulai dari bahan makanan, kecantikan, elektronik, untuk produk gaya hidup.

Bukan sahaja China, PG Mall berusaha memperluaskan jankauannya di Indonesia, e-dagang terbesar di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PGMall dan produk dan perkhidmatannya, korang boleh layari
Website:www.pgmall.my 

atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan mereka di (011-10670916) 


Bagi penjual yang berminat untuk menyertai program jual-ke-China, silakan mendaftar melalui pautan: https://pgmall.my/JD-Worldwide

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>