Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live

MENGAJAR ANAK-ANAK MEMBACA AL-QURAN SEUMUR HIDUP

$
0
0
 hai assalammualaikum


Mengajar Anak-anak Membaca Al-Quran Seumur Hidup - Malaysia kini dalam suasana bersedih. Banyak negeri yang terlibat dengan banjir. Harta benda musnah. Rumah ada yang hanyut. Ada juga yang kehilangan ahli keluarga. Tapi disebalik musibah, masih ramai yang melihat segala yang terjadi dari sudut positif.

Nad kongsikan nukilan Muhammad Rusydi untuk tatapan anda hari ini. Semoga ia memberi sedikit keceriaan untuk anda.

———————————————————————

Rumah kami terkepung dengan air banjir.

Menyesal pula balik bercuti di kampung hujung minggu. Sekarang, dah tak boleh keluar dari sini. Nasib baiklah rumah ni di kawasan tinggi sikit. Tapi, kawasan yang lain yang tenggelam. Jalan utama dah tutup.

Jawabnya, berkampung dalam rumah sehinggalah air banjir surut. Adik-beradik lain ada di rumah sama. Balik sebab nak kemas-kemas bilik masing-masing. Takut barang-barang kesayangan dibawa air.

Yang peliknya, abah nampak happy. Aku pun pelik. Adik-beradik lain pun pelik. Dahlah streamyx pun dah terputus, tiang dah tumbang. Internet fon bukan main siput lagi. Bosan kot duk rumah ni. Nak-nak, seminggu nak hidup dalam banjir. Nak tengok tv, tak ada cerita best. Nak layan movie di laptop, bosan ulang tayang benda sama. Nak turun dari rumah main air banjir, nanti demam pula tak pasal-pasal. Last-last, duduk sajalah dalam bilik. Tidur.

Lepas Isyak, abah panggil semua anak-anaknya berkumpul. Abah suruh : “Semua ambil Al-Quran, tunggu di ruang tamu.”

Aku pun dengan malas ambil Al-Quran dan tunggu. Adik-beradik lain pun nampak malas juga. Maklumlah sibuk dengan henpon masing-masing. Dah besar-besar belaka dah pun. Semua umur 22 ke atas. Memang dah season berpasangan belaka. Dah beberapa orang yang kahwin.

“Semua dah ada ya. Baiklah, abah nak tanya, berapa umur abah sekarang?”

Angah menjawab : “67 tahun. Kenapa abah?”

Abah senyum. “Rasulullah s.a.w. umur 63 tahun wafat. Bermakna abah sekarang dah guna umur subsidi 4 tahun.”

Along pula mencelah. “Kita nak baca Ya Sin ke malam ni? Siapa yang meninggal?”

Abah menggelengkan kepala. “Malam ni, abah nak setiap seorang baca Al-Quran depan abah. Biar abah dengar dan check, betul atau tidak bacaan kamu.”

Kami semua tersentak seketika. Angah bersuara, “Tapi, kami dah dewasa. Dah umur 20, 30 tahun dah. Dah boleh baca sendiri, abah.”

Abah senyum. “Bila kali terakhir kamu baca Al-Quran depan abah?”

Semua terdiam. Abah menyambung kata, “Seingat abah, kali terakhir setiap dari kamu baca depan abah, masa akhir sekolah rendah. Kemudian, khatam. Lepas tu, setiap dari kamu sibuk dengan study, kejar cita-cita masing, hinggalah dapat kerja dan berkeluarga. Jarang ada di rumah lagi.”

Along mencelah pula, “Maksud abah? Kami tak faham.”

Abah senyum manis. “Adakah abah hanya layak periksa bacaan anak-anak masa kamu semua masih kecil saja? Tak kan?”

“Akhir-akhir ini, abah banyak berfikir. Kerja mengajar Al-Quran pada anak-anak sepatutnya kerja abah seumur hidup. Supaya setiap hari, abah dapat pastikan anak-anak baca Al-Quran. Hidup dengan Al-Quran. Tapi, abah perhati, misalnya bila kamu balik kolej, tak ada pun anak-anak abah nak datang dekat abah, baca Al-Quran seperti kamu kecil-kecil dulu. Balik kampung, tak pernah abah dengar antara kamu baca Al-Quran walaupun berseorangan. Semuanya asyik dengan hal masing-masing.

Abah rasa abah gagal sebagai seorang abah. Abah dah tua begini. Baru abah sedar kesilapan abah. Abah dah tengok anak-anak abah berjaya di dunia. Belajar bagus, kerja pun alhamdulillah. Tapi, dari sudut akhirat, abah rasa dukacita. Abah tak menyediakan anak-anak abah dengan jiwa Al-Quran. Andai baca pun jarang, bagaimana nak beramal dengan isi dalam Al-Quran itu? Jauh sekali.”

Kami semua terdiam lama. Sebak. Terasa ke lubuk kalbu. Akui memang Al-Quran dipinggirkan dalam kehidupan sehari-hari selama ini.

“Abah dah tua, abah harap abah belum terlambat untuk mengajar Al-Quran pada kamu semua balik. Harap sangat.”

Along ke depan abah. Dengan linangan air mata. Angah pun sama turut menangis. Aku pun dah menitis air mata sama.

“Along nak baca dulu, abah. Bagi along baca dulu. Abah periksa bacaan along dulu.”


Abah senyum, namun aku nampak air matanya jatuh saat mendengar anaknya seorang demi seorang membaca Al-Quran di hadapannya. Seolah-olah berkata dalam hatinya, Abah takkan putus asa. Selagi ada masa tersisa.”

Credit : Muhammad Rusydi



TIPS ALAM PERKAHWINAN : ISTERI TAK PANDAI MASAK

$
0
0
hai assalammualaikum

Tips Alam Perkahwinan - Isteri Tak Pandai Masak - Betul ke sesetengah perempuan ni tak pandai masak??..macam tak caya je..cuba bagi meggi mesti masak jugak kan..hahha..bukan tak pandai masak tapi malas masak dan malas nak pikir resepi. Yela masak ni macam-macam nak kene tau, apa bahan, berapa sukatan..Pulak tu nak pergi ke pasar lagi beli bahan-bahan dapur. Lagi sekarang dah macam-macam makanan fast food ade dijual. Ada juga makanan berlauk yang siap delivery jugak..

Lagi dah jadi isteri, memasak tu penting. Takkan nak membeli makanan dekat luar je kan..banyak pulak duit korang kan..kalau kaya no hal la..Siap sampai leh upah orang gaji bagai. Tapi tak manisla kan kalau isteri tak masak untuk suami. Mestilah nak suami puji, kang suami puji orang gaji cemburu tak bertempat pulak. Memang la sebelum kawin sesetengah lelaki cakap " tak reti masak pun takpe, janji lawa..biar aku yang masakkan untuk dia"..kau rasa ayat tu sampai bila..haaha..tu poyo semuanya..kihkih..Orang perempuan ni, walaupun belajar tinggi tapi tak masuk dapur, macam lain macam je. Tak kisahla kalau tak masuk dapur hari-hari, tapi asalkan kau masuk dan cuba masak.

Sebelum kawin, nad memang tak pandai masak berat-berat, macam kari, kicap, asam pedas, tomyam..seriusly..yang nad tau masak tumis, goreng, tumis , goreng...hahaha..Sebab yang tu je dapat tangkap. Nad ni jenis, kene hafal barang baru leh buat..kalau tak hafal memang takdenya nak buat. Biasalah mak kalau ajar guna mulut, amik itu ini, kita yang tolong ni ngikut jela..tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..haaha...Kalau makan luar pun tunggu akhir bulan sebab masa tu duit masyukk..hehee..Bila nad dah bertunang, masa tu la mak berkobar-kobar ngajar..apa lagi nad pun salin dalam kertas biar tak lupa..hahaha..lumrah seorang pelajar, akan salin dalam kertas pastu hafal balik..lama-lama ingatla kalau dah selalu kerap masak..

Sikit-sikit nad belajar masak berat-berat macam masak kari, tomyam dah sebagainya. Nad ngaku yang nad ni tak reti nama ikan dan sayur..sesetengah jela..bukan semua..hahaha..jadi suami la banyak tolong..hehhee..buat pe malu..bila dah tak tau cakap je tak tau..nanti die bagitau..pastu nanti lama-lam tau la..

 

Hahaha..lawak baca ni..hehee..last-last bakar dapur takkann..hehe..Selepas berkahwin, dua-dua mempunyai peranannya..Walaupun isteri tak pandai masak suamilah kene bantu..Tips untuk hilangkan sifat tak pandai masak atau malas masak..

1) Suami perlu sokong isteri untuk memasak
Dalam perkahwinan suami la pendorong isteri. Jadi suami la kene bagi kata-kata semangat untuk isteri memasak. Dengan ayat manja, dengan lemah lembut untuk membangkitkan isteri memasak. Suami kene rajin temankan isteri tengok masakan di utube atau rancangan televisyen. Isteri pun berkobarla nak masak. Suami jangan nak bising je cakap si isteri tak masak, malas masak,..blablabla.. Dari buang air liur bertekak macam tu baik cakap elok-elok..misalnya "yang, cuba masak telur goreng, abang mesti makan punya" tak pun " yang cuba belajar masak, abang nak rasa masakan sedap isteri abang ni"..hehee..terbayang pulak dengan laki nad..wakakaa..kadang-kadang nad masak tak menetapi citarasa die tapi dia selalu tegur cara baik " takpe yang, nanti cuba lagi"..kihkih

2) Belikan buku resepi masakan ringkas
Sebagai suami, perlu galakkan isterimembaca buku masakan. Macam pertama kali dia nak memasak, kene la bagi buku yang ringkas..kalau lama-lama dah mahir baru belikan masakan yang hebat-hebat. Macam laki nad memang dia bagi nad beli buku resepi. Jadi kadang-kadang kalau nad tak tau nak masak ape dah, nad follow je buku resepi tu. Kadang-kadang dia share resepi dekat facebook..Sekarang kan dah maju, dengan buka telefon dan ada internet, taip je kat google nak masak ape, keluar dah..kann..

3) Ajari jenis-jenis barang-barang dapur
Sesetengah perempuan yang tak pernah ke dapur atau pasar mesti tak tau jenis-jenis sayur, ikan atau barang-barang dapur lain..hahaha..macam nad la dulu halia dengan lengkuas pun tak reti..kihkihkih..daun kari pun tak tau rupanya macam mana. Nama ikan kadang-kadang sampai sekarang tak tau..hahaha..Jadi suamila kene jadi cikgu kepada isteri. Tunjukkan satu-satu barang-barang di dapur. Bagi susun cantik punya,, tak punkasi lekat dekat botol tu. Biar isteri tak tersalah amik barang. Kalau pergi pasar, pergi sama-sama dan bagitau ni ikan ape, ni ape ni ape..hheeheh..

4) Buat masakan yang mudah dahulu
Bagi yang baru nak bermula memasak, masakla dengan menu yang ringkas dulu seperti tumis, masak bening, dan goreng..Eh tanak nasi pun kene belajar tau..hahaha..sebab kadang-kadang ada yang terlebih air dah macam bubur rupanya..hahaa..hah jangan abaikan cara masak nasi tu..Kalau dulu mak nad selalu ajar masak nasi gunakan cawan. Bila satu cawan beras = 2 cawan air. Mak mesti pesan guna cawan yang disediakan..kalau tak, tak menjadi nasi..hehe..tapi lepas kawin nad dah tak perlukan cawan..sebab dah pandai kan..hehee.

5) Suami kene bantu isteri di dapur
Nak galakkan isteri di dapur, suami kene tolong sekali sekala di dapur. Tolong sediakan bahan-bahan di dapur dan berkongsi resepi. Nak hilangkan rasa bosan ketika masak, bergurau la sekali sekala dengan isteri..ecehceh..baut lawak ke..main baling-baling tepung ke..hahaha...Sentiasa beri cadangan apa yang perlu ditambah dan ape yang tak perlu.

6) Bertanya kepada yang pakar
Tugas Isteri, kalau ada yang tak tau, dan suami pun tak tau, kenela tanya kepada yang pakar seperti mak dan kawan-kawan.


Jadi peringatan kepad para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk tidak memasak. Alasan begitu sudah tidak logik. Adik-adik yang masih di universiti, jikalau hendak berkawin silalah memasang matlamat betul-betul. Stabilkan ekonomi diri dulu. Tidak perlu kaya tetapi stabil. Kalau dulu nad malas sangat masak, sekarang rasa nak masak macam-macam..tapi dapur ta lengkap lagi dengan takde oven dan macam-macam lagi. Apa-apa pun masakan mak paling best..ahhahaa

TEATER SIRAH RASULULLAH; TAHAJJUD CINTA DI ISTANA BUDAYA

$
0
0
hai assalammualaikum

Teater Sirah Rasullah : Tahajjud Cinta Di Istana Budaya - Hari Jumaat lepas nad bersama geng #kelabbloggerbenashaari telah dijemput untuk menyaksikan Teater Muzikal Sirah Rasulullah di Istana Budaya.  Ini adalah kali pertama nad jejak ke Istana Budaya. Di sinilah orang selalu buat persembahan teater. Teruja sangat nak tengok persembahan yang dilakukan. Nak masuk sini, pemakaian kene sopan dan bertutup. Maksudnya tak boleh memakai seluar jeans yang lusuh/koyak, perlu pakai kasut yang bertutup dan bukan selipar atau kasut sukan. Bagi lelaki baju perlu berkolar kalau tak , orang yang jaga pintu tu akan tahan..Tapi masa tu, siapa yang tak pakai baju berkolar dia bagi blazzer.






Bukan senang berlakon dalam teater ni dengan prop, dengan lakonan bagi menjiwai setiap watak yang dilakukan supaya massage dapat disampaikan kepada penonton. Tapi alhamdulillah, mereka menjayakan dengan baik sehingga nad merasai bagaimana kesusahan Nabi Muhammad menyampaikan dakwahnya. Teater ini dibuat Sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar Rasulullah Muhammad S.A.W. Teater Muzikal Sirah Rasulullah ; Tahajjud Cinta ini mengisahkan dari Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan, bagaimana beliau menyampaikan Islam, bagaimana beliau tabah mengharungi orang-orang Quraisy dan sehinggalah baginda wafat. Teater ini diselingkan dengan lagu-lagu kisah Nabi dan Selawat.



Menggabungkan penyanyi dan pelakon terhebat seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar,  Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali,  Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini dibawakan pada 3 hingga 6 Januari 2015.

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat.

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan  6 orang penyanyi latar. Set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.

ARTIS DAN TARIKH PERSEMBAHAN:

3 & 4 Jan :   Dato Siti Nurhaliza
5 Jan :  Awie
6 Jan:   Amy Search
7 Jan:   Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsabanjir

Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wangtunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.

Untuk  hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.


SINOPSIS SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.

Dalam masa yang cukup singkat, Baginda Berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.

Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T


PENJUALAN TIKET UNTUK SIRAH RASULULLAH TAHAJUD CINTA

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM 53.00 |RM 103.00 |RM 153.00 |RM 203.00 |RM 253.00 |RM 403.00 |

Untuk tempahan secara online :www.airasia.redtix.com

SELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

$
0
0
hai assalammualaikum

Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W - Sebagai umat Islam, kita tahu yang Nabi Muhammad S.A.W. merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah bagi menyebarkan agama Islam kepada umatnya. Nabi akhir zaman yang membawa rahmat kepada umatnya.

Sungguh besar dugaan Nabi Muhammad menyebarkan agama Allah kepada masyarakat Arab ketika itu. Baginda dihina, dikeji, dibaling batu kaum kafir, malah ada yang hendak membunuh Nabi Muhammad SAW agar Agama Suci ini tidak disebarkan. Tetapi Allah SWT sentiasa menyelamatkan Nabi kita. Malah mereka yang memeluk Islam turut ditindas. Allahuakbar.

Walaupun pelbagai tentangan, akhirnya ajaran Islam dapat disebarkan sehingga ke hari ini. Betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad menyebarkan agama Islam sehingga ketika wafatnya masih mengingati umatnya. Sebagai umatnya kita mestilah berselawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Perkataan selawat ( bahasa Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat ( bahasa Arab: الصلاة ), doa, pujian.
Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Dan salawat malaikat ialah doa. Dan salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
 Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Terdapat pelbagai lafaz selawat sama ada ucapan selawat yang asal dari Hadith Sahih atau ucapan selawat yang dinukil oleh para alim ulama’.

Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
( Rumi ) Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Maksud : Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1288, sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/ 1957, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
( Rumi )Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid

Maksud ; Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.


Dari hadith: [Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
( Rumi ) Allahumma salli `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid

Maksud : Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berilah berkat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.



HANIS ZALIKHA DILAMAR HAIRUL AZREEN DI RANCANGAN GEGARVAGANZA

$
0
0
hai assalammualaikum

Hanis Zalikha Dilamar Hairul Azreen Di Rancangan GegarVaganza - Malam ni layan final Gegarvanga, rancangan yang mengembalikan 12 orang artis terkenal tanah air bertanding di pentas untuk merebut wang tunai RM100,000. Dihoskan oleh Jihan Musa dan Nabil Ahmad. 

Masa kumpulan kristal nyanyi, Nad baru je pergi dapur sekejap, pastu patah balik tengok televisyen. Pastu layan whatssup. Tengok whatsuup diaorang cakap Hanis Zalikha kene lamar..uitt mana diaorang tau..dekat mana??..rupanya dekat rancangan tu..hah melepas nad tengok.tapi takpe..mesti ade orang rakam..dan nad tengok balik sairan tu..hehee..


Hanis Zalikha telah dilamar oleh Hairul Azreen di atas pentas Gegarvaganza. Hairul punya ayat" saya nak awak ada dengan saya, saya nak awak jadi partner saya, dan saya nak awak jadi isteri saya yang sah". Sebelum Hairul bercadang untuk melamar Hanis di Konsert Final GegarVaganza, Hairul telah menjumpai ibu bapa Hanis dan mereka telah merestui hubungan ini..Aww sweet kauu. dan jawapan hanis mestilah"Yes"..kang cakap tak yes lain pulak jadinya..hehee.

Tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut semoga kekal bahagia ke jinjang pelamin. Permulaan 2015 bagi artis..

AYAI ILUSI JUARA GEGARVAGANZA

$
0
0
hai assalammualaikum


Ayai Illusi Juara Gegarvaganza - Bila orang lama kembali beraksi di atas pentas, inilah yang ditunggu-tunggu penonton, begitu juga aku. Suara orang lama ni unik dengan lagu mereka yang sedap di dengar. Nad takdelah mengikuti sangat cerita ni sebab kadang-kadang berebut tv dengan jejaka mafia..hahaa..Tapi malam ni dia pergi kerja, dan nad dapat tengok Final Gegarvaganza ni. 


12 orang artis terkenal tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza untuk merebut wang tunai RM100,000 dan enam orang yang terpilih untuk ke finalis Gegarvaganza. Mereka ialah Mega, Ayai Ilusi, Mamat Exist, Fazli Zainal, Haleeda dan Ifa Raziah. Acara ini berlangsung didi Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 9 malam dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Malam final terdapat dua segmen yang perlu mereka lakukan. Pertama mereka perlu menyanyikan dua lagu pilihan sendiri
  • Ifa - lagu Goyang Inul (Inul Daratista) & Matahari (Agnes Monica), 
  • Ayai - Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) & Semangat Lamina (Lefthanded), 
  • Fazli - Sampai Syurga (Faizal Tahir) & Tapi Bukan Aku (Kerispatih), 
  • Haleeda - Mendua (Astrid) & Pelesit Kota (Search), 
  • Rahmad - Suara Cinta (Mega) & Di Sudut Kamar Hatiku (Datuk Jamal Abdillah) 
  • Mamat - Salju Di Danau Rindu & Janji Padamu (Mamat Exist).

Segmen kedua iaitu saingan 'battle' menyaksikan penyanyi ditemukan sesama mereka untuk lagu yang bukan genre mereka iaitu
  • Ifa Faziah menentang Haleeda dalam lagu Fanatik (KRU), 
  • Ayai dan Rahmad dalam lagu Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) 
  • Fazli bersama Mamat untuk lagu Havoc (Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone). 
 
Persembahan diakhiri dengan artis jemputan seperti Kumpulan Spoon, Amelina, semestinay dengan dangdut dia, Jamal abdillah, Newboyz dan Kristal. Pergh memang mantap la diaorang. Semua orang terpegun. Semua penonton terhibur dengan persembahan mereka. Sampai Johan naik gila bila dengar Jamal nyanyi..ahaha..giler die tu..Tetiba ade pulak babak yang tidak disangka akan muncul apabila Hairul Azreen mengambil peluang di pentas Gegar Vaganza akhir yang disiarkan secara langsung itu untuk melamar kekasih hatinya, Hanis Zalikha. Baca lanjut DI SINI

Akhirnya benda yang ditunggu iaitu keputusan pemenang..
Keputusan Juara Konsert Gegar Vaganza 2014 Final

Juara: Ayai Ilusi (Wang Tunai RM100,000 + Trofi + rakam album single)


Naib Juara: Haleeda (Wang Tunai RM 30,000 + Trofi)


Tempat Ketiga: Mamat Exist (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)

Persembahan Terbaik Pilihan Penonton: Mamat Exist (Wang Tunai RM5,000)


Tempat Ke Empat: Rahmad Mega (Wang Tunai RM10,000 + Trofi)


Tempat Kelima: Iffa raziah (Wang Tunai RM5,000 + Trofi)


Tempat Ke Enam: Fazli Zainal (Wang Tunai RM3,000 + Trofi)



 Tahniah kepada semua pemenang..Semua balik dengan hadiah..

LAKONAN MANTAP ELLIE SURIATI DI ISTANA BUDAYA

$
0
0
hai assalammualaikum

Lakonan Mantap Ellie Suriati Di Istana Budaya - Ellie Suriati, siapa tak kenal dia, Sentiasa dengan rambut mengurai ni macam hantu tu..hahaha.. Ellie Suriati ialah pelakon drama TV dan filem di Malaysia. Dia pernah memenangi kategori 'Pelakon Pembantu Wanita Terbaik' dalam Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?

Dulu nad kenal Ellie Suriati dalam rancangan Orang Gaji 41. Ellie Suriati berlakonsebagai orang gaji, namanya Pah Bedah. Dengan loghat perak dia, dengan sebutan ayat die "Ye" menjadi trend orang untuk guna perkataan tu..hhehehe..Kalau sekarang dia berlakon mesti rambut die terbiar je mengurai..dah macam hantu..tak rimas ke..hahaa..tu dia jela yang rasa..Apa yang nad pandang die, Ellie suriati kalau berlakon memang menjiwai watak tu. Kadang-kadang sampai terover, tapi bila tengok rancangan tu boleh rasalah walaupun cara dia yang over tu..hehhee..

Dan haritu nad saksikan dengan depan mata sendiri, Ellie Suriati berlakon di Istana Budaya dalam Sirah Rasullullah: Tahajjud Cinta sempena Maulidur Rasul. Menggabungkan penyanyi dan pelakon terhebat seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar,  Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali,  Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini dibawakan pada 3 hingga 6 Januari 2015.


Ellie Suriati memegang pelbagai watak, telah melakonkan watak-watak tersebut dengan baik. Dari watak baik sampailah ke jahat. Memang kitaorang terhibur bila Ellie Suriati keluar. Lagi-lagi watak kejam.


Set dan props pentas drama ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri daripada 12 set pentas dan 20 jenis props

Orang ramai yang ingin menyaksikan pementasan teater itu boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM53, RM103, RM153, RM203, RM253 dan RM403 yang dijual sejak Jumaat lalu.

Tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi www.airasia,redtix.com.



Habis tayangan, nad bergambar dengan Remy Ishak..itu sahaja artis yang nampak..hehe..

Artis dan Tarikh Persembahan
3 & 4 Jan : Dato Siti Nurhaliza
5 Jan : Awie
6 Jan : Amy Search
7 Jan : Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsa banjir
• Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wangtunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.
• Untuk hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.

BERPELUANG KURUS DAN MENANG RM 1000 DENGAN NIKKO SLIM JUICE

$
0
0
hai assalammualaikum

 Kurus dan Menang RM1000 dengan Nikko Slimm Juice

http://nikkobeauty.com.my/

Berpeluang Kurus Dan Menang RM1000 Dengan Nikko Slim Juice - Siapa nak menang RM1000!!!..banyak tu. Contest yang mudah dan senang. Korang boleh menang dengan hanya membeli Nikko Slim Juice dan minum sahaja. Nikko slim Juice mampu menurunkan berat badan anda sebanyak 1.5kg dalam masa 4 hari..wow!! Nikko Slim Juice merupakan produk kesihatan berbentuk cecair. Jus yang sedap dan 'kurang-manis' berperisa raspberry sesuai untuk mereka yang mahukan kurus dengan usaha minima. Dahla boleh kurus, lepas tu berpeluang pulak untuk menang RM1000..mudah kan..syarat penyertaan seperti dibawah..

Pihak syarikat ada melancarkan pertandingan Kurus Dan Menang. Setiap pengguna Nikko Slimm Juice layak menyertai pertandingan ini. Pemenang akan memenangi RM1000 jika berjaya turun berat badan sebanyak 10 Kg dalam masa sebulan.

Antara syarat pertandingan :

- Wajib ada bukti sahih sebelum dan selepas amalkan Nikko Slimm Juice
- Ada gambar ‘before – after ‘

- Untuk menyertai pertandingan dan maklumat lanjut, boleh hubungi kami melalui saluran berikut :
Website : http://nikkobeauty.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/nikko.slim.juice.hq
Email : staffnikko@gmail.com
Hp : 019 3444513

Nak tau lebih mendalam lagi tentang Nikko Slim Juice..meh nad terangkan

Gemuk, perut mengeleber, siapa yang suka kan!!..Disebabkan kan faktor persekitaran seperti stress, faktor pemakanan yang salah menyebabkan punca berat badan naik dan susah turun disebabkan kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar. Impian setiap wanita ingin memiliki tubuh langsing ataupun potongan bentuk badan menarik, malah mereka berpendapat perkara ini meningkatkan lagi keyakinan diri apabila berhadapan dikhalayak umum. Jadi dah masuk tahun baru ni pasti ramai yang berazam nak kurus kan.

Jadi Nikko Beauty, & Wellness, syarikat yang mengedarkan produk Nikko Placenta White kini mengeluarkan produk kurus mesra pengguna iaitu Nikko Slimm Juice. Jangan risau Nikko Slim Juice dapat membantu menyelesaikan masalah berat badan anda dan membantu ada mendapatkan bentuk badan yang menawan.. Nikko Slimm Juice telah mendapat lulus KKM dan Halal.

Apa itu Nikko Slim Juice?..meh nad bagitau..  Nikko Slim Juice merupakan produk kesihatan berbentuk cecair. Jus yang sedap dan 'kurang-manis' berperisa raspberry sesuai untuk mereka yang mahukan kurus dengan usaha minima. Seperti yang kita tahu, banyak produk kurus yang tumbuh bagai cendawan dalam pasaran tetapi bagi Nikko slim Juice sangat bagus sebab dia 2 in 1 product iaitu detox dan fat burner. Cuci perut dengan tindakan detox, barulah agen fat burner akan pantas bertindak !

Kelebihan Nikko Slim 



Harga
1 botol cuma berharga RM60

Cara Minum
Tidak perlu bancuh,terus minum sahaja 2x sehari

Berapa lama tahan?
Mengandungi 250ml, tahan untuk 2 hingga 3 minggu

Cara Diet Gaya Nikko slim Juice
Panduan diet ini sesuai untuk orang kebanyakan ,yang mana susah nak tinggalkan nasi Ok, ini prosedurnya :

SARAPAN PAGI
1. Makan 1 sudu besar NIKKO Slimm Juice sebelum breakfast
2. Breakfast wajib ambil ,sedikit pun taka pa. Jangan over –eat . Jangan pula makan nasi lemak ayam     bungkus. Berpada pada
3. Sandwich,oat,roti amat sesuai untuk bagi tenaga dan penuhkan perut

MAKAN TENGAHARI
 1. Makan nasi SATU GENGGAM KECIL sahaja
 2. Lebihkan sayur, ambil lauk seperti sup ayam atau ayam bakar
 3. Bergoreng ? Boleh tapi jangan selalu
 4. Minum air mineral. Jangan order minuman ais !

MINUM PETANG
1 .Makan buah buahan atau roti. 2. Jangan pula roti tu sapu nutella banyak banyak,menggemukkan ! Makan OAT sangat digalakkan sebab ia mengenyangkan

MAKAN MALAM
1. Makan 1 sudu besar Nikko Slimm Juice
2. Makan malam seawal bermula pukul 6 hingga 8 malam
3. Makan nasi segenggam kecil sahaja
4. Lebihkan lauk. Kalau mampu, jangan makan nasi.Makan lauk sahaja.Ini lebih baik

Testimoni penggunayang telah berjaya dengan Nikko Slim Juice ni

Rata rata pengguna memberikan respon atau testimoni yang baik setelah menggunakan produk tersebut.



Nampa tak keberkesanannya..Apa tunggu lagi..RM1000 menanti anda..grab cepat dan cuba Nikko Slim Juice ni. Ini adlah peluang untuk mereka yang berazam nak kuruskan badan.
 Contest Mudah Nikko Slim Juice ini dianjurkan oleh Farid Laham Networkdan ditaja oleh Nikko Beauty serta duniafarisya.com

NEW YEAR GIVEAWAY WITH EVERSOFT SKINZ YOUTH RECALL BY AJ

$
0
0
hai assalammualaikum

New Year Giveaway With Eversoft Skinz Youth Recall By Aj - Siapa yang tak nak cantik. Sebut pasal nak cantik, mesti semua wanita akan tersenyum. Lagi-lagi bagi yang dah berkahwin macam nad, sentiasa nak nampak cantik dan muda untuk suami. Penampilan itu penting supaya suami nampak kita je..hahaha..dan nad teruja nak join giveaway Ayujean ni..Terpanggil pulak bila ternampak produk kecantikan daripada Eversoft skinz Youth Recall ni..Tahun baru azam nak kulit sentiasa menawan dan tiada jerawat..

http://www.ayuejean.com/2014/12/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

KelahiranEVERSOFTSkinztelah diilhamkanoleh kecantikan dan keindahanwanitaJepun. Dengan menggabungkanbahan-bahansemulajadi yang terdapat dalamproduk penjagaan kulit daninovasi serta 5Langkah Amalan Penjagaan Anti- Penuaan wanita jepun telah membuatkan satu dunia terpesona dengan kecntikan kulit mereka yang licin dan halus itu. Rahsia di sebalik penjagaan kulittradisional  kecantikan ini digunakandari generasi ke generasi. Dengan menggunakanbahan-bahansemula jadiJepun, iamerangkumi5langkah amalan penjagaan anti-penuaan kulit wanita Jepunyangmemberikulit yang halus dan sentiasa muda.




Eversoft Skinz Youth Recall menggunakan ramuan tradisional Jepun yang terkenal dalam mengatasi masalah antipenuaan terdiri daripada:

Rumpai Laut Wakame
- Kaya dengan Kolagen-Phyto, Rumpai Laut Wakame membantu meningkatkan tahap kolagen dan secara jelas membantu mengurangkan kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit untuk kontur wajah yang lebih menawan.

Ume
 - Dikenali sebagai aprikot Jepun, Ume mengandungi bahan antiglisasi yang melindungi kulit dengan menyekat AGE (Advanced Glycation End) yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan kuning hasil daripada penuaan. Ume diguna secara tradisional dalam ubat-ubatan Jepun untuk mencerah dan menghilangkan kulit kuning serta menyamaratakan tona kulit untuk kompleksyen lebih cerah dan berseri.

Hiaruron San (Asid Hialuronik Luar Biasa )
 - Juga dikenali sebagai “Pancuran Keremajaan”, Asid Hialuronik Luar Biasa mengunci kelembapan untuk hidrasi berpanjangan bagi memelihara kelembutan, kelicinan dan kecerahan kulit.



5 langkah rejim penjagaan kulit anti-penuaan

Langkah 1: Mencuci - Ini merupakan langkah pertama dan terpenting. Diformula bersama minyak botanika yang bertujuan melegakan, DEEP ACTION MICRO CLEANSING OIL membersihkan kulit dengan menyingkirkan solekan, pelindung matahari, krim BB dan produk lain pada wajah secara efektif.

Langkah 2: Membersih dengan mendalam - Langkah kedua ialah pembersih mendalam menggunakan HYDRA CLEAN CLEANSING FOAM (untuk kulit normal) atau DEEP MOIST RICH CLEANSING FOAM (untuk kulit kering). Dua produk ini membantu menyingkirkan noda-noda tersembunyi dan sebum berlebihan sambil melindungi keseimbangan semula jadi pH kulit.

Langkah 3: Menyegar - Langkah ketiga ialah menyegar (toning). HYDRATING TONING LOTION diperkaya dengan Hiaruron San (Asid Hialuronik Luar Biasa) yang memberikan 2x hidrasi segera dan efek pelembutan yang kekal untuk 24 jam. Ia juga membantu mengoptimumkan faedah pelembap anda.

Langkah 4: Rawatan untuk  Pembaikan dan Keserian - Langkah keempat meliputi rawatan kulit menggunakan FIRMING & REFINING ESSENCE (Wajah & Mata) yang diperkaya dengan cecair pekat aktif bagi mengatasi tanda-tanda penuaan dan untuk tujuan pemutihan. Esen penapisan kulit ini juga mengandungi Peptid Pemulihan 3 pekat bagi mempercepatkan pemulihan untuk kulit yang lebih licin, berseri dan anti kulit kuning.

Langkah 5: Melembap - Langkah terakhir adalah dengan mengaplikasikan HYDRA GLOW FIRMING CREAM  SPF 30 PA++ untuk perlindungan di siang hari dan ULTRA RICH RENEWAL FIRMING CREAM sebelum tidur untuk tujuan melawan garis-garis kedut dan memperbaiki tanda-tanda penuaan ketika anda berehat.



Mengapa anda harus memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall .....
Nad ingin memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall ini kerana Produk ini mengandungi ramuan tradisional yang mampu memberi kebaikan kepada kulit muka, menganjalkan kulit dan membantu nad kelihatan sentiasa muda daripada usia nad disebabkan  usia semakin hari semakin meningkat, jadi kerisauan kedutan atau penuaan pasti akan muncul. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat, dan berminyak menyebabkan nad malu nak berdepan dengan orang ramai, jadi Nad ingin memiliki kulit yang licin, cantik, putih dan gebu serta tiada jerawat seperti  wanita jepun di sana. Paling penting nad ingin nampak sentiasa berseri di depan suami kerana bahagian muka la yang ditatap selalu oleh suami..hehe..

Slogan
Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana.......
Kecantikan itu adalah hak milik setiap wanita, Umur tiada lagi penghalang untuk kelihatan cantik. Dengan ramuan semulajadi dan 5 langkah amalan penjagaan kulit mampu memberikan wajah saya lebih cantik dan menawan dengan Eversoft Skinz. Selamat tinggal kulit bermasalah.



New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ akan berlangsung dari 26 Disember 2014 sehingga10 JANUARI 2015 (11.59 malam)
  
Hadiah :

5 (lima) x Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Eversoft Skinz Youth Recall bernilai RM 250 setiap satu.
Pemenang akan dipilih berdasarkan entri dan slogan yang paling menarik dan kreatif.
Pemenang akan diumumkan pada   15 Januari 2015

WORDLESS WEDNESDAY : KESELAMATAN ANAK

$
0
0
hai assalammualaikum


Keselamatan Anak ; Anak tanggungjawab ibu bapa. Kalau taknak jadi sesuatu yang buruk kepada anak-anak, mungkin ini salah satu cara sebagai penyelamat untuk anak-anak dengan orang yang tak dikenali (stranger).

DUA KALI PERGI DUA KALI TU LA MEE KETAM KL NI TUTUP

$
0
0
hai assalammualaikum



Dua Kali Pergi Dua Kali Tu La Mee Ketam Kl Ni Tutup - Kau nampak tak gmbar dekat atas tu..nampak tak..ngrrr..geram sangat ni..ngrrr..boleh bertukar avatar jap lagi..hahhaa..nad ni tak boleh tengok jejaka mafia makan sedap sorang-sorang..kalau sedap je mesti nad mintak dia bawak nad semula tempat makanan sedap dia makan tu. Samala macam makanan dekat Restoran Makanan Thai Asli Om Fruit Juice disebabkan ikan siakap dia yang rangup. Gambar mee ketam tu  pulak dia pergi sebelum kitaorang kawin. Sebelum kawin jugala nad dah tuntut," nanti bawak sayang makan mee ketam ni erk "..

Dah nad ni suka dengan makanan laut, tak kira lah udang ke, ketam ke, lala ke..semua masuk asalkan makanan tu sedap. Lagi teringin bila nampak ketam sebesar alam ni..Mestilah nak..Tapi sedihnya sampai sekarang tak dapat lagi..dah dua kali kot nad pergi dan dua kali jugakla dia tutup..Pertama kali pergi tak tau kenapa dia tutup..tengok operasi sampai ke malam, tapi nad pergi malam tu tak buka. Kali kedua nad pergi semalam, waktu siang pulak..yela takut malam haritu tak pergi..

Punyalah kita happy..membuak-buak ni..perut pun dah tak sabar nak makan ketam tu..sekali datang tak buka..aiyarkkk..saje je nak bagi kita kempunan. Jejaka mafia berfikiran positif "mayb sebab banjir kot, diaorang balik rumah masing-masing tolong sana ke"..nad "..ermmm yelaaa (sambil buat mulut muncung)"..sedih ooo bila tak dapat..sobsobsob...jejaka mafia "takpela kita pergi minggu depan lagi erk"...


Ni aku tengok dekat page facebook dia.. MEE KETAM KL.. sedapnyaa..area dekat keramat..

WORDLESS WEDNESDAY : HUTANG

SEBAB NI RUPANYA MEE KETAM KL KERAMAT TUTUP

$
0
0
hai assalammualaikum

Sebab Ni Rupanya Mee Ketam Kl Keramat Tutup - Semalam nad ade cerita yang nad teringin nak makan Mee Ketam Kl. Tapi dua kali datang asyik tutup je. Jadi kali kedua tu nad pergi, nad nampak signborad tulis fanpage facebook Mee Ketam Kl punya. Balik sampai rumah je, nad terus buka ipad, cek fanpage facebook Mee Ketam Kl tu..Bila tengok fanpage tu, masih aktif dan semalam nampak die post gambar. 

Nad pun tengok komen-komen lain, memang ade sesetengah komen cakap Mee Ketam Kl dekat keramat kenapa tutup, Jadi nak puaskan hati, nad pun ape lagi cuba komen dekat gambar tu, dengan hantar post dekat situ cakapla "kanapa Mee Ketam Kl dekat Keramat tutup"..tiada jawapan. Malam tu nad pikir, memang lambat balas la kalau dekat komen, jadi nak cepat nad hantar pula dekat massage inbox facebook tu.


Dan tengahari tadi nad buka facebook, Mee Ketam Kl pun reply soalan nad..Dan seperti dalam gambar..korang nampak kan jawapan dia. "Wsalam...masih tutup unt minor reno..once buka akan inform di fb"..inilah kenapa Mee Ketam Kl tutup..punyalah nad tanya jejaka mafia mende minor reno tu, dan jejaka mafia cakap "nak renovation bahagian dalaman la tu..nak bagi cantik, nak sambut kedatangan sayang"..iyolah tu..so nak taknak..kene tunggu jela die inform kat facebook..ermmm..

Disebabkan kempunan..sabar jela..takpun pergi @D'laila suppower jele..hehe

EPHYRA SKIN BAR MEMBERI KESAN YANG MENAKJUBKAN

$
0
0
hai assalammualaikum

Ephyra Skin Bar Memberi Kesan Yang Menakjubkan - Ephyra!!..Ephyra!!..Ephyra!!..asyik ephyra je..elok ke..Halooo kalau tak elok takdenya nad nak heboh-heboh pasal Ephyra ni, Sebab die beri kesan yang positive la nad tetap setia dengan Ephyra...hehee...

Masalah nad sekarang ialah Lingkaran bawah mata yang gelap. Dah macam panda dah mata nad ni, sebabnya setiap malam nad tidur lewat. Bukan sengaja, tapi kadang-kadang temankan suami buat kerja, lagi satu sebab rumah nad berdekatan dengan jalan raya, jadi setiap malam akan terlalu bising dengan bunyi kenderaan..tidur pun jadi tak lena. Kadang lepas subuh baru dapat tidur. Macam mana mata tak jadi panda.

Selain itu, masalah kulit berjerawat. Memang masalah ni, nad hadapi sejak dari sem 1 masuk Universiti, lagi.. Cuba bayangkan selama bertahun muka nad terpaksa berdepan dengan orang dengan muka yang problem ni sehinggal meninggalkan bekas. Bekas jerawat yang masih ada membuatkan nad tak yakin nak keluar jumpa orang. Kadang-kadang perlu keluar jugak, yela keje blogger, pergi event sana sini. Jadi jalan penyelesaiannya kene mekap tebal-tebal..Dah kalau mekap tebal, mesti lama-lama muka berminyak..sebab muka berminyakla jerawat tumbuh balik. Dah macam-macam produk pencuci muka nad guna, berkesan pada mulanya tapi tak lama.

 Mukalah tempat yang paling penting dalam hidup kita, sebab orang menatap wajah kita kan. Ephyra macam paham-paham je masalah nad kan. Love it Ephyra...


Ephyra seperti memahami masalah diriku..hehee..kini Ephyra mengeluarkan satu produk baru tau..ape dia..ahak... Seperti yang korang tahu, Ephyra mengeluarkan minuman suplemen kesihatan yang memberikan kebaikan  dalaman dan luaran untuk kecantikan badan kita supaya sentiasa sihat, cantik dan bertenaga, tapi sekarang Ephyra sudah menambah produk terbaru mereka iaitu Ephyra Skin Bar. Ephyra Skin Bar ni produk berbentuk sabun khas untuk muka dan badan.

Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten. Macam mana nad tak teruja kan bila dapat cuba sabun muka keluaran terbaru Oceanlife ni..huhuhuhu..

Maklumat sedikit tentang Ephyra Skin Bar ni..:
- Menggebu dan mencerahkan kulit
- Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
- Menghilangkan parut dan kedutan
- Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
- Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah

EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Nak tau lebih lanjut boleh baca dekat SINI 


    Nad guna 3 kali sehari..sebab nak kesan yang berkesan dan cepat..Nad guna waktu pagi, malam dan sebelum tidur. Cara nak guna sabun Ephyra ;
    - Basuh muka
    - Basahkan sabun Ephyra dengan sedikit air.
    - Gosok Sabun Ephyra di telapak tapak tangan sampai keluar buih. Nad suka sabun Ephyra sebab buihnya banyak..lagi banyak lagi bagus untuk muka.
    - Gosok dekat muka selama 5 minit, kasi bersih seluruh muka. Sapu lembut je. Takyah ganas-ganas..
    - Lepas tu bilas dengan air.
    - Kalau waktu malam, sabun ni nad buat mask..biarkan sekejap dalam 30 minit..pastu baru basuh..;)
    - Bau sabun ni sangat wangi..

    Perubahan Nad alami dengan menggunakan Ephyra Skin Bar


    Selepas sebulan nad guna, kesannya sangat menakjubkan. Apa yang nad tengok, perubahan yang ketara bila menggunakan Ephyra Skin Bar ni. Nad dapati kulit bawah mata nad dah semakin kurang gelap, malah ia memutihkan muka nad..hahaa..kita nak hilangkan mata panda tapi dapat lebih dari tu..memang best la...Kalau perasan dekat gambar, lingkaran bawah mata nad dah takde macam sebelum tu..mata nampak lebih cergas je..dah hilang dah mata panda..hehee


    Nampak tak bekas jerawat pun dah makin hilang walaupun tak 100%..yang penting bekas hitam-hitam dah tak nampak. Lagi satu sekarang nad keluar tak pakai makeup tebal-tebal. Kadang just tempek bedak compact je..anyonyonyo..Sabun ni sebenarnya bukan sahaja untuk muka, malah untuk badan juga..wahh best kan..Nad ade cuba pakai letak bawah lengan ketiak ni..hehehe..memang best..Kesan boleh dilihat seawal seminggu iaitu 7 hari..dah la wangi..

    Kesan ni hilang bukan sekelip mata sahaja, tapi ambil masa sahaja..Jadi penggunaan Ephyra Skin Bar memberi kesan yang menakjubkan kepada wajah anda.

    Sabun seberat 50g ni mampu bertahan selama sebulan..Tapi nad terpaksa potong sebab sayang, nanati cepat habis..hehe.. Berapa harga Ephyra Skin Bar ni? Sudah tentu mampu dimiliki oleh semua hanya RM40 sekotak
     
    Nak tau lebih lanjut..boleh layari:
    Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
    Official Instagram : @ephyra2u
    Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



    Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

    **Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

    PERTUKARAN KE SKIM UJRAH PTPTN

    $
    0
    0
    hai assalammualaikum

    Pertukaran Ke skim Ujrah PTPTN - Ujrah?? Apa tu erk?? hah..korang yang pengguna PTPTN mesti pernah dengar Ujrah kan. Nad dah lama tau berkenaan ujrah ni tapi baru tahun ni nak buat..gedik kan..hahaa..yela sekarang barulah ada masa nak buat..sebelum ni sibuk memajang..ececehh yola ko nad..

    UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.Siapakah yang layak untuk pembiayaan ujrah?
    1. Semua pelajar yang memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
    2. Semua peminjam yang masih meneruskan pengajian.
    3. Semua peminjam yang telah tamat pengajian atau pembiayaan telah dikeluarkan sepenuhnya kepada peminjam.




    Kawan UUM nad kebanyakannya dah buat ujrah. Diaorang cakap bila buat Ujrah kadar faedah 3& tu berkurangan jadi 1%..so makin berkuranganla kita akan bayar kan..kann...jadi nad pun nak jugak buat ujrah ni. Nad buat dekat UTC pudu.

     Sampai sana, nad tanya pakguard merangkap kaunter pertanyaan jugak..hehee..nasib pakguard tu sempoi dan mampu layan ornag yang keluar masuk PTPTN tu..Pastu tanyala dekat pakcik tu, cakap "pakcik,saya nak mohon ujrah dengan buat pembayaran"..pakcik tu pun ade bagi satu borang simple sahaja untuk mohon Ujrah..Simple je borang tu..pastu tunggu la giliran.

    Dah sampai giliran, bagi borang tu dekat staff PTPTN dan die uruskan semua..Lepas tu die cakap beli stem hasil RM10..beli dua keping..dan die cakap proceed dalam 1 jam sampai satu setengah jam. Jadi nad pun pergila pos offics. UTC kan ade macam-macam..so senang..dekat situ gak pergi pos office dan beli stem hasil..lepas tu patah balik dekat PTPTN.

    Tunggu punya tunggu..tengok nama tak dipanggil..sampaila pukul 5..ce bayangkan dari pukul 2 sampailah pukul 5..gila tak lama..lepas tu..nad terus ke kaunter cakap "saya punya dah siap ke"..staff PTPTn tu boleh cakap "la asal tak datang tadi"..aik tak cakap pun suruh pergi ke kaunter..ingatkan orang panggil nama kita sebab tengok orang tu panggil-panggil nama orang..buang masa di situ ok..ermmm..


    Selesai je surat agreement Ujrah tu, nad pun diminta sig..ade dua copy, satu untuk nad satu untuk orang PTPTN. Sampai pakcik guard tu tolong nad..hahaa..yela die dah uruskan ramai orang, jadi dia nak memeudahkan kerja orang dengan membantu..bagus-bagus..

    Selesai je, nad akhirnya dapat surat agreement tu..bila nad tengok jumlah hutang tu memang berkurangan..dan 1% adalah untuk kos perkhidmatan. Tapi nad baca ada yang cakap Ujrah 1% ni tak bagus..sebab makin banyak kita bayar..ermmm takpe..nanti nad tengok..sebab nad baru je start buat..bayar kene konsisten ok..hutang tetap perlu dibayar..anyonyo..

    BERKUNJUNG KE RUMAH CHE MAT GEBU BLOGGER TIFFINBIRU DI SEDENAK

    $
    0
    0
    hai assalammualaikum

    Berkunjung Ke Rumah Che Mat Gebu Di Sedenak - Haii semua..penat tak hilang lagi selepas bercuti di Legoland bersama geng #kelabbloggerbenashaari minggu lepas. Memang seronok sangat dapat bercuti beramai-ramai. Tapi nad bukan nak cerita pasal legoland lagi, nad nak cerita kitaorang semua singgah ke rumah Cik Mat Gebu selepas balik daripada Legoland..hehehe..cerita Legoland nanti erk..

    Selepas je kita orang check out dekat hotel, kitaorang memang rancang nak pergi rumah Cik Mat Gebu dekat sedenak. Dah alang-alang sampai sini, baik singgah sebab ni la pertama kali nad dapat jumpa dengan Cik Mat ni. Nak jugak rasa masakan dia yang sedap tu. Hari-hari tengok masakan dia dekat blog, tu pun dah terliur..ni nak rasa betul-betul..hahaa..

    Dalam perjalanan ke rumah Cik Mat, minyak kereta nad dah nak sampai E dah. Masa tu jejaka mafia dah risau, tau-tau jela kalau lelaki punya risau macam mana, kita lagi la risau..dok pikir boleh jalan lagi ke..janganla mati..Abg ben cakapa stesen minyak 36 km lagi..adoii risau dah ni..aircond semua tutup..dari konvoi ramai-ramai, nad dengan husband dah terpisah dengan diaorang sebab terpaksa bawak slow-slow..Jejaka mafia dah cakap dah " Ni tak sampai ni sayang,minyak dah nak E ni..takyah la pergi"..weii muka nad dah nak nangis tau..bukan senang leh pergi rumah Cik Mat, dapat jumpa dia, dapat rasa masakan dia..nak menangis rasa..nak mintak add friends cik mat pun lama tau..inikan pulak nak jumpa die..huaaa..jejaka mafia macam kesian je dengan nad,lepas tu die guna waze..akhirnya jumpa balik konvoi tadi..kereta boleh jalan lagi..akhirnya sampai jugak ke stesen minyak tu..Allah..syukur ya amat. Semata-mata nak jumpa Cik Mat Gebu..doa kereta jangan mati dulu..huhuhuhu..

    Akhirnya sampai jugak ke rumah Cik Mat Gebu..Sampai sana dah siap makanan tengahari untuk kitaorang ni..Terim kasih Cik Mat..Macam-macam juadah yang disediakan untuk kitaorang ..Meh kasi tunjuk gambar makanan sikit..kasi terliur sikitt..

    credit kerex studio
    Gulai rebung Udang..Udang is my favourite...aummm..sedappp ooo..pedas die tak terkata..

    credit kerex studio
    Ayam masak asam pedas..pertama kali rasa..selalu ikan masak asam pedas..aummm..mengancam

    credit kerex studio
    Sayur campur..

    credit kerex studio
    Ulam-ulaman dengan sambal belacan ini penting

    credit kerex studio
    Memasing muka tak sabar nak makan..hahaa

    credit kerex studio
    Meh tunjuk berapa banyak makanan kami amik..memang kenyangg oo..

    Ooopp..Cik Mat ade buat dessert jugak..sedappppp..seriuss..nad ni memang jenis susah nak makan dessert yang pelik, tapi yang ni memang sedapp..Nak bawak balik je rasa tapi segan..hahaa

    credit kerex studio
    Ni la dessert yang unik ni..hahaha..bagi nad la..nad ingat air jelly tapi die kek dengan buah-buahan..dengan macam-macam lagi la..perghh..sedapp sehh..nak menambah tapi perut tak muat..hahaha..

    credit kerex studio

    credit kerex studio
    Ni kuih tart buah..lembut je..Ada lagi satu popia..tapi lupe nak amik..sebab dah nampak makanan sedap ni semua..

    credit kerex studio
    Buah tembikai dibubuh asam merah..aumm

    Memang hasil masakan tangan Cik Mat Gebu terbaikk..Terima kasih Cik Mat atas layanan yang baik dengan makanan yang sedap-sedap ni..alhamdulillah balik je dalam kereta terus tidur..bhahaha..sampai jejaka mafia pun terpaksa berenti dekat RNR, tidur sekejap sebab mata dah tak larat kekenyangan..hehee..Ada masa kita jumpa lagi Cik Mat..

    PRINT BAJU MURAH DI OHTSHIRT SHAH ALAM

    $
    0
    0
    hai assalammualaikum

    Print Baju Murah Di OhTshirt Shah Alam - Hah siapa yang tercari-cari printing baju dan Tshirt untuk kenduri, office atau apa sahaja, korang boleh terjah printing baju dan Tshirt Murah ini di OhTshirt Shah Alam. OhTshirt menawarkan service printing baju dengan pelbagai design baju mengikut citarasa anda sendiri dengan kualiti yang terbaik. Yang penting ia adalah printing baju murah!! murah!! murah!!...

    Printing Baju dan Tshirt Murah

    credit pic Mohd Rasul
    Oh! Tshirt adalah sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman dalam bidang percetakan dan sulaman berkomputer untuk pakaian. OhTshirt telah beroperasi sejak 2011 lagi dan dari hari ke hari, Oh TShirt telah mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan kerana harganya yang murah dan berkualiti. Mereka bukan sahaja menjalankan perniagaan secara offline malah  secara online bagi memudahkan pelanggan melihat hasil kerja tangan mereka dan bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat.  

    credit pic Mohd Rasul
     Oh! Tshirt dimiliki sepenuhnya oleh FZ Multi Creation Enterprise dan Kilang Baju yang dikendalikan oleh anak muda yang minat dalam cetakan baju bermula dari alam universiti lagi.  

    credit pic Mohd Rasul
      Menawarkan printing Tshirt murah yang terdiri daripada pelbagai jenis material seperti :
    - Custom Made Shirt
    - Double Interlock ITT
    - Double interlock TINT
    - French Ribs
    - Lacoste CT – 220GSM
    - Lacoste TC – 200GSM
    - Lacoste CVC – 220GSM / 240GSM
    - Microfibre Dry Fit
    - Round Neck 100% Cotton – 200GSM
    - Stair Cloth (Knitting Corporate TShirt)
    - Local – Ready Made T-Shirts

     Berikut Adalah Harga Yang DiTawarkan :
    100 – 150 helai : RM9.90 sehelai
    151 – 200 helai : RM9.00 sehelai
    201 – 250 helai : RM8.50 sehelai
    251 – 500 helai : RM8.00 sehelai
    501 – 1000 helai : RM7.70 sehelai
    1000 helai ke atas : RM7.50 sehelai

    credit pic Mohd Rasul
    credit pic Mohd Rasul
    Selain menjual t-shirt yang telah siap, OhTshirt juga menawarkan perkhidmatan menjahit mengikut design yang telah diberikan oleh pelanggan seperti :
    - Baju korporat / F1
    - Jaket korporat
    - Vest
    - Baju chef
    - Apron
     
    credit pic Mohd Rasul
     OhTshirt juga menawarkan perkhidmatan cetakan untuk cenderahati korporat seperti Woven Bag, topi, tuala, beg, pen dan lain-lain lagi.

    credit pic Mohd Rasul
     Antara pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan OhTshirt adalah Kementerian Pembangunan Wanita, UiTM Shah Alam, UNISEL, RTM, UIA, Labuan Sea Challenge, Kumpulan Media Karangkraf, Sime Darby, Maybank, TV3, KASTAM dan banyak lagi.

    OhTshirt Membuka Cawangan di Melaka
     OhTshirt juga telah mengembangkan perniagaannya di Melaka dimana di cawangan ini telah beroperasi hampir 1 tahun semenjak pembukaannya di Melaka. Dengan penubuhan cawangan ini, ia memudahkan pelanggan di negeri Melaka untuk menggunakan perkhidmatan OhTshirt  di sana.

    Alamat di Melaka;
    FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
    No.4, Pusat Niaga MBMB,
    Bulatan Ayer Molek,
    75460 Melaka Darul Azim.
    TEL: 012-352 3972
    Email: ina@ohtshirt.com.my

    Sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan bolehlah pergi ke OhTshirt di Shah Alam atau layari website mereka di :

    FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
    No. 19A, Jalan Kristal K7/K,
    Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    TEL: 03-55236785 / 017-6676785
    Email: admin@ohtshirt.com.my
    Laman Web:www.ohtshirt.com.my
    Facebook:OhTshirt Facebook
    Instagram:OhTshirt Instagram

     

    WORDLESS WEDNESDAY : CINTA

    $
    0
    0
    hai assalammualaikum

    • Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari
    • Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.
    • Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
    • Cinta itu bukanlah menyayangi yang sempurna tapi cinta itu menyayangi yang tak sempurna menjadikannya lebih sempurna. Jangan terlalu meratap atas kegagalan bercinta.
    • Cinta kepada manusia dan daripada manusia, tak pernah kekal. Jadi untuk apa kita bersedih, meratap untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita?
    • Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian atau hadiah semata.

    BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA

    $
    0
    0
    hai assalammualaikum

    Bercuti Di Legoland Malaysia - Sabtu lepas nad bersama geng #kelabbloggerbenashaari bercuti di Legoland. Teruja sangat bila dapat pergi Legoland ni!! Bukan senang nak masuk sini, kene ada duit poket yang cukup baru boleh pergi. Bila dapat peluang pergi ke Legoland, memang tersenyum je sepanjang perjalanan..hehe..

    Sebenarnya, dah lama rancang  ke Legoland ni bersama geng #kelabbloggerbenashaari. Sepatutnya pergi bulan 12, tapi ditunda sebab masalah tak dapat dielakkan. Jadi kami semua pergi bulan 1, kira percutian kami dan berbulan madu nad bersama suami tahun 2015 ni.. hahaha..kami dapat bercuti selama 2 hari 1 malam..Geng #kelabbloggerbenashaari yang pergi bukan setakat yang dah berkeluarga, malah anak dara dan teruna pun ikut join..hehhe..

    credit pic Kerex studio
    credit pic Kerex studio
    Nad dengan suami bergerak dalam pukul 7, terus pergi amik mawardi dekat LRT Sg Besi. Lepas tu terus gerak ke highway sampailah ke perhentian RNR Seremban. Perut kasi isi dulu, yela, perjalanan ke Johor jauh kot. Lepas kenyang, teruskan perjalanan. Ingatkan nak terus je tanpa berhenti, tapi terpaksa berhenti sekali lagi sebab nak sejukkan enjin..kereta dah tua..hahaa..jadi taknak ape-ape berlaku kami berhenti la..

    Selepas itu teruskan la perjalanan ke Legoland tanpa berhenti. Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 12 tengahari..Perjalanan mengambil masa selama 5 jam jugakla..fuhh..lama jugak. Hari tu nasib kami baik dan beruntung sangat sebab cuaca di Legoland cerah dan sangat cantik, sebab sebelum ni hujan 2 hari dekat sana. Biar berpanas jangan hujan . .dapatla kami pusing-pusing dekat situ.. Dapat je parking, kami terus ke Lobi hotel Legoland untuk check in nama.

    LOBI HOTEL LEGOLAND 

    Masuk je dalam lobi, WooWW!!! amazing sangat tempat dia..bukan sekadar lobi yang membosankan, yang hanya ada kerusi dan kaunter, tapi lobby dekat Hotel Legoland ni penuh dengan lego dan tempat istirehat. Lego memang sesuai untuk anak-anak, tapi dah masuk sini orang dewasa pun nak join jugak..hahahha..

    credit pic Kerex studio

    Bagi mak, bapak yang sedang menunggu nak check in, jangan risau tentang anak-anak..letak je dalam ni..mesti diaorang takkan merayau ke mana. Diaorang akan khusyuk main lego je..Tapi kene perhatikan jugak, takut ade yang tertelan lego pulak nanti..hehhee..

    credit pic Kerex studio
    credit pic Kerex studio
    Ehh lupe pulak nak daftar nama..hahaa..khusyuk tengok lego kan.. Ade basikal bergerak kat belakang tu..hhehe..omey je..dan ada 12,528 LEGO Mini Figures di pamerkan di belakang check-in desk

    credit pic Kerex studio
    credit pic Kerex studio
     Nak ajer masuk main dalam castle tu..hahaha. Selain itu di Lobi Hotel Legoland ni ada kemudahan kerusi urut dan kedai untuk membeli cenderahati serta restaurant..


    credit pic Kerex studio
     Eheh jumpa maskot Legoland pulak..bergambarla kito yee.. 


    Memandangkan check in hotel pukul 4, jadi kami semua berjalan masuk ke dalam Theme Park dahulu..dekat je dengan hotel. Keluar je Pintu, dah nampak Theme Park..hehee..Panas pun panasla..yang penting enjoy..Kalau tak tahan panas, bawakla payung atau pakai topi. Takut hujan bawak baju hujan..hehe..Yang penting kalau korang dapat 2 hari 1 malam better pergi awal sebab korang boleh meronda seluruh Theme Park sebab check in hotel pukul 4 kann..

    Nak tau ape dalam Theme Park..tungguuu..nanti nad sambung yeeee...hehee..









    AKIVITI PERCUTIAN KELUARGA DI PORT DICKSON PART 2

    $
    0
    0
    hai assalammualaikum

    Percutian Keluarga Di Port Dickson - Tahun lepas nad ade buat entry aktiviti percutian keluarga di Bayu Beach Resort Port Dickson dekat SINI dan SINI, sekarang nak cerita aktiviti kami part 2 pulak..haha..punyalah dah lama..baru nak cerita..takpelah yang penting cerita..ye idakk..bercuti..bercutii..memang best..

    Dah banyak kali nad bercuti dengan keluarga di Port Dickson tapi ni pertama kali bercuti dengan saudara mara, sepupu sepapat. Pada 22/11/2014, kami semua, anak, cucu cicit arwah haji Omar dan Hajah Saniah telah berkumpul bersama untuk bercuti. Inilah keluarga belah mak, kalau dah rancang mesti kene jadi. Bila salah seorang dah buka cerita nak buat family gathering, mesti kene jadi punya..hahaha. Kami semua memang happening dan sempoi. Abang nad dan isteri dia yang uruskan semua dan bahagi-bahagikan kerja. Alhamdulillah..semua disambut dengan baik dan berjalan lancar. 


    Hari sabtu kami bertolak dan kami memulakan aktiviti bersama. Bila semua dah berkumpul memang meriah. Datang sana bukan makan, berenang je tau tapi ada aktiviti lain..

    Masa ni macam-macam makanan diaorang bawak. ada bawak nasi dengan lauk pauk, ade buat barbeque. Nyumnyum..
     


     
    Jom tengok aktiviti pulak..

    Aktiviti Pertama- Isi Air Dalam Botol
    - Diberi arahan setiap orang akan diberi satu botol dan satu cawan berlubang..amik air guna cawan berlubang dan isikan dalam botol besar sampai penuh..siapa yang dapat isi penuh menangla die..hehee..Biasalah sepupu sepapat bila dah main..ada yang main tipulah..hahaa..tapi kene ulang balik...kihkihkih..kali kedua main..baru serius..hehee 
     


    keluarga ni yang menang..hehehhe


    Aktiviti kedua - Lelaki Gagah
    - haha nama aktiviti pun dah lawok..Mainnya kaum adam kene berlari ke air..lepas tu patah balik..dan tiup belon sampai pecah..hahaa...




    Aktiviti ketiga - Campak Belon air Tanpa Pecah
    - Permainannya..lari kasi pusing 5 kali..lepas tu lari baling belon air ke pasangan..penin main ni..hahaha





    Aktiviti keempat - Kenal Hati Pasangan Masing-masing
    - hah yang ni siapa tak tau, takleh cakap apela..haha..kene kenal hati budi pasangan masing-masing..setiap sorang dibagi pensel dan kertas soalan. Soalan berkaintan, tarikh lahir, tarikh nikah, bertemu kat mana..hahaa..pasangan kene jawab sendiri-sendiri..tak boleh berbincnag..hahaa..mampuih la..siapa tak ingat memang la..kihkihkih...




    Aktiviti Kelima - Buat Istana Pasir
    - Setiap keluarga kene buat istana pasir..tengok siapa paling cantik..



    Lepas selesai aktiviti kami meraikan harijadi mereka yang lahir pada bulan tu..meriah kau..semua ladies..hehee

    Last but not least..penyampaian hadiah..takdelah nad nak tunjuk semua orang yang menerima hadiah kan..hehe..tunjuk keluarga yang banyak menang..hahaha..Geng baju hitam la banyak menang dalam permainan..hehee..tapi semua bawa pulangan hadiah..hehee


    Last sekali mestilah picture kenang-kenangan bersama satu keluarga..Inilah keluarga nad..very happening..

    Haji Omar Territory

    Nak tengok gambar lain boleh pergi ke page Kerex Studio.
    Photo by : Kerex Sniper
    Page :  Kerex Sudio
    Anything can call himfor Wedding, engagement, event, Graduation and Programme.

    Lepas ni sambung cerita bercuti di legoland pulak..hehee



    Viewing all 2312 articles
    Browse latest View live