Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

PELBAGAI KELENGKAPAN RUMAH ADA DI HOHM PAVILLION BUKIT JALIL

$
0
0
 hai assalammualaikum

Pelbagai Kelengkapan Rumah Ada Di HOHM Pavillion Bukit Jalil - Bila dah namanya perempuan, memang suka tengok benda-benda comel untuk dekorasi, pinggan mangkuk, barang dapur, cadar, pokok, eh semuala. Dapat tau, ada satu kedai kelengkapan rumah, HOHM buka dekat Pavillion Bukit Jalil, jadi hari Sabtu pun kitaorang pergi. Sambil jalan-jalan la nak tengok apa yang ada dekat situ. 

Lagipun sekarang nad tengah proses untuk kemas bilik anak, boleh la tengok barang apa sesuai untuk bilik diaorang. Mana tau ada yang berkenan kan. Bestnya ada sale sebab pembukaan besar-besaran, jadi masa ni la kita serbu..hehee. HOHM ni berada di tingkat 4 Pavillion Bukit Jalil.



Pelbagai Kelengkapan Rumah Ada Di HOHM Pavillion Bukit Jalil


Dari luar je dah nampak signboard HOHM dan dekorasi Christmas tu, meriah sungguh, memang buat tertarik nak masuk. Dah masuk, macam biasa, tak tau nak pergi mana dulu, hahaha. Macam-macam ada dalam tu, dari dekorasi, katil, cadar, barang dapur, barang bilik air, perabut dan macam-macam lagi. Jomla tengok gambar nad, kita tengok ya..hehee.


Mana yang tengah cari katil tu, ni ada katil, lawa sangat. Nad pun tengok untuk katil bilik anak. Saiz pun sedang-sedang je, sesuai juga untuk dua oranga nak perempuan kita tu. Tidur satu katil je. Ada pulak free pillow dan aksesori diaorang bagi. Best kan!


Dah ada katil mestila cari cadar juga kan. Jangan risau, dekat sini ada cadar cantik-cantik. Macam-macam corak, dan saiz ada dari Single, Queen dan King. Corak bunga, corak kosong, corak petak-petak, corak putih sahaja pun ada. Yela kadang orang suka deko bilik ala hotel, semua putih.


Bantal nad rasa semua lembut, best gila.



Lepas tu nampak pulak bahagian "bathroom", bilik mandi. Mata terus ke bekas-bekas comel ya wak. Tergugat kita tengok semua, ada bentuk bintang, bentuk biasa, dan paling kita tak berkelip bila nampak bentuk warna hijau mint.

Tau tak, kita duk ulang alik nak beli ke tak, nak beli ke tak, sekali, masuk troli la..hahaha. Geram wak, takut balik nanti teringat, terus masukkan troli. Murah je, satu set RM39 je.

Tuala pun ada macam-macam, tuala budak-budak pun ada.




Sampai pula port mak-mak paling suka, mana lagi kalau bukan bahagian dapur..hehee. Nampak periuk tersusun elok je wak. Periuk Tefal, Zwiling, banyak lagi ada. Dahla ada sale, macam Zwiling sale 5% you all.


Semua yang korang perlukan dekat dapur, semua ada dekat sini.



Perkakas elektrik pun ada.



Tak cukup tu, nah pinggan mangkuk pun ada. Tak berkelip tengok pinggan mangkuk ni. Pegang perlahan-perlahan, takut pecah wak, hahaha. 

Macam biasa, mata nad tertumpu dekat pinggan hijau ni..kihkih. Lama juga pegang, lama-lama eh masuk troli la dua pinggan hijau ni..hahaha. Harga satu pinggan RM39, ada sale 20% + 20%. Tapi harga setiap pinggan berbeza ya.

Tapi promo ni dah habis, dan setiap minggu diaorang ada buat promo berlainan. 





Promo lain pisau Briscoes serendah RM98 dan percuma gunting & pisau utiliti apabila korang membeli lagi (t&c applies). Promosi bermula sekarang sehingga 25 Disember! 




Ada yang cari perabut, nak tukar perabut baru, almari baru. Dekat HOHM pun ada wak. Design semua menarik sangat dan nampak berkualiti.


Best pulak anak-anak duduk ya. Sabar, kita kumpul duit, ada rezeki, kita beli ya..hehe. Memang cadang nak tukar sofa dekat rumah tu.


Tengok pulak lampu ni. Memang semua lawa ye.


Pelbagai pilihan karpet pun ada.




Yang suka kemas ikut warna sama biar nampak tersusun, banyak bekas ada tau. Bila ada bekas lawa macam ni, barula barang tak Nampak berselerak kan.


Dekorasi comel banyak ada dekat sini.


Mana yang suka dengan bunga, pokok, pun ada jual dekat sini. Tak banyak macam nursery la, ada jugala beberapa jenis.





Hah, Christmas pun dah nak dekat kan, bagi yang meraikan, mencari dekorasi, kelengkapan rumah, pokok krismas, ada je dekat HOHM Pavillion Bukit Jalil ni. Serba lengkap semua barang yang nak dicari. Takyah susah-susah cari tempat lain. Lagipun banyak sale sekarang ni, baik ke sini je kan.

Apa yang nad tunjuk ni sikit je, ada macam-macam peralatan rumah dekat sini, boleh tahan besar, luas 58,000 kaki persegi ( Bayangkan 114 katil bersaiz king) dengan lebih daripada 10,000 produk yang ada. Bolehla datang HOHMMalysia Pavillion Bukit Jalil level 4 ni.


Bestnya sekarang ada Purchase with Purchase promo. Korang boleh dapatkan mug dengan  harga RM1.90 ( harga asal RM9.90 ) dengan setiap pembelian dalam satu resit. 



Selain itu boleh dapatkan Merry Bear hanya RM9.90 (worth RM59. 90) dengan setiap pembelian. 

Hah, jomla ke HOHM Pavillion Bukit Jalil.
HOHM
L4.30.01, L4.30.02 & L4.82.00
Aras 4,
Pavilion Bukit Jalil

Untuk info lanjut boleh layari

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>