Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

MELAWAT TUGU NEGARA MEMPERINGATI PARAJURIT NEGARA

$
0
0
hai assalammualaikum

Melawat Tugu Negara - Lepas kitaorang habis meronda dalam Muzium Negara, balik tu suami ajak singgah pergi Tugu Negara. Tugu Negara pun nad dah lama tak jejak, masa Merdeka konon nak pergi tapi suami taknak sebab takut ramai orang. Jadi, kita pergi hari biasa tak ramai orang. Bolehla singgah menandakan kita dah sampai dan ambil gambar..hehee

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960)



Melawat Tugu Negara Memperingati Parajurit Negara


Nad bila tengok cerita zaman penjajagan Tanah Melayu, atau cerita askar kita bermatian melawan penjajah, mesti akan terfikir, bukan mudah masa tu nak mempertahankan negara. Dengan senjata yang tak seberapa canggih, tapi mereka tetap lawan demi Tanah Melayu tercinta. Masa tengok tu cuba hayati macam mana la bila kita berada dekat situ.

Banyak pengorbanan parajurit kita sehingga ada yang gugur di medan peperangan. Demi penghormatan, maka terbinalah Tugu peringatan Negara ni. Tugu Peringatan Negara ini merupakan simbol kemenangan penduduk Tanah Melayu melawan pengganas komunis dan kemenangan kepercayaan rakyat kepada negara. 

Datang sini waktu tengahari memang panas ye. Tapi sebab nak tunjuk kita dah jejak dan datang melawat, sanggup redah. Gigih ambil gambar sekali..hehehe. Semua ni kenangan untuk kita juga.

Tugu Negara yang diperbuat daripada gangsa ini berbentuk tujuh patung lelaki mewakili askar Tanah Melayu yang berjaya dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Setiap satunya membawa watak yang melambangkan pimpinan, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, getir dan pengorbanan.



Hah korang datangla ke Tugu Negara ni. Nak lagi bersemangat, datang masa Hari Merdeka.

Lepas ke Tugu Negara bolehla ke Taman Burung.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312