Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live

NORWEX, KAIN BURUK KAYANGAN MEMUDAHKAN KERJA MEMBERSIH

$
0
0
hai assalammualaikum

Norwex, Kain Buruk Kayangan, Memudahkan Kerja Membersih - Terjebak juga ye dengan kain buruk kayangan ni. Sana sini kain Norwex tu lalu timeline, tak facebook, ada dekat instagram, ada juga dekat twitter. Mula tu memang pejam mata jela, malas nak layan, tapi layan jugala demo kain Norwex punya video, gambar tu semua, yela dah lalu kan. Tiba-tiba, dalam hati, ' bestnya tengok, guna air je. Lap apa pun boleh, senangnya '..arghh sudah. Sabar nad, sabar..kain biasa, harga murah je kau guna, sama je kain buruk juga. Sekaliiiiiii....jeng,jeng,jeng..Kain Norwex sampai dekat rumah..kihkihkih..

Orang cakap belum cuba belum tau. Nad ingatkan sama je macam kain buruk biasa tapi tak ye. Kain Norwex ni banyak jenis, ada untuk kitchen, window, kereta, lantai, tuala, haishh banyak la. Tapi nad punya yang penting jela, kain Norwex Kitchen, Norwex Window dan Norwex Enviro. 
 


Norwex, Kain Buruk Kayangan, Memudahkan Kerja Membersih

Kain Norwex ni microfibre, boleh hilangkan kotoran dengan hanya menggunakan air sahaja.produk Micofibre Norwex mengandungi BacLock yang boleh membersih dengan mudah secara menyeluruh apabila basah. 
 
Lepas pakai kain Norwex ni, nad nampak bezanya. Kerja membersih, mengelap jadi mudah dan menjimatkan masa. Macam sebelum ni, Nad kerap tukar kain buruk sebab setiap kali bersihkan dapur, cermin, atau apa sahaja, kain tu akan kotor dan hitam, yela kerap guna. Lagi kalau bersihkan dapur, kain akan melekit, berminyak.. Setiap tempat lain-lain kain. tapi semua kain jadi sama, hitam dan kotor, kemudian berbau.
 


Lagi kalau dapur berminyak, sambal, kain biasa akan jadi berminyak dan melekit. Tapi bila guna Norwex Kitchen, hanya basahkan kain, kemudian lap je macam tu. Walaupun dapur berminyak, kesan sambal merecik, lap je guna kain tu, terus bersih. Kain pulak bila dibersihkan semula dengan air takde melekit, takde berminyak. Jimat spray dan sabun dan tak perlu guna selalu.



Sebelum ni, nad akan bersihkan cermin atau apa sahaja, dengan pencuci-pencuci lain, macam sabun, kemudian spray, atau suratkhabar, tapi dengan kain Norwex, nad hanya guna dua kain sahaja iaitu Norwex Enviro dan Norwex Window untuk bersihkan cermin, peti ais, dan benda-benda berkilat ni la. Oh dua kain ni pun boleh digunakan untuk bersihkan kabinet.
 
Cara nad guna, nad akan bersihkan kain Norwex Enviro tu untuk mengelap. Kain Enviro ni bagus tau sebab kain ni mengelap segala kekotoran tanpa tinggalkan kesan pun. Lepas tu nad guna Norwex Window tanpa basahkan, kering sahaja untuk lap lagi, macam polish bagi berkilat. Memang berkilat habis setiap cermin, peti ais, kabinet.




Macam cermin, peti ais, sebelum ni pakai kain biasa macam ada tompok-tompok macam tu, masih ada kesan garisan lagi kat cermin, even guna pembersih cermin jenis tarik tu, tapi pakai kain norwex terus kilat.. Takde tompok, takde kesan kotor.



Oh, nad pun ada cuba-cuba lap almari ikea anak, dengan Norwex Enviro, eh tak sangka contengan anak buat dekat almari tu hilang. Tapi biasalah kena sental sikit. Korang boleh nampak dekat video nad buat tu. Puas hati tau.
 
 
Video nad bersihkan kitchen, peti ais, cermin dan almari ikea anak. Tengokla, betapa mudahnya kerja membersih.
 



Kain mengikut jenis tempat permukaan yang sesuai.

Nad boleh nampak beza pakai kain Norwex ni. Nad boleh cakap kain ni memudahkan kerja membersih, menjimatkan masa dan tenaga. Korang ingat kerja membersih tu tak penat ke, tiada siapa suka kerja membersih ni, sebab tu kadang ada orang sanggup upah orang untuk bersihkan rumah. Dengan kain Norwex ni, korang akan jadi suka untuk membersih.

Lagi satu kain Norwex ni tak berbau walau dah berulng kali pakai. 
 
Kelebihan Kain Norwex
 
Norwex Enviro - E untuk segalanya, bersihkan setiap bahagian rumah sama ada menggunakannya kering atau basah, ia dapat mengangkat zarah-zarah debu dan kotoran terkecil ke kotoran dan menghalangnya daripada menetap di permukaan, dan juga mengeluarkan minyak minyak dengan hanya air.

Norwex Kitchen - Kain dapur sangat sesuai untuk dapur kerana tidak setebal kain enviro, oleh itu ia kering dengan cepat. Keluarkan minyak gris dengan berkesan juga! Boleh nampak nad dah tunjukkan kain tu berkesan membersih minyak, sambal dengan berkesan. Boleh dilipat dan dilipat semula untuk membuat beberapa permukaan untuk pembersihan tanpa henti.

Norwex Window - Kain tingkap berfungsi sebagai kain pengilat untuk tingkap, barang kaca, pintu pancuran, cermin dan juga perhiasan. Kain ini sesuai digunakan kering. Anda boleh menyemburkan permukaan dengan sedikit air dan kemudian menggunakan kain tingkap untuk mengeringkan dan menggosok atau hanya menggunakan kering untuk menggosok.
 
Oh nad suka lagi, kain ni bila basuh, lepas diperah, dia tak menitik-nitik air dekat kain.
 
Cara Menjaga Kain Norwex 
- Jangan gunakan peluntur, pelembut fabrik atau lapisan pengering apabila mencuci microfiber, ia akan menyeliputi fibre dan mengurangkan keupayaannya membersihkan dengan berkesan.
- Cuci tuala microfibre berasingan atau dengan pakaian bebas tiras. Keringkan sepenuhnya.
- Bilas sekejap tuala mikrofiber dengan air suam yangmengalir dan sidai hingga kering atau masukkan dalam mesin pengering.
- Norwex pun ada sabun tersendiri, untuk hasil terbaik, gunakan detergen dobi yang bebas dari bahan pemekat, Norwex Ultra Plus laundry detergent.

Korang kena cuba. Try tiga kain nad guna ni Norwex Kitchen, Norwex Enviro dan Norwex Window. Boleh roger instagram @mandy_sim. Nak tanya apa, tanya je, dia boleh jawab. Ada banyak jenis lagi kain Norwex ni. Korang boleh contact mandy sim di 017 334 9119

BEEF LAMB CHOP BERSOSKAN BLACKPEPPER

$
0
0
hai assalammualaikum
 
Beef Lamb Chop Bersoskan Blackpepper - Western time!! Haritu ada dapat beef lamb, jadi kita buat lamb chop la. Beef lamb ni dapat dari supremefrozen.store. Dekat sini macam-macam jenis seafood ada, king crab pun nad beli dekat sini. Kalau nak dapat free shipping, berbelanja RM180  ( KL dan Selangor ) RM200 ( Outstation ). Macam-macam ada, salmon, beef, udang galah, sotong, macam-macam lagi la korang boleh tengok.
 


Ni la dia beef lamb chop, gril je dah siap. Sos blackpepper pun senang buat. Sayur rebus je, sedap makan begitu sahaja..hehehe..beef lamb dia besar, daging lembut je. Sesekali masak western kat rumah, boleh buh banyak-banyak kan.
 


Video ni nad buat step by step beef lamb chop.  

Bahan masak beef
- Beef lamb
- perapan daging
- Bawang putih 3 ulas
- Daun rosemary
- Butter

Cara memasak beef lamb
- Daging perap dengan perapan daging. Taknak pakai perapan pun boleh, just lumur denagn lada hitam dan garam. Perap lama sikit biar perapan meresap dalam daging. Baru sedap
- Cairkan butter dalam periuk grill
- Masukkan bawang putih dan daun rosemary.
- Kemudian masukkan beef lamb. Caranya 2 minit sebelah , 2 minit sebelah.
- rasa puas hati boleh angkat dan ketepikan.

Sayur
- Kentang
- Brokoli
- Lobak

Cara masak sayur
- Rebus semua sayur dalam satu periuk dan letak garam sedikit.
- Gaul dan biarkan sampai semua sayur lembut.
- Dah siap, toskan dan letak di pinggan lain

Sos Blackpepper
- 4 kotak Campbells crem of mushroom
- air
- sos lada hitam Mahsuri

Cara membuatnya
- Masukkan setengah air dalam periuk
- Masukkan 4 kotak Campbells mushroom dan gaul
- Kemudian masukkan sos lada hitam Mahsuri, letak setengah botol dan gaul sebati
- Kemudian masukkan lada hitam bagi tambah pedas sikit.
- kacau sehingga masak..kuah pekat dan likat..aummmm
- Tak perlu tambah perisa lain dah.

Selamat mencuba

BELI BASIKAL DAN HELMET ANAK ONLINE JE DI SHOPEE

$
0
0

 hai assalammualaikum

Beli Basikal Anak Online Je Di Shopee - Basikal ni dah lama Fariza dan Farhanah nak sangat, baru bulan ni mommy daddy mampu beli. Alhamdulillha, bulan ni mommy daddy ada rezeki lebih, mommy daddy kongsi kegembiraan dengan anak-anak. Beli basikal diaorang nipun dekat shopee je, almaklumla, nak keluar rumah tak boleh, beli online jela. Hebat kan, basikal pun boleh online sekarang, senang ya.

Basikal ni diaorang nak sangat sebab setiap kali balik rumah nenek, sepupu diaorang semua dah ada basikal. Biasalah budak-budak dekat situ ramia, basikal diaorang punya kadang tak bagi pinjam, kadang ebrebut. Kesian tengok. Pastu nak senyapkan, mula la cakap 'nanti mommy belikan basikal ok'..Mula tu diaorang lama tak ingat, tapi kakak sekarang dah besar, pandai dah bercakap dan ingat benda dia nak. Harijadi dia haritu tiba-tiba dia cakap 'mommy tak belikan basikal untuk kakak ke'..arghh sudah..hahaa. Bukan taknak belikan, memang nak belikan tapi belum cukup duit.

Nak beli bukan untuk kakak je, kena beli untuk adik juga. Kalau beli sorang mau bergaduh oii! Perempuan dengan perempuan aklau gaduh lain maciam..hahaha. Bulan ni alhamdulillah, mommy daddy ada la dapat rezeki lebih, terus cakap dengan daddy 'abang sayang ada cek basikal dekat Shopee, kalau kongsi sorang RM169'. Tunggu la jawapan laki kita. Pastu dia cakap 'ok boleh '. Cakap lagi sekali, 'betul boleh ni '. Dia cakap iye..hahaa..Takut wak kalau tiba-tiba takleh.




Bila mr mafia dah cakap boleh, terus order. So tunggula dalam beberapa hari. Adalah dalam seminggu. Takpe lambat, diaorang pun boleh sabar. Mula takut juga datang asing-asing, nak bagitau macam mana la tu. Tapi alhamdulillah, datang sekali serentak..hehee.

Basikal masing-masing warna pink, perempuan kan. Fariza memang pink tak boleh dipisahkan. Adik tak kisah, tapi belila yang ada pink-pink sikit..ehehe.




Nad beli basikal kakak dekat kedai ni. Boleh tekan link ni ( http://bit.ly/32SZgnN ). Kakak punya belum siap pasang, kene pasang sendiri. Tapi lepas dapat nad baca komen sampai bawah rupanya boleh mintak orang tu siap pasangkan dan hantar..lol..sedih. Dahla nak pasang dia berjam. Ni pun tak habis pasang lagi, sebab daddy ada kerja. Ni kalau malas sangat mau hntar kedai tolong pasangkan..hahaa. Basikal dia 16 inci.. Sesuai la sampai dia besar.. Harga basikal Rm149, shiping RM11.97, jadi semua RM160.97





Ni basikal adik pulak. Basikal adik siap pasang dah. Sampai pun dalam keadaan baik. Senang bila dah siap pasang ni. Hasihh, awatla mommy tak belikan kakak punya yang dah siap pasang..huhu. Boleh klik link https://bit.ly/36OtM30 

Adik basikal sampai, punya bukan main happy. Siap peluk, cium haishh. Nampak sangat dia nak basikal. MAna taknya kalau balik rumah nenek, gaduh dengan cousin sama baya dia..hahaa. Dahla cousin dia tu lelaki, kalau marah, tak bagi basikal dia..hahaa.Sekaranga dik dah ada, dia suka. Harga basikal adik RM92, shipping RM7.21 ,ade discount shipping RM4.66 dan guna redeem coins RM0.39. Jadilah adik punya RM94.16.

Oh masa tengah usha basikal, nampak pulak helmet diaorang ni..hehee. Duk fikir baik beli sekali, utamakn keselamatan..hahaa. Walaupun tu helmet untuk naik motor, tak salah la pakai untuk naik basikal..kihkih. Sebab cantik dan comel kita belila. Lagipun tengah duk  fikir mommy nak beli motor juga ni..huhu, itu pun kalau ada rezeki lebih juga.





Helmet harga RM72.52, nad beli dua, satu hello kitty, satu doraemon, shipping RM6.15, tolak shipping RM4.77, sebab apply shipping free, kemudian redeem coins RM0.30, so total semua RM73.60. Link untuk helmet ni http://bit.ly/3klyfJw

Helmet sampai awal, tapi disebabkan nak buka sama-sama dengan basikal, jadi helmet dibuka lambat sikit ye..hehee.

Ok korang kalau nak beli boleh rujuk link nad bagi tu.

DAPAT JUGA KERABU MAGGI DAN SALAD ROLL DELIVERY AMPANG NI, KETAGIH DAH

$
0
0
 hai assalammualaikum

Dapat Juga Kerabu Maggi Dan Salad Roll - Pertama kali makan Kerabu Maggi dekat festival makanan thailand. Siapa je tak suka kalau ada festival makanan Thai macam tu. Masa tu dibuat dekat Tesco Ampang, dekat je dengan rumah. Memang macam-macam nad beli, ada nad buat entry, boleh baca Festival Makanan Thailand di Tesco Ampang. Antara nad beli ialah kerabu maggi. Ya waktu pertama kali nad rasa kerabu maghi tau. Pedas giler tali sedap. Lepas tu jatuh cinta dan teringat-ingat. Nak pergi Thailand entah bila. Sekarang nak ada festival makanan macam ni mana la boleh. Duduk rumah jela. Nak makan, kena la cari siapa boleh delivery area Ampang ni.

Tiba-tiba esoknya nampak pulak satu post dekat twitter. Dia jual kerabu maggi. Tengok pulak area mana, yeszzaaa..area Ampang. Tak cakap banyak, terus order wak. Tengah malam kita whatsup dia. Dia balas esok paginya.. Hahaha. Yela tengah malam mestila dia tidur. Tak kisahla, asalkan dia balas.

Antara menu kerabu meggi dia Kerabu Maggi Biasa, Kerabu Maggi Ayam, Kerabu Maggi Sotong, Kerabu Maggi Udang, Kerabu Maggi Special (Ayam + Udang), (Ayam + Sotong). Kerabu Maggi Extra Special ( Ayam + Udang + Sotong)




Nad order Kerabu Maggi Extra Special, Kerabu Maggi Sotong dan Salad Roll. Harga semua termasuk delivery RM46. Dah teringin sangat kan, harga pandang tepi. Sekali sekala. 



Bila sampai, uuuuuu, bau dia sedap. Selamat sampai tanpa cacat cela. 



Tengok isinya, penuh, tak kedekut. Nad nak buat sendiri malas, tak reti, so beli jela. 

Puas hati bila dapat. Rasa dia pun cukup, pedas mengaum. Sayur banyak, sotong, ayam udang semua sama rata banyak. Penuh dalam satu bekas. 





Salad roll pun sedap. Dalam bukan salad semata, ada ketam warna merah tu. Sos dia pun not bad. 

Alhamdulillah, dapat juga rasa kerabu maggi. Tapi ni dah ketagih lagi ni.. Hahahaha. Memang betul la dia cakap siapa dah rasa ketagih lagi. Nanti kita beli lagi ye.. Heehe. 

Korang kalau nak beli boleh tengok instagram Geestation_am atau contact je terus di nombor +60 16-365 2329

PENCUCI TANGAN PLASH AFY HANIFF, MEMBERSIHKAN KOTORAN, MELEMBAPKAN TANGAN DAN MEMBUNUH 99.9% BAKTERIA

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Pencuci Tangan Plash Afy Haniff , Membersihkan Kotoran, Melembap Dan Melembutkan Tangan Serta Membunuh 99.9% Bakteria - Kita tau, tangan merupakan anggota badan yang melakukan banyak perkara seperti memegang dan menyentuh pelbagai permukaan, makanan, benda dan macam-macam lagi. Bakteria, kuman dan kotoran akan melekat di tangan kita selepas kita melakukan aktiviti dan dengan tangan jugala akan menyebabkan kita menyebarkan penyakit kepada orang lain sekiranya tangan kita tidak dibersihkan. 
 
Sebab tu, kita disarankan untuk kerap membasuh tangan supaya segala bakteria, kuman dan kotoran pada tangan kita dapat dibersihkan dan ia juga langkah penting untuk mencegah dan menyebarkan sebarang bakteria dan kuman kepada orang lain. 
 
 

Pencuci Tangan Plash Afy Haniff , Membersihkan Kotoran, Melembap Dan Melembutkan Tangan Serta Membunuh 99.9% Bakteria

 
Mungkin sebelum ni, rutin mencuci tangan memang sudah dilakukan, tapi tidak secara serius. Bila ada kes Covid 19 ni, diingatkan mencuci tangan perlu dilakukan sekerap mugkin. Mencuci tangan menggunakan sabun dan membasuh dengan air dapat membersihkan tangan dari segala bakteria, kuman dan kotoran. 
 
 
Bila dah kerap membasuh tangan, pemilihan pencuci tangan juga memainkan peranan yang penting, yela kadang ada sabun tangan yang boleh mengeringkan kulit tangan kita. Nad suka dengan pencuci tangan Foaming Handwash Plash Afy Haniff yang dapat melembapkan dan melembutkan tangan serta dapat membunuh 99.9% bakteria.
 


Pencuci tangan foaming wash Plash Afy Haniff ni nad suka sebab dia bentuk buih. Basuh dengan sabun ni dapat membersihkan minyak dan kotoran disamping menghapuskan 99.9% virus dan bakteria berbahaya. Diperkaya dengan ekstrak lidah buaya yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan sesuai untuk kegunaan harian.
 
Pencuci Plash Afy Haniff ni pun free daripada Paraben, Phthalate dan Dye serta tidak diuji pada haiwan.
 
Baunya pun sangat wangi. Bila basuh dengan sabun tangan Plash ni, tangan bau harum je, suka sangat. Anak cuci tangan guna Plash ni pun, dia mesti cakap " ermmm wanginya mommy "..hehee. Pencuci Tangan Plash Afy Haniff ada dua haruman iaitu Fresh Aloe vera dan Sweet Sakura.
 
 
Pencuci tangan ni ada dua saiz, satu 400ml dan satu lagi 200ml. Yang saiz 200ml, memang sesuai bawak ke mana sahaja, yela, kes covid ni kita kena kerap basuh tangan. Basuh dengan sabun lagi bagus kan. Kadang dekat luar mana ada disediakan sabun, nah kita bawak sendiri. Selamat bukan kita sahaja, malah keluarga kita. 
 

Saiz 200ml ni pun boleh dijadikan goodies. Waktu sekarang memang sesuai la bagi hadiah macam ni, berguna sangat tau...hehehe..Dahlan bentuk dia kecil dan comel.
 
Pencuci Tangan Plash Afy Haniff ni bagi nad tahan lama juga, sebab setiap kali nak basuh, nad guna satu pam sahaja dah cukup. Sangat jimat sebab satu pam sama dengan 4 kali pam.
 

Produk Afy Haniff dah lama di pasaran, dan merupakan produk 100% Bumiputera. Kalau korang ingat nama produk serai wangi, hah tu la dia. Sekarang dah ada 37 produk daripada serai wangi penghalau serangga (Swipel) semulajadi kepada cecair pencuci pinggan ( 40 days ) , pencuci tangan ( Plash ) dan penyegar rumah ( D'menc ). 
 
Produk Afy Haniff mempunyai ISO, GMP dan HACCP, menggunakan bahan semulajadi, tanpa bahan kimia, lebih selamat untuk digunakan.


Nad sendiri pengguna produk ni, bukan sahaja pencuci tangan malah spray Swipel penghalau serangga yang kini berwajah baru dengan packaging yang lebih menarik.

Jenama Afy Haniff kini dijual di 2000 pasaraya di Malaysia , Brunei, Singapura dan Thailand. produk Afy Haniff ni boleh didapati di Giant, Mydin, Aeon, Aeon Big, Jaya Groser, tesco, KK Mart. Untuk pembelian secara online boleh ke https://afyhaniff.yzza.io/4led/
 
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari 

VIVO AMERICAN PIZZA & PANINI AEON MALURI

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Vivo American Pizza & Panini Aeon Maluri - Bila dah keluar dengan #gengAmpang ni, tempat paling dekat nak keluar Aeon Maluri la. Masa tu pulak Sally ada nak buat task job, jadi, nad dengan cici pun temankan dia. Habis buat task, apa lagi cari tempat makan best yang belum dicuba dalam Aeon Maluri tu. Macam baisa la, perempuan memang sukar memilih ye, hahaha. Last-last kitaorang pilih untuk makan di Vivo American Pizza & Panini.
 

 
Makanan dekat sini, dah namanya Pizza, mestila menu utama dia pizza, dan menu lain, menu Western, main course macam chop-chop tu, Pastas, Baked Dishes, Panini, Salad, dan banyak lagi ada.





Tengok tempatnya pun menarik je kan. Memang boleh jadi port untuk bergambar..hehehe. Masa tu pulak memang tak ramai orang, hah apa lagi, bergambar la..heehe.










Ok, jom tengok menu apa kitaorang order.



Nad order Baked Meatball Spageti. Dalamnya ada meatball, spagetti dan cheese. Nad suka gila sebab cheese dia tu banyak, bila makan tu tertarik cheese dia..meatball pun besar juga. Puas makan.
 
Air nad order Chocolate Iced.



Sally pulak order Smoked salmon Spagetti. Ni pun sedap, creamy betul sauce dia. 



Cici pulak order Creamy Mushroom. Yang ni tak berapa sangat sebab rasa mushroom tu kuat sangat. 



Dah nama restoran Pizza, mestila kita nak rasa Pizza dekat sini. Kitaorang order Italian Deluxe Pizza. Lupa pulak bahan dalam tu. Ada Thick dan Thin Crust , Thick crust tu tebal, thin tu nipis. Kitaorang pilihla thin. Not bad juga. Dapatlah habiskan juga makanan ni semua..hahaa.
 
 



Korang kalau nak cuba makan , boleh ke 
Vivo American Pizza & Panini
Tingkat 2 , AEON Mall Taman Maluri, Jalan Jejaka Taman Maluri Cheras, 
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
+6016 524 5200

TELEFILEM TERSIMPANG KE ALAM BUNIAN DI ASTRO CITRA

$
0
0
 hai assalammualaikum

Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian Di Astro Citra - Semalam, masa aku duk tukar-tukar channel, sekali ternampak satu cerita ni dekat Astro Citra. Aku baru perasan channel astro citra ni, baru ke? Mungkin dah lama, mungkin cerita sebelum ni tak berapa best. Tapi semalam Sabtu, jam 9 malam, cerita best, cerita seram, tajuknya Tersimpang Di Alam Bunian. Bila dah cerita seram, memang layan la.
 

Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian Di Astro Citra

Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian, lakonan Farid Kamil, Amerul affendi dan ramai lagi. Nad kenal dua orang ni je..hehe. Nad google, katanya ni dari kisah benar. Biasalah kisah alam bunian kita dah banyak dengar kan. Bagus juga dibuat cerita macam ni. Jadi semalam, 28 September, baru start cerita tu, jam 9 malam.



Malam tadi, ceritanya Duan ( Farid Kamil ) ni bekerja sebagai badut, sama juga dengan Isa ( Amerul Affendi ) , diaorang ni ada masalah dengan keluarga, macam Duan sudah berkeluarga, Isa pula ada seroang adik. Lepas tu diaorang ni dapat jemputan persembahan jauh dari Kuala Lumpur. Malam tu diaorang ditemani seorang kawan nama Lan. lepas habis buat kerja, diaornag pun nak balik, tapi dah tersesat jalan. Sampaila masuk kawasan Bunian, berjumpa dengan Seroja dan bapanya.

Macam biasa, bila dah sesat, dijemputla datang ke rumah Seroja, bagi rehat kejap. Seronja ni bunian. Duan dan Isa ni baik orangnya. Duan boleh nampak hantu. Duan dan Isa ni bagus dan baik, solat tak tinggal semua. Ingat Allah. Tapi Lan, seorang yang keras kepala. Biasalah, mesti ada seorang yang perangai lain.

Lepas bermalam, Lan, mula suka dengan Seroja. Siang tu, nak balik tiba-tiba van diaorang naik rosak pulak. Kenala bermalam satu hari lagi. Lan cuba dekati Seroja, tapi Seroja tak selesa. Malam tu Lan nak rogol Seroja, kemudian ada hantu, bapak Seroja gigit leher Lan. Ingat dah mati rupanya belum. Pastu ada hantu perempuan lain, bawak Lan ni ke tempat lain. Rupanya ada kisah Lan ni pernah bunuh seorang perempuan. Jadi, perempuan ni cuba balas dendam. Hantu perempuan tu bukan Seroja, tapi perempuan yang dibunuh Lan. Lan pun matila.

Seroja selamatkan Duan dan Isa keluar dari tempat tu. Oh, ada seorang lagi lelaki, pun cuba selmatkan mereka. Sebab hati mereka baik, Seroja dan laki tu cuba selamatkan. Kalau tak mati diaorang dengan bapak Seroja. 

Akhirnya diaorang dapat keluar dari situ. Tapi........

Hah, siang tu diaorang kat kedai makan, Duan didatangi denagn seorang lelaki, cakap yang diaorang sebenarnya belum keluar lagi dari tempat tu..Arghh sudahh!!. Ingat dah habis, rupanya belum. Macam mana boleh kata belum keluar. Lelaki tu suruh diaorang datang semula tempat tu..Diaorang pun pergi..

Ingat cerita sampai habis, rupanya ada sambungan..haishhh..debor la..Jadi kena la tengok Hari Sabtu, jam 9 malam di astro citra.



Dapat tak diaorang keluar dari alam bunian tu.

DRAMA KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI DI ASTRO CITRA

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Drama Kampong Pisang Bersiri-siri - Semalam, tertengok Di Sebalik Tabir Kampong Pisang Bersiri-Siri. Mula ingat cerita ni dekat Astro Best ke apa, rupanya akan ditayangkan di Astro Citra. tengok di sebalik tabir pun dah lawak, tu buat tak sabar nak tengok nanti. Kampong Pisang Bersiri-Siri ni akan ditayangkan pada 7 Disember , setiap hari Isnin, jam 9 malam. 
 
 
Kampong Pisang Bersiri-Siri diarahkan oleh Pengarah Terbaik, Mamat Khalid. Kalau dah cerita dari Mamat Khalid semestinya best. Ingat je Filem Hantu Kak Limah, Zombi Kilang Biskut, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombi Kampung Pisang, semuanya kelakar dan best. Walaupun dah lama filem ni semua, kalau ditayangkan di TV, mesti tetap tengok walaupun berulang kali..hehee.
 
Kisah Kampong Pisang Bersiri-Siri ni berkenaan Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja yang datang menganggu dan setiap minggu berbeza hantu, seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan semestinya Kak Limah. Mestila huru hara kampong tu dan mencari penyelesaian.

Kampung Pisang dibarisi pelakon yang pernah melakonkan filem sebelum ni seperti Pak Jabit dan Husin, Kak Limah, dan juga ada pelakon baru. Pelakon Puasa 16 Puasa. Drama ni semestinya komedi seram..hehee. 

Menariknya lagi, setiap minggu ada penampilan khas dari barisan selebriti popular seperti Elly Suriati, Hazama, Pekin, Ozlynn, Sofi Jikan dan ramai lagi.

Rasanay ni kali pertama drama bersiri dari Mamat Khalid. Mesti ramai tengok punyala. Nad pun tak sabar, tengok di sebalik tabir pun dah lawak..hahhaa. Tengok jalan cerita dan edit tu sama macam dekat filem. Bagusla ada cerita lawak macam ni, buat kita sekeluarga terhibur nak tengok.

Ok jangan lupa duduk depan tv 7 Disember, jam 9 malam di Astro Citra.

FARHANAH MULA DAH GIGIT IBU JARI, MAKNANYAAA....

$
0
0

 hai assalammualaikum

Farhanah Mula Dah Gigit Ibu Jari, Tu Maknanyaaa - malam tadi, masa nak tidur, nad perasan satu yang selama ni nad tak pernah nampak Farhanah buat, tapi malam tadi buat. Dari dia baby sampai besar memang tak pernah dia buat, malam tadi pertama kali dia buat. Farhanah gigit ibu jari dia..hah!!, adakah tu maknanya dia mintak adik..hahahhaa. Farhanah pun dah nak masuk 3 tahun. Itula orang selalu cakap, asal anak gigit ibu jari, mesti nak adik. Eh, nad tak percara bulat-bulat pun, hahaha. 


Nad ada baca, bila anak hisap ibu jari ni, otak dia sedang berkembang. Setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Hah macam tu la. Mungkin malam tu dia tengok kaki dia ada something kot..hahaha. Tu tiba-tiba rasa nak gigit.


 

Soal tambah anak..ermmm..

Buat masa sekarang, nad dengan suami masih tak berfikir nak tambah lagi seorang. Dua ni pun dah cukup dulu. Lagipun dengan keadaan sekarang, kewangan kena stabil dulu. Dua orang ni pun, perlukan duit banyak. Mungkin orang lain nak suruh tambah sebab dua anak nad ni perempuan.

Bagi nad, tak salah pun kalau anak perempuan. Dua-dua datang dari sperm bapak dia juga..hahaa. Nak anak lelaki, tu kerja sperma lelaki la. Bukan kita boleh mintak, " hai sperma sila hasilkan anak lelaki ye". Mungkin kita dah usaha, tapi tak dapat lagi. Bukan dah putus asa, ekonomi sekarang belum mengizinkan untuk menambah. Memang kitaorang rancang nak dua anak dulu.





Buat masa sekarang, nad memang tumpukan dekat dua orang ni dulu. Nad nak rehatkan badan. Jarang diaorang pun dua tahun lebih. Dari lahirkan Fariza, sampaila Farhanah, badan nad pun tak pernah berehat lagi. Dari susukan si kakak, sampailah sekarang masih susukan adik, tak berhenti lagi susu badan ni. Terlalu penat. Ni pun tengah ajar adik slow-slow berhenti susu badan.

Mungkin orang cakap,"ala baru dua ". Lain orang lain situasinya. Jadi, janganla kata bab tambah anak semua tu. Biarla kitaorang yang tentukan.

Kalau nad, nak tunggu dua-dua ni pandai uruskan diri sendiri. Sekarang kakak dah tau buat semua sendiri, tinggal adik je. Bila nad dah rasa badan stabil, rehat dah cukup nak rasa tambah anak, tu akan tambahla. Siapa taknak ada anak lelaki. Semuanya Allah dah berikan. Dapat dua anak perempuan ni rezeki dari Allah. Kena jaga elok. Ni kalau tambah, masing-masing terabai, baik takyah kan.

Bab, anak lelaki, kitaorang ada rancang, tapi bukan sekarang..hehee.

KENING KIRI BERGERAK, PETANDA APA YA?

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Kening Kiri Bergerak , Petanda Apa Ya? - Sejak beberapa hari ni, kening kiri ni asyik bergerak sendiri je. Selalu dengar gatal tangan je, tu pun katanya sebab nak dapat duit. Takda la nak percaya sangat, kalau betul terjadi, tu macam satu kebetulan jela. Tapi, bab kening bergerak ni tak pernah dengar pulak kenapa. Pastu mula la google, kenapa kening kiri ni bergerak, saja nak baca tafsiran orang..hehee.



Apa nad baca, kalau kening kiri bergerak, diaorang bagitau nak dapat duit. Kalau betul, syukur alhamdulillah..hehehe. Siapa tak suka dapat duit kan..hehe. Tapi takda berharap sangat. Nak duit datang kenela bekerja dan berusaha. Kening bergerak, mesti dia saja nak gerakla tu..hahaa. 
 
GERAK KENING KANAN:
- sukacita. sepakat dan harmoni suami isteri & rumah tangga. bertemu org yang dikasihi

GERAK KENING KIRI
- tenang fikiran. bahagia & riang gembira. murah rezeki. bertemu org yang dicintai. harmoni keluarga.

GERAK KELOMPOK MATA KANAN
- mendapat keuntungan dalam perniagaan. berjaya dalamsemua pekerjaan. mungkin juga akan menangis disebabkan peristiwa sedih.

GERAK KELOMPOK MATA KIRI
- bertemu ngn org yg dikasihi (yang dah lama tak berjumpa). 
- melihat org yg disayangi. 
- bertemu ngn tunang. 
- melihat sahabat handai yang datang dari jauh. 
- dikunjungi sandara mara yang datang dr jauh.

GERAK KELOMPOK MATA KIRI BAWAH
- duka. menangis

GERAK BIBIR MATA BAWAH:
-  terjadi hal-hal yang sedih. menangis.

GERAK POHON MATA KANAN
- lepas daripada penyakit,bala bancana. selamat

GERAK POHON MATA KIRI
- ddapat rezeki (kesenangan)

GERAK EKOR MATA KANAN
- menerima tetamu jauh.

GERAK EKOR MATA KIRI:
- jatuh sakit.

GERAK BIJI MATA KANAN:
- jatuh cinta. tertawan ngn someone. cry coz of love.

GERAK BIJI MATA KIRI
- riang gembira. aman damai in life.

 
Dari sudut sain perubatan & kesihatan pula ada alasan dia tersendiri.. Jika kelopak mata bergerak gerak ni dari sudut kesihatan ia di sebut sebagai ‘Eye Twitching‘. Antara penyebab berlakunya eye twitching ini adalah

- Tekanan
- Keletihan
- Eye Strain (Ketegangan Mata)
- Mata Kering
- Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Masa kening bergerak, nad pun memang tengah lapang. Hati tenang dan bahagia je, sebab job semua dah selesai..ehhee. Tapi takdala percaya sangat..ehee

JANA PENDAPATAN DAN BINA KERJAYA BERSAMA VENYSS PROGRAM, TAK PERLU MODAL, PENDAFTARAN PERCUMA!!

$
0
0
hai assalammualaikum
 
Jana Pendapatan Dan Bina Kerjaya Bersama Venyss Dalam Program Usahawan Venyss, Tak Perlu Modal, Pendaftaran Percuma - Sebelum ni, nad pernah belikan untuk Fariza rantai leher silver ukir nama bersadur emas dekat Asia Silver. Entry pun nad pernah kongsi dekat blog, boleh baca ( Hadiah untuk Fariza rantai leher ) . Lama dah nad belikan untuk dia, sekarang, nak cari untuk adik dia pulak, Farhanah, terus teringat Asia Silver ni.  Tengok punya tengok, patut rasa macam tak jumpa, rupanya Asia Silver dah rebrand nama kepada Venyss. Lagi sedap nama dia kan..hehe. 
 
Hah, nad dapat tau, Venys ada buat satu program, yang membantu sesiapa sahaja untuk jana pendapatan dan bina kerjaya. Bagus kan, waktu-waktu macam ni, ramai kehilangan pekerjaan, bila adanya program macam ni, sedikit sebanyak membantu mereka yang nak jana pendapatan untuk teruskan hidup.
 
 

Jana Pendapatan Dan Bina Kerjaya Bersama Venyss Dalam Program Usahawan Venyss, Tak Perlu Modal, Pendaftaran Percuma

Ok, Venyss ni mengeluarkan produk berasaskan perak, aksesori cincin, rantai, gelang, anting-anting dan banyak lagi dalam pelbagai jenis bentuk sama ada custome made dan ready made. Semua aksesori ni bukan bentuk biasa sahaja, malah ada ukiran nama, jadi, kalau korang nad buat dan mintak letak nama korang, boleh je. Memang lawa sangat. Mereka juga ada buat perkhidmatan baikpulih aksesori silver.






 
Lawa-lawa kan semua aksesorinya..Bling-bling je tengok.

Apa yang nad nak kongsi dengan korang, berkenaan Program Usahawan Venyss

Mana yang rasa terkesan dengan pandemik, dan tak tau macam mana nak menjana pendapatan, korang boleh join Program Usahawan Venyss ni. Program ni beri peluang sesiapa sahaja yang nak tambah pendapatan dan bina kerjaya. Tak kirala ibu tunggal, surirumah, yang hilang pekerjaan, yang nak cari duit lebih, atau pun pelajar atau graduan yang sedang mengganggur.
 
Masuk adalah percuma tanpa ada modal, dan diaorang akan ajar korang sampai berjaya. Banyak kelebihan menyertai Program Usahawan Venyss ni. 
 
 
 
Program ni sudah pun bermula pada penghujung Ogos dan ramai dropship yang dah sertai program ni. Boleh tengok feedback diaorang dalam video ni. 

Dropship dalam program ni digelar sebagai Venyss Jewelry consultant, sebab dropship ni lah yang akan memberi consultant, advice dan membantu pelanggan dalam proses membeli dan membuat tempahan aksesori Venyss. Tugas VJC hanya perlu promote sahaja, segala aktiviti postage diuruskan oleh pihak Venyss. VJC pun tak perlu simpan stok.
 


Dalam Program Usahawan Venyss, korang akan diajar menjadi dropship, satu persatu sampai berjaya. Korang takda pengalaman, jangan risau, sebab korang akan dibimbing oleh coach yang berpengalaman. Segala keperluan untuk berniaga seperti copywriting, flow, produk dan platform akan diajarkan dan disediakan oleh coach sendiri.
 
Pihak Venyss akan bimbing korang, tukar corak pemikiran, ajar cara dan betulkan skills menjual dengan menyediakan kelas sales closing, kelas marketing, kelas product knowledge dan banyak lagi. Diajar dari korang zero, sampaila korang mampu menjual dan buat sales sendiri.
 
Lagi yakin, bila ada group yang positif dan sokong antara satu sama lain kan. Barulah rasa bersemangat untuk buat sesuatu kerja dan menjual. Itula yang dibuat sekiranya korang sertai porgram ni. Semangat berpasukan, group yang positif dan bantu antara satu sama lain memberi semangat untuk mendapatkan target yang dikehendaki. 

Paling menarik, ada juga kelas untuk pengurusan emosi, guidance dari kerohanian. Takdela rasa nak pendam je kan.
 
Kalau korang berjaya capai tahap jualan minimum, korang akan dinaikkan pangkat dari drosphip boleh naik sampai menjadi stokis, seterusnya menjadi Master Stokis sampailah korang boleh ada kedai Venyss sendiri.  Ada juga komisyen dan bonus khas tu untuk setiap peningkatan prestasi yang baik. Fuh, menarik bukan.



 
Dropship ni, duduk rumah je pun boleh buat ni. Ambil apa yang diajar, buat dan usaha, capai apa yang nak diimpikan. Hah, apa lagi, apply la sebagai dropship Venyss.
 
Korang takkan rugi apa kalau join Program Usahawan Venyss ni. Dahla masuk percuma, modal RM0 weii!!. Nad yang kongsi ni pun rasa nak join je. Mungkin ada kawan korang, saudara korang, jiran atau sesiapa sahaja, atau korang sendiri nak join program ni, dialukan. Siapa cepat dia dapat.
 
 
Jangan tunggu lagi, peluang untuk korang bina kerjaya telah dibuka. Untuk daftar klik
 
PENDAFTARAN PERCUMA UNTUK 100 ORANG TERAWAL
 
Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Venyss, boleh layari: 
Fb Group Usahawan: https://bit.ly/fbgroupVJC

JANGAN PERCAYA SESIAPA WALAUPUN DARAH DAGING SENDIRI

$
0
0
 hai assalammualaikum

Adik Rampas Suami Kakak, Semua Sebab Kebodohan Kakak - Siapa layan drama Cinta Sekali Lagi? Mesti rasa nak mencarut, nak tumbuk, nak genyek-genyek je kan. Bukan rasa nak buat dekat Amani, dekat Amanda sekali. Adik Rampas suami kakak, sebab kebodohan kakak sendiri. Mungkin la dalam dunia realiti ada adik spesis gila macam ni, tak boleh tengok kakak senang, tapi ade ke kakak yang bodoh terlalu sayangkan adik sampai tak boleh berfikir.. Percaya dekat adik bulat-bulat. Tinggalkan suami dengan adik..Hah, tengah menaip pun rasa nak marah..
 

Nad layan cerita ni dari episod 1 lagi. Tengok mula-mula memang sweet, lepastu biasalah, mestila ada part konflik semua. Lepastu ingatkan dah setel, tapi disebabkan kakak,si Amanda yang terlalu percayakan adik, Amani, rumahtangga jadi kucar kacir balik. Tu pun sebab Amani pakai Mak Esah. Bab Mak Esah ni memang dunia realiti orang pakai juga kalau nak dapatkan sesuatu. Tapi puncanya dari Amanda juga. 

Ok cerita dia, masa kecik-kecik diaorang naik basikal. Amanda bawa basikal tu, Amani duduk belakang. Amanda bawa basikal tu laju dan diaorang jatuh. Amani dapat kesan parut dekat tangan akibat dari jatuh basikal tu. Disebabkan tu, Amanda janji untuk jaga dan buat apa sahaja untuk Amani.

Benci sangat Amani dekat kakak dia Amanda. Tak senang tengok apa Amanda dapat, dia tak dapat. Amani pulak asyik nak jadi princess je. Kalau boleh semua benda nak orang sediakan untuk dia. Amani bercinta dengan Mukhlis sebab ingat Mukhlis tu kaya. Amanda pulak bertemu dengan Fahad di tempat kerja baru dia. Mula-mula gaduh, lama-lama suka. Singkatkan ceritala.. Hehehe.

Lepas tu masing-masing kawin, Amani dengan Mukhlis, Amanda dengan Fahad. Mukhlis tipu Amani, yang dia bukan orang kaya. Amani marah, dan hari-hari gaduh, dah anak seorang lelaki Fizri, pun gaduh juga sampaila bercerai. Amanda pulak bahagia, sampai ada anak dua anak perempuan Nia dan Nisya sampaila Amanda percayakan Amani suruh jaga anak-anak masa dia sertai NGO. Sebelum ni Amanda dah berhenti kerja, berhenti NGO, tapi satu hari dapat tawaran, pujuk Fahad, fahad benarkan.


Ni semua plan Amani, supaya dia dapat abang ipar dia. Disebabkan dia terlalu jeles, kakak dia dapat macam-macam yang septutnya dia dapat. Bila semua rancangan tak jadi, mula dia guna Mak Esah, ala guna-guna untuk baginorang angau. Mula-mula guna Fahad terkena sekejap, tapi lepas tu elok sebab dah sedar sikit, nampak isteri solat semua. Kemudian dia guna lagi nasi kangkang.. Terus Fahad angau dan tak endah Amanda.

Semua ni pun jadi sebab salah Amanda. Masa dia sertai NGO, dia suruh adiknya tolong. Kadang Amanda pergi jauh, dia suruh Amani duduk rumah tu. Bayangkan duduk dengan suami dan anak-anak. Apoooooo... Kalau difikir balik, boleh je dia tolak event tu,. Ceritaaa, saje tau.. Buat orang geram. Jangan la buat cerita yang menampakkan kebodohan tu.. Hah.. Geram lagi ni..

Masuk pulak, jumpa bapak Amanda yang dah lama hilang. Hah konflik pulak dekat situ. Dituduh pulak Amanda selalu nak jumpa Dr Izamel. Dr Izamel ketua NGO. Dah sebba ubat guna-guna tu Fahad pun dah jadi tak betul. Sampaila Amanda diceraikan sebab tuduh Amanda mengandungkan anak Dr Izamel.

Nad pasti ni semua kerja Amani. Siapa lagi uiiii... 

Cara Amani ni lembut je, cakap takde jerit-jerit sangat. Buat jahat dalam kelembutan. Muka jela kerek-kerek macam tu. 

Tak sabar nak tengok episod akhir uiiii... 

Dalam cerita ni bagi nad Mak Amanda dan Amani je betul. Tapi tu la, anak-anak macam tu. Bukan senang ibu tunggal jaga anak perempuan. 

Dalam realiti, tak tau la ada ke adik beradik buat macam ni. Teruk sangat tu!! Selalunya buat dekat orang lain yela.

Sebab tu jangan percaya sesiapa pun walaupun darah daging sendir dan jangan terlalu manjakan adik beradik.

PELBAGAI MENU ASAM PEDAS DI KANTIN ASAM PEDAS DENGAN SUASANA KLASIK

$
0
0
hai assalammualaikum
 
Pelbagai Menu Asam Pedas Di Kantin Asam Pedas Dengan Suasana Klasik - Bila kawan ajak makan kedai asam pedas,
 
" Nad, esok jom pergi makan asam pedas "..
" Dekat mana? "
" Dekat Ukay Perdana "
" Pukul berapa? "
" Pukul 3 petang "
" Ok Onzzz "..
 

Pelbagai Menu Asam Pedas Di Kantin Asam Pedas Dengan Suasana Klasik

Lama tak makan asam pedas. Nak cari yang betul-betul rasa asam pedas tu susah, sampaila kawan ajak restoran Kantin Asam Pedas dekat Ukay Perdana ni. Waze je Kantin Asam Pedas Ukay Perdana nanti dia bawak ke kawasan flat. Korang masuk ikut pintu guard tu, cakap nak pergi Kantin Asam Pedas, nanti guard situ buka kan palang.






Sampai je kedai, masuk je dalam, wow!!, terpegun tengok dekorasi kedai tu. Terus rasa macam dekat kampung, dekat rumah nenek, klasik sangat. Memang mengimbau kenangan. Barang-barang dalam tu pun barang antik, barang lama yang sangat cantik dengan dinding kayu. Betul-betul kau akan rasa macam dekat rumah kampung. 



Kedai siap ada aircond lagi..hehehe. Selalunya kedai asam pedas ni terbuka, hah yang ni tertutup.

Pertama kali nad datang sini, rupanya bukan satu jenis menu asam pedas je, ada pelbagai menu asam pedas ada. Asam pedas ikan pari, tu dah biasa kan, asam pedas ikan merah, hah, lagi, asam pedas ayam, rasa lain sikit ye. Paling unik, asam pedas telur mayong...aummm..sedapp ooo..





Kasi close up sikit gambar, biar korang terliur..hehee..
 
Harga Set untuk Ikan pari, ikan merah jenahak / ikan tenggiri / ikan duri / ikan parang / ikan sembilang dan ikan kembung dalam RM14 hingga RM25.
 

 
Harga untuk set asam pedas ayam RM15. 

Bagusnya, Kak Lin pemilik restoran Kantin Asam Pedas kata dia tak masak sekali ayam dan ikan dalam satu kuali, dia masak asing, sebab tu rasanya lain.



Pertama kali nad makan telur mayong. Dapat rasa masak asam pedas ni. Sedap juga. Telur mayong rupa macam boba ye..hehee. 



Menu yang limited, special punya, Telur mayong ( RM30-50 ) dan kepala ikan merah jenahak duri ( RM 35-50 )



Ada ayam goreng dan ikan goreng yang rangup you alls. Harga untuk ikan bawal goreng set (RM15/25) dan ayam goreng set (RM 15).
 

 
Daging tetel RM13. Daging lembut je, cukup rasa. Memang sedap.
 

 

Menu semua dihidangkan set dengan nasi, ulam-ulaman, telur masin, sambal belacan ikan masin, dan juga air sirap. Air dan ulaman boleh refill. Best kan.
 

 
Dekat sini pun ada cekodok pisang dengan lempeng kelapa. Sedap betul makan cekodok pisang. 





Tengokla kitaorang dah macam dekat kampung,kunjung rumah orang, makan ramai-ramai..hehee..

Harga untuk set takde mahal uii, murah je kan. Boleh la bawak keluarga, kawan-kawan datang sini makan ramai-ramai.




Restoran Kantin Asam Pedas
E-G-14 Residensi Bistari,
Taman Ukay Bistari,
68000 Ampang.

Restoran ni buka pada hari Selasa sampai Ahad dari pukul 11.00pagi hingga 4.30petang sahaja. Hari Isnin tutup. Kalau tak nak makan di sini pun tak per jugak, boleh order untuk bawak balik jugak tau. Telefon je nanti Kak Lin pemilik krestoran ni akan siapkan. Kak Lin ni baik sangat, suka layan pelanggan dia. Sebab tu restoran dia ramai yang datang. Makanan asam pedas pun semuanya sedap.

Untuk tempahan boleh dibuat di sini : 03-41019876 / 012-6665552 

Untuk lebih lanjut boleh layari
Facebook : Kantin Asam Pedas

HARI APRESIASI TABIKA KEMAS FARIZA

$
0
0
 hai assalammualaikum

Hari Apreasasi Tabika Kemas Fariza - Pejam celik pejam celik, tak sangka dah bulan December. Maka berakhirla persekolah untuk Fariza. Inga lagi betapa terujanya, gembiranya dia bila masuk sekolah, dapat jumpa kawan, dapat belajar dengan cikgu. Pagi bangun dengan penuh semangat nak pergi sekolah. Ingat apa yang cikgu ajar.

Lagi teruja maknya, bila anak masuk sekolah dan dapat buat aktiviti sekolah. Kalau tak muka mak dan adik jela Fariza kene hadap. Lagi teruja maknya bila dapat tau banyak aktiviti sekolah yang akan dibuat. Tak sabar nak tengok perkembangan anak bila dia sekolah ni.

Tapi apakan daya, tiba-tiba kes covid muncul. Fariza hanya dapat dua bulan sekolah kemudian terpaksa duduk rumah. Itu pun demi keselamatan anak-anak. Kene kuarantin dekat rumah dari bulan 3 sampai bulan 5, tak silap la. Lupa dah. Lepas tu dibenarkan sekolah semula secara bergilir-gilir pada 1 Julai. Tu pun buat hati Fariza gembira.

Kemudian terpaksa lagi duduk rumah, tak perlu sekolah disebabkan kes covid meningkat. Sedih hati Fariza, maknya pun sedih. Baru nak belajar dunia luar dah disekat. Jadi sepajang dirumah, cikgu bagi kerja sekolah juga melalui whatsup. Alhamdulillah, semua kerja Fariza buat. 



Dan Hari Rabu kelmarin Hari Apresiasi Sekolah Tabika Kemas Fariza. Maknanya dah habis sekolah untuk tahun ni. Cikgu dah siap buat lawa-lawa untuk anak murid bergambar.

Datang, ambik gambar dengan cikgu, borak-borak sekejap, terus balik. Tak dapat lama-lama. Mungkin kalau takde covid, macam-macam aktiviti buat. Terima kasih cikgu, didik Fariza dan anak murid lain walaupun sekejap. Tahun depan jumpa lagi. Harap tahun depan dapat sekolah full. Tahun ni dapat buat gotong royong sekolah bersama-sama je.



Mama Siti, pembantu Tabika. Suka panggil Fariza si techik.. Hehee. Yela anakku kecil sangat. Fariza pun suka Mama Siti. 



Ni kawan Fariza, Sherina nama dia. Duduk sama dalam kelas. Tapi dah lama tak jumpa, muka masing-masing masam.. Ehhehe.. Macam blur.. Yela kenal beberapa bulan je. Tapi ingat nama.. Hehehe.. Malu-malu la tu.



Kenangan anak sekolah untuk tahun 2020 ni. 

MASAK LOBSTER CHEESE, MUDAH DIBUAT DAN LAZAT

$
0
0
hai assalammualaikum
 
Masak Lobster Cheese, Mudah Dibuat Dan Lazat - Pertama kali nad makan lobster masa nad review dekat Shell Out di G Village Desa Pandan. Sedap betul lobster ni, isinya pun tebal dan banyak. Puas dapat makan. Lepas tu, terjah website Supreme Frozen , nampak pulak lobster, Boston Lobster , berat antara 600-800g. Nampak besar, jadi kita masuk dalam cart la..hahaha..Oh beli dekat sini dia akan hantar terus sampai rumah ye.
 

 
Sabaq na Lobster, kau tunggu sat, nak ambil gambar jap, sebelum masak. Pose sikit ye..ehhehe.. Teringat masa makan dekat Shell Out, ada satu tiram ni dia buh cheese, pastu di grill agaknya..Sedap rasanya. Jadi, nak buat dekat Lobster macam tu..hehee. 



Ni cara nad masak Lobster Cheese, mudah dan mestinya lazat you alls..hehehe.



Bahan-bahan
- Lobster
- 1.5 ml susu full cream
- 1/2 butter
- Kuning telur 
- Lada hitam sedikit
- Cheese
- Lemon
- Daun parsley
 
Video nad tunjukkan cara membuatnya

Cara membuatnya
- Rebus Lobster sekejap bagi lobster masak
- Dah masak, lobster akan ebrtukar merah. Potong lobster kepada dua bahagian. 
- Keluarkan isi lobster dan letak di mangkuk lain
- Cengkerang lonster jangan dibuat, sebab kita nak guna nanti.

Cara masak sos bersama isi lobster
- Masukkan 1.5 susu full cream dalam kuali. Kemudian masukkan setengah butter ke dalam susu full cream, masak bersama.
- Asingkan siap-siap kuning telur dan putih telur. Ambil kuning telur sahaja dan masukkan dalam bahan masakan. Kacau sehingga masak.
- Kemudian masukkan lada hitam sedikit dan kacau.
- Lepas tu masukkan cheese. Tak kisah cheese apa. Nad guna apa yang ada dekat rumah, nak habiskan cheese,,hehee
- Masukkan lemon dalam bahan masakan, kemudian kacau sekata semua.
- Masukkan isi lobster ke dalam bahan masakan dan kacau
- Dah siap masuk dalam mangkuk.

Cara Masak bersama cengkerang
- Isi Lobster yang dah dicampur dengan sos dimasukkan ke dalam cengkerang semula.
- Tambah cheese, siapa suka cheese lebih letak la banyak, tak suka takyah letak pun takpa.
- Tambah daun parsley 
- Baked 200 c. Nak grill pun boleh, ikut mana senang.

Siap, dah boleh dimakan..yummy...selamat mencuba

SCOTT'S GUMMIES DENGAN DHA, VITAMIN UNTUK ANAK DENGAN PELBAGAI PERISA

$
0
0
 hai assalammualaikum

Scott's Gummies Dengan DHA, Vitamin Untuk Anak Dengan Pelbagai Perisa - Sebagai ibu, semestinya kita nak yang terbaik untuk anak. Sentiasa mengambil berat tentang perkembangan, pertumbuhan anak-anak dari segi fizikal, mental dan emosi. Macam Nad sendiri, sentiasa mencari alternatif untuk memberikan nutrien yang baik kepada anak terutama makanan yang mempunyai DHA supaya mereka membesar dengan sihat. Apa yang nad baca, DHA adalah blok binaan utama untuk otak dan retina yang turut menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang normal.  Jadi, untuk mendapatkan DHA itu, Nad memberi suplemen kepada anak-anak. Nad memilih Scott’s Gummies kepada anak-anak kerana ia mengandungi DHA.
 

Scott's Gummies Dengan DHA, Vitamin Untuk Anak, Menyokong Imuniti, Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak Dengan Pelbagai Perisa

Sebenarnya Scott's ni, nad dah lama bagi anak-anak makan sebab tau kebaikannya dan mempunyai pelbagai perisa yang membuatkan anak-anak suka nak makan. Nad tau ramai ibu-ibu diluar sana beri anak-anak mereka makan Scott's ni kerana ia menyokong imuniti, pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.  

Disebabkan itu Scott's memperkenalkan nutrien dalam bentuk yang lebih menarik untuk kanak-kanak iaitu Scott's Gummies dengan DHA, mempunyai 3 perisa dalam satu botol.

 
     Bryan Wong, General Manager, Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore, Brunei; Foo Hwei Jiek, Head of Trading of Watsons Malaysia, Yasmin Haniand the kids of Generasi Z and Z Powerat the virtual launch of Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours

Baru-baru ni nad ada join Scott's Rainbow Gummies Virtual Launch di Facebook page Scott's Malaysia. Virtual event yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Antara tetamu yang dijemput ialah selebriti Miss Yasmin Hani, ibu kepada dua orang anak dan peserta rancangan realiti, Generasi Z dan Z Power yang ditaja oleh Scott's Gummies dengan DHA, yang kini ditayangkan di TV3 dan 8TV. Mereka terlibat dalam siri permainan yang menarik.

 
   Yasmin Hani and Isabelle Tan of Z Power and Muhammad Adam Haqimi, from Generasi Zsharing their experience of the all new Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours

Virtual event selama 1 jam yang membincangkan tentang produk terbaru Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan games yang menyeronokkan.

       Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore, Brunei sharing aboutthe new Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours
 
Menurut Bryan Wong, Pengurus Besar, Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK).
 
" Scott's adalah No. 1 di Semenanjung Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak). Anak-anak sangat cerewet tentang pengambilan makanan atau makanan tambahan. Mereka mempunyai pilihan rasa mereka sendiri. Oleh itu, amat penting untuk memastikan nutrien disediakan dalam format yang menyeronokkan dan menarik bagi mereka. Kami juga ingin memastikan bahawa mereka dapat menikmati Scott’s Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan mendapatkan nutrien sekerap mungkin,”.

Macam nad kata tadi, Scott's Gummies dengan DHA ni, mempunyai 3 perisa iaitu perisa strawberi, oren dan blackcurrant dan menariknya, ketiga-tiga rasa ni pulak mempunyai pelbagai bentuk berbeza, iaitu ikan, sotong dan ketam. Mesti anak-anak suka gila dengan perisa buah ni dengan rupa bentuk dia yang pelbagai tu..hehe.

Satu botol banyak kebaikannya dan disediakan dalam pek/botol dengan rasa yang disukai kanak-kanak.

Namun Scott’s Gummies ini tidak menggantikan diet makanan sebenar, dan perlu diambil mengikut pengawasan orang dewasa. Scott's Gummies ni sesuai diambil untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas.

Scott's Gummies dengan teknologi DHA mikroenkapsul dengan kebaikan DHA dari minyak ikan  memberikan anak-anak rasa yang mereka suka. Selain DHA, Scott's Gummies dengan DHA juga mengandungi Vitamin D, yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus. 

  
      Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore, Burnei (centre) officiating the launch of Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours, witnessed by Foo Hwei Jiek, Head of Trading of Watsons Malaysia and Yasmin Hani


Sumbangan Khas Kepada Smile Train

Bersempena dengan pelancaran Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, satu sumbangan khas akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan pembedahan pembetulan untuk anak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing.

Smile Train akan menyalurkan sumbangan kepada sebuah organisasi yang menyokong kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing di Malaysia.

"Sebagai jenama yang menyokong pertumbuhan anak-anak, Scott’s memulakan inisiatif ini untuk menawarkan peluang kepada anak-anak dengan bibir dan lelangit sumbing menjalani pertumbuhan dan kehidupan yang sihat. Di Malaysia, dianggarkan satu daripada setiap 700 bayi didiagnosis mengalami celah bibir dan celah-celah langit-langit. Melalui inisiatif ini, Scott’s komited untuk membantu anak-anak ini menjalani kehidupan normal dengan yakin, di mana setiap kanak-kanak layak untuk senyum”, kata Bryan Wong.

Untuk setiap pembelian Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, RM0.50 sen akan disumbangkan ke arah inisiatif untuk membantu meningkatkan kehidupan anak-anak tempatan dengan bibir dan lelangit sumbing.

Harga Scott's Gummies yang baru dengan pelbagai jenis DHA, dijual pada harga runcit yang disyorkan sebanyak RM39.50 untuk sebotol 60 biji dan RM 10.70 untuk pek 15 biji, boleh didapati di semua farmasi terkemuka.

#scottsdhagummies #scottsrainbow #rainbowlaunch #ScottsMY #ScottsMalaysia #sponsoredpostbyScotts

IKAN LAGA KAMPUNG, TAKYAH BELI, DAPAT KAT PARIT JE

$
0
0

 hai assalammualaikum

Ikan Laga Kampung, Takyah Beli, Dapat Kat Parit Je - Tren sekarang orang bela ikan laga. Rupanya yang cantik, sirip menawan, warna yang memikat hati, buat orang untuk membela ikan laga sebagai hobi. Bela ikan ni pun boleh buat hati tenang..hehehe. Orang sanggup beli sebab kecantikan ikan tu walaupun harganya mahal. Tapi, untuk anak-anak buah nad, tak perlu beli ikan laga tu, diaorang sauk je dekat parit rumah.. hahaha..

Terkejut juga bila abang kita post gambar dalam facebook, dia bersama-sama anak dan anak sedara lain dapat ikan laga. Bukan biasa-biasa, ada dapat ikan laga yang cantik-cantik. Sirip kembang pun ada. Bukan satu dua, dah berapa ekor diaorang dapat.




Inila antara ikan laga yang diaorang dapat. Masih mencari lagi tu. 

Air ni warna hitam sebab ni bukan air paip biasa tapi air ketapang. Katanya untuk mencantikkan lagi warna ikan laga tu. Nad ada baca, daun ketapang ni pun digunakan untuk ikan laga membiak. Korang boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak.

Dah namanya kampung, parit tu la tempat mainan budak-budak ni. Mula-mula memancing, lepas tu entah macam mana, abang cerita pergi parit, sauk dengan tin dapat ikan laga. Memang rezeki diaorang la. Dan nad pun mintak la satu nak bawk balik Kuala Lumpur.. Hahaha. 

Tak tau la senang ke tak jaga ikan laga ni. Tengok orang lain ok je jaga.

Tips Penjagaan Ikan Laga

Ni nad baca dekat Facebook Penggemar Ikan Betta. Tips Penjagaan Ikan Laga

10 Tips Penjagaan Ikan Laga Supaya Kekal Aktif 

Jangan campurkan ikan laga - Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai - Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi. Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan - Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup - Ikan betta sangat sukakan makanan hidup.Kaedah pemilihan makanan yang baik untuk ikan korang. Pertama, makanan yang dibolehkan adalah makanan yang berbentuk pelet @ biji kecil yang dikhaskan untuk ikan bersaiz kecil.. Jangan g bantal makanan ikan guppy sudah lah, kecil sangat tuu. Selain pelet, makanan yang dibenarkan adalah cacing kering, bloodworm, jejentik, frozen worm @ cacing beku dan microworm (untuk anak) 

Letakkan daun ketapang - Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung. 

Letakkan kayu Hiasan - Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali- Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam - Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai - Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

PROGRAM VIRTUAL ONLINE KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING ANJURAN RICHWORKS

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran Richworks -  Tahun 2020, tahun paling mencabar dan memberi kesan dalam kehidupan kita. Ada hilang pendapatan dan dibuang kerja. Demi kelangsungan hidup, ada yang mencuba untuk berniaga. Berniaga itu nampak mudah, tapi, tak mudah tanpa ilmu. Semestinya, dalam berniaga kita mahukan hasil jualan yang lumayan kan. Bukan itu sahaja, dalam berniaga juga perlu ada keyakinan diri, membuatkan kita lebih bersemangat untuk berjaya. Jadi bagaimana? Korang boleh sertai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran Richworks ni.
 
 
RichWorks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran yang membantu perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) dibawah kelolaan Master Coach, Dr Azizan Osman seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coachter. Pasti semua orang kenal dengan Dr Azizan ni kan. Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat, yang menarik lebih daripada 1.1juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar.
 
Tahun 2020 sahaja, sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion. 
 

 
Daripada RM2 billion, mereka terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan  mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. dan Titanium dengan 311 usahawan mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. Peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu. 

Menarik bukan, kerana peningkatan ini meningkat walaupun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku disebabkan pandemik covid 19. 
 
Terbukti kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan. 
 
Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. 
 

 
Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan. 

Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran Richworks

Jadi, untuk membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan atau bakal usahawan, lagi-lagi mereka yang terkesan dengan keadaan pandemik sekarang, RichWorks akan menganjurkan​ Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021- Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari membantu ushawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.
 
Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka telah membantu lebih 1,100,000 (1.1juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik, melatih dan membimbing PKS daripada Zero to Million! Mereka percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan​ step-up​ untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda. 
 
Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. 
 
Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang​ Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. 
 
Peluang terakhir sebelum tahun 2021, RichWorks akan menaja 3,000 pendaftaran terawal 100% secara PERCUMA! 



Nak Kuasai Marketing 2021?
Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN? 
Ingat lagi sales pernah RM0? 
Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama? 
Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh? 
Dah capai RM 1 juta yang pertama?
What's Next? 
 
Apa tunggu lagi, boleh layari website ​www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut mengenai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain
 

 
 
MAKLUMAT PROGRAM ​KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING
Tarikh: 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)
Masa: 9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat: Aplikasi Zoom Webinar
 
Untuk tahu lebih lanjut, boleh layari:
Richworks International Sdn Bhd 
No. 77, Jalan Badminton13/29 Seksyen 13, 40100Shah Alam Selangor,MALAYSIA
Link Website: www.zerokosmarketing.com
Facebook Page:https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/

PENGELUARAN WANG KWSP DIKENAKAN ZAKAT, INI SYARAT DAN CARA KIRAAN

$
0
0
hai assalammualaikum
 
Zakat Pengeluaran Wang KWSP, Ini Syaratnya Dan Cara Kiraan - Korang tau tak, bila kita keluarkan duit KWSP, jika cukup syarat, kita wajib bayar Zakat KWSP. Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau, ni nad kongsikan berkenaan Zakat KWSP, syarat dan cara kiraan. 
 
Zakat terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah adalah zakat yang kita bayar setiap tahun dalam bulan Ramadan manakala dalam Zakat Harta, dibahagi kepada Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat Takaful dan akhir sekali Zakat KWSP. 
 
Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma bezanya, wang KWSP ni tak boleh dikeluarkan sesuka hati. Kewajipan membayar zakat bagi pengeluaran apabila memenuhi syarat " Sempurna Milik ".
 
Dalam waktu sekarang, kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan wang KWSP melalui Skim i-Lestari dan i-Sinar disebabkan pandemik, dan ini dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup. Tapi adakah pengeluaran dibuat pada waktu sekarang perlu membayar zakat? Hah korang kene baca sampai habis.


Zakat Pengeluaran Wang KWSP

Wang KWSP adalah harta simpanan  yang dicarum drpd pendapatan pekerja dan caruman majikan di dalam akaun KWSP pekerja berdasarkan akta KWSP.
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan. 
 
Di bawah akta KWSP, semua rakyat Malaysia yang bekerja diwajibkan untuk mencarum sebahagian pendapatannya didalam kumpulan wang ini. Caruman tersebut akan dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun caruman terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.
 

 
Wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. 
 
Ia juga boleh dikeluarkan atas pelbagai sebab lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP. Wang KWSP diwajibkan zakat (setelah memenuhi syarat-syaratnya). Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum, mereka terlepas kewajiban dari membayar zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna. 
 
Namun, apabila pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya (sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP) syarat “Sempurna Milik” tu terlaksana dan mereka wajib membayar Zakat KWSP. 
 

 
 Jenis Zakat KWSP
1) Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) -  2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
 
2) Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna ) -  2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
 
Syarat Zakat KWSP
 - Pencarum KWSP yang telah menerima wang simpanan, atau telah layak mengeluarkan wang KWSP tersebut, tetapi memilih untuk terus menyimpan di KWSP, yang dibenarkan untuk mengeluarkan pada bila-bila masa seperti simpanan yang melebihi ‘Ringgit Malaysia Satu Juta’ adalah wajib mengeluarkan zakat setiap tahun apabila telah cukup nisab dan haul kerana wang tersebut telah sempurna menjadi miliknya.
 - Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan bagi pekerja-pekerja Islam sebagai zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya.
- Pencarum KSWP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang wang KWSP jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.
 
Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya. Kaedahnya sebagaimana berikut:

1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan. - Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang drpd nisab.

2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. - Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.
ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan.
 
Galakan ini termasuk semua jenis pengeluaran samaada pengeluaran penuh atau sebahagian yang dibenarkan KWSP dan telah cukup nisab.

  Nisab Dan Kadar Zakat KWSP 

Nisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran (cukup syarat milik sempurna dan tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran)


Kiraan Zakat KWSP

Jumlah Wang KWSP yang dikeluarkan** x 2.5%

contoh : RM20,000.00 x 2.5 %

Jumlah Zakat = RM500.00
 

 
 

 Contoh Pengiraan Zakat KWSP

Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00

Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00

Boleh gunakan Zakat Kalkulator untuk mengira zakat korang. Senang semua dah tersedia.

Zakat juga boleh dibuat secara online. Semua dihujung jari.

 
Keperluan Mendesak Dikecualikan Zakat KWSP
 
Ok macam nad kata tadi, waktu sekarang, waktu pandemik, pencarum yang mengeluarkan duit KWSP, adakah wajib membayar zakat juga? Jawapannya, tidak wajib.
 
Dalam situasi sekarang, ramai yang menghadapi masalah kewangan disebabkan covid, menyebabkan ramai hilang pendapatan, dibuang kerja dan seumpamanya dan perlu menggunakan wang pengeluaran tersebut utk menampung keperluan hidup, jadi ia terlepas dari kewajipan zakat.

Namun, jika pengeluaran dibuat dalam keadaan bukan terdesak, kewajipan zakat mereka wajib membayar zakat.
 
 


Akhir kata, jangan bertangguh lagi kerana dalam setiap bahagian harta kita, sebenarnya ada hak orang lain. Bahkan, zakat adalah cara bagi umat Islam menyucikan harta dan jiwa. Begitulah indahnya ajaran Islam agar setiap umatnya saling membantu dan mengasihani antara satu sama lain. Jangan takut, jangan resah. Kita tak akan sesekali jatuh miskin dengan berzakat mahupun bersedekah seperti mana janji Allah 

Untuk info lanjut boleh layari

PANDUAN CARA MEMOHON i-SINAR KWSP

$
0
0
hai assalammualaikum
 
Panduan Cara Memohon i-Sinar KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP. KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas. Harini dah pun boleh memohon i-Sinar KWSP. Siapa yang layak cepat-cepatla mohon.


Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.
 
 
Syarat-syarat ini terbahagi kepada dua kategori.
 
Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan 
- Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.




Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
 
Apa yang perlu dibuat sebelum memohon i-Sinar?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:       
** Masih aktif
** Milik anda
** Bukan akaun bersama
 

Panduan Cara Memohon i-Sinar KSWP

Ok ni nad nak kongsi cara memohon i-Sinar KWSP
 
 

 
- Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab
- Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.

 
- Tetapkan amaun pilihan.Semasa tetapkan amaun ni, korang kene tarik bulat tu ke maksimum amaun yang korang nak keluarkan.
 

 
- Tetapkan Bayaran BULAN PERTAM. pembayaran maksimum ialah RM5000 jika had pengeleuaran ialah Rm10,000. Jadi tarik button bulat sehingga RM5000.
- Tekan TERUSKAN
- Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
- Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
 

 
- Permohonan anda diterima dan akan di proses.
 
Ok selamat memohon. 
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>