Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312

LAKONAN MANTAP ELLIE SURIATI DI ISTANA BUDAYA

$
0
0
hai assalammualaikum

Lakonan Mantap Ellie Suriati Di Istana Budaya - Ellie Suriati, siapa tak kenal dia, Sentiasa dengan rambut mengurai ni macam hantu tu..hahaha.. Ellie Suriati ialah pelakon drama TV dan filem di Malaysia. Dia pernah memenangi kategori 'Pelakon Pembantu Wanita Terbaik' dalam Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?

Dulu nad kenal Ellie Suriati dalam rancangan Orang Gaji 41. Ellie Suriati berlakonsebagai orang gaji, namanya Pah Bedah. Dengan loghat perak dia, dengan sebutan ayat die "Ye" menjadi trend orang untuk guna perkataan tu..hhehehe..Kalau sekarang dia berlakon mesti rambut die terbiar je mengurai..dah macam hantu..tak rimas ke..hahaa..tu dia jela yang rasa..Apa yang nad pandang die, Ellie suriati kalau berlakon memang menjiwai watak tu. Kadang-kadang sampai terover, tapi bila tengok rancangan tu boleh rasalah walaupun cara dia yang over tu..hehhee..

Dan haritu nad saksikan dengan depan mata sendiri, Ellie Suriati berlakon di Istana Budaya dalam Sirah Rasullullah: Tahajjud Cinta sempena Maulidur Rasul. Menggabungkan penyanyi dan pelakon terhebat seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar,  Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali,  Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini dibawakan pada 3 hingga 6 Januari 2015.


Ellie Suriati memegang pelbagai watak, telah melakonkan watak-watak tersebut dengan baik. Dari watak baik sampailah ke jahat. Memang kitaorang terhibur bila Ellie Suriati keluar. Lagi-lagi watak kejam.


Set dan props pentas drama ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri daripada 12 set pentas dan 20 jenis props

Orang ramai yang ingin menyaksikan pementasan teater itu boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM53, RM103, RM153, RM203, RM253 dan RM403 yang dijual sejak Jumaat lalu.

Tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi www.airasia,redtix.com.



Habis tayangan, nad bergambar dengan Remy Ishak..itu sahaja artis yang nampak..hehe..

Artis dan Tarikh Persembahan
3 & 4 Jan : Dato Siti Nurhaliza
5 Jan : Awie
6 Jan : Amy Search
7 Jan : Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsa banjir
• Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wangtunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.
• Untuk hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2312