Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

MERIAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL

$
0
0
hai assalammualaikum

Meriahnya Raya Bersama Jakel - Siapa tak tenal dengan jakel.." Ingat kain, Ingat Jakel '..gitu..Jakel tempat pilihan cari kain baju raya, baju nikah, baju sanding, dan segala baju la. Macam-macam jenis kain dekat Jakel tu..Pernah nad masuk Jakel, sampai tak tau nak pilih yang mana..hahhaa. Haritu nad pergi event Oh Meriahnya Raya Bersama Jakel di Kuala Lumpur. Pertama kali pergi majlis Jakel ni. Ingat macam pergi majlis biasa, rupanya tu diaa..banyak orang berkumpul ooo..hebat tak hebatla Jakel ni. Berpusu-pusu orang datang. Kuala Lumpur pun jadi sesak..hehee..




Masa sampai dekat Jakel, kitaorang pun parking dekat tepi je. Pastu jalan kaki..senang..sesak takyah cakapla. Sebenarnya Jakel mempromosi koleksi terbaru baju raya yang bakal berada di cawangan Jakel seluruh Malaysia pada tahun ni. Kalau sebelum ni duta Jakel, Nabil, Aaron Aziz dan Rozita Che Wan, kini pelantikan baru empat selebriti tanahair untuk duta koleksi baju melayu, baju kurung dan jubah iaitu Jep Sepahtu, Awal Ashaari dan Scha Al-yahya serta Lara Alana.

Masa tu ingat dapat bergambar dengan Aaron Aziz, sanggup tinggalkan anak masa photoshoot..minat habis dengan Aaron Azziz...hahaa..tapi tak kesampaian. Ramai orang berpusu-pusu nak bergambor. Takpela..takde rezeki. Masa tu pulak Lara dengan Awal pun baru sampai. Comel betul Lara dengan baju yang dia pakai. Geram je rasa..tunggu fariza besar baru boleh pakai..hehe..


kita gambar dengan Dee jela..ala dulu berlakon cerita popular " Jangan ketawa "

Antara Koleksi Baju Raya JAKEL


1) Baju Melayu Moden
- Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dengan kekemasan pada leher, poket dan bercorak. zkeistimewaannya ialah berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Antara warna yang dijangkakan ada ialah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili.

- Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza kerana Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Nabil Ahmad sebagai koleksi mampu milik.

- Selain itu, terdapat juga Baju Melayu Jep Sepahtu dan Baju Melayu Datuk Ac Mizal. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan menarik lagi akan dapat percuma sampin dan butang baju melayu dengan setiap pembelian..perghh..bagus sangat..memang murah kalau set ni ada dapat percuma..

2) Kolek Jubah Tarawih
- Jubah tarawih dibawah label Jep Sepahtu merupakan keluaran terbaru Jakel. Jubah ini meggunakan fbrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Setiap koleksi mempunyai 100 warna bagi setiap rekaan jubah.


3) Baju Kurung dan Pakaian Kanak-kanak
- Baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden. Kali ini, Jakel mengeluarkan koleksi yang lebih elegan dan segar.

- Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin tetapi diolah kepada rekaan baju melayu bercorak. Koleksi baju melayu Upin Ipin dijual pada harga serendah RM59 juga diberi percuma samping dan butang baju melayu.


4) Koleksi Schawalara X Jakel
a) Scha Al-Yahya X Jakel
- Ni koleksi terbaru dari Jakel iaitu koleksi baju kurung dan ubah dress di bawah jenama Scha Alyahya. Fabrik yang digunakan sangat berkualiti iaitu dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti. saiz pulak jangan risau ia ada antara saiz S hingga XL.


b) Awal Ashaari X Jakel
- Baju melayu Awal Ashaari mengetengahkan potongan "shirt" tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu. Harga yang ditawarkan dari sserendah RM199 dan diberikan percuma sampng dan butang baju melayu. Selain itu, jubah bawah Awal Ashaari juga pun ada. Rekaan jubah disertakan dengan poket dibahagian hadapan dan juga di sisi bahagian kiri jubah bagi memudahkan si pemakain menyimpan barang. Untuk menambahkan gaya, ia didatangkan dengan "pochette" dwi bentuk untuk si pemakain tampil dengan dua stail yang berbeza. Logo AA dibahagian sisi " Hidden pocket " memberikan penjenamaan Awal Ashaari pada jubah ini.


c) Lara Alana X Jakel
- Asyik baju orang dewasa je, kanak-kanak perempuan pun nak jugak la kan..hehe..Jadi Jakel telah menampilkan lara Alana sebagai wajah terbaru duta untuk tahun ni. Baju kurung kanak-kanak perempuan direka dengan lebih 10 rekaan menggunakan fabrik yang lembut dan bersesuaian dnegan kulit kanak-kanak. Ia dihiasi dengan beads dan lace.

Bagi promosi kali ini , JAKEL Mall Kuala Lumpur telah memberikan 500 pasang baju melaju secara percuma kepada 500 orang oengunjung yang terawal.  JAKEL Trading Sdn Bhd juga akan meneruskan lagi sesi promosi bersama Duta Raya JAKEL ke cawangan JAKEL lain seperti JAKEL Shah Alam (11/6/2016) JAKEL Johoir Bahru, JAKEL Sabah dan JAKEL Sg Petani sebelum berakhir di Alor Setar pada 2 Julai 2016. Meriah kan raya dengan baju Jakel yang lawa-lawa ni..aduh teruja kita..Kita dapatla baju satu warna hijau..Bolehla buat raya nanti..Untuk lebih lanjut boleh layari www.jakel.my

Atau datang ke

JAKEL Mall
Lot 159, Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah,
50100, Kuala Lumpur
WP - Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : +603 2615 0777
Fax : +603 2615 0778
Opening Hour : 10am - 8.30pm



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>