Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

PERCUTIAN PERTAMA FARIZA KE LEGOLAND DI USIA 11 BULAN

$
0
0
hai assalammualaikum

Percutian Pertama Fariza Usia 11 Bulan - Dalam entry ni banyak gambar Fariza semasa bercuti di Legoland. Saje nad letak dalam ni sebagai kenangan. Ni la kali pertama Fariza jalan bercuti. Memang seronok bila ada anak, nak berjalan tu lebih semangat. Lagi-lagi Legoland ni memang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun masa tu dia tak tau apa-apa, tapi dia enjoy dengan tengok orang sekeliling, dan permainan yang ada dekat situ.

Masa pergi sini, bukan pergi bercuti keluarga suka-suka, tapi pergi atas nama blogger yang perlu bekerja. Nad memang suka bercuti, tapi kewangan tidak mengizinkan untuk travel. Mr mafia, kerja sendiri, kewangan kadang tak berapa nak masyuk. Kalau ada pun, duit tu untuk keperluan kami makan, minum. Kerja sendiri bukan dapat duit bulan-bulan, kena berusaha untuk dapatkan duit. Duit hasil blogging pun nad simpan untuk kecemasan. Kalau nak beli sesuatu, kenafikir dulu kenapa nak beli. Tak boleh suka-suka beli. Bila dapat peluang macam ni, nad teruja sangat, lagi boleh bawak Fariza. Ni la salah satu cara untuk nad travel walaupun dalam Malaysia.

Usia dia 11 Bulan, dia dapat bercuti ke Legoland Johor. Waktu ni ada event Halloween di Legoland. Tengok gelagat anak, kita pun gembira. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Nusajaya Johor ambil masa beberapa jam jugakal, dengan kereta kitaorang yang tak berapa laju..huhu. Tapi kami sekeluarga sampai dengan selamat. Waktu tu la amik gambar Fariza setiap saat, apa dia buat tu.

Kaunter Tiket Theme Park Legoland


Seronoknya tengok muka dia tu..senyum je..hehee. Dah lena tidur dalam kereta, bila sampai gembirala.







Masa ni dekat Lobby Hotel Legoland untuk check in. Dalam ni ada tempat khas untuk anak-anak bermain. Takda la diaorang boring menunggu. Entry boleh baca http://miszrockers.blogspot.my/2015/01/bercuti-di-legoland-malaysia-bersama.html dan http://miszrockers.blogspot.my/2016/10/promotion-hotel-legoland-khas-halloween.html

Theme Park Legoland 





Dalam Theme Park.

Hotel Legoland




Boleh baca http://miszrockers.blogspot.my/2015/01/review-hotel-legoland-hotel-yang-sangat.html
dan http://miszrockers.blogspot.my/2016/10/promotion-hotel-legoland-khas-halloween.html

Water Park Legoland



Masa dia nampak air, dia cuak juga,lama-lama dia ok, dan berenang sendiri..Panas pun panas la, yang penting enjoy..hehehee..

Theme Park Legoland Hari Kedua


Lepas mandi Waterpark, dia tidur. Lepas tu terjaga, dan terus ajak masuk Theme Park. Terus mengamuk, sebab tak puas tidur


Tak suka naik troli





Masuk sini ok sikit, sebab ada Lego





Dah habis...hehee. Bila la dapat bercuti lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312