Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

MANDI MALAM!! SESUAIKAH UNTUK IBU HAMIL

$
0
0
hai assalammualaikum


Mandi Malam!! Sesuaikah untuk Ibu Hamil - Memang tak dinafikan suhu dekat kuala lumpur ni memang berbeza dekat kampung. Nad kalau balik kuala lumpur mesti terasa panas yang sangat, salah satu sebab nad tak suka balik kuala lumpur..hahhaa..kalau tak hujan bahang dia lain macam. Panas dia dari pagi sampaila ke malam. kalau sebelum hamil panas macam mana pun tak kisah sangat, tapi sejak hamil ni, badan memang cepat berpeluh, tengok entry sebelum ni, cepat terasa panas sejak mengandung

Sebenarnya dari kecik lagi mak tak bagi mandi malam sebab akan dapat pelbagai penyakit, kita pun turutkan. tapi sekarang dengan cuaca yang tak menentu, lagi-lagi dekat kuala lumpur yang dah takde pokok-pokok ni, lagi-lagi depan rumah nad yang berhadapan dengan lebuhraya..lagila panas bak hangg..yang ada pun pokok bunga..hahaaa...nak hidu udara segar pun takdok..jadi nak bagi kelegaan waktu malam kadang mandi malam..Sampai mr mafia pun suruh mandi malam bagi selesa badan, sebab dia pun rasa cuaca kuala lumpur ni macam mana.

Kalau sebelum ni, nad mandi dua kali sehari, iaitu pagi dan petang. Tapi sejak mengandung ni, nad mandi lebih dua kali, kadang tiga kali, kadang empat kali. Kadang malam pun panas, nad terpaksa mandi tengah malam. Terpaksa ok, sebab badan dah tak selesa, nak tidur lagila tak tenang. Dah pasang kipas pun tak jalan sejuknya..kalau boleh nak ais dekat tilam..sejukk jee..aircond takde..huhuhu..nad pakai kipas bawah je..nad ada baca kat google sesuai ke ibu hamil mandi malam..kata ada pantang larang kalau ibu hamil akan meneybabkan air ketuban berdarah dan sakit…Ada jugak orang kata nanti kembar air.Tak taula..

Tapi nad mandi malam tak kerap kot..kadang-kadang je bila dah rasa tak selesa. ada nad baca pulak takde apa yang membahayakan ibu mengandung mandi malam. Lagi bagus bagi meghilangkan rasa melekit dekat badan tu dan ketenangan untuk tidur. Yang penting, pilihlah suhu air yang nyaman bagi ibu hamil. Lagi satu jangan mandi lama-lama..cukupla dapat menyejukkan badan..melampau mandi lama-lama..huhuhu... boleh baca sedikit infi dekat SINI dan SINI..





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>