Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live

PANDAI FARIZA PUJUK HATI ADIK DIA

$
0
0
hai assalammualaikum

Pandai Fariza Pujuk Hati Adik Dia - Perkara tak disangka, bila Fariza kata sesuatu dekat adik dia, bila adik dia nangis " adik nak tengok Didi & Friends "..Terus adik dia diam, dan terus ikut kakak dia pergi depan tv. Kejadian bila nad tengah nak masak, macam biasa la, adik nak dekat dengan mommy, nak susu, tapi mommy masih sibuk.


Tak semena-mena Fariza datang selamatkan situasi. Masa tu memang nad kaku, terharu pun ada bila kakak Fariza pujuk adik dia yang tengah nangis. Sebab tak sangka Fariza boleh berfikir macam tu, nak pujuk adik dia,.Benda ni dah lama terjadi, dan sampai sekarang pun dia akan pujuk adik dia dengan cerita Didi tu..

Adik dia, memang suka tengok Didi & Friends. Jadi apa-apa nak bagi diam, buka je cerita tu..hehee..


Makin hari makin besar, makin faham, makin tau peranan dia sebagai kakak. Nad selalu cakap dekat Fariza, " Fariza, fariza kakak, mesti jaga adik ye, jangan bagi adik sorang-sorang..Orang buat adik Fariza marah orang tu "..Tapi kadang dia pun cari pasal..hahaa..Biaslah, adik beradik, tak cari pasal tak sah..

Dari adiknya baby lagi dia dah tunjukkan kasih sayang dia dekat adik dia. Pernah buat, konon nak tinggalkan adik dia dekat rumah, kitaornag keluar. Terus Fariza nangis cakap " mommy, adik, adik.."..teriak kau..hahaa.." mommy bawa adik bawa adik"..kihkih..

Lagi satu pernah buat, nak bagi adiknya dekat orang. Yes, dia tak bagi adiknya diambil orang..teriak juga..hahaa..Tau takut...


Masa kaki nad kena kaca, memang nad tengah tahan sakit, nampak sifat kakak dalam diri dia. Adik pulak nak dtaang dekat, mommy cakap " kakak tolong jaga adik, mommy sakit "..terus dia buka Didi & Friends bagi adiknya jagan kacau nad..alahaii..sayu tengok bila anak buat macam tu ye..Benda yang kita cakap kat dia, dia ingat dan buat..

Kadang tak sangka, eh aku dah jadi mak, dan aku ada anak baik macam ni..Walaupun kadang degil..tapi sebenarnya dia baik..huaaaa..Ok kakak, semoga jadi anak yang baik selalu untuk mommy dan daddy..

BANYAK JENIS POKOK CACTUS ADA DI CACTUS POINT CAMERON HIGHLANDS

$
0
0
hai assalammualaikum

Banyak Jenis Pokok Cactus Ada Di Cactus Point Cameron Highlands - Datang Cameron Highlands, salah satu tempat yang wajib pergi mestila Cactus Point. Bagi penggemar pokok kaktus, mestilah akan datang ke sini, untuk mencari kaktus yang unik dan cantik. Walaupun kaktus ni boleh didapati di banyak tempat di Cameron Highlands ni, tak kiralah di pasar malam, di kedai-kedai terpencil, tapi, tetap juga nak pergi ke Cactus Point, sebab dekat sini ada pelbagai jenis lagi yang kita jarang nampak.


Masa ni nad dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, masa dalam perjalanan, sambil tengok kiri kanan, memang cadang nak singgah mana-mana kedai yang menarik. Nampak la kedai Cactus Point, dan berhenti. Pulak tu masa tu hujan, jadi elokla berhenti sekejap. Tempat ni pun parking luas dan bertutup. Elok sangat la masuk sini sambil tunggu hujan reda.


Masuk je dalam, terus terpegun..Wah!!, banyak jenis pokok kaktus ada. Yang biasa, yang luar biasa, yang ada hanya warna hijau. Yang ada kaktus berwarna..Terus rambang mata. Kaktus ni cantik sangat kalau dibuat hiasan dalam rumah. Memang rambang mata tengok, tapi nad dah beli pun dekat pasar malam..kihkih..Jadi tutupkan mata untuk beli dekat sini.









Tengokla, ada kaktus kecil, ada kaktus besar..Harga pun ada yang murah ada yang mahal..

Dekat sini pun ada jual pokok bunga, pokok buah-buahan..

Tak dapat beli, ambil gambar pun jadila..hehee..Tempat pun luas..

Lain kali, boleh datang lagi, beli kaktus lain mana yang berkenan kan..


Lokasi: Cactus Point Brinchang Cameron Highlands.


MAAFKAN MOMMY ANAK-ANAK

$
0
0
hai assalammualaikum

Maafkan Mommy Anak-Anak - Hai, bila anak-anak dah tidur, mulalah rasa tenang, aman dan damai. Tapi dalam ketenangan, ada rasa bersalahnya. Macam tu la perasaan mak-mak kan. Siang hari, asyik marah anak je, bila diaorang lena, mulalah rasa, " Maafkan mommy anak-anak, mommy asyik marah je dekat korang "..pastu mulalah menangis..( tengah menaip pun menangis tau )..Mommy memang hati tisu. Mommy buat semua ni sebab saja-saja marah je, tapi marah nak bagi awak berdua paham, awak berdua tau, yang awak berdua buat tu salah. Mommy mintak maaf lagi sebab kadang marah sampai pukul, cubit awak berdua ( tak kuat tapi rasa macam kuat je buat..( nangis lagi)..)


Mommy bersyukur sangat dapat Fariza dan Farhanah tau. Awak berdua kawan mommy bila mommy keseorangan. Awak berdualah yang menceriakan hidup mommy. Mommy tau awak berdua tak salah, bila buat sepah ke, bila kacau mommy ke, sebab awak berdua nak mommy join sekali kan. Tapi maaf, mommy kadang sibuk dengan kerja. Sebab kerja la mommy stress. Mommy cari duit dan simpan untuk masa depan awak, dan nak langsaikan hutan PTPTN mommy.

Mommy tau, Fariza dan Farhanah anak yang baik. Dengar cakap mommy dan daddy. Bila mommy dan daddy suruh ambil apa-apa, kakak paham dan tolong ambil. Tu pun selepas di marah. Kadang mommy tak dapat kawal amarah mommy, maafkan mommy. Mommy nak bagi Fariza paham, untuk hormat orang tua, dengar cakap orang tua, dengar cakap mommy dan daddy. Lepas mommy marah Fariza, mommy mesti nangis, sebab mommy hati tisu..Kalau boleh taknak marah Fariza dan Farhanah, tapi kalau tak marah, awak berdua taknak dengar cakap.


Mommy cuba berlembut pada mulanya, mommy taknak marah selalu, takut mommy kena darah tinggi kang..huhu..Tapi kadang dah berlembut tak jalan. Jadi tinggikan suarala ye.Mommy harap Fariza tak marah mommy. Farhanah pun, harap tak marah mommy.

Cepatla membesar anak-anak. Tolong mommy buat kerja rumah..hahaah..

CLEANSER DAN SCRUB BEAUTEA BY SAFI 100% EKSTRAK TEH PREMIUM

$
0
0
hai assalammualaikum


Cleanser Dan Scrub Beautea By Safi 100% Ekstrak Teh Premium - Pergi Watson haritu, ada sale, staff dekat situ suggest salah satu produk Safi. Balik tu, nad pakai, sampai sekarang, alhamdulillah, muka elok je, dan nad dah mula jatuh cinta semula dengan produk Safi ni. Sekarang banyak dah produk Safi, terbaru, cleanser dan scrub dari Beautea By Safi yang mempunyai 100% ekstrak Teh premium. Apa lagi, terus beli dekat website Watson, sebab malas nak keluar, Nad grab cleanser warna pink, White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser dan Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Lagipun sekarang tengah ada sale dekat website Watson.


Beautea By Safi ni mempunyai 4 variasi iaitu Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose, Apricot Tea Revitalising Face Scrub, Green Tea & Neem Anti Acne Gel Clenser dan Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser.

Dalam penjagaan kulit muka, pembersih muka la paling penting. Yela, setiap hari kulit muka  kita terdedah dengan pencemaran yang kotor, bukan setakat pencemaran, malah tekanan kerja, tekanan persekitaran dan pemakaian kosmetik yang boleh membuatkan kulit muka kita menjadi kering, kusam, tumbuh jerawat dan penuann kulit. Selepas seharian hadap semua ni, wajib kita bersihkan muka untuk buang segala kekotoran yang ada dengan cleanser yang sesuai dengan kulit muka kita. Paling elok, yang mempunyai kandungan yang elok untuk kulit. Semua Beautea baru oleh SAFI, berasal dari pemilihan ekstrak teh premium yang menyegarkan dan gabungan bahan-bahan semulajadi terbaik yang diperumuskan untuk melawan kesan negatif dari pencemaran, tekanan dan kosmetik.


Nad dah pun pakai cleanser terbaru dari Beautea by Safi ni, best gila. Nad pakai yang warna pink ni, Beautea By Safi Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose. Pembersih ni untuk kulit kering. Masa pakai sejuk je, seperti dibelai je muka ni. Nad pakai cleanser ni, muka tak tegang, ketat atau kering, malah muka lebih lembut, segar je. Bau dia pun sedap.


Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose dapat mencuci dengan mendalam sehingga ke liang yang tersumbat dan menghilangkan kekotoran, membersihkan kulit tanpa mengelupas, memberi kelembapan semulajadi kulit , menjadikan kulit licin dan lembut. Kalau korang nak tau Damask Rose terkenal dalam melembapkan kulit kering. Ia mempunyai antioksidan untuk menyeimbangkan kulit kadar kelembapan, menghidrat dan mengurangkan liang pori...Jadi yang kulit kering tu sesuai la pakai ni.



Kedua, nad pakai Beautea By Safi Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Scrub ni takda pakai hari-hari. Pakai dua tiga kali seminggu je. Scrub ni dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati semasa menggosok wajah. Gosokan dengan Apricot Tea Revitalising Face Scrub dapat membersihkan liang tanpa membuat kulit kering. Ia kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah dan berseri.


Lagi dua iaitu Beautea By Safi Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser untuk kulit berjerawat. Green Tea & Neem, kulit akan menghasilkan kurang sebum dengan bantuan Teh Hijau. Ini akan menghalang liang tersumbat dan jerawat daripada timbul di muka


Beautea By Safi Black Tea & Black Orchid adalah pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi yang sangat membersihkan dan mengeluarkan kekotoran. Yang ini sesuai untuk Kulit Sensitif. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid, membantu memperbaharui kulit wajah disamping mengekalkan kulit yang sihat disamping meremajakan kulit dan melindungi kulit dari kesan penuaan.

Hah!!, tengok pun dah menarik kan..packaging dia pun bercorak macam tu. Apa lagi, korang bolehla cuba pakai mengikut kesesuaian kulit muka korang. Jangan risau, semua produk Safi diyakini dan halal. Telah diuji secara dermatologi, bebas alkohol, Paraben Percuma, SLS / SLES Percuma dan Silikon percuma.




Untuk membeli, boleh dapatkan di Watson berdekatan dengan korang. Mana yang malas nak keluar, boleh beli online, tekan je link http://bit.ly/2JTltHO .Tenagh ada sale ni..

Untuk keterangan lanjut boleh layari
Website: https://www.safi.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/SAFI.MY/
Instagarm: https://www.instagram.com/safimalaysia

MINGGU KEUSAHAWANAN & PKS DI PAHANG BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DENGAN PELBAGAI AKTVITI

$
0
0
hai asslammualaikum

Minggu Keusahawanan & PKS Di Pahang Berlangsung Dengan Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti - Ingat tak, sebelum ni, nad ada war-warkan Karnival Minggu Keusahawanan & PKS akan berlangsung di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang dan karnival itu telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya pada 26 hingga 28 Julai lepas. Karnival ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui SME Corp. Malaysia dan PKS Wilayah Timur dan Jelajah Informasi Usahawan Pahang (JIUP) 2019.



Perasmian Minggu Keusahawanan & PKS 2019 zon Pantai Timur telah disempurnakan oleh YB Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Bin Ngah

Karnival ni dilaksanakan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi negara dan ini  memberi peluang kepada usahawan PKS tempatan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan kepada umum mengenai produk dan perkhidmatan.

Nad tengok karnival ni mendapat sambutan ramai, dan berlangsung dengan meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Pada waktu pagi acara MB Fun Run & Ride 2.0, tengokla ramai betul yang join ye. Flag Off  dilakukan oleh YB Encik Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kerajaan Negeri Pahang & Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia..Seronok tengok aktiviti macam ni.








Ada juga pertandingan E sport yang memang mendapat sambutan hangat..Bab ni ramai yang hebat..hehee..Nampak tak ramai anak muda yang join. Bagus kan program macam ni..




Pada waktu malam, ada pula sesi ilmiah TC Berselawat bersama  Shamsul Ghau Ghau, Ejam Medicine dan Maulana Zawawi.





Paling menarik, ada juga aktiviti untuk pelajar . Business Proposal Challenge Kolej Vokasional.. sekarang ramai pelajar dah minat untuk berniaga, jadi masa ni la diaorang boleh sertai, untuk tunjukkan kebolehan mereka. Nad ingat lagi dulu nad belajar keusahawanan, tunjuk proposal dekat Pensyarah, macam kau ni seorang peniaga yang nak menjadi seorang usahawan, kena tau semua perkara bab perniagaan.






Tengok pelajar ni semua ada muka suka berbisnes ni..hehe..Semoga terus berjaya ye dik..

Acara paling menarik, semestinya CEO Talk session. Yang bagi talk ni pun bukan biasa-biasa punya orang, mereka adalah usahawan yang berjaya. Siapa yang pergi dan dengar talk ni memang beruntung. Dapat ilmu percuma dari sini.


Kerajaan Bantu PKS Tembusi Pasaraya Tempatan

SME Corp. Malaysia melalui Program Jejak PKS Pantai Timur 2019 melawat syarikat PJ Food Industries Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat penerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) daripada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan projek pembungkusan produk, pensijilan dan pembelian mesin. Syarikat ini telah bertahan selama lebih dua (2) dekad dan kini berada di tahap yang boleh dibanggakan. Melalui bantuan yang telah diterima ini, syarikat yang berpengalaman dalam aktiviti pembuatan rempah ratus dan tepung goreng ayam ini telah berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran produknya dan seterusnya berjaya menembusi pasaraya tempatan seperti Pasaraya Darul Makmur (PDM), Tunas Manja Group (TMG) dan Pasaraya Nirwana.




Program Jejak PKS Wilayah Pantai Timur disempurnakan oleh YH Dato' Khairur Rizal Ramli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bersama-sama Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia

Boleh nampak kepentingan PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara, dan karnival ini merupakan salah satu platform kepada PKS untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka selain memberi peluang dan akses yang lebih besar dalam membantu PKS tempatan mengembangkan pasaran.

Kerajaan telah merangka pelbagai program dan inisiatif bagi pembangunan PKS di Malaysia termasuk melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2020-2030 pada 11 Julai 2019 yang lalu. Selari dengan matlamat DKN, Minggu Keusahawanan & PKS 2019 telah dianjurkan di seluruh negara bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS, selain menjadi platform penyebaran maklumat mengenai program Kerajaan dalam membantu pembangunan PKS tempatan.

Diharap, program ni akan dilaksanakan setiap tahun.

MELETUP DRAMA SWEET DREAMS GARA-GARA BEN AMIR YA!!

$
0
0
hai assalammualaikum


Meletup Drama Sweet Dreams Gara-Gara Ben Amir Ya!! - Wah, sana sini sebut nama Ben Amir ya. Dekat Facebook, Instagram, sekali whatsup group kau..dasyatt..Macam tu la bila ada pelakon yang handsome, nak pulak heroin yang cantik dan kiut, lembut bagai, memang nama akan disebut-sebut dan drama tu akan meletup, sebab semua orang nak tau siapa dia Ben Amir tu..hahhaa..

Nad ni memang jenis tak kenal sangat nama pelakon, kadang kurang layan drama. Mana yang best, memang layan la. Tapi pelakon Ben Amir ni, nad rasa dia memang pelakon sebelum ni. Sebelum ni rambut dia pendek, tapi dalam drama Sweet Dreams, rambut dia panjang. Ingatkan pelakon baru kan..huhuhu..Ben Amir mula melonjak naik selepas dia berlakon dalam drama Suri Hari Mr Pilot.


Biodata Ben Amir

Nama sebenar Ben Amir ialah Muhammad Amir Sabaruddin merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012.

Ben dilahirkan pada 13 Mei 1990 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Beliau menerima pendidikan di UiTM kampus Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.



Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Selepas Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuagannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku, melakonkan watak Sam. Kerjaya filem Ben bermula pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Kejayaan beliau hadir pada 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.



Ben menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang dijangka akan bersiaran di TV3 pada Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.

( credit :wikipedia )


Katanya, nama dia Ben Amir sebab nama kucing dia yang dah mati..

Sinopsis Sweet Dreams

Siapa layan drama  Sweet Dreams ni..setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam..Selepas habis drama Setelah Terlafaznya Akad, Sweet Dreams ni la pulak cerita dia..Tengok jalan cerita, macam sweet, romantik, kelakar pun ada..hehee..Drama ni didaptasi dari novel..


Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.


Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Sama-samalah kita tonton ya..memang aku tengok Mira ni clumsy betul..Part kelakar yang kawan dia tu..hehee..

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA : CARA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

$
0
0
hai assalammualaikum

Selamat Hari Raya AidilAdha : Cara Pembahagian Daging Korban - Selamat Hari Raya AidilAdha korang.. Harini baru balik kampung..heheh.. Tak sesak Kuala Lumpur, orang dah balik sebelum raya lagi.. Kita  balik Klang je.. Meriah kawan-kawan sambut AidilAdha,  lagi kawan dekat Kelantan.. Seronok tengok.. Raya ni, makanan dekat rumah pun meriah,  ada lontong, ayam masak kicap,  sayur lodeh dan kuah kacang. Semua adik beradik balik kampung..

Tahun ni, bawa anak-anak tengok sembelih lembu. Tahun-tahun sebelum ni tak tengok.. Biasalah ada sepupu dia,  sepupu yang ajak tengok.. Jadi kita biarkan jela dia pergi. Boleh juga, nad pun pergi tengok..

Ingat masa kecik dulu,  beria nak tengok lembu disembelih. Kadang ada pakcik yang nak bergurau, suruh duduk atas lembu kejap sebelum disembelih.. Meraung haishh tak mau.. Takut.. Hahaha.. Sekarang,  lagila taknak tengok.. Bagi anak pulak tengok.








Suasana Ibadah Korban di Surau Darul Amin Jalan Paip Meru.

Nak ceritala bab pembahagian daging korban ni. Secara umumnya, korban terbahagi kepada dua jenis iaitu korban nazar (wajib) dan korban sunat.

STATUS HUKUM DAGING KORBAN 
Hukum berkaitan daging korban pula terbahagi kepada beberapa status seperti yang berikut:

(a) Haram memakan daging bagi orang yang melakukan korban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagaimana juga haram memberikan daging korban tersebut kepada orang bukan Islam.

(b) Hukum pemberian daging korban sunat kepada orang bukan Islam adalah haram menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i.

(c) Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah korban sama ada korban wajib atau qurban sunat.

(d) Bahagian atau anggota sembelihan korban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan, kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan korban.

(e) Sunat bagi individu yang melakukan korban sunat (tatawu’) memakan daging korbannya.






PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:

(a) Pembahagian daging korban wajib atau nazar:
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

(b) Pembahagian daging korban sunat (Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i):
(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran. Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan korban.

Rujukan: Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban dan Akikah JAKIM..

Berkongsi mana yang nak tau untuk nd sendiri dan orang lain..

SUP TULANG, MENU PERTAMA SELEPAS DAPAT DAGING KORBAN

$
0
0
hai assalammualaikum


Sup Tulang, Menu Pertama Selepas Dapat Daging Korban - Hari Raya Aidiladha, tempat nad biasa je. Lepas solat AidilAdha, tengok orang sembelih lembu. Lepas tu duduk la dalam rumah senyap-senyap..hahaa..Bestnya sebab adik beradik semua balik rumah mak, riuhnya dengan anak buah semua la dengan makanan..Lepas je dapat daging korban, mesti mak akan buat sup tulang. Tu la menu pertama selepas dapat daging korban.

Mak masak guna periuk biasa je. Takde pakai noxxa ke apa..Tapi pakai periuk ni memang lama la. Sebab tu lepas dapat terus mak bersihkan dan masuk dalam periuk, terus masak. Petang tu dah siap, kitaorang pun ratah je..hahaaa. Sup tulang ni memang sedap ratah je. Isi tak banyak pun, tapi tu la sedap juga. Nak resepi sup tulang ni, nad ada kongsi sebelum ni, boleh klik Resepi Sup Daging Mudah Dan Sedap.

Sebab menu ni menu pertama, sebab dia mudah nak buat..Tinggal rebus je..Bahan pun takdelah susah mana..Campak-campak dah siap. Mak tak letak banyak sayur pun. Uniknya sup ni tak pakai sup bunjut atau sup kiut ayam tu..ehehehe..hah nak tau macam mana mak nad buat, pergi klik link resepi nad bagi tu..

Sup tulang ni kalau dapat memng sikit. Jadi , kalau dah ramai-rami dekat rumah, kene la kongsi-kongsi ye. Kalau tak, ada yang merajuk tak dapat..hahha..

Banyak daging korban dekat rumah ni. Memang minggu ni makan daging jela..hehee.

MASAK BERSAMA KELUARGA DI HARI RAYA AIDILADHA,MENU KARI DAGING, AYAM BEREMPAH DAN SAYUR CAMPUR

$
0
0
hai assalammualaikum

Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha, Menu Kari Daging, Ayam Berempah dan Sayur Campur - Seronok bila masing-masing berkumpul dekat rumah mak. Bila semua ada, part masak memasak, sorang ambil satu menu..hahaa. Tu yang nad suka bila balik. Masak sama-sama, takdela penat sorang-sorang. Bila dah sornag masak daging, yang sorang masak ayam. Sorang lagi masak sayur..Dapatla tiga masakan..Haritu, nad masak kari daging, kakak pulak ayam berempah, kakak ipar masak sayur campur. Kita masak senang-senang je, janji sedap..hehee..


Juadah macam ni, cukup untuk kami. Nampak sikit tapi sebenarnya banyak.Kadang orang mana ada makan banyak pu..ambil sikit-sikit..

Ni resepi nad sediakan sekali..


Resepi Kari Daging
Bahan Blender
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/3 inci halia
- 2 batang serai

- bunga lawang
- kayu cengkih
- buah pelaga
- daun kari
- serbuk kari
- santan
- air
- garam dan gula
- Daging korban

Cara memasaknya
- Blender kesemua bahan dan tumiskan sekali dengan bunga lawang, kayu cengkih, buah pelaga dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
- Bila dah bau sedap, masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air. Tumis lagi sampai naik bau.
- Masukkan daging yang telah direbus. Daging tak tau banyak mana, sebab mak nad yang sediakan..hahaa..
- Kemudian masukkan air sedikit dna biarkan..
- Bila air dah surut sikit, masukkan santan dan gaul lagi..
- Masukkan garam dan gula.
- Dah rasa agak-agak masak, boleh matikan api dan hidangkan..


Resepi Ayam Berempah..
- Ayam
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serai
- Daun kari
- Jintan putih
- Serbuk kunyit

Cara memasaknya
- Blender ke semua bahan
- Gaulkan bersama ayam dan perap sebentar
- Dah perap lama boleh goreng sehingga garing..
- Siap..


Resepi Sayur Campur
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili merah besar
- Kacang panjang
- Kobis
- Lobak
-Garam dan gula
- Kiub ikan bilis

Cara memasaknya'
- Potong ke semua bahan
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili besar dan kiub ikan bilis.
- Masukkan sayur dan gaul.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan air sedikit bagi berkuah..
- Dah lama sikit, gaul dan siap..

Hah mudah semua..hehee..korang masak lagi sedap kan..

DAGING KUNYIT MASAKAN PALING MUDAH DAN DISUKAI RAMAI

$
0
0
hai assalammualaikum

Daging Kunyit Masakan Paling Mudah Dan Disukai Ramai - Lepas habis cuti AidilAdha, balik KL, memang malas nak buat kerja..haha..Yela mood cuti lagi katanya. Nak kemas malas, nak masak malas, tapi kena masak juga. Jadi fikir menu apa yang mudah je nak buat. Nampak daging, keluarkan daging, fikir punya fikir, hah masak daging goreng kunyit jela..hahaa.Bahan tu tak banyak mana, cuma bawang dengan daging je. Patutnya bubuh sayur kacang panjang, tapi kacang panjang takda..

Mungkin rupa biasa je, tapi sedap..hahahaa..Gila la kalau tak sedp..makan pulak dengan nasi panas-panas sekali dengan sambal belacan..hehee..


Masa post dekat facebook, semua cakap menu ni paling mudah dibuat dan sedap..ehhee..Nad belajar makan daging goreng kunyit ni pun bila kawin dengan mr mafia. Kalau tak sebelum ni memng tak pernah makanla daging goreng kunyit ni. Kalau makan dekat kedai Thailand, mesti mr mafia order daging goreng kunyit ni..

Sejak tu nad pun buat. Banyak cara la buat daging goreng kunyit. Memang nampak simple dan mudah, tapi kalau salah cara masak, mesti tak kena tekak. Macam baisalah, tengok youtube macam mana cara buat walaupun senang..hahahaha..

Mulanya nad potong daging nipis-nipis. Jadi, takyahla rebus sangat. Kemudian bubuh serbuk kunyit dengan garam. Masukkan minyak sedikit sahaja dalam 1 sudu besar. Kemudian goreng daging yang dah siap bubuh kunyit tu sehingga garing.

Nampak daging dah garing sikit, masukkan potongan bawang merah ke dalam dan gaul sekali. Gaul bagi sama rata. Dah nampak daging garing bebetul, baru angkat.

Ada orang letak cili padi nak bagi pedas. Nad sebab anak-anak nak makan, jadi tak letak..setel..boleh makan.

TIPS ATASI MASALAH KELEMUMUR RAMBUT DENGAN SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR

$
0
0
hai assalammualaikum

Tips Atasi Masalah Kelemumur Rambut Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur - Arghh!!, gatalnya rambut. Tergaru-garu kepala sampai keluar benda putih mekelat dekat baju. Mesti korang pernah rasa kan, bila korang ada masalah rambut kelemumur. Macam tu la jadi dekat nad. Lagi nad jenis yang bertudung, rambut bertutup je. Bila berpeluh lagila haru, dengan bau kepam dia..adoiii.. Takkan selesa kalau rambut tidak dalam keadaan yang baik. Nak buat sesuatu kerja pun terganggu. Siapa yang taknak rambut sihat dan bermaya kan. Jadi ni tips yang nad nak kongsi dekat korang yang ada masalah rambut kelemumur.

Banyak tips untuk atasi masalah rambut ni..Ada cara tradisional, cara rutin harian, dan cara mudah dengan menggunakan beberapa produk sedia ada di pasaran.


Tips Atasi Masalah Kelemumur Rambut 

- Jangan mengikat rambut terlalu ketat dan mengikat rambut ketika basah
- Keringkan rambut terlebih dahulu dan sikat rambut dengan rapi
- Basuh rambut dua atau tiga kali seminggu
- Jangan pakai krim rambut yang berminyak
- Gunakan produk yang sesuai
- Amalkan pemakanan yang sihat


Ada juga tips untuk masalah kelemumur menggunakan barang tradisional seperti menggunakan cuka epal, daun semambu, serbuk penaik, lemon dan macam-macam lagi la..Biasalah petua orang dulu-dulu, memang kalau buat kerap boleh mujarab, tapi kerajinan tu ada ke..hehee..Jadi nak senang, korang boleh je guna produk yang sedia ada di pasaran. Pastikan ambil produk yang sesuai dengan masalah rambut korang. Macam nad, masalah rambut kelemumur, jadi  kalau beli shampoo, nad mesti cari yang anti kelemumur. Memang tak cuba yang lain la, kalau pakai lain, mau datang balik kelemumur tu. Salah satu produk yang nad pakai ialah Shampoo Safi Shayla Anti Kelemumur, botol warna biru tu.

Sebenarnya, bukan muka je ade step dia semasa pemakaian skincare, rambut pun ada step dia untuk dapatkan rambut yang sihat. Selalu kita pakai shampoo, conditioner je..lain tak pakai. Sebenarnya, langkah pemakaian untuk bahagian rambut ialah, minyak rambut, shampoo, conditioner, tonic dan serum.

Untuk rangkaian Safi Shayla ni, nad ambil tiga sahaja iaitu Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur, SAFI Shayla Anti Dandruff Shampoo dan Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control.


Safi Shayla Minyak Rambut Anti kelemumur
Minyak Rambut Safi Shayla ini menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut akan menjadi lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari... Minyak rambut ini mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda, Minyak Rambut Tulen, Ejen anti-kelemumur dan menthol..

Ok, cara guna minyak ni untuk rawatan pra-basuh korang perlu goncang terlebih dahulu sebelum guna. Urutkan perlahan-lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut. Biarkan selama 3-5 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh digunakan 1-2 kali seminggu..


SAFI Shayla Anti Dandruff Shampoo
Syampu SAFI Shayla Anti Kelemumur, yang memang diperbuat khas untuk merawat masalah kelemumur ini mengandungi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal akan memastikan rambut uolls kekal sihat sepanjang masa. Micro Bamboo Charcoal (bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut), Habbatus Sauda (menghalang pembiakan bakteria, menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut), Micro ZPT Complex (agen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan 99% kulat yang menyebabkan kelemumur).Bau dia wangi dan buat rambut segar sahaja.


Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control.
Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff merupakan masker penyegar kulit kepala kawalan kelemumur dan kegatalan. Ia mengandungi Micro Bamboo Charcoal ( menghilangkan minyak dan bau kepam kulit kepala dan rambut., Minyak Organik Habbatus Sauda (kaya dengan nutrien yang membantu melindungi rambut dan menyuburkan kulit kepala) dan Menthol (menyegar dan menyamankan kulit kepala.

Kalau sesiapa yang ada masalah kelemumur tu, bolehla guna rangkaian Safi Shayla ni..memang best sangat.Ada banyak lagi rangkaian Safi Shayla yang korang boleh dapatkan di pasaraya, hypermarket dan farmasi yang berdekatan.





Dapatkan segera, sebab, setiap pembelian rangkaian produk Safi Shayla bernilai RM35, korang akan dapat percuma sling pouch We Bare Bears ni..ada 4 beg yang kornag boleh dapati..Bila dapat tau dapat percuma beg ni, terus nad beli tau shampoo antikelemumur Safi..hehe..Beg ni limited Edition..Nad dah kumpul 4 beg semuanya, takda la berebut-rebut..hehee..



Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari
Website : https://safi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/user/SAFImalaysia

KELAS RENANG KANAK-KANAK DAN WANITA ( MUSLIMAH ) BERSAMA SWIMRUSH ACADEMY SEKITAR KL & SELANGOR

$
0
0
hai assalammualaikum

Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita ( Muslimah ) Bersama Akademi SwimRush - Nad tau, mesti ramai yang ingin belajar berenang. Siapa yang tak suka berenang kan? Nad sendiri, ada keinginan nak belajar berenang, nak buat gaya kuak lentang, belajar pernafasan dan macam-macam lagi. Seronok tengok orang yang pandai berenang tu. Kita kalau mandi dekat swimming pool, mandi kaki dekat bawah je..hahaa. Bila cuba berenang, naya tenggelam..hahaa. Sebab tu keinginan nak belajar berenang tu ada. Bukan untuk nad je seorang, untuk anak nad si Fariza tu, nad kalau boleh nak bagi dia pandai berenang. Senang kan, bila budak kecil tau berenang. Takda kita risau sangat bila dia main dekat air.


Kelas Renang Kanak-Kanak Dan Wanita ( Muslimah ) Bersama SwimRush Academy 

Nad dapat tau, ada satu tempat yang boleh anak-anak dan wanita muslimah belajar berenang. Bila nad baca apa yang diajar, kreteria, pengalaman coach, memang buat nad tertarik unttuk belajar bersama Akademi SwimRush. Mereka buat aktiviti belajar berenang ni pun bukan hari biasa sahaja, malah hari minggu. Hah, elok sangatla, sebab hari minggu kadang tak tau nak buat apa kan, elok bawak anak pergi belajar berenang. Lagipun nak belajar berennag ni memerlukan coac yang bertauliah dan berpengalaman.

Sukatan pelajaran Swimrush bukan sahaja mengajar teknik berenang asas malah memberi penekanan pada program keyakinan dan _water survival skills_





Antara kepakaran SWIMRUSH dalam Kelas Renang adalah :
▪️Water Safety
▪️Water Survival Skills
▪️Freestyle
▪️Breaststroke
▪️Backstroke
▪️Butterfly


SWIMRUSH menawarkan perkhidmatan Kelas Renang untuk kanak-kanak, bermula dari umur 5 tahun ke atas. Syllabus mereka lengkap dan sesuai untuk kanak-kanak yang ZERO BASIC, TAKUT AIR dan yang nak IMPROVE kan teknik berenang.

Jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab dia orang akan ajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.



Lagi untuk wanita muslimah, susah kan nak cari tempat belajar berenang yang khas untuk muslimah, tapi Akademi SwimRush ni memang menyediakan untuk wanita muslimah belajar berennag dan coachnya pun perempuan. Tak malu la kan..hehe..

Setakat ni, nad tau, Akademi SwimRush ni mempunya 4 cawangan:
Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan
- Kanak-kanak yang disediakan, Kelas Renang Wanita dan Lelaki
Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya
- Kolam Renang Persendirian - Kelas Kolam Kanak-kanak
Cheras: Komples Sukan Desa Tasik
- boleh didapati untuk Kelas Renang Wanita dan Kanak-kanak
Shah Alam Seksyen 14
- Kolam Renang Persendirian; hanya Kelas Renang Wanita


Korang boleh tengok jadual waktu yang disediakan pihak Akademi SwimRush ni.


Kalau korang tak dapat pergi juga, tapi nak sangat belajar berenang, jangan risau, sebab diaorang ada buat kelas secara private la..bagus ni. Kotla tak dapat pergi tempat dia, boleh je suruh jurulatih Akademi Swimrush datang rumah ajar berenang. Yang penting ada swimming pool dekat rumah..hehhe. Tidak dikenakan cas transport..

SEBAB kenapa anda wajib sangat-sangat dapatkan kelas dari Akademi SwimRush :
- Coach yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun
- Coach yang mempunyai background lifeguard
- Mengajar teknik berenang dengan cara yang mudah
- Menyediakan kelas ganti
- Menyediakan water safety course
- ONLY Lady Coach mengajar Kelas Wanita
- EMPHASIS PADA ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Teknik Survival Air dan meningkatkan Keyakinan Air
- Manakan Teknik Asas: Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly
- Unik: Memberi Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves
- Pengalaman mengajar pelajar airphobik
- Menyediakan CLASS REPLACEMENT
- Kolam Renang PERCUMA
- Beralih dari ZERO ke Swimmer HERO


Oh, lupa nak cakap, Akademi Swimrush ada juga ajar berenang untuk lelaki, tapi dekat Batu Caves sahaja.

Kelebihan dan manfaat aktiviti berenang pada kesihatan

• Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot
• Meningkatkan kesihatan jantung
• Renang membakar kalori
• Cegah Stress dan Drepresi
• Minimumkan  risiko cedera

Hah, apa lagi, jomla kita belajar berenang. Hujung minggu ni, kalau takda apa, nad nak pergi.


Korang kalau nak belajar juga, nak tau lebih details, boleh hubungi
Swimrush Swimming Academy
Website: www.swimrush.wordpress.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush
Contact: www.wasap.my/+60133654711

MINUMAN ARWA, RASANYA YANG SEDAP DAN MEMPUNYAI PELBAGAI KHASIAT, SESUAI DIMINUM SEISI KELUARGA

$
0
0
hai assalammualaikum

Minuman Arwa, Rasanya Yang Sedap Dan Mempunyai Pelbagai Khasiat ,  Sesuai Di Minum Seisi Keluarga - Memang tak dinafikan,  kita boleh tengok,  di pasaran sekarang, pelbagai jenis minuman berperisa dan juga berkhasiat yang ada dijadikan sebagai minuman tambahan seharian. Nad sendiri sebagai pengguna, nad dah cuba pelbagai jenis minuman tambahan yang ada, tapi setiap minuman yang nad ambil berbeza dari segi bahan-bahan yang digunakan. Paling nad suka, minuman itu boleh diminum dan dikongsi bersama seisi keluarga dan mempunyai kebaikan, bukan hanya sekadar minuman.


Minuman Arwa Rasanya Yang Sedap Dan Mempunyai Pelbagai Khasiat,  Sesuai Di Minum Seisi Keluarga

Baru-baru ni,  ada kawan kenalkan produk minuman Arwa keluaran Imanni Skinz. Minuman Arwa ni keluaran produk terbaru Imanni Skinz, sebuah syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak tempatan. Arwa ni ada maksud dia, iaitu memberi minum sampai puas, segar, terpenuhi, menyenangkan.


Bila nad tengok packaging dia memang terus tertarik, dengan gambar air macam tu,  terus cakap " nampak sedap air ni ".. Hahaha.. Belum rasa lagi tu. Minuman Arwa mempunyai tiga perisa yang memang menjadi kesukaan iaitu perisa coklat kurma,  strawberi dan mocha. Selalu sangat nampak coklat kurma kan, tapi strawberry dan mocha kurang,  bila ada ni,  nad cuba semua perisa.. Hehe. Lagi anak kita memang suka air pink ( strawberi).

Bagusnya minuman Arwa ni ia mengandungi bahan istimewa yang yang boleh di minum setiap hari oleh seisi keluarga. Beza minuman Arwa dengan minuman lain ialah bahan-bahannya yang mengetengahkan penggunaan makanan sunnah yang pelbagai di dalam satu sajian. Penggunaan bahan yang berasaskan makanan sunnah seperti Madu, Delima, Habbatus Sauda, Za'faran, Kismis, Zaitun, Al-Manna dan Kurma ini benar-benar telah menjadikan minuman ARWA lain daripada yang lain.


Bila dapat je, terus nad minum.. Hahhhaa.. Sebab tengok kotak dah nampak sedap..hehhe..Nad cuba dulu minum Arwa perisa coklat kurma.


Cara penyediaan minuman Arwa

Nak sediakan pun senang sahaja. Tuangkan satu paket minuman Coklat Kurma Arwa atau Strawberi atau Coklat Mocha ke dalam secawan ( 150 ml ) air panas. Kemudian kacau dan boleh minum.


Minuman Arwa Tanpa Gula, Tanpa Maltodekstrin Dan Rendah Kalori

Sedap rasa Arwa Coklat Kurma ni, sebab dia tak terlalu manis, dan sedap. Serius, nad tak tau nak cakap macam mana, sebab selalu nad minum air coklat yang ada kurma ni manis sangat. Tapi yang ni, memang lain sangat. Apa yang nad tau, minuman Arwa Coklat Kurma ni tanpa gula dan tanpa maltodekstrin, tu yang rasa dia tak manis sangat, macam nice je la..ishh susah sangat nak tafsirkan..hahaa.. Tapi memang sedap gila..




Sama juga minuman Arwa Strawberi dan Coklat Mocha, tiada gula dan tiada Maltodekstrin. Rasa pun memang rasa asli, yang sedap diminum setiap hari. Macam air Mocha, ia bukan sahaja takda gula dan maltodekstrin malah tiada kafein..jadi elok sangat ambil. Semua minuman Arwa ni juga rendah kalori dan selamat diminum.

Minuman Arwa, Sesuai Diminum Oleh Kanak-Kanak


Hah, anak nad seorang ni kalau nampak warna pink memang pantang ye. Asal warna pink semua dia nak. Bila dia nampak minuman Arwa Strawberi ni, terus dia cakap ' mommy, air Strawberry, Fariza punya, nak mommy, please mommy "..oh my..budak ni kan.


Rasa air Strawberry ni pun sedap..bau dia pun bau strawberi. Rasa dia light je tak manis, rasa macam buah strawberi segar dipetik dari pokok kemudian kita blend dengan susu..memang yummy.. Tengok anak kita, kemain suka ye.


Minuman Arwa ni memang kanak-kanak boleh minum terutama Coklat Kurma dan Strawberry. Ia sesuai untuk di minum seisi keluarga bermula dari usia 10 bulan dan ke atas. Untuk kanak-kanak dengan usia yang masih kecil , disarankan hanya beri ½ sachet.


Untuk Mocha, nad bagi suami minum. Mocha ni ada bahan yang sesuai untuk mereka untuk kempis kan perut atau melawaskan perut. Suami ada juga minum coklat kurma, dia kata semua sedap. Nad ada rasa-rasa sikit, memang sedap. Tak sama Mocha macam kat luar. Dia punya rasa tak terlalu kuat, tapi masih sedap..


Khasiat Minuman Arwa Bukan Sahaja Sekadar Minuman Malah Mempunyai Banyak Kebaikan

Macam nad cakap, minuman Arwa ni bukan sahaja minuman biasa tapi mempunyai kebaikan lain kerana mempunyai bahan istimewa, yang membolehkan ia merawat, mencantikkan dan menambah susu badan.


Untuk Arwa Coklat bukan susu coklat biasa biasa tapi ianya minuman coklat yang di ekstrak dari Buah Koko dengan di tambah dengan 8 makanan sunnah, dimana ia dapat membantu ibu menyusu menambahkan susu badan ( milkbooster ), memberi tenaga, melegakan sembelit, membantu merawat ekzema dan gatal-gatal dan sesuai diambil ibu yang sedang hamil. Arwa Coklat Kurma juga dapat bantu memulihkan pesakit ekzema terutama di kalangan kanak-kanak.









Jadi, kalau sesiapa yang anak dia mempunyai masalah ekzema boleh cuba ambil Arwa Coklat ni. InshaAllah dgn izin Allah. Setidaknya anak akan minum dengan sedap dan semakin sihat dalam satu masa. Kalau boleh kita ikhtiar dan usaha. Atas antara testimoni yang diambil pengguna untuk merawat ekzema.


Arwa Strawberi mengandungi vitamin C dan 8 makanan sunnah yang membantu mencerahkan kulit, mengurangakn jerawat dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Arwa Strawberi ni sebenarnya susu kambing berperisa starwberi, tidak hamis dan tak berbau. Elok untuk anti penuaan, imunisasi badan, memberi tenaga, menaikkan hemoglobin dan membantu masalah penghadaman antioksidan. Susu Kurma Strawberi juga turut boleh bantu untuk tambahkan susu ibu (milk booster)


Arwa Coklat Mocha pula terkandung bahan aktif Garnicia Cambogia dan makanan sunnah sangat elok untuk mereka yang kempiskan perut dimana ia dapat melawaskan perut bagi mereka yang ada masalah kurang lawas hingga perut nampak buncit dan sebagainya. Terkandung Asid Hidroksi Sitrik ( HCA ) yang bertindak sebagai bahan yang merencat nafsu makan dan mengurangkan berat badan. HCA mengurangkan aktiviti penting enzim ATP-Citrate Lyase yang terlibat dalam metabolisme lemak. Garnicia Cambogia dipercayai boleh mempercepatkan pengecutan rahim semasa proses berpantang. Ia juga dapat meningkatkan hormon sorotonin dalam otak untuk mengurangkan rasa lapar dan memberikan tenaga. Arwa Coklat Mocha Ia tidak sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak. Ia lebih sesuai untuk kaum lelaki dan wanita dewasa yang tidak hamil dan tidak menyusu.

Testimoni Nad Sendiri

Lepas je nad amalkan minuman Arwa ni, memang ada perbezaan sikit. Macam susu makin bertambah, badan tak terlalu letih, fikiran tenang je. Lagi waktu malam sebelum tidur, nad minum, rasa nyaman je badan ni..hehe..

Anak pulak, nad tengok macam makin cergas..hehee..Lagipun dia minum sebab sedap..Elok je diambil sebab ada kandungan makanan sunnah tu. Tu yang bagi dia minum setiap hari.

Suami pun cakap sedap..Dia kata setiap pagi mesti perut dia lawas je. Membuang dengan jayanya..ehhee..

Resepi Minuman Menggunakan Minuman Arwa

Minuman Arwa ni boleh dibuat pelbagai resepi minuman tau..kalau korang rajin..nah ni antara cadangan sajian yang korang boleh buat menggunakan minuman Arwa.




Tengok pun sedap kan. Bukan orang besar je suka, budak-budak lagi suka.

Bagus kan dapat minum minuman yang sedap tapi dalam masa yang sama juga dapat berikan semua khasiat yang ada untuk tubuh untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kalau nak buat minuman sebagai minuman harian memang boleh sangat, kalau nak minum sebab nak hilangkan sakit pun boleh. Ikut mana yang korang rasa la kan.




Produk ni pun dalam bentuk sachet. Jadi senang nak bawak pergi mana-mana. Pergi travel ke, pergi berkelah ke..kan..hehee..

Harga sekotak RM35 mempunyai 10 sachet. Sekarang tengah ada promosi, harga RM28. Murah je harga dia dengan  kandungan yang mempunyai bahan-bahan yang berkhasiat dan elok untuk tubuh badan, mampu merawat dan mencantikkan, harga kita tolak tepi..kann..

Minuman ni memang menjadi pilihan tau, sebab kawan cakap, minuman ni ramai orang beli, dan nad pun terjebak. Memang nad rekomen sangat korang yang tengah mencari minuman untuk cantik, tambahkan susu, untuk kempiskan perut,cuba minuman Arwa ni. Lagi-lagi Coklat Kurma tu, sedap ya amat. Minuman ni pun sesuai untuk mereka yang tengah ikhtiar hamil.

Jom sokong produk muslim yang diusahakan oleh anak tempatan.

Kalau korang nak beli, tengok packaging nampak sedap je kan, hehee..korang boleh dapatkan di
Facebook : Arwa Minuman No 1 Untuk Kulit
Instagram : https://www.instagram.com/arwa.hq/
Whatsapp : wasap.my/60136699892/NakTanyaArwa

NIKMATI "STREET FOOD" VIETNAM DI PHO STREET DENGAN HARGA PROMOSI SEMPENA MERDEKA

$
0
0
hai assalammualaikum


Nikmati "Street Food" Vietnam Di Pho Street Dengan Harga Promosi Sempena Merdeka - Siapa yang pernah pergi Vietnam, dan rindu makanan Vietnam atau yang belum pernah pergi tapi nak cuba makanan Vietnam, hah!! nad ada jumpa satu port makanan "Street Food" Vietnam ni iaitu di Pho Street di L3 Mytown berdekatan dengan panggung wayang. Pho Street ni ada 6 outlet dan ini adalah salah satu tempatnya dan ia adalah makanan halal dan muslim friendly. Pho Street ni restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan " Street Food"  Vietnam.



Masa sampai ni, nad terus tengok ruang tempat dia, dekorasi tempat ni. Nad suka dengan dekorasi dia, nampak traditional, dengan hiasan lampu yang ditutup dengan basket, lampu ala-ala romantik gitu. Dah macam dekat Vietnam je..hehehe..Tempat luas, dan selesa, memang best lepak dengan kawan-kawan atau keluarga makan sini.

Makanan Vietnam yang nad pernah makan cuma Spring Roll je, yang ada sayuran dan udang tu. Tu pun order dengan orang. Kali ni nad dapat rasa menu Vietnam lain.

Sempena Bulan Merdeka yang ke 62 bakal tiba ini, pelbagai hidangan yang ditawarkan di Pho Street sempena kempen " We Are Pho Everyone " dan mereka juga ada membuat promosi hidangan yang cukup hebat dengan harga hanya serendah 62 sen..woww..mesti korang teruja kan..hehee..Nad pun teruja, sebab nad pun akan terjah waktu promosi tu ajak keluarga..hehee..Promosi ini bagi meraikan Bulan Merdeka bersama rakyat Malaysia dengan hidangan yang hebat yang pasti disukai terutama penggemar makanan Vietnam.


Nikmati Pho Beef Combination Di Pho Street Dengan Harga Serendah RM 0.62 sen Semangkuk Sempena Merdeka Promosi

Sempena Bulan Merdeka yang bakal tiba ni, Pho Street ada membuat kempen " We Are Pho Everyone " di mana, mereka membuat promosi menu mereka yang super duper sedap yang korang mesti cuba. iaitu Pho Beef Combination.



Pho Beef combination akan dijual dengan harga serendah RM0.62 pada 8 September, bermula jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang di ke semua 6 outlet Pho Street. Hanya dua jam sahaja guys..mangkuk besar, harga semurah tu..fuh..memang korang kene cepat.

Pada 9 September sehingga 16 September, Pho Beef Combination ni akan dijual dengan harga diskaun sebanyak RM6.20 daripada harga sebenar. Harga sebenar dalam RM19.90 jadi diskaun dia jadi RM 13 lebih..masih murah!!


Menu ni memang korang wajib cuba bila datang ke Pho Street. Pho Beef Combination yang diisi dalam mangkuk yang besar. Bukan kecik ye, tapi mangkuk besar. Pho Beef Combination ni sup campuran macam kuew teow tapi lain sikit, kemudian ada pelbagai jenis beef  iaitu beef balls, beef slices, beef shank, beef tandons dan beef tripe. Memnag mantap, puas hati dapat makan. Portion mangkuk tu boleh kongsi dua orang, tapi waktu tu nad lapar gila, nad habiskan sorang..hahaha..kenyang wei..sup tu sampai nad hirup, sebab sup dia memang "nice " je..senang cerita sedappp..

Nak lagi sedap, selalu sup kita makan dengan sambal kan, hah dekat sini ia ada sambal tersendiri. Boleh tahan pedas sambal tu, tapi nad lupa ambil gamabr sambal tu..hehe..

Menariknya menu ini yang turut dikenali sebagai “Beef Noodle” mengambil masa 8 jam hanya untuk menghasilkan air rebusan daging istimewa. Mee berasnya pula khas dari Vietnam dengan kualiti daging yang disahkan halal dan semua dibuat dengan homemade reseipi mereka sendiri.Patutla sedap, tengokla, rebus dia lama betul.


"Street Food" Vietnam Di Pho Street Yang Super Duper Sedap

Selain Pho Beef Combination, ada pelbagai jenis menu lagi yang dihidangkan, antaranya snacks, noodles and nasi dan juga trending banh mi ( Vietnamese Sandwinch ).

Vietnamese Spring roll, tapi nama dekat sini ialah Fresh Summer Roll With Prawn and Fresh Herbs, menu yang nad dah biasa makan. Satu lagi ialah crispy spring roll. Fresh Summer Roll,  nad memang suka isi udang, saiz dia besar dan bahan-bahan dalam tu memang segar. Cecah dengan sos dia...aummm..




Crispy Spring Roll, pertama kali rasa. Tengok macam keropok lekor je..hahaa..tapi lain sikit. Sedap giler, sebab dia rangup dekat luar, lembut di dalam.


Yang ni pulak Nasi dengan Roasted Lemongrass Chicken. Ayam dia lembut dan memang sedap.


Kopi Ais Vietnam memang terbaik. Patut la orang ramai cakap kopi Vietnam ni sedap. Memang kaw bila nad rasa. Datang sini lepak dengan kawan sambil minum kopi Vietnam memang syok oo..


Air lain, korang boleh cuba ialah Passionfruit & Basil Mojito.

Dessert pulak yang tengah-tengah tu, Vietnamese Three Colour. Rasa dia macam cendol..bawah sekali warna kuning tu sweet corn yang diblender..jadi dessert ni di letak dalam cawan, minum terus macam tu.

Kesemua bahan masakan di Pho Street hanya menggunakan bahan-bahan segar, dipilih dengan teliti untuk rasa unik mereka yang melengkapkan hidangan aromatik.


Ms Sow Keng Foo berkata, hidangan mereka menggunakan bahan-bahan segar. Mereka sangat berhati-hati dalam memilih bahan bagi mencapai rasa dan aroma sentiasa mencapai tahap yang terbaik. Ditambah lagi, di dapur, diketuai oleh seorang Chef Eksekutif yang memastikan makanan di Pho Street menetapi citarasa dan rasa menyerupai makanan di Vietnam.


Hah, apa lagi, bawak keluarga, kawan-kawan merasai dan menikmati makanan Vietnam dengan harga promosi Bulan Merdeka di 6 outlet mereka. Pastikan order Pho Beef Combination dan kopi vietnam mereka..hehe.

Untuk info lebih lanjut berkenaan " We Are Pho Everyone " promosi ni korang boleh layari https://www.facebook.com/photostreetMY/

BLOOMINGWITHILLY 5: BEACH CLEAN DI PANTAI BAGAN LALANG

$
0
0
hai assalammualaikum


BloomingWithIlly : Beach Clean Di Pantai Bagan Lalang - Hari Sabtu haritu, nad join satu event under Illy. Event yang sangat menyeronokkan, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga. Nad memang suka event macam ni, yang bukan kita seorang je seronok, tapi anka-anak seronok juga, event bersama keluarga. Tapi event ni bukan saja-saja sebenarnya, event yang ada arah tujuan,hehee. Event Bersihkan Pantai ( Beach Clean )..yeahhhh..Pantai sepatutnya bersih, jadi kalau ada sampah tu, tak seronok dipandang kan.


Bila Illy post dekat Ig Story berkenaan event ini, nad terus isi form. Pertama, sebab nad dah lama nak join BloomingwithIlly ni, kedua sebab, nad sekeluarga dah lama betul tak pergi pantai. Jadi nad memang tekad nak join event ni. Nad sanggup tolak event lain, semata nak join event BloomingwithIlly ni. Semuanya untuk anak-anak, terutama Fariza. Hari-hari cakap, nak main pasir, nak main pasir..hehee..


Pantai Bagan Lalang ni pun pertama kali nak datang. Best juga tempat dia. Kitaorang pergi naik bas yang telah disponsor seseorang yang baik hati. Sebab nad fikir, Bagan Lalamg tu jauh, nad decide untuk pergi dengan bas yang telah disediakan. Bas tunggu depan One World Hotel. Jadi dari rumah naik kereta, parking dekat hotel, dan naik bas ke Bagan Lalang.

Dalam perjalanan, mula memang budak-budak ni teruja. Lama-lama paham jela. Naik bas pun dah rasa jauh, apatah lagi kalau memandu sendiri..hehee. Nasib baik lepas tu sampai, diaorang gembira semula..hahaa. Terus adik " wahhh"..kakak " mommy nak belon, mommy pasir,"..hah macam-macam la dia.






Sampai je tempat tu, terus ambil belon semua, bagi anak main puas-puas. Bubble Giant ditaja oleh Ajaib Marketing.

Dengar pulak En Johan kita bersama Puan Illy kita beri taklimat.

Masa ni, dapat la jumpa blogger lain. Ada yang blogger pernah jumpa ada yang belum. Jadi kenal dekat situ.


Masa tu juga sambut harijadi kembar kak Diya Nadia..Bukan main seronok budak kembar dua tu..hehee..

Lepas tu, kembali kepada aktiviti sebenar iaitu Beach Clean. Kutipla sampah apa yang ada. Tak sempat nak ambil gambar sampah, sebab nad duk pimpin si adik tu. Dia takut sikit dengan orang..Sebenarnya pantai dah bersih, sebab ada orang bersihkan sebelum kitaornag sampai..tapi ada juga la sampah sikit-sikit. Dapatla bersihkan beach tu.






Tapi gambar ramai-ramai ada..hehee..






Makanan haritu pun semua sedap. Nasi Ulam Ayam Rendang oleh Khatulistiwah dan AjaibMarketing, Mini Chicken Pie oleh Box Office Cafewwalk, Mineral Water dan Cashew Nuts oleh Guardian, Homemade Flourless Chocolate Cake oleh Claudine dan ada juga peserta lain yang baik hati bawa kuih. Smeua sedapp...


Walaupun event sekejap sahaja, tapi rasa keseronokan dekat situ. Dapat borak juga dengan yang lain. Memang tak bosan.


Tak sangka, event BloomingWithIlly haritu, dapat banyak sponsor..Terima kasih yang menaja. Semua barang best betul.
- Mineral Water, Cashew Nuts, Sunblock, Aloe Vera Gel - Guardian Malaysia ,
- Homemade Flourless Chocolate Cake - Claudine and Mum
- Homemade Soap - Anna
- Mini Chicken Pie - Box Office Cafe Wangsa Walk
- Natural Wellness Product - Tanameraofficial
- Bus Rental - Anonymous Sponsor
- Invite + Banner Design - @alicesprings @racarge
- Face Mask - @dr.moritamy @GuardianMalaysia
- Eye Patch - @kocostarmy @GuardianMalaysia
- WashFlakes - Washflakes
- Reacher (to pick up the trash) - illy ariffin
- box of vit C + berries supplement from :-  @angsaemasbeaute_hq, @magicalcwhite..Kalau korang nak magicalwhite tu boleh order dengan @comelcomot_official.

Balik tu budak berdua memang penat habis. Dalam bas dari mula gerak sampai la tiba ke tempat One World Hotel, baru bangun..hhaa. Lepas tu kakak Fariza cerita macam-macam..heehe..comel je..Nampak dia seronok..

Nanti ada rezeki, kita pergi pantai ye..


Terima kasih Illy buat event macam ni. Rasa bertuah dapat kenal Illy tau, sebab tengok dia ni seorang yang ceria je, happy go lucky. Senyuman dia tu buat kita pun rasa happy. Semoga Illy sentiasa murah rezeki, dipanjangkan usia dan semua yang baik-baikla..hehee..LOve you Illy..

BIOXCELLENT COLLA W.DIAMOND, RAHSIA KULIT WAJAH CANTIK, CERAH DAN KEKAL SIHAT

$
0
0
hai assalammualaikum

BioXcellent Colla W.Diamond, Rahsia Kulit Wajah Cantik, Cerah Dan Kekal Sihat - Pernah dengar kan, nak cantik luaran, mestilah dari dalaman. Selalu, kita ambil berat luaran, tapi dalaman diabaikan. Sebab tu la muka nampak makin kurang berseri, kurang anjal, disebabkan kolagen dalam badan tiada. Bila tengok usia, belum tua lagi, tapi muka dah kendur,..huishh, dasyat sangat tu. Jangan biarkan,kalau boleh, biar muka nampak muda bergetah berbanding usia sebenar . Jadi, cepat-cepat cari makanan tambahan untuk dalaman bagi menaikkan seri wajah, kekal cerah dan sihat. Salah satu produk yang nad dah cuba dan nad nak kongsi dengan korang ialah BioXcellent Colla W.Diamond.


BioXcellent Colla W.Diamond, Rahsia Kulit Wajah Cantik, Cerah Dan Kekal Sihat 

Sekarang nak dapatkan rahsia kulit wajah cantik, cerah dan kekal sihat mudah je,nad amalkan dengan mengambil Produk Bioxcellent sebagai makanan tambahan seharian. Bioxcellent  Colla W.Diamond dapat membantu mengimbangkan nutrisi yang kekurangan dari makanan seharian.


Tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk cantik. Hanya perlu konsisten minum, dan hasilnya dapat dilihat seawal 7 hari mengikut kepada badan setiap orang.



Apa nad suka dengan produk ini sebab product BioXcellent merupakan Superfood dimana ia diperbuat dari makanan seharian kita seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan kolagen dari ikan. Takdala campuran benda-benda pelik kan.



Cara nak bancuh dia pun senang. Campurkan 1 skop  (20gram) ke dalam 200ml/250ml air sejuk atau suam, kemudian kacau atau goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Nad lebih suka ambil dengan air sejuk. Rasa dia takda pelik mana, bukan rasa ubat tapi rasa macam buah tapi tak manis..hahaa..Nad selalu ambil waktu pagi dan sebelum tidur.


Rasanya yang sedap disebabkan bahan yang terkandung di dalam BioXcellent merupakan bahan
campuran beri (diperkaya dengan anti oksidan), Collagen Tripeptide, Astaxanthin, Acacia gum, Ekstrak buah Anggur, Tomato, Epal, Strawberi dan Buah delima. Nampak kan banyak buah, sebab tu rasa dia manis buah.


Banyak kelebihan BioXcellent Colla White Diamond ni, antaranya :
- Sesuai utk membantu masalah liang pori terbuka,
- Dapat membantu melembapkan dan menganjalkan kulit,
- Dapat membantu masalah pigmentasi,
- Dpat mngurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata,
- Mengecutkan jerawat dan membantu mngatasi masalah parut jerawat
- Dapat membantu kulit supaya lebih sihat, lembap, gebu dan halus..
- Membaik pulih struktur kulit
- Kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap
- Menghilangkan garisan halus dan kedutan
-Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen dalam tubuh
- Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
-Mencantikan kuku lebih kuat dan atasi keguguran rambut

Produk ni bukan untuk perempuan sahaja malah lelaki pun boleh ambil. Ia sesuai diambil untuk lelaki dan perempuan berumur 16 tahun ke atas. Orang lelaki pun nak cantik macam perempuan tau.

Sebelum guna sesuatu produk, yang paling penting , nad akan pastikan tahap keselamatan produk ini. BioXcellent Colla W.Diamond ni ada kelulusan dan telah diiktiraf. Ia mendapat pengiktirafan oleh Asia Pacific Super Health Brand Excellent, 100% menggunakan bahan semulajadi dan mempunyai GMP Certified. So sangat selamat & boleh ambil tanpa was was taw. Lagi satu produk ini juga telah diuji secara klinikal dan mematuhi standard piawaian yang sepatutnya.

Diingatkan Produk Bioxcellent bukan di perbuat dari ubat. Bioxcellent tidak dapat bantu menyembuh sakit sakit kronik.

Harga sebotol adalah RM66 untuk 700 grams. Tahan lebih sebulan.  Apa yang nad tau,  produk BioXcellent ada 5 jenis,  dan BioXcellent Colla W,  Diamond la salah satunya. Nak dapatkannya pun mudah,  beli di watson.

Review Nad berkenan BioXcellent Colla W. Diamond


Nad dah amalkan produk dalam lebih kurang seminggu. Apa yang nad rasa, kulit muka nad jadi lebih lembap dan lembut dari biasa dan tak nampak kusam sangat. Tengah berusaha nak hilangkan lingkaran bawah mata sebab tidur lambat ni.. Hehehwe. Yang penting konsisten..


AMARAN: PENGGUNA YANG MEMPUNYAI MASALAH ALAHAN SEAFOOD & MASALAH RESDUNG TIDAK SESUAI UNTUK AMBIL BIOXCELLENT COLLA W.DIAMOND .


Ini antara TIPS/PANTANG
Untuk MASALAH JERAWAT sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
Elakkan pengambilan KAFEIN kerana ia boleh mempercepatkan penuaan.
Semasa priod, seeloknya berhenti sebab sistem penyerapan badan masih lemah jadi bazir jika 
minum.
Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil UBAT dari hospital/klinik.
Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa-apa jenis produk/supplement/jamu lain.
Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan keatas utk ibu mengandung/ ibu mnyusu tapi disarankan untuk dapatkan nasihat doktor.
Produk slimming/detox TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu mengandung.
Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter utk kesan terbaik.
Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa2 jenis produk.
Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.
Boleh bancuhkan dgn air suam, air biasa atau air sejuk tapi pastikan betul-betul larut dahulu sebelum minum.
Produk ini sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur. (waktu yg dicadangkan ialah sebelum tido sbb pnyerapan waktu malam lebih tinggi)

Untuk ketahui lebih lanjut, korang boleh layari:

Website: http://www.bioxcellent.com/
Facebook: Bioxcellent
Instagram: @bioxcellent
“SIHAT CANTIK SELALU”

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE- 20 RUMAH RONALD MCDONALD HCTM-UKM

$
0
0
hai assalammualaikum

Sambutan Ulang Tahun Ke - 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM - Khamis semalam, nad sama-sama sambut ulang tahun ke - 20 Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Bagi korang yang tak tau, Rumah Ronald McDonald ni merupakan rumah penginapan keluarga pesakit dan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM ni merupakan rumah penginapan dalam hospital pertama di rantau ASEAN bagi meringankan beban keluarga pesakit pediatrik.


Pertama kali nad tengok sendiri depan-depan rumah Ronald McDonald ni. Nad tengok luar sahaja, tak masuk dalam pun. Rumah ni telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), dan  hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di rumah ini.



Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM:
Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam
Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa)
Bilangan katil: 57 katil
Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer
Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan



Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Pada haritu, Tun Dr Siti Hasmah turut hadir bagi sama-sama meraikan ulangtahun Rumah Ronald McDonald ni.



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia ketika mengimbau kenangan merasmikan pembukaan rumah ini 20 tahun lalu berkata, “Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka.”

Rumah Ronald McDonald ( RRM ) di HCTM-UKM dibina hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat.

Kalau korang perasan, masa korang beli makanan dekat restoran McDonalds, ada tabung sumbangan RMHC Malaysia dekat kaunter order tu. Tu la salah satu cara, Rumah Ronald McDonal ni terbina, hasil sumbangan dari orang awam yang prihatin. Lepas ni korang nampak tabung tu, bolehlah masukkan sedikit duit ke dalam.

Awal pembinaan, RRM di HCTM-UKM telah menelan belanja sebanyak RM2 juta. Sehingga kini, rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014.


Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “Konsep unik ‘home away from home’ rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Kami juga berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kami boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga pesakit di seluruh Malaysia.”


Kerjasama rapat pihak RMHC Malaysia dengan pelbagai pihak termasuklah syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu telah sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarga dan pesakit kanak-kanak yang menggunakan kemudahan di rumah ini. Selain wang tunai, pihak RMHC Malaysia turut menerima pelbagai jenis sumbangan berupa barangan seperti bahan makanan kering dan basah, barangan keperluan harian dan lain-lain lagi.

Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, “HCTM-UKM sebagai sebuah hospital terkemuka di Malaysia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Selain meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, kewujudan Rumah Ronald McDonald ini secara tidak langsung meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di sini.”


Pada haritu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada adik-adik NASOM Maestro Choir dan anak autisme dari PPKI SMK Sentul Utama iaitu adik Muhammad Irfan Bin Makmur.


Ada juga sesi perkongsian ibu bapa dan pesakit yang menginap di Ronald McDonald. Sedih bila dengar kisah mereka. Anak menghidapi penyakit dari kecil sampai sekarang. Masih mendapatkan rawatan di HUKM. Dalam kesedihan ada kegembiraan, di mana ibu bapa dapat duduk bersama anak, teman anak membuat rawatan, dengan adanya Rumah Ronald McDonald ni. Sebab ada sebahagian pesakit yang datang dari jauh. Bagus sangat RMHC buat rumah ni demi keselesaan ibu bapa dan pesakit.


RMHC memberi tumpuan kepada 4 Program Utama

Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia khususnya memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu
- Rumah Ronald McDonald ( menyediakan kemudahan asas penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga )
- Bilik Sensori Ronald McDonald ( khas untuk kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan rangsangan deria sentuh, pendengaran,penglihatan, rasa dan bau )
-‘Gift of Smile’ ( membiayai kos pembedahan sumbing bibir dan lelangit kanak-kanak )
- Pek Kembali ke Sekolah ( meringankan beban keluarga dengan bantuan berbentuk beg sekolah, pakaian seragam sekolah dan kasut sekolah )

Semua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Sebab tu sumbangan yang diberikan di tabung derma restoran McDonald's begitu bermakna bagi memberi peluang dan harapan baru kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukannya.


Baru-baru ini, RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.

Korang boleh hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

SUSU KARIHOME MEMBANTU MENINGKAT PERKEMBANGAN SISTEM IMUN KANAK-KANAK

$
0
0
hai assalammualaikum

Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak - Besarkan anak-anak bukan la perkara yang mudah, banyak cabaran dan ujian terpaksa dilalui ibu bapa terutama dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit. Apabila anak makin membesar dan mula terdedah kepada penyakit, secara tidak langsung tubuhnya akan memberi isyarat kepada sistem imun badan.

Korang tau tak, sistem imun adalah salah satu fungsi tubuh yang sangat penting. Tanpa sistem imun, maka mudah sekali badan diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Sebab itu, amat penting anak-anak anda mempunyai kekebalan tubuh yang kuat untuk menghindari penyakit sepanjang pembesaran mereka.

Selain sistem imun, kalsium juga amat penting dalam pembesaran serta perkembangan anak-anak terutamanya dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. Sebab itu pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan mereka  perlu dititikberatkan.


Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak

Salah satu cara, nak bagi anak kita sistem imun yang kuat dan kalsium yang cukup dengan pengambilan susu. Susu kambing misalnya, menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan. Dalam banyak-banyak susu kambing, nad pilih Susu Kambing Karihome.


Susu kambing terbaik yang ada dipasaran adalah Susu Kambing Karihome.  Diimport dari New  Zealand, ia dipasarkan di banyak negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk mengguna susu kambing Karihome.


Farhanah usia dia menginjak ke dua tahun, jadi nad fikir, untuk cari susu tepung yang sesuai dengan dia. Jadi nad pilih Susu Kambing Karihome untuk Farhanah. Mujurla dia suka dan nak minum. Susu Karihome ni takda la bau pelik, takda bau hamis. Bau natural susu je.

Kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran mereka.


Farhanah ni jenis aktif, lincah dan lasak. Jadi, selama pembesaran dia ni, nad akan pastikan dia membesar dengan sihat dan cergas. Alhamdulillah, sejak dia minum susu kambing Karihome, dia kurang dapat sakit dan setiap hari ada je aktiviti dia buat.



Dua pilihan Susu Kambing Karihome Mengikut Peringkat Umur  

Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan nutrisi mengikut peringkat umur anak-anak  iaitu:
1.Karihome Growing-Up Formula ( Langkah 3 )
2.Karihome Pre-School Formula ( Langkah 4 )

Kandungan Susu Kambing Karihome Yang Elok Untuk Perkembangan Anak- Anak

Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu  sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan  serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan kalsium menambah berat badan tanpa menyebabkan masalah ‘obesity’.


Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata.

Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.


Jadi, gunakan susu kambing Karihome yang dapat memberi nutrisi keperluan mencukupi untuk anak-anak.

Untuk Maklumat Lanjut, boleh layari
Website: https://www.karihome.com.tw/ms-MY
Facebook: https://www.facebook.com/karihomemalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/karihome_malaysia/

BOWEL WELNESS DAN WOMEN WELLNESS, PRODUK HIMALAYA WELLNESS, UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN

$
0
0
hai assalammualaikum

Bowel Wellness Dan Women Wellness, Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan - Korang pernah dengar produk Himalaya tak. Nad tau pun dari kawan-kawan nad yang ambil produk Himalaya ni. Selalu juga nad nampak kedai Himalaya ni dalam shopping mall, tapi jarang masuk. Selepas baca  maklumbalas dari kawan-kwan, diaorang cakap produk Himalaya ni bagus. Sejak tu, nad terus cuba pakai produk Himalaya ni. Sebelum ni, beli produk untuk anak-anak ( bonnisan untuk tambah selera anak ) dengan skincare je, sekarang nad ambil produk Himalaya Wellness iaitu Bowel Wellness dan Women Wellness untuk kesihatan tubuh badan nad.

Kalau dulu muda remaja, tak risau sangat badan ni, tak risau kesihatan langsung, yela, muda kan, kuat katanya. Dah dewasa, beranak pinak ni, macam-macam pulak tak kena dengan kesihatan, dengan badan ni. Dah paham la, kita ni makin berusia..hahaha..Jadi, sakit sana sini..Hormon badan tak stabil, penat, tekanan. Mudah sangat badan ni lenguh, sakit sendi la, package denagn sembelit..perut tak lawas...haishh, macam-macam la...Sebab tu nad cuba ambil produk Himalaya Wellness iaitu Bowell Wellnes Triphala dan Women Wellness Shatavari.


Bowel Wellness Dan Women Wellness, Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Ok nad cerita satu-satu produk ya..



Women Wellness Shatavari

Women Wellness Shatavari ialah produk untuk menyokong kesihatan wanita, mengawal haid dan untuk wanita selepas melahirkan anak.


Mesti korang tertanya, Shatavari tu apa? Hah Shatavari atau Asparagus racemosus adalah herba popular dengan tepat dipanggil "Formula Kesihatan Perempuan". Shatavari dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'dia yang memiliki 100 suami', yang menunjukkan peranan penting herba dalam kesihatan dan daya hidup keseluruhan wanita. Secara tradisinya, Shatavari (Asparagus) dianggap sebagai tonik rejuvinatif terbaik untuk wanita.

Bahan-bahan lain: Mikrosial Selulosa, Kalsium Hidrogen Phosphate Dihydrate, Silica Colloidal Anydrous, Magnesium Stearate.


Antara kelebihan Women Wellness Shatavari ni ialah:
- Membantu mengawal kitaran haid dan hormon dalam badan.
- Membantu merawat gejala PMS dgn melegakan kesakitan
- Meremajakan kesihatan dalaman
- Mengurangkan simptom menopause
- Meningkatkan kesuburan
- membantu ibu baru untuk menyusu
- membantu dengan memulih badan ibu selepas pelahiran
- membantu mengatasi keletihan

Siapa yang boleh mengambil produk ini
1. Wanita yang ingin mengekalkan kesihatan rahim
2. Wanita yang sedang menopaus.
3. Wanita yang ingin memperbaiki kesihatan reproduktif.
4. Ibu menyusu dengan susu ibu yang rendah


Cara nak mengambilnya:
- Ambil 2 kapsul dua kali sehari selepas makan.

Dalam satu botol ada 60 biji kapsul.

Selepas nad ambil Women Wellness Shatavari ni, badan nad rasa lain je. Rasa lebih bertenaga. Paling ketara, bila haid datang lepas ambil Shatavari ni. Nad memang jarang kena period ( haid )..orang kata biasa, tapi nad taknak la. Kalau boleh nak keluarkan darah kotor tu. Dan ambil ni, alhamdulillah, ok. Pada masa sama, susu pun bertambah. sebab tu adik nak melekat je..

Untuk mereka yang ada Diabetes / Hipertensif disarankan untuk berunding dengan doktor sebelum menggunakan produk ini.

Ok, produk kedua pulak



Bowell Wellness Triphala

Dekat kotak dia cakap Bowell Wellness Triphala ni dapat bantu penghadaman dan masalah sembelit. Hah!!,masalah nad bab perut tak lawas memang dah lama terjadi. Lepas dua atau tiga hari baru nak membuang. Bila dapat buang tu perit giler..Dulu tak tau apa ubat perlu ambil. Biarkan jela. Lepas kenal Himalaya Wellness, ada ubat untuk masalah sembelit, hah terus cuba.

Triphala (Tiga buah ) adalah salah satu rumusan herba tertua dan paling seimbang dalam tradisi Ayurveda. Perumusan ini menggabungkan tiga buah masam dan astringen yang unik untuk kesan yang dapat memberikan kesihatan.


Triphala menggabungkan kebaikan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan, yang bekerja bersama untuk melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakan usus yang berkesan. Triphala membantu pencernaan dan menggalakkan kesihatan gastrousus.

Bahan yang ada Ekstrak Triphala (buah Amla (Emblica officinalis), buah myrobalan belleric (Terminalia bellirica), cherobic myrobalan buah (Terminalia chebula) - 250 mg. , Koloid silikon dioksida, magnesium stearate.

Siapa yang boleh mengambil produk ini
1) Orang yang mengalami sembelit kronik.
2) Orang yang senak, perut kembung dan belching.


Cara ambilnya;
Ambil 2 kapsul selepas makan dua kali sehari.

Gembira gila lepas ambil Bowell Wellness Triphala ni. Nad dah tak sembelit, lancar je usus ni. Makan malam tu, esok paginya mesti membuang..hehee..Badan pun rasa ringan, dan ok je.

Sebenarnya bukan ubat ni sahaja kita kena ambil, dari segi pemakanan dan senaman pun kita kena titiberatkan. Paling penting minum banyak cecair: Air dan cecair yang mencukupi akan membantu melembutkan najis.



No Added
Apa yang nad suka dengan produk Himalaya Wellness ni, sebab produk dia tiada gula tambahan, warna tiruan, perisa tiruan, bahan pengawet, bahan soya dan tenusu. Bahan-bahan yang digunakan berasaskan herba.



Dua produk ni boleh diambil secara serentak selepas makan..


Produk Himalaya Wellness semestinya Halal..

Lagi satu, kesemua produk Himalaya Wellness ni perlu dapatkan nasihat doktor, yang ada penyakit, ibu mengandung tu..ok..


Korang kalau nak cuba, boleh dapatkan produk Himalaya Wellness ni di kedai Himalaya sendiri, sellaunya di dalam shopping mall, banyak sekarang ada. Kalau susah sangat, dekat Watson pun ada jual. Hah nak lagi senang, beli online je..hehe..

Untuk keterangan lanjut, boleh layari
Website: http://www.himalayainasia.com/index.php
Facebook: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/himalayamalaysia/?hl=en

McDONALD'S MALAYSIA GUNA NAMA MEKDI DAN PERKENALKAN NASI LEMAK McD SEMPENA MERDEKA

$
0
0
hai assalamualaikum

McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka - Sempena Bulan Kemerdekaan yang ke 62 dan sempena Bulan Merdeka ini, restoran makanan segera yang digemari rakyat Malaysia iaitu McDonald's meraikan  37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya," Mekdi " sebutan rakyat Malaysia bagi " McD " di samping memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Nasi Lemak McD.


McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka

Nampak tak perkataan " Mekdi " di belakang nad. Hah!, jangan terkejut, McDonald's tak tukar nama, tapi mereka hanya mengunakan nama samaran itu sempena Hari Merdeka. Macam mana terjadinya perkataan " Mekdi " tu ? Datang dari sebutan orang Malaysia juga la..Selalu kita sebut McDonald's dengan nama pendek sahaja iaitu " McD "..Jadi, McDonald's Malaysia menukar perkataan tu kepada perkataan Malaysia, maka terjadilah " Mekdi "..


Papan Tanda perkataan " Mekdi " ni hanya terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang. Nak tau sebab apa? Sebab McDonalds Bukit Bintang, merupakan McDonald's pertama yang di buka di Malaysia pada tahun 1982. Jadi kalau korang yang lalu lalang dekat sana, bolehla bergambar depan perkataan " Mekdi " tu sebagai kenangan..hehee..

Tak sangka, McDonald's Malaysia dah berusia 37 tahun, dari satu outlet di Bukit Bintang, sekarang dah banyak outlet di seluruh Malaysia. Makanan segera yang menjadi kesukaan orang ramai apabila waktu malas memasak, dan nak cepat..hehee..


"Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai



Nasi Lemak McD Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia

Siapa sini suka makan Nasi Lemak? Nad pasti semua orang suka makan Nasi Lemak. Kalau ada orang tanya soalan " apakah makanan kegemaran rakyat Malaysia? "..pasti ramai yang jawab, " Nasi Lemak "..Nasi lemak ni memang dah jadi makanan yang disukai, tidak kira makan waktu pagi, siang atau malam. Nad sendiri, suka makan nasi lemak, dengan sambal yang pedas dan sedap, dengan ada timun, ikan bilis, telur..tengah taip ni pun boleh terliur..hehee.


Disebabkan Nasi Lemak ni, makanan yang  rakyat Malaysia memang makan dan cari, tidak kira di mana pun,  McDonald's Malaysia telah memperkenalkan Nasi Lemak McD, versi hidangan sendiri yang dicintai oleh ramai rakyat Malaysia. Lebih lagi, Nasi Lemak McD ni akan sentiasa ada.


Nasi Lemak McD datang lengkap dengan beras kelapa wangi, ikan bilis yang rangup , timun segar, dan telur goreng, dihiasi dengan sambal pedas. Korang juga boleh tambah sekali dengan  Ayam Goreng McD dan secawan Ais Limau.


Nad dah rasa sendiri Nasi Lemak McD ni, memang sedap sangat. Bagi nad, Nasi Lemak sedap kerana sambal dia, jadi sambal Nasi Lemak McD memang kena sangat. Semua orang cakap sambal Nasi Lemak McD ni sedap. Rasa pedas tapi tak terlalu pedas. Lagi meriah kalau makan Nasi Lemak McD ni bersama keluarga dan kawan-kawan.



Menyertai Petisyen Di Change.org Untuk Menjadikan Nasi Lemak Sebagai Hidangan Kebangsaan Malaysia

Jadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia.

Nasi Lemak adalah makanan yang disukai oleh seluruh rakyat Malaysia, jadi, McDonald’s Malaysia memerlukan 1 Juta tandatangan daripada anda semua untuk menjadikan inisiatif ini suatu kenyataan sebelum Hari Malaysia (16 September 2019).



McDonald's Malaysia telah memulakan petisyen di seluruh negara di Change.org untuk mengadakan perhimpunan untuk Nasi Lemak untuk diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia.
Jom korang,  beramai-ramai menandatangani petisyen ini demi menjadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia!


Pakat ajak keluarga, kawan-kawan, sedara mara, pakwa makwa, semua la untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ni. Korang boleh klik bit.ly/nasilemakmalaysia


McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.



- Pilihan menu bercitarasa tempatan: Selain menu utamanya, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.

- Penggunaan bahan-bahan tempatan: 80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

-Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia ( hanya untuk restoran yang dimiliki secara terus oleh Gerbang Alaf Sdn Bhd ): McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia, dan syarikat itu komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

-Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia: McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.

-Aktiviti akar umbi setempat: Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

-Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia: Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Melati menambah, "Walaupun McDonald’s adalah salah satu daripada jenama global terkemuka, McDonald's Malaysia berbangga menjadi sebuah syarikat yang berjiwa Malaysia. Perniagaan kami memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dan memahami keperluan mereka, sama ada melalui menu kami, kerja-kerja amal atau memupuk bakat kami."

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.

Viewing all 2312 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>