Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live

WORDLESS WEDNESDAY: AKU DAN LEGOLAND

$
0
0
hai assalammualaikum

Aku Dan Legoland - rindu sangat dengan legoland..hari-hari dok tengok je gambarnya..haha..tak puas namanya..takpela..layan gambar je le..heehe..





k bai..hahahhaa...

Entry legoland boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1 

3) LEGOLAND MALAYSIA : 5 KAWASAN THEME PARK LEGOLAND YANG LAIN PART 2

4) LEGOLAND MALAYSIA : LEGO STAR WARS MINILAND SALAH SATU TARIKAN DI LEGOLAND

5) LEGOLAND WATERPARK DI LEGOLAND MALAYSIA

6) REVIEW HOTEL LEGOLAND : HOTEL YANG SANGAT BEST DI NUSAYAJA JOHOR

 


PRIMIUM DESSERT / PENCUCI MULUT DI KFC

$
0
0
hai assalammualaikum

Primium Dessert / Pencuci Mulut Di KFC - tak tau la pulak selama ni dekat KFC ade dessert bagai..haha..selalu pergi sana makan snack plate, dinner plate, beli ayam dalam bakul satu set, burger, potato wedges..amboii nak keluarkan semua menu dalam kfc..hahaha..tapi sekarang kfc dah ade dessert dia..nad tau masa nad jalan-jalan dekat klcc..masa tu baru dapat makan kfc setelah sekian lama tak makan..hahaha..Masa tengah order nampak pencuci mulut primium KFC ni..macam sedap je..jadi orderla..nak rasa kan..


Pencuci Mulut Primium di KFC ni ada tiga jenis, iaitu Tartufo, Tiramisu & Profiteroles..setiap satu harga RM5.80..tapi haritu nad beli macam RM5..hahaha..maybe dah naik harga kot...kihkihkih...Percubaan pertama nad beli Tiramisu...sebab tiramisu ni memnag sedap..nad sangat suka..jadi nak rasa la sama tak Tiramisu KFC ni dengan dekat kedai Kek tu kann..


Ni la die rupa tiramisu ni..sekali makan..pergh sedap weeii...lembut..die punya rasa masuk ke tekak..hahahha..ni la tiramisu yang paling sedap..kihkih..tapi ni dekat KFC KLCC..tak tau la tempat lain..sama kot..takkan tak sama kann..hehehe..Jadi tak sia-sia beli dessert ni..


Kali kedua nad rasa pencuci mulut ni harini..tadi keluar pergi tesco, alang-alang makan KFC terus. Pastu ingatkan nak makan tiramisu lagi tapi dah habis..jadi jejaka mafia pilihkan dessert namanya Profiteroles..hahaha..nama pun dah macam dekat luar negara Italiano kau..Profiteroles ni bentuk bebola yang disalut coklat..ade tiga biji je..coklat die banyak..hahaa..Rasanya tak menyesal jugak..haha..sebab bebola die lembut cuma coklat die banyak..hehee..tapi not bad..habis gak den makan..hehee..best sangat dengan bebola die, bila masuk mulut,kunyah lembut je..saje kunyah pelan-pelan..menghayati kan..hahaha


Lepas ni nak rasa Tortufo pulakla..ade kawan kata sedap..hehehe..Oh dekat Raya China ni..KFC ade buat promotion untuk KFC Golden Egg Crunch..KFC Golden Burger, dan macam-macam lagi..nad pun baru tau ade Golden Egg Crunch ni..ingatkan telur rupanya ayam..ni semua inani yang cakap..bhahahhaa...

PEKERJA KFC YANG BAGUS DAN TAK AMIK KESEMPATAN

$
0
0
hai assalammualaikum

Pekerja KFC Yang Bagus Dan Tak Amik Kesempatan - Ini kes berlaku dekat KFC Tesco MR2 Ampang..Tadi siang lepas pergi selesaikan urusan nad pergi makan dekat KFC. Sambil menikmati makanan yang sedap dan enak tu dengan dessert yang awesome tu..memang dah tak ingat benda lain dah...hahahhaa..dan macam biasa, telefon selalu ade dekat tangan..lepas makan, mestilah usha telefon jap kan..layan gamela, tengok whatssup la online facebookla..


Nak dijadikan cerita jejaka mafia ni ade dua phone. Satu telefon besar samsung, satu lagi telefon kecik samsung jugak jenama Samsung Trend. Telefon kecik samsung ni jaranglah dia bawak keluar atau letak atas meja. Entah tetibe kenapa die letak atas meja tu..Selesai je makan kami pun balikla..Tetibe dia rasa porch die macam ringan je..dia cek-cek..pastu dia tanya "mana telefon kecik abang"..dah biasa dengan dia ni, selalu lupa sesuatu benda..dan kitalah akan tukang cari sama..bila dah tak jumpa dalam kereta mulalah dia gelabah..pastu kite pun decide patah balik dekat KFC tu..

Nasib baik rumah dengan Tesco tu tak jauh..Jadi patah balik nad keluar pergi ke KFC tu..sampai sana tengok dah ade orang duduk, tempat dah dibersihkan..alahai cuak..orang yang tengah makan tempat nad makan, tengok semacam je..hahaa..lepas tu, pergi tanya pekerja KFC dekat situ yang tukang kemas..cakap "tadi u kemas meja, ada nampak phone tak"..dia cakap" ada"...dia pergi masuk jumpa supervisor die kot tanya pasal handphone..lepas tu supervisor tu masuk dalam dan bagi die phone tu..fuh legaa kau..nasib baik pekerja tu tak amik ke..atau orang lain pergi amik ke..haishh

Biasalah orang kan..mana kite nak tau..kadang-kadang nampak bende gadget ni diaorang grab je..mayb samsung jejaka mafia ni tak power kot. Samsung Trend je...bhahaha..tu takde sape amik..tapi nasibla pekerja dekat situ simpankan..bagus-bagus..nasib pekerja kat situ jujur..ayoyo..lepas ni balik kene tengok keliling meja semua barang dah masuk dalam beg..

BEKALAN DAPUR UNTUK SEBULAN

$
0
0
hai assalammualaikum

Bekalan Dapur Untuk Sebulan - Fuh penat...baru lepas mengemas beli barang dapur tadi..inilah kerja suri rumah..beli barang dapur bersama suami, ngemasnya isteri sorang..hhahaa..apa nak buat isteri kan seorang yang pengemas dan penyusun..yang masak jugak isteri..nak cari barang semua senang..isteri je yang tau...kaannn..

Selepas sebulan je stok barang dapur tinggal sikit, kami berdua akan pergi ke pasar untuk tambah stok bekalan dapur. Selalunya kami beli untuk sebulan stok..masa tu beli la macam-macam, barang basah, barang kering. Kami pun tinggal berdua je..jadi beli barang banyak memang stok kadang ngam sebulan tak pun sebulan lebih sikit laa..memang jimat la kalau beli stok untuk sebulan terus..sebab nad masak pun sikit-sikit gunanya..bestnya beli dekat pasar sebab banyak pilihan dan segar-segar..harga pun takdela banyak walaupun barang kau berplastik-plastik.


Selalunya kalau ke pasar..suami pergi beli bahagian basah-basah macam ikan,ayam,daging..nad pulak pergi dekat sayuran,bawang..gitu-gitula..Ni la selalu kami akan beli untuk stok sebulan..hasil tangkapan di pasar.. Ade ikan pelbagai jenis, ade ikan kembung,ikan merah,ikan pari,ayam,udang,sotong...fuh..ape ke banyak die beli..


Yang ni sayuran...

Beli terus untuk sebulan..jimattt...

HOMEMADE PES GULAI KAWAH

$
0
0
hai assalammualaikum

Mudahnya Masak Daging Gulai Kawah Dengan Homemade Pes Gulai Kawah - Harini dok terfikir nak masak ape, yang mudah dan cepat..hahaha..walaupun banyak bahan-bahan dekat dapur tu, tapi arini rasa nak masak benda yang campak-campak je terus siap..apa benda la selain sardin..haha..takkan sardin lagi..muak..tetiba datang "ting".. Idea nak masak ape..

Haritu kawan jejaka mafia ada bagi tiga botol pes homemade gulai kawah...uiittt..lama dah tak makan gulai kawah ni..dulu makan gulai kawah ni dekat Kedah je masa study..memang sedap gulai kawah ni..masak guna kawah..hah dah ada pes ni memang mudahla nak masak..main campak-campak je..


Ni la rupa Homemade Pes Gulai Kawah..boleh digunakan untuk daging atau ayam. Harini nad nak masak daging Gulai Kawah...aummm..caranya mudah sahaja, sesimple abc..
- amik 2 atau 3 sudu besar pes gulai kawah ke dalam kuali. Bagi tumis sikit.
- masukkan segelas air
- masukkan daging atau ayam yang telah direbus. Air rebusan tadi boleh digunakan sedikit.
- masak dengan api sederhana selama 5 minit
- siap untuk dihidang..pastikan ayam dan daging masak secukupnya ye..


Ni la hasil masakan daging gulai kawah nad..aummm..sedappp. Makanan macam ni sesuai untuk orang yang bekerja atau malas nak kupas-kupas bawang segala..hahhaa..suami pun puji masakan gue sedap..bahhahahha...

Boleh contact
Norliza di gulaikawahliza@gmail.com atau facebook Paste Gulai Kawah..atau pergi terus ke owner pembuat gulai kawah ni kak Norliza Ismail..cuba jangan tak cuba..memang sedappp..

MALAM INI FINAL MAHARAJALAWAK MEGA 2014

$
0
0
hai assalammualaikum


Malam Ini Final Maharajalawak Mega 2014 - kalau diikutkan tahun ni Maharajalawak Mega tidak sehebat yang sebelum-sebelum ni..mungkin idea dah kurang..yela..bukan senang buat lawak..tapi mereka dah berusaha dan kadang-kadang ada lawak yang terlebih pulak..heheh. Dan malam ni final Maharajalawak Mega akan berakhir..malam ni final weiii..

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Pentas akhir program komedi Maharaja Lawak Mega 2014 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kemunculan lima kumpulan iaitu Sepahtu, Zero, Shiro, Bocey dan Nabil semestinya dinanti-nantikan para peminat mereka. Dari mula start Maharajalawak Mega, nad hanya menunggu untuk persembahan zero..mula-mula zero paling bagus..pastu down..pastu diaornag bangkit balik..harap malam ni Zero buat yang terbaik..

Pasti semua tak sabar nak tengok kan..hehe..jangan lupa pukul 10 malam, tercegak depan tv siaran 132 astro warna..siapa tak leh tengok boleh layan dekat mana-mana..siapa agaknya juara kan..ku harapkan zero tempat pertama, bocey kedua..hhaha..pilihla pemenang yang lain pulak kan..tapi macam tak je..harap malam ni semua lawak...final kot..Dua tema berbeza, malam ni, muzikal dan Bebas

YEAH ZERO JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2014

$
0
0
hai assalammualaikum

Zero Juara Maharajalawak Mega 2014 - Pembukaan pentas Maharajalawak Mega yang sangat awesome..semua penonton terjua dan tak sabar nak tengok persembahan daripada peserta..berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil..memang meriah..masing-masing ade fans masing-masing..Tema malam ni bebas dan muzikal...

Setiap peserta dah buat yang terbaik..bocey semakin merundum nampaknya..malam ni nad perhatikan zero dan sepahtu..kedua-duanya memang hebat..tapi yang mengelakkan hati ni bila tengok Zero..hehhe..tahun lepas merkea tersigkir awal..mungkin kerana kurang lawak dan bahasa sabah yang pekat mereka membuatkan orang kurang gelak..tapi tahun ni mereka dah tunjuk mereka memang lawak dan berkebolehan...tekaan nad betul dekat entry SINI...Hehhee..

Keputusan Maharajalawak Mega Akhir 2014







Juara: Zero – rm500,000 dan trofi
Tempat kedua: Sepahtu – rm250,000 dan trofi
Tempat ketiga: Nabil – rm150,000 dan trofi
Tempat keempat: Shiro – rm50,000 dan trofi
Tempat kelima: Bocey – rm15,000 dan trofi

RESEPI IKAN BAWAL MASAK TOMATO

$
0
0
hai assalammualaikum

Ikan Bawal Masak Tomato - Resepi ni selalu mak nad yang buat..jadi dah terbiasa kalau ikan bawal masak tomato. Mula-mula nad masak tak menjadi sangat..yela baru pertama kali cuba..tapi kali ni nad buat sesedap air tangan mak nad..wahh gitu..biasalah dah lama-lama kawin masakan dah menjadi bertambah sedap..hahha,,kita dah tau berapa nak letak bahan-bahan dia kan..kalau tersalah, rasa masam lebih..kalau betul die sesedap rasa...aummm..sampai jilat jari...hehe


Ni la ikan bawal masak tomato..Sepatutnya warna die warna oren-oren sikit..pencahayaan tak terang dekat rumah..takpela..meh nad bagi cara nak buatnya

Bahan-bahanya
- ikan bawal
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- setengah inci halia
-,serai
- cili besar merah dan hijau
- cili padi (kalau nak pedas)
- sos tomato
- sos cili
-,sebiji tomato..kalau banyak gunalah dua biji tomato
- garam

Caranya
- lumur ikan bawal dengan serbuk kunyit dan garam..lepas tu gorengkan ikan tu..jangan sampai garing..buat setengah masak.ketepikan
- potong bawang merah,bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau dan cili padi.
- serai diketuk
- tumis bahan-bahan potongan tadi dan serai..tumis sehingga naik bau
- bubuh sos tomato tiga sudu besar , yela dah namanya masak tomato, mesti guna sos tomato dan sos cili satu setengah sudu besar untuk memekatkan kuah.
- bubuh sedikit garam
- lepas tu, bubuh sedikit air sehingga masak mengelegak. Akan jadi kuah die,
- masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam air yang mengelegak tu. Biarkan  sementara..
- dah nampak kuah pekat bubuh tomato...harini nad tak bubuh tomato sebab terlupa beli buah tomato.
- kuah dah pekat siap untuk dihidang..

Selamat mencuba


PISANG GORENG CHEESE TAMAN MALURI

$
0
0
hai assalammualaikum

Pisang Goreng Cheese Taman Maluri - Aktiviti petang tadi, nak pergi basuh baju dekat doni, plan harini jugak nak ajak jejaka mafia pergi beli pisang goreng cheese. Yela sambil basuh baju, nak tunggu, sambil tu kunyah la apa yang patut..tu la dalam pikiran. Pisang goreng cheese ni dah lama terkenal sampai sekarang orang masih cari lagi..sebelum ni nad penah makan pisang goreng cheese dari johor..hahah..sebab tak tau area kuala lumpur ni dekat mana ade orang jual..dekat johor jugak nad jumpa..


Lepas tu, nad ade baca entry blogger kak hanim pasal pisang goreng cheese dekat Taman Maluri. Seronoknya nad, yela Taman Maluri berdekatan dengan rumah nad..jadi petang tadi ajak jejaka mafia pergi tempat tu..whatsuup kak hanim " tempatnya dekat mana".. Tempatnya berdekatan dengan sekolah menengah taman maluri..memang satu-satunya kedai pisang goreng cheese ni dekat sini..alahai gumbiranya hati ni..lepas je dapat makan pisang goreng cheese dekat johor..memang teringin lagi nak makan..terima kasihla kak hanim oii..

Yang menjualnya tiga orang jejaka. Memang mantap pisang goreng cheese dia..satu bekas ni die bubuh 10 biji pisang berharga RM6.. Okla..sebab memang sedapp ooo..nampak tak ..nampak tak..


Nad beli pisang goreng cheese coklat...aumm menjilat jari


Sampai dobi, dah isi semua baju dalam mesin, sambil duduk, sambil makan pisang goreng cheese ni.nikmatnyaaa...sedar tak sedar dah , nad dah makan sampai habis..hahahaha...nad terpaksa makan sorang sebab jejaka mafia tak suka benda manis..memang kenyangla nad..hehhee..makan sorang-sorang..hahhaha...alhamdulillah...


RESEPI IKAN GORENG BERSOS TIRAM

$
0
0
hai assalammualaikum

Ikan Goreng Bersos Tiram - Dalam beberapa hari ni, asyik cerita pasal makanan je kan..hahah..nak buat macam mana, takde aktiviti lain selain memasak,,hahah..rutin surirumah yang berjaya..kihkihkih..dah selalu masuk dapur..lama-lama suka memasak pulak..sampai resepi tersendiri keluar..haha..dah tak tau nak masak ape..ilang idea dah..jadi kite buat resepi sendiri


Ikan Goreng Bersos Tiram.

Bahan-bahannya
- ikan
- bawang merah
- bawang putih
- cili besar
- cili padi ( nak bagi pedas)
- sos tiram ( bahan utama)
- sos cili
- garam


Cara membuatnya
- ikan di goreng dan diketepikan
- potong bawang merah, bawang putih, cili besar, dan cili padi
- tumis bahan yang dipotong tu sehingga naik bau
- bubuh sos tiram tiga sudu besar  ke dalam bahan tumisan tadi.
- bubuh satu sudu besar sos cili..nak bagi pekat dan pedas sikit,
- bubuh sedikit air
- bubuh garam
- tunggu sehingga kuah pekat dan masak
- lepas tu kuah ni boleh tuang dekat ikan goreng tadi..siap..senang kan..sedap..nak pedas bubuh cili padi banyak lagi..aumm...

MENU PROMOSI 2015 DI DELIFRANCE MALAYSIA

$
0
0
hai assalammualaikum

Menu Promosi 2015 Di Delifrance Malaysia - Actually nilah pertama kali nad jejak di Delifrance..Ya ampunnn betul ke ni!!!..hhhahaha..betul la..nad dulu mana reti masuk-masuk kedai macam ni..biasalah budak kampung..dapat makan kfc je selalu..hahhaa...kalau masuk kedai roti pun kedai roti kek tu yang ada sosej cuma harga RM2 je..Tapi hari ahad lepas, its my lucky sebab dapat pergi merasai makanan di Delifrance bersana geng #kelabbloggerbenashaari di Midvalley.


Delifranceadalah satu rangkaianCaféPerancisdi Malaysia. Selain roti, Delifrance juga ade pelbagai menu yang sesuai untuk sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Tak dapat pergi Paris, tapi kau dah boleh makan,makanan sepserti di Paris..hahhaa..kann..Meh nad tunjukkan menu di Delifrance...sila terliur ye..semua makanan ni adalah keluaran Delifrance sendiri..



Mulakan dengan sarapan pagi bersama roti. Selalu kite pekena roti Gardenia kan..pe kata try roti dekat Delifrance ni..Tak lembut dan Tak keras..sedang-sedang je..Boleh disapu dengan Planta, atau kaya atau strawberry kaya. Marbelous memang marbelous..

Selain itu, kalau korang taknak makan roti kosong nak ade isi..boleh je..ade dua jenis roti iaiatu Roti Tuna D'licious dan  Roti Meatball Sandwich. Roti die memang lembut..Roti die ade pilihan, ikut citarasa korang, ade roti Baguette, butter croissant,crois bread and ciabata

Tuna D'licious (RM13.90)


Meatball Sandwich (RM9.90)

 Roti Tuna D'licious , diisi tuna , salad dan tomato. Rasa macam dah biasa, hah ade special, selalu kite nampak meatball dekat spagetti je kan ni ade dalam roti Roti Meatball Sandwich. Bebola daging yang lembut dibalut dalam roti dan disaluti dengan sos marinar..ummpphh terangkattt kau..hehehe

Selain Roti, Delifrance juga ada mengeluarkan makanan seperti spageti, kambing dan nasi..ni la dia, Meatball Pasta, Spicy Fish served With Rice, Grilled Chicken Leg With Mushroom Sauce, and Provencal Lamb.

Meatball Pasta (RM15.90)

Spicy Fish served with Rice (RM18.90). Ni sedap sebab ikan dia rasa macam sambal belacan..hehe..siap ade nasi lagi..

Grilled Chicken Leg with Mushroom Source (RM18.90). Bawah ayam tu ade mashed potato

Provencal Lamb Shoulder (RM28.90)

Meh perkenalkan dua menu baru di Delifrance iaitu Beef Crois Bread and Chicken Crois Bread

Bentuknyapanjang dan lurusitu. teksturlembutdanrangupyangdiperolehi denganpastripuffunikterdiri daripadatepungmil penuhgandumdanjenisbenih(biji rami, bijipopi, bijibunga matahari)


Dessert ade macam-macam tapi sempat amik gambar macaron je..hahaa..dah tak ingat nak amik gambar lpas menikmati semua hidangan..nampak sangat sedapnya..

Amacam mengancam tak..harga pun takdelah mahal sangat kan.. Delifrance telah melangkah keluar dariEropahpada tahun 1983, dengan pembukaan OutletAsianpertamanya diCenterCliffordSingapore. Kedai RotiPerancisyang cepatmencipta nama dan membawa satu perkembangan yang cepat di sana adalah disebabkan produkpastrinya.  

Pada tahun 1987, operasi Delifrance telah diperkembangkan lagi ke Hong Kong dan Shanghai, China. Mula mendarat di Malaysia pada tahun 1990. Sebagai salah saturangkaiankedai rotiyang paling berjayadi dunia,Delifrancekini berkhidmatdiMalaysialebih daripada15 cawangandi seluruhMalaysiadanmasihterus berkembangdanberusaha untuk memberikan khidmatpelanggankami dengan lebih baik

  • 11 buah cawangan di Lembah Klang: Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja. 
  • 1 cawangan di Queensbay Mall, Penang.
  • 2 cawangan di Johor Bahru iaitu AEON Big Tebrau City serta JB City Square. 
  • 1 cawangan di AEON Taiping yang baru dibuka pada 14 November 2014 yang lalu
Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari



Fefeling berada di Eiffle Tower..alangkah indahnya kalau betul kan..hohoho..

Ade sesuatu khas untuk pengomen tegar blog miszrockers untuk bulan february ni..hehehe...rajin-rajinla komen erkk

SURPRISED BIRTHDAY SEPARUH JADI...

$
0
0
hai assalammualaikum

Surprised Birthday Half Menjadi -  Hhahaha..boleh gitu surprised half menjadi...kenapa half, kenapa tak full..haha kejap lagi nad citer..Semalam birthday mr jejaka mafia..ni la first time die sambut birthday bersama isteri...sebelum bulan dua lagi die dah pesan" harijadi abang jangan lupa lagi sudah ye".. Sebab tahun lepas nad penah lupa birthday die..hahahha..kejam tak..so tahun ni, die dah pesan awal-awal..dan die tak tau yang nad dah plan memang nak buat surprised untuk dia..tapi tu la..jadi half surprised je..

Alkisahnya, pada pagi 11/2/2015, bangun dari tidur,..selepas mengaumm..hahhaa..takleh blah..mr mafia pergi mandi..dan nad waktu tu masih belum idea lagi mcam mana nak buat surprised birthday untuk dia. Pagi tu gak nad google..tengok punya tengok ok dapat idea dah..tapi dok pikir macam mana la nak beli barang-barang tu..sebab mr mafia ni jenis tak bagi nad pergi sorang-sorang walaupun kedai tu dekat je..boleh jalan kaki..ermm..

Siang hari nad buat macam biasa, takde apa-apa..hhaha..kekonon tak ingat birthday dia..petang tu cakap dengan mr mafia, "bang malam nanti pergi tesco ye".. Mr mafia "nak beli apa".. Yup dia akan selalu tanya nak beli apa...hurmm..apa nad nak jawab..mampuihh takkan nak cakap kek.." Nak beli barang sayanglaa".. Mr mafia "barang ape".. Eheh laki aku ni..haishh...jenuh nak jawab "adalah".. Malam tu kitaorg pergi tesco

Sampai tesco, nad suruh dia lepak dekat kedai mamak..hahha..takkan la nak ikut nad pergi beli barang kan. Kedai pertama sekali nad pergi, kedai cenderahati..nak cari lilin..lepas tu cari kedai kek...then sekali cari secret recipe..nasib dekat tesco tu ade secret recipe..nak beli lasagna, feveret die lor..alkisahnya, nad ingat malam tu nak buat lamb chop untuk dia..tapi terlupa nak order..hhaha..jadi carila lasagna..lepas tu jumpa die dekat kedai mamak..dekat situ dah tau half surprised...sebab ape?? Sebab die dah nampak kek tu..sobsobsob...balikla

 

Balik tu kami buat biasa..peliknya selalu lepas makan malam dia akan naik bilik kerja die..tapi, malam tu tak naik-naik..eh-eh..mavam mana ni..dah nak dekat kul 12 kot..satu hape tak buat ni..then, nad cakap, "bang mona mana??., mona kucing ye.."kang mona masuk bilik abang berak ke..ape ke?? Hahaha..mende ntah aku buat ayat...sedangkan mona selalu berak dekat pasir...hahaha...tapi die naik bilik gak..lepas tu aku pun bertukus lumus susun lilin, letak gambar..letak kek...fuh berpeluh gak la..yang kucing-kucing nad pulak dok nngok lilin tu nak ngusik..adehh...lepas tu dok pikir idea apa nak buat supaya dia turun..hahhaha..jenuh ni..tinggg!!!!! ( dapat idea)... 


Sedang elok lampu dekat rumah banyak rosak..lampu dekat rumah ni bukan lampu kalimantang..tapi lampu hiasan..so satu-satu mentol mati..pastu tutup semua lampu..panggil mr mafia "banggg..ooo bangg...lampu mati".. Mr mafia " macam mana boleh mati,saya tekan apa".. Die dah nak marah dah..sekali..nah kau..."hapy birthday to you..happy birthday to you"... Hahhhhh..tersenyum die..tak jadi marah..nasib tak nangis..hahaha..


.ade amik video..layan la video nad buat ni..haha...abaikan suara comel tu ye..hahaha..

 

Selamat hari lahir abang..awakla suami penyabar sekali sebab layan karenah saya..eh saya pun penyabar..haha..awakla suami yang sangat awesome..always make me laugh...awakla suami saya yang cari gaduh..penumbuk..semua...hahha. Saya doakan abang sihat selalu, murah rezeki..semoga capaimimpian abang untuk jadi photography terhebat dan maju jaya..semoga abang panjang umur dan sentiasa diberkati...uuuhhh hadiah malam tu...aummmm..k baii..hahahaha...

CARA-CARA MENGGUNAKAN LAUNDRY LAYAN DIRI

$
0
0
hai assalammualaikum

Cara-cara Menggunakan Laundry Layan Diri - Selalunya nak basuh baju guna mesin dekat rumah je..senang dan tau caranya. Nak masuk berapa kali pun tak kisah..tapi disebabkan mesin basuh dekat rumah suami dekat luar dapur, dan pintu bahagian dapur dah ditutup dengan sangkar kucing. Sangkar kucing tu bukan kecik tapi besar gedabak..tak larat la nak tarik tolak semata nak basuh kain..lagi satu mesin basuh dekat sini kene selalu tengok, sebab dia bukan jenis masukkan baju, pastu tutup biarkan sampai kering..mesin kat sini kene tengok air penuh..pastu tutup paip, pastu pusingkan..pastu..haishh banyak pastu..jadi takmau banyak kerja, hantar baju dekat laundry layan diri je..jimat pun jimat..


Ni la pertama kali nad gunakan laundry layan diri ni..hahaha..satu hapak pun tak tau apa nak buat..nasibla ada step-step die..memang tengok satu persatu...dekat sini, mesin basuh ni hanya terima duit RM0.50 sen baru ok..bukan lama..BARUUU... jadi kalau korang takde duit syiling baru 50 sen, kat sini ada disediakan mesin tukar syiling..nasib baikla..yela blur pertama kali kan..tak sangka kau nak yang baru je kan...huishuishh.. Tukarla seberapa banyak korang nak..senang nanti..



Disebabkan masa tu first time guna laundry layan diri ni, terlupa pulak bawak sabun..hahhaha..nasib baik kat sini ada disediakan mesin sabun..tapi better bawak sabun sendiri, dah la sabun kecik..harga RM1.50..mak aihh.dah la tak wangi.lepas tu sikit je buih dia..hehehe..

lepas tu nad tak lupa nak bawak sabun basuh sendiri..Dah selesai semua..terus pergi ke mesin basuh..hahaa..masa tu terus tanya mr mafia "macam mana nak guna"..tersalah kan naya...mr mafis suruh tengok step-step dia..nad ni kalau tempat baru pertama kali buat memang blur..macam orng baru jumpa mesin basuh..hahaha..kalau dekat rumah laju je tau..haha..


Cara gunakan mesin basuh laundry layan diri ni
1) Buka penutup mesin dan masukkan baju lepas tu tutup balik penutup mesin basuh
2) Pilih suhu nak hot ke, warm ke, suam2 ke..
3) letak sabun
4) letak duit syiling
5) Start..berpusingla mesin basuh tu..


Terkial-kial nad buat..hahaa..harga mesin berlainan mengikut berat dan suhu..


Lepas tu tunggu la sampai baju tu siap dibasuh dan mesin berhenti..kalau korang nak keringkan baju pun boleh..jenis malas sidai..dekat bahagian atas tu tempat keringkan baju..kat bahgian keringkan baju tak perlu masuk sabun ok..hahaha..k tu je..baii..nak pergi event ni..




YONG TAU FU KAMPUNG PANDAN

$
0
0
hai assalammualaikum

Yong Tau Fu Kampung Pandan - Siapa peminat Yong Tau Fu..melompat sekarang...hahaha...sape tak suka kan..makanan yang campur-campur tu dengan kuah yang sangat superbb...dan paling nad suka..bila ada sayur..perghh mantap..sayur kalau boleh amik dua ikat..haha..sedapp weiii..Yon Tau fu korang tau kan..makanan campur-campur pastu direndam dalam air panas yangbmendidih..pastu dipotong kecik-kecik dan diletak kuah...aummm..bagi yang nak rasa Yong Tau Fu yang superb ni bo,eh ke kampung pandan..memang superbbb..

Kedai Yong Tau Fu Kampung Pandan ni dah lama dibuka..sejak dari mr mafia kecik lagi..kau bayangkan sekarang mr mafia dah 45 tahun..oopss terlepas umur pulak..hahah..perniagaan Yong Tau Fu ni dijalankan oleh ahli keluarga sendiri..dan salah satunya adalah kawan mr mafia..memang sedap Yong Tau Fu dia..korang boleh pilih seberapa banyak korang nak..layan diri katakan..hahha..



Tengokla ni..macam-macam ada...


Katanya kedai ni penah masuk dalam rancangan Jalan-jalan cari makan TV3 tu..memang patut masuk kot..sebab sedappp...dah nak habis baru nak amik gambar..hahaha...


Ni la rupa kedai dia..dia buka dari 10pagi sampai 10 malam...Hari jumaat cuti ye awak-awak semuaa..kat sini ade jugak jual sup-sup,goreng-goreng semua..


Ni la rupa luar kedai die..pagar warna ungu..die memang takde signborad...kalau nak pergi boleh

Jalan Thaver (Jalan Kampung Pandan), Kampung Pandan, Kuala Lumpur 55100,Malaysia   Parking jerk kat tepi jalan tu...kedai dier biasa2 jerk..  Selalunya orang parking di sepanjang tepi jalan tu.  Kalau time lunch  kedainya memang sentiasa ramai orang. 




AL-FATIHAH KEPADA DATUK HASBULLAH AWANG DAN TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

$
0
0
hai assalammualaikum

Al-Fatihah kepada Datuk Hasbullah Awang Dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat - Mereka berdua memang dikenali oleh semua. Seorang adalah pengulas sukan dan seorang lagi merupakanpemimpin yang berjiwa besar yang dikasihi oleh rakyat. Dan kedua-duanya telah pergi ke Rahmatullah. Setiap yang hidup pasti akan mati..dan mereka pergi dengan tenang..


Datuk Hasbullah Awang, siapa yang tidak kenal..sering muncul di tv dalam sukan..suaranya yang tida asing lagi..dah tau dah bila die mengulas..masih terngiang-ngiang di telinga..memang best bila die mengulas.. Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.

 
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Salam Takziah buat beliau n keluarga

Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin...

Al-Fatihah..

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــين*



BELANJA MR MAFIA DI DELIFRANCE

$
0
0
hai assalammualaikum

Belanja Mr Mafia Di Delifrance - Haritu nad dapat voucher dekat Delifrance, jadi gunalah voucher ni untuk belaja Mr Mafia sempena hari lahir die tu..dah penat buat surprised hari lahir, esoknya nad belanja die dekat Delifrance..Sebab haritu die tak ikut, jadi kali ni bagi dia rasa..Delifrance ada banyak cawangan..kalau nak tau dekat mana boleh baca dekat SINI..nad pergi Delifrance dekat Ampang Point sebab dekat dengan rumah..
Sampai je sana, dia pun suruh nad order..tak kisah order mana, sebab nad yang belanja kan..haha..nad suruh pilih tak mau pilih..nasib baik dekat Delifrance ade pelbagai menu yang sedap dan lazat. Ada macam-macam menu, meatball ada, lamb ada, ikan ada, roti ada, ada juga menu yang disertakan dengan nasi..Disebabkan voucher hanya ada RM30 jadi pilih menu yang agak-agak harga sikit la..hahaa..

credit pic kerex studio
 Meatball Pasta

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic kerex studio
Provencal Lamb Shoulder

Untuk mr mafia, disebbakan die suka lamb..jadi nad order Provencal Lamb Shoulder dan nad pulak meatball pasta..disebabkan harga terlebih daripada RM30, jadi bayar jele yang lebih-lebih tu..takdela banyak sangat leihnya..hhahha

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic kerex studio

Selfie-selfie dulu..hahaa


https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic kerex studio

Gambar kite je yang lebih kan..haha..mr mafia takmau masuk dalam gambar dah..private katanya..kihkihkih...poyoo..hhaaha..


Hah ni untuk pengomen bulan february..siapa yang akan dapat..ditaja oleh Delifrance..

WAHH!! COSMODERM TENGAH BUAT PROMOSI

$
0
0
hai assalammualaikum

Cosmoderm Tengah Buat Promosi - Hah sapa tak tau pasal produk cosmoderm ni lagi..Ya Allah terbaik kau!!..Dah lama produk cosmoderm ni dekat luar, tapi mungkin baru-baru ni, baru tau kan..samalah macam nad..hahaa..tahun lepas baru tau pasal cosmoderm ni..kalau tau dari awal dah lama nad guna cosmoderm ni..Ramai dah cuba produk ni, semua kata bagus, terbaik,..semuanya positif..see...dan paling penting dia halal.. 

Produk Cosmoderm yang berasaskan tumbuhan bahan aktif, bunga, buah-buahan dan herba dan terbukti manfaat untuk kulit kita. Bahan-bahan yang digunakan bukan sahaja halal, malah memberi kesan dalam menyelesaikan masalah kulit yang dengan berkesan. Bagusnya Produk comoderm ni sesuai untuk seisi keluarga dari bayi sampailah dewasa..Amacam jimat kan..beli untuk satu keluarga terus..


Lepas je nad guna tiga jenis produk cosmoderm, terus nad jatuh hati dengan cosmoderm..Korang boleh baca dekat SINI. Lepas je tengok testimoni ramai orang kata best..lepas ni nad nak beli set Tea Tree pulak...biasalah muka nad bukan flawless, bukan normal, muka nad minyak, jerawat..jadi produk Tea Tree Oil dari cosmoderm ni sesuai untuk muka macam nad.

Manfaat Tea Tree Oil
- menghilangkan minyak dan kotorn di permukaan wajah
- menenangkan kulit berjerawat dan kemerahan
- membantu membasmi kuman
- membersih,melembut dan mengekalkan kelempbapan kulit
- dwi pembersihan secara mendalam



Korang jom dapatkan sekarang..sekarang Cosmoderm tengah buat promosi..yeahhh..ni nak grab ni..tunggu duit masyukk dulu nak terus pergi cari..takleh lepaskan..promosii ni..kalau koran nak tau lebih lanjut boleh klik banner Cosmoderm di atas ok..tengokla..macam-macam promosi ada..promosi sampai hujung bulan ni je..

HANDPHONE ASUS ZENFONE 5

$
0
0
hai assalammualaikum

Handphone Asus Zenfone 5 - Nad ni nak review telephone idokla pandai sangat..tapi nak cerita telefon baru nad ni..hehehhe..Handphone smartphone ni satu keperluan..sekarang semua nak urusan mudah dan senang dekat telefon. Lagi-lagi whatssup..Dan sebagi blogger kamera itu penting untuk mendapat gambar yang menarik..Kira kesemuanya pentingla..Lepas je handphone Sony Xperia J nad dah tak berapa nak betul, install tak boleh, kamera tak cantik, pastu asyik hang je..semua kerja jadi lambat..betapa susahnya nak buat kerja..haishh..

Masa tu mulala memujuk mr mafia suruh beli telefon baru. Mulanya nak beli Handphone Xiomi, tapi tak jadi adalah sebab-sebabnya..akhirnya pilihan nad Handphone Asus Zenfone 5..sebelum beli nad ade survey dekat google..dekat youtube berkenaan dengan Asus Zenfone 5 ni..tengok macam semua ok..sebab nad perlukan telefon smartphone ni dengan cepat..sebab senang buat kerja nanti.

Akhirnya nad beli Asus Zenfone 5 ni dengan harga RM580. Nak tau ape bestnya..hehee..ni la yang ditunggu saat ni..apakah dia..Yesss!! akhirnya nad dapat handphone yang berkaler biru..hahahhaa...suka giler kau..kihkihkih...Asus Zenfone 5 ni popular dengan dua simkad..jadi boleh masukkan dua nombor dalam satu phone..


Pertama sekali tengok handphone  mestilah tengok kameranya..kalau nak diikutkan, kamera Asus Zenfone 5 tidaklah sehebat mana, tapi lebih elok dari Sony Xperia J nad sebelum ni..hahaha.. Nilah gambar pertama nad amik guna kamera ni..amik gambar dekat luar..Kamera Asus ni belakang ialah 8MP dan depan ialah 2MP..memang untuk selfie tak berapa la..tapi ok la dari sony nad sebelum ni..ahhaha..

Ciri-ciri kamera


Macam-macam ada dah dekat Asus Zenfone 5 ni..bestnya dalam ni dah ade movie video dan mini movie..so nak buat video dah senang..macam nad pemalas..haha..takde edit-edit dah..main masuk je..hehe



Dan menariknya Asus ni ade Mirror..hahaha..so nak makeup guna cermin dalam phone je..hahaha..


Serba sedikit tentang Asus Zenfone 5


Sekarang semua kerja jadi mudah..takde hang..takde risau pasal gambar dan semuanya..sound pun ok..hehee..


VANILA AISKRIM KEGEMARAN KAMI

$
0
0
hai assalammualaikum

Vanila Aiskrim Kegemaran Kami - Aiskrim memang menjadi kepujaan semua orang dari peringkat budak-budak sampailah orang tua..aiskrim ni manis dan mempunyai pelbagai perisa. Bila cuaca panas, aiskrimla kadang-kadang yang dicari untuk menyejukkan tekak. Kadang-kadang sesuai untuk buat dessert kan..takpun beli dekat pasaraya, siap beli yang dalam mangkuk besar..simpan dekat rumah..


Dalam banyak-banyak perisa, vanila yang menjadi kegemaran nad. Tak tau kenapa..mungkin vanila rasanya tak berapa pekat atau sedang-sedang bila masuk tekak..kalau beli aiskrim cornetto mesti perisa vanila..kalau beli aiskrim batang, mesti beli yang warna hijau dalamnya vanila..nampaknya bukan nad sorang je suka aiskrim vanila..mr mafia pun suka..kami kongsi perisa yangbsama..senang la beli aiskrim perisa yang sama kan..hehehe

Nad penah baca yang aiskrim vanila ni boleh hilangkan selsema..makan aiskrim vanila ni,insyallah baik..ermm tak tau la kan keberkasanannya..tapi macam kakak nad cakap, die nurse, kalau budak demam kene mandikan biar panas dalam badan tu kurang..kene cubala nanti..kalau selsema makan aiskrim vanila..ehehehe..

Macam nad sekarang suka aiskrim vanila plus dengan oreo..dulu selalu beli dekat Macdonald..aiskrim Mcflurry tu..tapi sejak boikot dah tak beli dah..tapi serach google tadi..banyak resepi nak buat aiskrim vanila..wahh senangla lepas ni buat dekat rumah je..tapi nak kene ade barang-barang pemutar nak buat kek tu..baru boleh beli bahan-bahan buat aiskrim..mudah rupanya..ermm..k layan makan aiskrim vanila dulu..hehehe

TIGA FINALIS BAKAL BERENTAP DI MENTOR LEGEND 2014

$
0
0
hai assalammualaikum

Tiga Finalis Bakal Berentap Di Mentor 2014 - Nad ni jarang tengok mentor legend dekat TV3 tu..tapi semalam tetibe tengok TV3 rupanya dah separuh akhir..layanla sampai habis..masa nad tengok tu..keenam-enam protege masuk separuh akhir. Not bad jugak suara diaorang semua..masing-masing memiliki suara yang unik dan vokal yang mantap. Peserta yang masuk ke separuh akhir ialah Sarah, Azmil, Aina, Tuah, Nadeera dan Fahmie.


Tahniah diucapkan kepada Sarah, Azmil dan Aina kerana telah dinobatkan sebagai peserta Finalis Mentor Legend 2014 setelah berentap pada peringkat separuh akhir . Bagaimanapun Nadeera, Tuah dan Fahmie gagal melayakkan ke peringkat akhir dan terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada minggu semi final. 


Oleh itu, pentas akhir Mentor Legend 2014 akan berlangsung pada 22 Februari 2015 dengan persaingan 3 protege antaranya adalah Sarah, Azmil dan Aina untuk merebut gelaran Juara Mentor Legend 2014.




 Protege Amy Search     
Maishara Fazny Binti Mahadzir (Sarah)
 Umur: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur


Protege Dayang Nurfaizah      
Azmil Bin Karim (Azmil)
Umur : 22 Tahun
Asal: Tawau Sabah 



Protege Ella     
Nurul Aina Binti Abdul Ghani (Aina)
Umur: 21 Tahun
 Asal: Seremban Negeri Sembilan

Siapakah bakal juara mentor,sama-sama kite saksikan 22 Februari nanti ok..


Viewing all 2312 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>