Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live

BUYMALL l ONLINE SHOPPING MALAYSIA NO.1 TRUSTED TAOBAO EXPERT

$
0
0
hai assalammualaikum

Buymall l Online Shopping Malaysia No.1 Trusted Taobao Expert-

Adakah anda pernah shopping di Taobao?

Membeli-belah di taobao telah menjadi trend terkini buat masyarakat seluruh dunia kerana hargaya murah lagi ada banyak faktor pilihan.Saya selalu beli barang kat Taobao, tapi shipping kosnya mahal! Mahal dari harga barangan yang saya beli! Lebih-lebih lagi, bila guna air shipping, lagi gila mahal! Tapi sekarang, saya dapati satu platform yg best dengan shipping melalui sea, kosnya lebih murah ,dapat juga menghantar barangan yang besar dan berat!

Apa tu Buymall??

Buymall  merupakan  sebuah  syarikat  tempatan  yang membantu  rakyat  Malaysia  untuk menyelesaikan  masalah  membeli-belah  dari China. Buymall menyediakan  perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me. Saya guarantee, perkhidmatan penghantaran Buymall pasti murah dan terjamin!



Kenapa beli taobao dengan Buymall?

Pasti saudara-saudari menghadapi challenge yang sama dengan saya, semuanya dalam Chinese,macam mana nak berkomunikasi dengan seller? Tapi dengan Buymall, saya tidak perlu risau lagi. Semua process shopping di Taobao dimudahkan, mereka  menyediakan perkhidmatan penyelesaian  untuk  aktiviti-aktiviti  pembelian, seperti berkomunikasi dengan seller Taobao, pengesanan bungkusan, pengesahan penjual, repack,dan lain-lain lagi. DAN MOST IMPORTANTIS, kos penghantaran laut pick up hanya dari RM2.80/kg!

Cara Beli Taobao Di Buymall (Buy-For-Me) 

Anda boleh terus guna Buymall untuk membeli barang daripada Taobao. Semua produk Taobao dinyatakan di Buymall. Anda cuma perlu register di Buymall dan start membeli-belah.



Buymall akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan, pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Selepas membuat pilihan, anda boleh add to cart dan terus membuat bayaran. Buymall akan membantu customer membuat pesanan daripada Taobao.

Sekiranya barang sampai di China Warehouse, anda boleh pilih untuk packing semua barangan yang anda order untuk penghantaran sekaligus. Cara ini boleh menjimatkan masa dan kos penghantaran.



Cara beli Taobao Di Buymall (Ship-For-Me)

Kalau anda terus membeli dari Taobao, selepas anda membuat pesanan, anda perlu memilih sama ada penghantaran melalui seafreight atau air freight dan isi kan makluma lanjut yang diberi daripada Buymall. Easy kan! Anda cumaperlu membayar kos penghantaran antarabangsa dari China ke Malaysia, dan 8% kos pembelian (Buy-For-Me fee).


Buymall juga provide pelbagai perkhidmatan lain yang menarik perhatian:

Cara Penghantaran 
Masa penghantaran air freight mengambil masa 4-7 hari bekerja, sea freight mengambil masa 15-22 hari bekerja. Air freight lebih mahal berbanding sea freight. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia juga perlu menambah pembayaran kos barangan sensitif.

Pickup Servis
Anda boleh choose pickup sendiri dari gudang Buymall atau pick up point paling dekat untuk pick up barang korang bila-bila masa lapang. Ia juga lebih murah berbanding dengan door to door service.

Safe
Takut kalau barang hilang semasa penghantaran? Jangan risau, Buymall menjamin dapat memastikan parcel selamat sampai kepada korang. Kalau korang barang hilang, Buymall akan beri korang full compensation bila korang ambil pakej VIP Sea Freight. Baguskan? Lepas ni nak beli barang dari China tak payah takut lagi!

Bukan ini sahaja, anda juga boleh mendapat extra income dari Buymall! Refer friendmu dengan referral link anda, dan anda akan dapat RM5 + B point! Refer 10 friend, dapat RM50! Tunggu apa lagi, kongsi platform n ikepada family & rakan-rakan anda utk nikmati perkhidmatan yang paling best daripada Buymall bersama-sama!


Website : https://www.buymall.com.my/?refid=164072
Instagram : https://www.instagram.com/buymall.official/?hl=en
Facebook : https://www.facebook.com/buymall.com.my/

US PIZZA, PIZZA DENGAN RASA YANG UNIK DAN BEST, MUSANG KING PIZZA TU!!

$
0
0
hai assalammualaikum

US Pizza, Pizza Dengan Rasa Yang Unik Dan Best - Dah lama sangat tak makan pizza, tiba-tiba kawan post US Pizza, eh macam tau-tau je nad nak makan pizza. tengok diaorang makan macam sedap. Pizza dia unik dan lain daripada yang lain. Tengok diaorang makan Musang King pizza, dengan cheeseboat tu, teringin pulak nak cuba..haishh, kuat pengaruh kawan ni..hahaa. Bagusla, lagipun nad tak pernah makan US Pizza ni.






Apa, lagi, ajak la mr mafia cuba makan dekat US Pizza pulak. So google, outlet mana yang terdekat denagn rumah. Yes, jumpa, kitaorang pilih US Pizza Jalan Ampang. Dekat dengan rumah. Dekat sini pun tempatnya macam rare je, nak kawasan rumah orang pun ye, nak kata pejabat pun ye..hahaa..Pelik dah dengan mr mafia ni. Lantakla, asalkan dapat rasa makan US Pizza ni.


Tempat dia kecik je, dan paling ebst, masa nad pergi takda orang..ehehe..Jadi, tak takut bab sesak ke apa. ada juga sorang dua tengah menunggu pesanan pizza, tapi dia tunggu tempat yang disediakan.


Musang King Pizza & Cheese Boat Pizza Mengancam!!

So, haritu nad order Musang King Durian Pizza dan Cheeseboat Pizza. Tak pernah rasa durian dalam pizza macam ni. Selalu tekak ni boleh rasa durian cendol, pengat durian, kalau lain dari tu, macam entahla..Tapi haritu tiba-tiba nak rasa durian dalam pizza.



Bila rasa tu, ok, baru tau, ni rasa dia. Sedap juga la durian dengan pizza. Kalau nampak bentuk pizza ni, ada bulat-bulat dekat pizza tu kan, hah , durian tu dalam bulat-bulat tu. Bukan keseluruhan pizza dia letak durian. Bila makan dapat rasa pure durian tu. Not bad la. Fariza la paling suka, makan 3 keping dia.






Cheeseboat pizza ni yang unik. I order sebab bentuk dia tu macam bot..hehee. Nama panjang dia Adjaruli Khachapuri Cheese Boat Pizza. Tu diaa!!..Dalam dia ada cheese, telur dan beberapa lagi la bahan. Nak makan, kene gaulkan semua tu, baru rasa sedap dan chewy gitu.


Air pulak Vanila+Chocolate milkshake.



Lain, order mushroom soup dan garlic bread.




Okla dekat sini, rasa pizza not bad. Ada macam-macam jenis pizza ada, tapi dua ni yang nad tengok dapat sambutan.


US Pizza ni ada banyak outlet, boleh la tengok outlet mana dia ade dekat website dia.


So korang cubala dua menu ni. Ada lagi satu Salted Egg Pizza.

9 RESTORAN CINA HALAL BEST DI MALAYSIA

$
0
0
hai assalammualaikum

9 Restoran Cina Halal Best Di Malaysia -Sebut restoran cina halal, arggh teringat dengan dimsum, tauhu, dan macam-macam lagi la. Nad pernah kongsi restoran cina halal yang nad pernah pergi. Hidangan diaorang terkenal kerana cara masakan berasaskan sup mahupun herba-herba yang menyihatkan dan memikat selera kita. Banyak sekarang restoran cina halal di Malaysia yang boleh menjadi pilihan untuk dinikmati. Lagi best kalau dapat makan bersama-sama dengan keluarga.


9 Restoran Cina Halal Best Di Malaysia

Jadi, nad nak kongsikan 9 restoran cina halal terbaik di seluruh Malaysia yang korang boleh cuba. Dengan tersenarainya 9 halal chinese restaurant ini, anda boleh pilih kedai mana yang sesuai untuk anda kunjungi.


1) Jibby Chow

Jibby Chow menyajikan makanan Cina yang enak dalam suasana yang mewah dan sempurna untuk gambar. Jibby Chow's menyajikan hidangan Cina kegemaran anda seperti itik panggang yang dibumbui dalam mantao kukus atau lobster Boston dalam sos cili khas mereka. Mereka biasanya mempunyai spesial untuk CNY (termasuk set yee sang mereka - tahun lalu mereka juga mempunyai lobster yee sang!).

Waktu Buka: Buka setiap hari; 10 AM-10PM
No hubungi: +603 5612 7072


2) Restoran Mohd Chan

Restoran ni nad pernah pergi dekat area Klang. Sedap juga makanan dekat sini. Masakan ala Kanton yang menyelerakan seperti ikan kukus klasik, sotong mentega klasik, kam heong lala, ayam telur masin dan sayur empat musim dan ketam cili terkenal mereka. Mereka juga menjual set yee sang untuk dibawa pulang dan penghantaran, jadi anda boleh menggunakannya secara berasinga.


Waktu Buka: Buka setiap hari; 11 AM-11PM
Alamat: Lihat semua gerai Restoran Mohd Chan yang terdapat di sini
No hubungi: Rujuk ke kedai masing-masing
Laman web | Facebook

3) Haji Sharin Low

Untuk makan santai pilih tempat yang selesa dan biasa seperti restoran Haji Sharin Low yang terkenal.Menyajikan hidangan bergaya Kanton, restoran Cina-Muslim boleh dinikmati  untuk makan tengah hari dan makan malam yang berkhasiat.Daging lembu lada hitam mereka, sotong goreng telur masin, siakap kukus, udang mentega dengan susu dan ayam masam manis akan menjadikan lauk yang enak bersama nasi kukus




Waktu operasi: Buka setiap hari;11 AM-11PM
No hubungi: +60 10-262 7373



4)  Restoran Homst

Homst ditubuhkan sebagai tempat makan Cina-Muslim pada tahun 2002 dan (hampir) dua dekad kedai ni beroperasi. Dengan satu-satunya misi untuk menyajikan masakan Cina asli kepada masyarakat Islam, Homst adalah jenis tempat di mana anda boleh pergi dan rasai makanan mereka seperti di rumah sendiri. Menu di sini juga cukup beraneka. Antara menu yang wajib anda cuba di sini ialah Tew Chem Steam Fish, Kong Po Sotong, Smoked Duck with Mantau dan Crab Meat Shark Fin Soup, memang bikin kecur air liur!




Waktu operasi: Buka setiap hari; 11 PG-10:30 PG
No hubungi: Sila rujuk ke kedai masing-masing.
Laman web | Facebook | Instagram


5) Restoran Makanan Laut Muhibbah 

Mungkin dah biasa dengan makanan laut, apakata cuba berlainan sedikit, makanan Cina-Muslim (dengan sedikit Thai) di Kampung Sungai Penchala. Susun atur restoran yang luas dan bersih menjadikannya ideal untuk mengadakan sejumlah besar makan malam bersama keluarga. Menikmati hidangan enak seperti sup tom yam, sotong goreng, ikan kukus dengan sos Thai , udang mentega, daging lembu dalam lada hitam dan kubis Cina dalam sos tiram. Aduh tengok gamabr pun dah meleleh.


Waktu operasi: Buka setiap hari; 12 PM-2.30PM, 6.30PM-10PM
No hubungi: +60 3-7727 3153
Facebook


6) Restoran Lamb Shepherd

Siapa suka makanan pedas, hah korang boleh cuba restoran cina halal ni. Restoran ini menyajikan Lamb Shepherd makanan keaslian sebenar masakan Xi'an. Rasa yang pedas dan beraroma, restoran Cina-Muslim ini adalah tempat yang baik untuk memuaskan keinginan anda untuk menikmati makanan Xi'an. Jangan lupa untuk mencuba Sup pangsit di Lamb Shepherd. Selain itu ada cendawan masin pedas, udang cili goreng, terung rebus, daging kambing panggang, dan cili ayam di restoran.



Harga: Dari RM15 ke atas setiap hidangan
Waktu operasi: Tue-Sun; 11:30 AM-9:30PM (Tutup pada Isnin)
No hubungi: +603 4131 8144
Facebook



7) Restoran Golden Valley Chinese Muslim 

Makan beramai-ramai, berkongsi berkumpul dan bergembira dengan makanan bass laut kukus gaya Nyonya, lala dalam sup kaldu, ayam marmite, udang salad, ayam badam, nasi goreng ayam dan jagung dan keranjang keladi ayam kong po.

Waktu operasi: Isnin-Jumaat; 11:30 AM-3PM, 6 PM-10PM, Sab-Mat; 6 PM-10PM
Alamat: L3 - 18 & 19, Melawati Mall, 310, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
No hubungi: +60 3-4161 3328
Facebook | Instagram


8) Restoran Amber Chinese Muslim
 

Menikmati makanan yang asli di China Utara. Amber adalah restoran yang menyajikan hidangan gaya Xinjiang dari China, dan bukannya goreng gaya Kantonis tempatan. Anda akan dapat mencari beberapa makanan kegemaran seperti Tauhu Pedas , Kulat Hitam dengan Kacang Walnut, Ikan Kukus dan Itik Marin Gaya Shanghai . Perkara-perkara lain dalam menu adalah makanan istimewa dari wilayah Xinjiang termasuk mi gaya Xinjiang, Kaki Lamb panggang dan Mie Jernih dengan daging lembu Mined.


Waktu operasi: Buka setiap hari; 11.45AM-10.30PM
No hubungi: +60 3-2242 1010
Facebook | Instagram





9) Haslinda Sim Abdullah Restaurant

Restoran Haslinda Sim Abdullah adalah restoran Cina Muslim yang menawarkan pelbagai jenis masakan Cina. Ia boleh didapati di 2 lokasi strategik di Bandar Baru Bangi, dan Senawang. Dengan suasana restoran Cina, terdapat pelbagai pilihan makanan dari hidangan mi yang ringkas tetapi enak hingga hidangan makan malam gaya keluarga yang mewah. Oleh itu, jangan lupa untuk memasukkan Haslinda Sim Abdullah Restaurant untuk senarai anda untuk makan malam keluarga.




No. 48, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi

Waktu Operasi: 11.30 PAGI - 3 PM, 5 PM - 10.30 PM (Isnin hingga Jumaat), 11.30 AM - 10.30 PM (Hujung minggu)

https://www.foodpanda.my/cuisine/chinese-delivery-kuala-lumpur?fbclid=IwAR3hdOooRrOkzRKyc5bxMCXS68RKQ9wOR9m7bzC4jxacFHOOankbp0JjLwo

Banyak pilihan kan restoran cina halal yang ada. Kalau tak dapat pergi restoran, boleh je order dengan Foodpanda. Lagi senang..hehee. Pilih lokasi dan tempat restoran cina halal, pilih menu, bayar dan tunggu sahaja di rumah.

HOTEL TRAVELODGE CITY CENTRE, HOTEL TENGAH BANDAR, MENJANJIKAN KESELESAAN APABILA BERCUTI DI KUALA LUMPUR

$
0
0
hai assalammualaikum

Hotel Travelodge City Centre, Penginapan Di Tengah Bandar, Menjanjikan Keselesaan Apabila Bercuti Di Kuala Lumpur - Cuti-cuti Kuala Lumpur!, yeahh..siapa kata Kuala Lumpur biasa je, banyak tau tempat menarik di Kuala Lumpur ni. Disebabkan minggu lepas banyak masa terluang, kitaorang pun dah lama tak merehatkan badan, dah lama tak tidur hotel, jadi, nad dengan suami, buat plan untuk menginap di hotel Kuala Lumpur. Plan cari hotel yang betul-betul tengah bandar, selesa dan pergi mana-mana tempat jalan kaki sahaja.Cari punya cari, jumpa hotel Travelodge City Centre, memang sesuai sangat dan menetapi apa yang kitaorang nak.


Hotel Travelodge City Centre, Penginapan Di Tengah Bandar, Menjanjikan Keselesaan Apabila Bercuti Di Kuala Lumpur

Hari Jumaat check in pukul 2 petang, kitaorang waze je Travelodge City Centre Jalan Hang Kasturi, terus sampai. Tempatnya sebelah sahaja dengan MRT Pasar seni. Memang bagusla, dahla tengah bandar, lepas tu, dekat dengan public transport, memang mudah.


Travelodge City Centre hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan fasilitis yang pasti memudahkan korang untuk bergerak ke tempat menarik disekitar ibu kota. dekat sini juga ada disediakan parking kereta dan bayaran RM10 untuk satu malam.



Masuk lobi je, terus terpegun dengan perabot dekat situ..heehe. Selesa sangat untuk menunggu. Staff dekat situ pun friendly dan mesra je.


Bahagian reception ni operasi 24 jam, so takde masalah nak apa-apa pertolongan.

Dekat sini SOP terjaga, masa masuk macam biasa la, scan semua tu.

Ok jom masuk bilik..hehee.

Bilik Hotel Travelodge City Centre Luas Dan Selesa

Lawa gila ok bilik dia, sangat luas dan selesa. Nad punya bilik Family room, dengan dua katil. Dekorasi bilik dengan gaya kontemperori, lukisan Wau di dinding, katil yang menarik, memang sangat selesa dan santai bila duduk hotel ni.









Kemudahan yang ada di bilik
- Wifi percuma
- Lengkap toiletries
- Peti simpanan
- Peti ais
- Minuman tea dan kopi
- Desk
- TV
- Snack
- Charger USB & Plug


Suka dengan cermin dalam bilik ni, besar, cantik..hahaaha..Pantang nampak cermin ye, mesti nak berselfie.



Bilik nad ni ada ada dua jenis, satu Family room dua katil, macam nad punya, satu lagi tiga katil. Boleh pilih salah satu. Antara bilik ni ada pintu, connection room. Jadi, kalau korang datang dengan keluarga yang ramai, boleh ambil dua bilik bersambung ni.

Bilik dekat sini memang luas sangat. Dekat hotel Travelodge ni ada pelbagai jenis bilik yang korang boleh pilih. Meh nad tunjuk bilik selain Family Room.


Superior Room Queen Katil


Superior Room Twin Katil



Superior Room dengan balkoni. Hah, bilik ni siap ada balkoni untuk santai.



Suite Room, bilik paling luas. Untuk yang nak sambut hari istimewa tu, bolehla pilih bilik ni. Siap dekorasi angsa dekat katil tu..hehee.

Perkhidmatan Dobi Dan Ironing Layan Diri 24 jam

Dekat hotel ni juga ada menyediakan khidmat dobi dan ironing layan diri 24 Jam. Bilik laundry ni terletak di tingkat 1, dekat dengan bilik nad..hehee..senang. Ada washer dan dryer sekali. Jadi sebelum balik, boleh basuh baju dulu. Oh nak pakai laundry ni ada bayaran, hanya RM 10




Antipodean Coffee

Selain itu, korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan sarapan sepanjang hari di Antipodean Coffee, yang menyajikan pelbagai hidangan yang diilhami oleh bahan-bahan segar dan budaya makan siang di New Zealand. Ini adalah tempat yang tepat untuk bersantai atau bersosial dengan secawan kopi. Buat masa sekarang cafe ni ditutup disebabkan pandemik covid ni.


Kemudahan Lain 
- 24 hours store ( ada kedai mynews )
- 24 hours security
- Currency exchange
- Luggage storage service
- Non smoking hotel
- Photocopying service

Kawasan Sekitar Kuala Lumpur Berdekatan Hotel Travelodge City Centre

Hah, percutian kali ni, nad jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dah sinonim dengan bandar yang sibuk dengan kemajuan kota yang mana antara tempat kunjungan tumpuan para pelawat dan pelancong adalah pematu tarikan utama Malaysia KLCC dan juga KL Tower. Kali ni nad pun jadila pelancong..hehee. Kuala Lumpur ni banyak tempat menarik sebenarnya, sebab tu kene teroka.

Antara tempat menarik yang ada


- Central Market. 

Tempat ni paling dekat dengan hotel, berada berhadapan hotel Travelodge sahaja. Tapi buat masa sekarang Central Market tutup untuk renovation. Sedih sangat, sebab tempat ni memang jadi tumpuan. Ia akan dibuka akhir bulan ni. Tapi takpe, ada tempat lain lagi.




- Kwai Chang Ho
Tempat ni dibahagian Chinatown. Tempat ni menarik sebab dekat sini ada mural di dinding. Kalau kreatif boleh la pose gaya apa pun. Kitaorang memang suka mural-mural ni..hehehe.


- Kedai makan sedap
Berdekatan dengan Kwai Chang Ho, ada satu kedai makan yang nad pernah cuba iaitu Luckin Kopi, Beryls Chocolate. Memang sedap makanan dekat sini. Haritu nak pergi penuh orang, jadi kita cari kedai makan lain la. Jalan punya jalan terjumpa kedai aiskrim Urban Artisan ni.

Unik pulak tengok aiskrim berlingkar macam tu, dengan warna warni. Apa algi cuba la rasa bagi hilangkan dahaga tekak ni. Not bad, sedap. Ada banyak lagi kedai makan yang santai, rare dan unik ni. Kene survey banyak lagi.



- Masjid Jamek
Ni pertama kali nad datang tengok River Of Life. Ya, jangan terkejut..hahaa. Bila sampai sini jadi macam jakun sekejap..hahaa. Tengok dia keluar asap dengan lampu, nampak biasa tapi yang eprtama kali datang, teruja sikit..ehehe.

Dengan mural di dinding bangunan sangat cantik dan kreatif.

- Dataran Merdeka


- Petaling Street
Malam nad sambung jalan-jalan lagi, lalu ke Petaling Street. Saje tengok..Kuala Lumpur kan..hehee.

Tempat lain yang boleh pergi, Bukit Bintang, KLCC, boleh je naik MRT, senang dan mudah. Tak perlu fikir parking kereta semua. Bagus kan.




Harga Promosi Hotel Travelodge City Centre

Siapa yang nak bercuti ke Kuala Lumpur, Travelodge City Center menjanjikan keselesaan, dan kemudahan dengan harga yang berpatutan serta bernilai untuk pengalaman, menjadikan hotel ini pilihan terbaik sama ada korang  berada di KL untuk bekerja atau bercuti bersama tersayang atau kawan-kawan.

Promosi Reopening

Tengok bilik, tengok service, tengok sekitar berdekatan hotel, mesti korang tertarik kan. Hah, dengan semua kemudahan ni, harga hotel ni pun sangatla murah. Sekarang promosi dengan harga bermula RM88 untuk menginap di hotel Travelodge City Centre ni. Yes!!, RM88 .. Untuk booking boleh klik https://bit.ly/TravelodgeCityCentre. Promo sah bermula sekarang sehingga 30hb Sept 2020.

Tribute To Frontliner Heroes Package

Speselnya hotel ini ada promosi untuk Fronliners bagi menghargai mereka. Pakej penghormatan kepada wira barisan hadapan denga special offer, superior room RM68 dan family room RM108 dengan syarat penginapan mininum selama 2 malam. Boleh daftar keluar lewat sehingga pukul 4 petang.


Long Stay Package

Ada lagi, untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, yang nak stay lama, boleh pilih hotel Travelodge ni sebagao lokasi untuk menginap. Dapatkan tawaran terbaik dengan harga
- RM 700 NETT Mingguan,
- RM 1,260 NETT untuk 14 malam menginap
- RM 2,400 NETT Harga Bulanan

Bagi yang stay lama ni, korang akan dapat bilik dengan Balkoni Bakul makanan ringan percuma (Pengisian mingguan), Bar mini percuma (Penambahan mingguan), 1 token percuma untuk dobi & pengering setiap minggu, Kad TouchnGo Percuma (Kad bernilai RM10net) atau tempat letak kenderaan percuma untuk satu kereta sepanjang penginapan anda.


Stay 3 Pay 2 Untuk Mastercard Package

Promosi utk Mastercard, Travelodge Hotels Asia & Mastercard menawarkan Stay 3 Pay 2, bayar dulu, travel kemudian. Stay 3 hari tapi bayar untuk 2 hari je. Booking boleh buat di Travelodge Asia website. Booking dari 1 July sehingga 31 Dec 2020 dan boleh stay dari 1 July 2020 sehingga 30 June 2021. Untuk maklumat lebih lanjut berkenan Mastercard ni boleh layari https://cutt.ly/EfazguT

Kod Promosi: STAY3 . Untuk tau lebih lanjut berkenaan Mastercard Promosi ni, boleh contact (66) 65724 9454 | E-mel: sa.pornthip@travelodgehotels.asia

Terma & Syarat 
- Tawaran tersedia untuk pemegang kad Mastercard semasa membuat tempahan, untuk penginapan yang dipesan menggunakan Mastercard yang sah .
- Pemegang kad Mastercard yang berjaya menempah tawaran ini akan diminta untuk menunjukkan Mastercard mereka semasa daftar masuk.
- Nikmati malam ke-3 secara percuma apabila anda menempah penginapan tiga malam berturut-turut, berdasarkan Harga Terbaik yang Tersedia.
- Tempahan mesti dibuat melalui Travelodgehotels.asia secara langsung semasa tempoh tempahan.
- Harga dikenakan bayaran perkhidmatan dan cukai kerajaan yang ada.
- Tempahan tertakluk pada ketersediaan.
- Pindaan atau pembatalan mesti dibuat 14 hari sebelum tarikh ketibaan untuk mengelakkan caj pembatalan satu malam.
- Tawaran tidak sah untuk digunakan bersama dengan promosi, tawaran dan harga ahli TravelodgeR yang lain.
- Travelodge Hotels Asia berhak untuk mengubah terma dan syarat tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.


Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai kemudahan acara yang terdapat di hotel Travelodge City Center Hotel, Boleh layari
Website : https://www.travelodgehotels.asia/
Instagram : https://www.instagram.com/travelodgeasia/
Facebook: https://www.facebook.com/TravelodgeHotelsAsia/

Travelodge City Centre
Address: No.7, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
D: +603-2032 2288 W : www.travelodgehotels.asia

McDONALD’S MALAYSIA SOKONG SARANAN KERAJAAN GALAK DERMA DARAH

$
0
0
hai assalammualaikum

McDonald’s Malaysia Sokong Saranan Kerajaan Galak Derma Darah - McDonald’s Malaysia sentiasa menyokong saranan kerajaan dalam menggalakkan rakyat Malaysia menderma darah secara berkala dengan mengadakan Hari Derma Darah baru-baru ini. Hari Derma Darah ini diadakan secara terbuka kepada orang awam setiap tahun dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Setiap tahun, Hari Derma Darah seumpama ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat umum dan kakitangan McDonald’s Malaysia sendiri.  Jalinan kerjasama erat antara McDonald’s Malaysia dan PDN telah bermula sejak empat tahun lalu. Seiring dengan saranan kerajaan, McDonald’s Malaysia ingin turut serta memainkan peranannya dalam mewujudkan kesedaran berterusan di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah. Kami mensasarkan 300 penderma tahun ini, dan berasa amat gembira dengan kejayaan melepasi sasaran yang ditetapkan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.





Hari Derma Darah yang diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia telah menyaksikan kehadiran lebih 500 penderma. Ini berbanding 287 penderma pada tahun 2019 dan 208 penderma pada tahun 2018.

“Dengan kerjasama PDN, kami menyambut baik inisiatif Hari Derma Darah oleh McDonald’s Malaysia, yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Kempen di tempat kerja sebegini akan menggalakkan amalan mulia menderma darah di kalangan warga kerja McDonald’s Malaysia. Memandangkan ianya juga terbuka kepada orang awam, PDN yakin kempen ini dapat mewujudkan kesedaran meluas mengenai kepentingan darah dan menarik minat masyarakat untuk menjadi penderma darah.  PDN juga mengucapkan syabas kepada McDonald’s Malaysia kerana menjadi penganjur kempen pendermaan darah yang konsisten dan pastinya darah yang didermakan semasa kempen ini akan menyumbang dalam perawatan pesakit. PDN juga berharap penganjuran program kesedaran dan kempen pendermaan darah sebegini turut dilaksanakan oleh pelbagai syarikat, pertubuhan dan organisasi lain seperti mana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia,” kata Dr. Noryati binti Abu Amin, Pengarah, Pusat Darah Negara.


Sebagai tanda penghargaan, pihak McDonald’s Malaysia telah memberi baucar tunai McDonald’s, set hidangan McChicken, dan Sundae Cone kepada para penderma darah yang hadir. 

BELI TV BARU, TV SAMSUNG CRYSTAL UHD SMART TV 7 SERIES TU7000 43 INCHI

$
0
0
hai assalammualaikum

Beli TV Baru, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU7000 43 Inchi - Alhamdulillah, ada rezeki lebih, sama-sama kongsi dengan suami beli tv baru. TV lama dah berapa tahun guna, dari sebelum kitaorang kawin lagi. Lama-lama tv lama tu rosak takda suara dan calar balar dekat skrin. Kalau nak tengok tv, dengar guna sound untyk tengok movie.Tapi masa tu takda duit lagi, jadi guna jela tv tu sampaila kitaorang rasa boleh beli baru. Setelah 6 tahun perkahwinan, barula dapat beli tv baru.


Ni la tu, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU7000 43 Inchi. Sebelum dapat tv ni, ada kisah disebalik tu..hehehe..

Begini cerita dia......


Mr mafia jumpala satu iklan ni, promosi tv dengan harga murah dan berbaloi dekat satu kedai ni. Esoknya terus pergi. Usha punya usha, tengok macam semua ok, terus beli tanpa banyak cerita. Punyala teruja dapat beli tv baru, tak sabar nak pakai. Sekali, masa nak pasang wayar, ada satu masalah dekat situ. Satu wayar dipanggil optical cable, wayar ni la yang aku guna untuk tv lama time takda suara. Wayar untuk suara macam tengok movie tu. Arghh sudah. Mr mafia dah runsing. Dia kalau dah runsing, dengan nad sekali runsing.


Tv baru kitaorang beli yang ada promosi tu tv Panasonic LED TV G 300. Masa beli, mr mafia pun tak terfikir tentang optical cable tu. Jadi kacau bilau perasaan dia. Nad ni jenis tak kisah, tapi paham-paham jela laki, buat pe beli benda audio tu kalau tak guna, rosakla kan. Kita diamkan jela.


Ni la wayar optical cable tu. Tak ngam dengan tv Panasonic LED Tv G300 yang nad baru beli tu.

Masing-masing duk fikir, nak buat macam mana. Nasib baik masa tu kawan nad ( pernah satu kerja ) dm dekat messenger, dia cakap  " beli tv ka ". Kawan nad ni chinese. Nad pun cakap " ye dah beli dah, tapi ada problem "..

Nad tunjuk optical cable tu dekat dia. Dia tau wayar tu untuk audio. Nad cakap tv Panasonic ni takda cucuk wayar tu.


Terus dia offer untuk tolong nad carikan tv lain. Masa tu mr mafia pun tengah usha nak tengok tv lain yang ada cable optical ni. Nad pun sekali mintak tolong member ni.

Kawan nad ni sales dekat barangan letrik, jadi borak punya borak, dia dapat tolong nad dapatkan tv lain. Mula tu fikir, macam mana nak jual tv baru beli ni, takkan nak simpan, nanti kena keluar duit lain. Kitaorang fikir kalau boleh dapat jual tv Panasonic ni, kemudian ambil yang dioffer kawan ni. Nak tunggu lama, memang takla, sebab tv lama dah nak hancur dah.

Mula la iklan dekat ig story, pasal beli tv Panasonic baru beli ni, kemudian nak jual. Tiba-tiba, kawan ni bagitau, bos dia boleh ambil tv Panasonic ni. Tolak la, tukaran macam tu. Tapi tolak harga lain, bukan harga masa nad beli.

Cakap dengan mr mafia, dia kata ok la, asalkan tv tu boleh cucuk untuk optical cable. Tengok dia punya kelebihaan, apa yang ada semua, ok deal.


Esoknya, bos dia hantar dekat rumah, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU700 43 Inchi..haha,,panjang nau nama. Puas tengok depan-depan. Besar sikit dari tv Panasonic tu.

Sekarang pun orang lebih pilih smart tv. Nad ni tak kisah sangat, asalkan boleh tengok tv dan guna suara tv. Boleh jimat letrik. Selama ni guna audio bil tinggi. Tapi orang laki, dah beli audio semua, kenala guna. Nak tengok movie syok katanya.

Kita pun okla!!


Nad tak tengok dari mula dibuka, tapi tv ni boleh sign dengan samsung punya . Mr mafia pernah guna samsung, jadi dia sign la.


Tv ni ada semua , Live TV, Netflix, Prime video, youtube, gallery dan macam-macam la.

Orang sekarang layan Netflix kan..ehehe..tu sekali ada. Nak tengok youtube senang..


Anak-anak teruja, bila tengok youtube mommynya..hahahaa..besar tengok depan-depan. Lagi suka bila tengok diaorang dalam tv. Diaorang fikir, diaorang masuk tv tu..hehehe.

TV Samsung ni pun boleh buat pasword, so anak-anak tak main buka je , lagi-lagi youtube. Tengok skrin pun clear dan jelas macam real kau.

Okla, selesai dah bab tv. Dapatla tukar tv lama ke tv baru. Haish, beli tv pun macam-macam dugaan ..hahaha..

BADAN TEWAS AKHIRNYA....

$
0
0
hai assalammualaikum

Badan Tewas Akhirnya - Ingat antibodi dah kuat, tapi kahirnya tewas juga. Aku memang siapkan semua kerja , draft aku buat bagi dekat client, sebab masa cuti sekolah, aku nak bawak-bawak ank bercuti. Kalau boleh nak bercuti dengan tenang, taknak fikir pasal kerja. Memang masa bercuti haritu, memang relaks habis otak ni.


Balik dari bercuti, dalam tiga hari, Fariza batuk dan selsema. Aku bagi ubat batuk dan Natural Sniffles bagi hilang selsema dia. Nasib baik ada ubat dia lagi,jadi aku pun bagi. Taknak bagi dia melarat, sebab nanti dia nak pergi sekolah. Alhamdulillah, dia baik dari batuk dan selsema. Nasib baik dia tak kena demam, kalau kena demam lagi susah. Tu aku cepat-cepat buat apa yang patut taknak bagi demam.

Lepas Fariza baik, aku pulak yang batuk. Dalam tiga hari lepas Fariza baik, aku pulak batuk dan sakit tekak. Aku cuba kawal, dengan minum air suam, makan panadol semua. Kalau demam aku boleh kawal, dengan bagi peluh keluar, tapi kalau dah kene sakit tekak, tak dapat nak tolong. Bila sakit tekak, tekak tak selesa, batuk, terus bagi kesan dekat badan. Badan jadi letih semua, yela, dengan batuk lagi. Badan tewas akhinya..demam la aku..hahaa. Anak tak kena, aku yang kena. Takpela, sakit bagi kat aku dari kat anak kan.


Kena juga pergi klinik. Konon nak jimat taknak pergi klinik, last-last kene pergi juga.


Terpaksala makan ubat sebanyak ni. Nak baik punya pasal.

Badan ni suruh aku berehat sekejap. Kuat sangat bekerja ni..huhu..Nak buat macam mana, kerja aku buat ni la gaji aku. Tak buat kang tak dapat duit..Tapi aku tau hadnya juga. Bila aku nak rehat, aku tak ambil banyak job. Otak aku ni pun tak boleh bekerja kuat, kejap lagi resah..hahahaa.

Ingat korang, jangan over bekerja..hehee..

BIDADARI KIRIMAN TUHAN LAKONAN MIRA FILZAH

$
0
0
hai assalammualaikum

Bidadari Kiriman Tuhan Lakonan Mira Filzah - Suka sangat tengok lakonan Mira Filzah dari dulu lagi. Bagi la dia watak apa sekalipun, pasti menjadi..hehee. Dengar kata Mira Filzah bakal menjadi isteri, tapi tu bukan nad nak cerita, nad nak cerita drama terbaru lakonannya iaitu Bidadari Kiriman Tuhan. Selepas tamatnya drama Pelindung Seorang Puteri, drama Bidadari Kiriman Tuhan ni la ganti dia. Dalam cerita ni Mira Filzah melakonkan dua watak, satu autism, satu lagi biasa.


Bukan mudah ye, nak lakonkan dua watak, lagi watak autism macam ni. Selalunya kalau tengok watak ni, teringat Norkhiriah..hehee..menjadi dia. Tapi Mira Filzah bawa atak ni pun ok..Tetap comel dan manis je.


Menceritakan tentang Manis iaitu seorang guru tadika yang berusia 25 tahun serta kembar seirasnya Manja yang autism..

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis.

Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergugat.

Dekat situ nanti, mulala timbul konflik yang akan buat kita geram ye.

Drama ni nampak kan, yang orang istimewa ni memerlukan orang biasa untuk disayangi. Tapi orang biasa juga memerlukan orang lain untuk disayangi. Macam mana pula dengan orang istimewa ni. Hah tengokla drama ni.

Bidadari Kiriman Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Rashid Sibir dibintangi oleh Mira Filzah, Zul Ariffin, dan Zarina Zainuddin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020. Waktu siaran Isnin hingga khamis jam 10 malam.

Barisan pelakon Bidadari Kiriman Tuhan 
- Mira Filzah sebagai Manis Suhaila / Manja Suhana
- Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
- Zarina Zainuddin sebagai Maria
- Ruminah Sidek sebagai Nenek Minah
- Maisara Sufia sebagai Suria

Jangan tak tengok ye..

SELAMAT HARI MERDEKA

$
0
0
hai assalammualaikum

Selamat Hari Merdeka - Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Selamat Hari Merdeka you alls. So cuti ni korang pergi mana. Nad duduk rumah, buat kerja apa yang patut. Tahun ni sambut dengan keadaan langkah berjaga-jaga disebabkan covid. Nak pergi berjalan, bercuti boleh sahaja, pastikan langkah SOP terjaga ok.


Semalam, Fariza tanya nad " mommy, merdeka tu apa "..Nad jawabla " Merdeka tu bebas, kita bebas daripada penjajah dan pemerintahan orang luar "..Fariza pun oo kan jela..hehee.. Tahun ni kita sambut Kemerdekaan yang ke 63. Tarikh kita Merdeka pada 31 Ogog 1957. Alhamdulillah, Negara Malaysia dalam keadaan aman dan sejahtera.


Bila dah merdeka ni, kene la hayati betul-betul. Merdeka itu macam mana ok. Bukan cakap bebas, boleh buat apa sahaja. Merdeka minda, dan otak kita. Jangan diikut ajaran yang tak betul.

Okla, nad berpantun jap..hehee..

Pantun Kemerdekaan

Terbang tinggi burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
63 tahun kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.

Mengayuh basikal pergi ke pekan,
Membeli keperluan untuk keluarga,
Tinggalan moyang tunggak warisan,
Indah sentosa bumi merdeka.

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Bunga Raya Di Dalam Dulang,
Daunnya Pula Di Makan Ulat,
Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,
Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.

Bersyukur Kita Menjadi Rakyat Malaysia,
Bumi Bertuah Indah Permai,
63 Tahun Kita Merdeka,
Rakyat Hidup Aman Damai

Indah berseri cincin delima,
bertatah permata elok dipakai,
Malaysia kini 63tahun merdeka,
negara kita aman damai.

Pakai TMNET jalur lebar,
Yuran mahal tidak sia sia,
JalurGemilang megah berkibar,
simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Berlapis cempaka di sisi kekwa,
Indah redup dihias melati,
Semangat Merdeka kekal di jiwa,
Nescaya hidup lebih bererti.

Hati-hati takut ada yang terasa,
Jaga tutur kata dan kelakuan
Hidup harmoni berbilang bangsa,
Semangat nasionalisme teras Perpaduan.

Hutan amazon dikenali Belantara,
Harimau terkenal kerana belang,
Terima kasih Pahlawan Negara,
Malysia Merdeka terus Gemilang.

Mereka peramah manis berkata,
Jual barang pasti laku,
Di sini lahirnya sebuat tercinta,
Bumi Malaysia Tanah Tumpah Darahku.

Tahun 2020 pastinya melakarkan satu sejarah buat negara apabila kita semua berhadapan dengan ancaman wabak Covid-1 yang melanda negara dan dunia. Pun begitu kita telah buktikan yang kita mampu mendepani wabak ini dengan jayanya kerana sikap perpaduan dan saling bekerjasama di kalangan rakyat Malaysia.

BBQ BERSAMA KELUARGA DI MALAM KEMERDEKAAN

$
0
0
hai assalammualaikum


BBQ Bersama Keluarga Di Malam Kemerdekaan - Semalam, balik rumah mak keja, nak ambil kuih frozen karipap dan masalodeh. Abang pulak whatsup cakap nak buat bbq. Apa lagi onz jela..hehhe. Yang sediakan semua abang dan kakak ipar..hehehe. Berkumpul la semua malam tu dekat rumah mak. Cuma kakak sorang denagn abang ipar sorang takde sebab dia kerja. Tapi anak-anak ditinggalkan. lagipun cuti sekolah kan..ehehe.



Lepas maghrib mulakan aktiviti membakar. Tukang pasang tempat pembakaran, abang dengan adik ipar..



Tukang kipas, budak-budak ni la..hahaha. Hey mana boleh makan je, kena tolong..



Malam tu, ayam perap biasa, ayam perap madu dan kambing bakar.,.nyumnyum..



Nad tukang makan..hehee..Makan dengan nasi dan sos je pun dah sedap.


Lepak makan luar ramai-ramai..hehee..

Macam ni la kitaorang sambut merdeka..hehhee..Bila ada anak-anak buah, diaorang la yang meriahkan suasana.

Next, pergi bercuti pulak nanti.

MARRYBROWN DRUMMETTE SOS SMOKEY BBQ DAN BUBUR PEDAS

$
0
0
hai assalammualaikum

Marrybrown Drummette Sos BBQ Dan Bubur Pedas - Nad sampai terlupa yang nad ada voucher Marrybrown tamat harini. Nasib baik nampak dan terus ajak mr mafia pergi Marrybrown. Rugi tak guna oo.. Lama tak makan dekat Marrybrown last makan egg stra padu egg dia je. So harini, Hari Merdeka kan, kita relaks-relaks, makan kat luar la. Terus pergi Marrybrown Melawati Mall.


Haritu, nampak kawan-kawan makan Smokey sos, ada burger combo, drummet  dan apa lupa lagi satu. Nad tengok drummet dia macam sedap je, macam ala korea, so orderla Sos  Smokey BBQ Drummet, nak rasalah kan. Menu baru keluar jadi mestila cuba
Untuk mr mafia, dia nak bubur pedas dengan ayam goreng 1 ketul. Anak-anak ambil churros.


Harga untuk Set Drummette Smokey Sos BBQ ni RM17.90, bubur pedas RM13 lbih macam tu. Churros RM5. 90 untuk tiga ketul.. Hehee..

Biasalah hari Merdeka, orang cuti, mestila shopping mall yang dituju. Ramai juga la tadi tapi takdela bersesak, dapatla tempat duduk untuk makan.

Order mr mafia siap awal sebab dia punya bubur, ayam, anak-anak punya churros pun siap, cuma nad punya order tak siap lagi. Jadi duduk dulu bagi suami dan anak-anak makan. Kadang ada menu yang lambat sikit siap.

Bubur pedas Marrybrown sedap. Ni pertama kali rasa bubur dia.. Sampai pulak panas-panas, sedap.. Kalah juga bubur McD.. Ehhehe.. Lepas ni kalau rasa nak makan bubur boleh pilih Marrybrown.. Heehe. Bubur ni ada isi ketam agaknya panjang2 tu, bawnag goreng, sayur bawang dan chili flakes. 

Lepas anak-anak dan suami habis makan, drummet nad tak sampai-sampai juga. Lama betul. Nad tengok servis diaorang macam lambat sikit. Memang lama juga nak tunggu drummet sos bbq sampai. Terpaksa makan bubur mr mafia dulu bagi hilang rasa lapar. Dahla tengah lapar.. Huhu.



Dekat setengah jam kot baru siap. Dah dapat tu terus makan. Rasanya drummet sedap, garing, sos dia manis macam tu. Ayam jela sedap, sos kureng sikit. Drummet Sos Smokey BBQ ni didatangkan dengan ayam drummet, onion ring, kentang dan air teh limau ais. Ramai cakap burger sos bbq dia sedap.. Lain kali la kita try makan.

Ok korang bolehla try menu baru Marrybrown ni.


FARIZA SAMBUT KEMERDEKAAN DI SEKOLAH TABIKA

$
0
0
hai assalammualaikum

Fariza Sambut Kemerdekaan Di Sekolah Tabika - Minggu lepas cikgu whatsup, bagitau hari Fariza sekolah perlu pakai baju uniform yang sepatutnya haritu dia pakai baju sukan. Cikgu cakap untuk sambut Kemerdekaan di sekolah. Kerja sekolah yang cikgu bagi masa cuti sekolah haritu rupanya untuk sambut kemerdekaan. Memang pagi-pagi tu siap kan dia macam biasa, dan dia pun seronok nak pergi sekolah. Dia tak tau kat sekolah dia akan sambut Kemerdekaan.





Gambar ni semua nad dapat dari Cikgu Fariza iaitu Cikgu Ema. Cikgu hantar dekat group whatsup. Comel je Fariza dengan kawan-kawan sambut merdeka.Seronok dia dapat sambut, selama ni dia sambut Merdeka dekat rumah je, dan tak paham apa itu Merdeka. Tapi masalahnya sekarang bendera dia panggil Merdeka.. Hahahaha..


Pagi berhimpun depan sekolah, depan bendera, nyanyikan lagu Negaraku. Cikgu psang lagu Merdeka.



Ni la topeng yang dibuat masa cuti sekolah. Topeng wonder woman. Dia la yang warna ni. Mommy tolomg tebuk buat tali untuk dia pakai.


Seronok muka masing-masing dengan topeng masing-masing.








Lepas tu ada pertandingan mewarna.

Khusyuk Fariza mewarna. Benda yang dia suka buat. Akan buat secantik boleh.. Ehhehe..


Nad tau dia dapat no 1 bila dia balik bagitau, Fariza dapat no 1. Tapi dia tak cakap untuk apa. Bila cikgu bagi gamabr barubtau pertandingan mewarna tu.. Gembira dia banyak dapat hadiah..

Kaki tu, takleh buat apa ye, tetap nak silang.. Hahahaa..


Sambutan sederhana, tapi seronok bagi anak-anak. Suka tengok dia bila pergi sekolah, dapat belajar banyak benda.

" ALHAMDULILLAH DUDUK RUMAH PUN ADA DUIT YE!! " KATA AYAH YANG MENUSUK DI HATI

$
0
0
hai assalammualaikum

" Alhamdulillah Duduk Rumah Pun Ada Duit Ye Diah "


Tu la kata ayah bila aku nak balik KL haritu. Masa Raya Haji haritu, aku balik kampung, duduk kampung selama seminggu. Setiap kali aku balik, memang aku akan sediakan sedikit wang untuk mak ayah aku.

Ayat tu memang buat aku sedih. Tapi aku takla tunjuk muka sedih tu kat ayah.. Hehehe.. Ayah aku cepat touching orangnya. Kang aku juga nangis kat situ.. Hahaha.

Aku sedih sebab aku belajar tinggi-tinggi, aku dapat pengalamna kerja setahun sahaja. Pastu berhenti sebab kawin. Aku sedih sebab aku tak dapat gembirakan mak ayah aku sangat. Bagi duit tak lama, nak merasa banyak benda dari anak dia sorang yang ni tak lama. Ok, aku taip dah rasa bersalah dah.

Sebab tu, job bloggerni aku buat betul-betul. Aku nak ayah mak percaya, anaknya walaupun belajar tinggi, tapi duduk rumah tapi tetap ada duit. Taknak orang pandamg enteng kat kita. Biasalah selalu orang akan pandang rendah, kau belajar tinggi tapi duduk rumah. Pakai duit suami. Tapi, aku, tepis semua tu. Aku buat apa aku nak capai. Aku buat apa aku suka.

Alhamdulillah, rezeki datang sedikit demi sedikit. Rezeki aku pun datang dari doa mak ayah dan rsstu suami. Aku cakap ' rezeki diah pun datang dari doa ayah mak. Kalau ade lebih, diah mesti bagi mak ayah duit'.

Aku mesti akan bagi duit, kalau takde pun lebih, tiap kali balik kampung mesti sediakan juga duit umtuk mak ayah. Aku sentiasa ingat susah payah ayah cari duit utk aku. Masa ambik lesen guna duit ayah, masa beljr, belanja sikit-sikit ayah bagi, beli motor guna duit ayh sikit ( walaupun motor dah takde dengan aku), aku tak pernh lupa.

Sebab tu, setiap bulan mesti aku ada simpan sikit duit utk bagi mak ayah. Aku percaya, rezeki aku datang dari restu dan doa diaorang.

Jangan kedekut dengan mak ayah, insyallah, rezeki akan bertambah. Lagi satu janga kedekut belanja family.

Rezeki bila Allah nak bagi, dia akan bagi.

FARIZA MULA BELAJAR JAGA POKOK BUNGA

$
0
0
hai assalammualaikum

Fariza Mula Belajar Jaga Pokok Bunga - Orang sekarang mula dah hias rumah dengan pokok indoor, outdoor tu. Kat rumah nad ni banyak juga, tapi yang jaga husband.hahaa.Nad ni sukan suasana hijau semua tapi kalau disuruh jaga, siram semua memang kadang tak sempat, dengan keadaan rumah tepi jalan, malu ler nak menyiram semua tu. Kalau pokok tu dalam kawasan ruang rumah ok lagi la nak menyiram. Sebab tu semua, mr mafia yang jaga, yang tambah tanah la, potong la sampai jadi cantik. Tangan mr mafia sejuk, tangan nad tak sejuk, mesti mati.. Kahkah..

Orang lain beria dengan pokok indoor, nad tak boleh, mesti mati.Pastu nak kena siram satu-satu, oh bukan kerja nad. Kalau nad, nak pokok ni, kene cari pokok sennag jaga, maksudnya pokok yang boleh kene panas dan tak perlu siram selalu. Pastu kalau boleh pokok tu, kalau disuruh siram, siram je macam tu.. Hahahaa..

Fariza pulak ikut rentak daddy dia. Rajin siram pokok, rajin belai pokok dan rajin sayang pokok.

Dah lama tak pergi nursery, harini mr mafia ajak pergi Nursery Ampang depan Tesco


Mr mafia nak cari pokok cili, jadi belila. Senang lepas ni takyah beli cili sangat. Selama ni tak beli pokok cili sebab takde ruang. Lepas kitaorangvkemas-kemas bahagian ruang luar, adala ruang sikit.

Masa beli, Fariza pulak nampak pokok bunga, warna merah. Mula dia nampak warna kuning, dia nak kuning. Lepas tu nad tunjuk warna merah, dia cakap ' lawa mommy, Fariza nak ni'.. Merayu-rayu nak ' lol ease mommy, please.. Fariza nak bunga merah ni, cantik'..

Tanya orangnya berapa, dia cakap RM6 je. Hah okla murah.. Beli la untuk dia..


Siap cakap, Fariza jaga ye bunga ni, mommy taknak jaga. Dia cakap 'ok'.

Balik tu masa turun kereta, dia cakap ' mana bunga fariza'.. Risau kau bunga dia hilang.. Hahaha. Nad cakap la 'nanti daddy bawa keluar'



Lepas tu dia dengan daddynya uruskan la pokok tu semua.

Suka dia dapat letakkan pokok dia dalam pasu cantik. Dibelai-belai pokok tu.

Nanti kita tengok Fariza jaga pokok ye.. Hehehe..

Orang tu kata pokok ni takde membesar sangat. Ok la sesuai dengan dia. Harap selalu segar bugar pokok ni.

FENOMENA KEPALA AIR, GELOMBANG AIR DATANG SECARA MENGEJUT

$
0
0
hai assalammualaikum

Fenomena Kepala Air, Gelombang Air Datang Secara Mengejut - Harini dah beberapa kes nad baca tentang kepala air. 4 orang terperangkap dalam kepala air dan berjaya diselamatkan, satu lagi kesa 4 orang juga rasanya, terperangkap tapi seorang meninggal melibtakan kanak-kanak 6 tahun. Bila ditengok macam mana fenomena kepala air ni, memmag menakutkan.

Kepala air, gelombang air datang secara mengejut dalam kuantiti yang banyak. Nad baca ia terjadi bila kawasan hulu atau ada tempat tu hujan kemudian air sungai akan jadi kepala air. Senang cerita ia terjadi sebab hujan.

Kepala air ni datang tanpaa kita sedar. Yela, siapa tak seronok tengah mandi manda dekat sungai, dengan keadaan air yang tenang, tanpa kita fikir akan terjafi kepala air ni. Mana yag tau tanda-tanda kepala air ni, ok la, yang tak tau, terperangkap dalam kepala air.


Tanda - tanda awal kepala air 

Nad ada tengok video tadi, tanda-tanda awal kepala air yang korang kene tahu ketika mandi sungai.
- Permukaan air mula berbuih halus
- Terdapat banyak daun-daun segar mengikut aliran sungai
- Air bertukar warna dari warna asal
-  Terdengar seperti bunyi berlanggar-langgar, geseran

Nad pun mulanya tak tau macam mana kepala air ni, tapi lepas tengok video, sangatla menyeramkan. Mana taknay, kepala air ni dia boleh hanyutkan pokok besar semua tau.

Kalau hari mendung atau hujan, seeloknya tak perlu la mandi air sungai. Kita tak tau bahagian hulu mungkin dah hujan.

Kalau mandi air sungai, jangan pergi ke tempat dalam dan jauh dari batu. Memang best bahagian dalam, tapi tu la takut jadi kepala air, dah terperangkap. Lagi-lagi budak kecik, janganla bawak bahagian dalam.

Kalau boleh cari tempat yang ramai pengunjung.

Itu jela antaranya. Lebih elok sekarang tak yah mandi sungai, sebab sekarang pun musim hujan. Kita mandi dekat rumah jela, guna pelampung besar tu.. Hehehe.


MACAM-MACAM MENU ADA DI CAMPUR CAMPUR KITCHEN

$
0
0
hai assalammualaikum

Makanan Tiga Negara Di Campur Campur Kitchen Cyberjaya - Korang tau tak Cyberjaya ni banyak juga port tempat untuk makan tau. Salah satu restoran yang korang boleh pergi ialah restoran Campur Campur Kitchen di Dpulze Cyberjaya. Bestnya restoran ni merupakan restoran makanan tiga negara, iaitu Thailand, China dan Indonesia, sebab tu nama dia Campur Campur Kitchen. Hah, rindu travel, takpe, dekat sini ada..eheehhe.





Mungkin ada yang bekerja di Cyberjaya, atau mencari restoran yang best untuk dinikmati bersama kawan-kawan dan keluarga, korang boleh pergi ke sini. Restoran ni menghidangkan lebih 20 menu yang sangat sedap dan enak untuk dinikmati.


20 Menu Yang Sedap Di Campur Campur Kitchen

Mungkin korang nak tau, apa 20 menu tu yang ada di Campur Campur Kitchen. Mesti korang akan terliur punyala lepas tengok gambar ni. Korang takkan menyesal untuk cuba makan dekat sini. Jom tengok menu apa yang ada.

Bukan setakat nasi, makanan bergoreng, appetizer, dessert semua ada dekat sini.


Menu Campur-Campur Kitchen
1-salted egg yolk sotong rice
2-ayam bakar rice
3-chicken with salted egg yolk rice
4-butter chicken rice
5-indonesia flying fish rice
6-sambal bamboo clam rice
7-indonesia ikan bakar rice
8-fried prawn with salted egg yolk rice
9-black pepper beef rice
10-pan fried beef kuey teow
11-cantonese kuey teow with seafood
12-campur belacan chicken fried rice
13-nasi goreng salted egg chicken and shrimp
14-thai pineapple fried rice with butter chicken
15-Salted egg yolk chicken boxing
16-Crispy baby crab
17-french toast with honey
18-banana toast with chocolate
19-Butter chicken chop
20-Chicken chop with salted egg sauce











Tengokla makanannya semua, mengiurkan ok. Terliur tak!!






Makanan bergoreng pun ada









Kalau rasa nak makan santai-santai pun ada macam macam french toast with honey, banana toast with chocolate, Butter chicken chop dan Chicken chop with salted egg sauce.



Lagi unik, dekat Campur-Campur Kitchen ni ada minuman yang menggunakan bekas mentol.Hehehe.. Try la korang.. Ada juga air panas dan air yang lain.

Promosi di Campur Campur Kitchen



Bestnya korang boleh dapat ikan bakar berharga RM1 dengan setiap pembelian RM40 ke atas. Ada lagi, 20 % off dari jam 3 petang hingga 6 petang, isnin hingga jumaat. Hah tunggu apa lagi, datang la sini, dan nikmati pelbagai jenis menu yang ada. Mesti korang puas hati punya la.

Campur Campur Kitchen
Alamat : Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya
Facebook : https://www.facebook.com/Campur-Campur-kitchen-1124551257602112/
Instagram : https://instagram.com/campurcampurkitchen?igshid=4pax2kc4bmpn

RESTORAN SANA SINI, TEMPAT MAKAN BEST DI DPULZE CYBERJAYA

$
0
0
hai assalammualaikum

Restoran Sana Sini, Tempat Makan Best Di DPulze Cyberjaya - Selalunya, kalau nak makan dekat luar ni, port best bila ada ruang permainan untuk anak-anak, maksudnya tempat tu mesra kanak-kanak. Tenang sikit mak ayah nak makan. Anak-anak pun takdela bosan bila ajak keluar makan tu. Nad ada jumpa satu restoran di Cyberjaya, sesuai untuk yang ada anak-anak ni. Restoran ni dalam mall Dpulze Shopping Centre, di tingkat LG01. Ok , restoran ni ialah Restoran Sana Sini.


Restoran Sana Sini, Tempat Makan Best Di DPulze Cyberjaya

Tengok kedainya memang sangat luas dan selesa. Jangan risau bab SOP,semuanya teratur. Dekorasi kedai ni pun sangat menarik.







Tempat permainan kanak-kanak, pasti anak-anak suka bila datang ke sini. Tak mengganggu mak ayah nak makan ye, bila diaorang dapat main ni.
Pilihan Menu Yang Ada Di Restoran Sana Sini DPulze Cyberjaya

Menu dekat sini semua sedap-sedap. Ada menu yang bila korang nampak, mesti rasa woww dan kene cuba. Ok ni 20 menu yang ada di Restoran Sana Sini
1-Nasi Ayam 7 Adik Beradik
2-Salted Egg Chicken Wing
3-Curry Laksa Noodle
4-Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom
5-Sizzling Ayam Bakar Rice
6-Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
7- Pineapple Seafood Fried Rice
8-Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop
9-King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg
10-Claypot Beancurd With Vegetable
11-Butter Chicken With Egg Floss Rice
12-Spicy Szechuan Chicken Rice
13-Classic Chicken Carbonara
14-Spaghetti Aglio Olio With Seafood
15-Fire Flame Cajun Chicken Chop
16-Black Papper Beef Rice
17-Sweet And Sour Fish Rice
18-Salted Egg Yolk Squid Rice
19-Sambal Prawn Rice
20-Butter Milk Chicken Rice


Selalu dengar Nasi 7 benua kan, hah yang ni Nasi 7 Adik beradik. Memang boleh makan beramai-ramai.






















Ni menu lain yang ada. Semuanya nampak sedap dengan portion yang banyak.



Dengan tempat yang luas macam ni, korang boleh sambut birthday atau sambut hari istimewa dekat sini.


Dah makan tu mestila nak kena minum air. Air pun dnegan cawan yang besar. Pergh memang kenyang la ..


Bestnya, dekat sini anak-anak boleh dapat toys free kalau korang belanja RM80 ke atas. 





Bawakla kawan-kawan dan family ke sini. Oh promosi untuk hari weekend 20 %  pun ada siap dengan free salah, ice cream, pop corn dan soup. Only 3 pm until 6 pm, weekdays sahaja.

Mohla kita..
Restoran Sana Sini
Alamat : Lot Number: LG 01 , DPULZE SHOPPING CENTRE, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Facebook : https://www.facebook.com/Restoran-sana-sini-205555339936614/
Instagram : https://instagram.com/sanasinirestoran?igshid=u5yrxpzifty4

CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU BADAN YANG IBU BOLEH CUBA

$
0
0
hai assalammualaikum

Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan Yang Para Ibu Boleh Cuba -  Teringat nad masa lahirkan anak pertama, pengalaman pertama menjadi ibu, gembira bila anak depan mata. Masa mengandung, memang niat nak susukan anak sampai 2 tahun. Bila lahir je anak pertama, terus excited bagi susu badan.  Ingatkan, lepas lahirkan anak, susu ni memang sentiasa ada, penuh, cukup untuk baby, tapi, rupanya, tak!! Sebelum-sebelum tu pernah nampak kakak susukan anak diaorang, tengok macam senang je, tapi rupanya menyusukan anak ni struggle ya, susu badan nad sikit.


Bila susu merundum, emosi pulak tak stabil, dengan anak yang menangis selalu sebab laparkan susu. Memang waktu tu niat memang nak susukan anak dengan susu badan, so nad bagi je susu badan ni, walaupun tau susu merudum. Anak pulak, hisap tak berhenti sampaila puting melecet. Bukan senang ye jadi ibu menyusu ni, susu merudum, melecet pulak puting. Sakit dia, ya ampun, tak terkata!! Anak pulak tetap nangis sebab lapar nak susu. Nak taknak bagi je dengan puting melecet tu. Tahan jela!!

Lepas tu nad mula baca bab nursing ni. Usaha cari jalan penyelesaian untuk tingkatkan susu badan. Alhamdulillah, ramai yang kongsi cara untuk tingkatkan susu badan dan penghasilan susu ni. Yang ni nad jumpa lain sikit dari biasa orang buat. Selalunya kita nampak milk booster ni dengan cara minum, makan pil, tapi yang nad jumpa ni dengan hanya sapuan sahaja, tak perlu minum dan makan. Hah, percayalah, dengan sapuan sahaja dapat tingkatkan susu badan.


Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan Yang Ibu Boleh Cuba

Melkful Breast oil dari Pump It, essential oil untuk milk booster dan tingkatkan pengeluaran susu badan. Kalau essential oil, mestila tau jenis minyak, tapi bukan letak dalam air, kemudian bau..hehee. Melkful Breast Oil ni caranya dengan sapuan di payudara kita. Mudahla, untuk ibu-ibu di luar sana tidak kira ibu bekerja atau pun tidak bekerja. Macam nad, walaupun tak bekerja, tapi memerlukan bantuan juga untuk tingkatkan susu badan ni. Biasalah, persekitaran dekat rumah pun boleh buat emosi tak menentu tau..huhuhu.

Sebagai seorang ibu yang breastfeeding, yang masih lagi menyusukan anak, bila dapat tau ada produk jenis sapuan macam ni, mestila teruja nak cuba. Tertanya juga macam mana cara guna? macam mana ia berfungsi?



Melkful ni 100% semulajadi minyak berasaskan tumbuhan, herba dan bunga yang digunakan secara tradisional. Kalau dah tiga gabungan ni semula jadi ni, memang nad percaya ia dapat menyokong sistem hormon untuk menggalakkan Prolaktin bagi membekalkan pengeluaran susu dan meningkatkan lebih banyak susu.


Bagi ibu yang menyusu anak, tekanan tu mesti ada. Emosi ni la yang akan menyebabkan susu merudum. Jadi Melkful membantu mengimbangi hormon dan pengaliran susu dengan lancar. Melakful ni berangin, jadi bila pakai tu, rasa tenang sekejap.


Tengok saiz botol sangat kecil dan ringan, sangat mudah dibawa kemana sahaja. Cara pemakaian pun bukan hari-hari, pakai bila perlu sahaja bukan pakai hari-hari ye!!


Bila susu banyak, anak pun kenyang dan gembira. Part ni paling ibu-ibu gembira..hehee. Lagi-lagi kalau dengar anak sendawa.

Melkful Breast Oil Pump it, item yang perlu ada setiap ibu yang menyusu. Memang sangat membantu untuk meningkatkan pengeluaran susu dan pengaliran susu dengan lancar. Bila susu lancar, stok susu pun sentiasa ada untuk anak kita.


Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Setiap ibu mesti nak sediakan makanan yang berkhasiat ingin menyediakankhasiat yang terbaik dan sihat untuk bayi mereka.


Nursing ni bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau kita tau cara, dan usaha, mesti ia akan jadi sesuatu yang indah. Alhamdulillah, dari anak pertama, sambung anak kedua, nad dapat bagi susu badan dekat anak. Setakat ni tak berhenti lagi susu badan nad. Melkful ni pun nad dah ada dekat rumah. Walaupun kita ambil produk milkbooster ni, jangan lupa untuk lakukan teknik penyusuan susu dengan betul juga, buat demand supply, pemakanan yang sihat dan kawal emosi kita ok.

Untuk lebih lanjut, boleh layari
Website: www.pumpit.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/pumpitmalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/pumpit.malaysia/

PAPAN TANDA 'MEKDI' DI 16 RESTORAN McDONALD'S SELURUH MALAYSIA

$
0
0
hai assalammualaikum

Papan Tanda Ikonik ' Mekdi ' Dipaparkan Di Beberapa Restoran McDonald's Di Seluruh Malaysia Sempena Sambutan Merdeka 2020 Dan Hari Malaysia

" Beb, nak lepak mana? Jom Mekdi "
" Sayang, kita makan Mekdi nak "
" Ayah, ibu, dah lama kita tak makan Mekdi "


Ni la ayat yang diguna bila kita dah buntu nak makan apa, tiba-tiba teringat McDonald's Malaysia. Ya, restoran quick service yang cukup sinonim untuk seisi keluarga, tak kira usia, tua atau muda mahupun pangkat. Makan santai bersama keluarga atau rakan-rakan, tempat yang selesa untuk berkumpul. Sambut harijadi atau buat event dekat McDonald's pun best. Kalau nak cerita pasal makan apa best dekat McDonald's Malaysia, eh rasanya banyak yang jadi favourite hehe..

Selalunya sebutan yang kita sebut singkatan untuk McDonald's Malaysia ialah McD, tapi kalau ditukar kepada panggilan tempatan, jadi 'Mekdi ', betul kan. Hah, perkataan ni nampak lebih Malaysian, lokal gitu!!. Kalau korang nak tau perkataan 'Mekdi' ni akan dipaparkan di beberapa restoran McDonald's di seluruh Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan 2020 dan Hari Malaysia ni.


Papan Tanda Ikonik ' Mekdi ' Dipaparkan Di Beberapa Restoran McDonald's Di Seluruh Malaysia Sempena Sambutan Merdeka 2020

McDonald's Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa 'Malaysianya' dengan memaparkan papan tanda Mekdi ni di restoran-restoran terpilih di seluruh negara dan ia  juga bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s Malaysia pertama di Bukit Bintang.


Tahun lepas, papan tanda ikonik - Mekdi hanya dipaparkan di restoran McDonald's Bukit Bintang, dan telah mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai. Kali ni, McDonald's Malaysia telah memutuskan untuk memperluas inisiatif ini dan meraikan dengan lebih ramai rakyat Malaysia di mana perkataan 'Mekdi' akan dipaparkan di 16 restoran di seluruh Malaysia. Apa yang menarik, 16 restoran McDonald's ni la yang dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia dalam undian yang dilakukan.


Ni la antara Restoran McDonald's Malaysia yang terpilih untuk Papar Papan Tanda 'Mekdi'
1. McDonald’s Bukit Bintang
2. McDonald’s Titiwangsa
3. McDonald’s KLCC
4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2
5. McDonald’s Kuala Selangor
6. McDonald’s Greenlane, Penang
7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8. McDonald’s Stulang Laut, Johor
9. McDonald’s Kulai, Johor
10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak
16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah


Hah sesiapa yang berdekatan, boleh pergi restoran terpilih ni, makan dan jangan lupa bergambar depan papan tanda 'Mekdi' ni..hehee.. Nad dah ambil depan McDonald’s Putrajaya, Presint 2.


"Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggan kami. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali kami memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat. Jadi tahun ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia.


Jom tengok video ni.

Hidangan Sampingan Baharu Nasi Lemak McD

Nad dah rasa dah nasi lemak McDonald's, memang sedap gila, sambal dia yang pedas, rasa ngam betul. Banyak kali juga nad makan..heehe. Sebelum ni, korang boleh order Nasi Lemak sahaja atau Nasi Lemak dengan ayam goreng McD, kali ni, sempena sambutan bulan kemerdekaan 2020 dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia memberi sentuhan baharu untuk Nasi Lemak McD yang digemari ramai.


Setiap Nasi lemak McD, disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi baunya, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal yang sangat sedap. Bagi sentuhan baharu, korang boleh tambah hidangan sampingan bersama Rendang Ayam.



Selain itu, korang juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).

Harga untuk Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau ialah dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger ( GCB ) beserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99


Set Nasi Lemak McD  ni, korang dah boleh cuba rasa dan  boleh dapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara.

Bukan tu jer tau, pencuci mulut pun McDonald's Malaysia buat citarasa tempatan. Mesti kene cuba guys!!


Ada juga McFlurry Cendol baharu, dengan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol. Rasa keunikan McFlurry cendol ni, manis dan kenyal-kenyal jeli cendol tu. Sedap!!


Pai Jagung dan aiskrim berperisa cendol turut dikeluarkan semula.

McDonald's Malaysia - Jenama global terkenal berjiwa Malaysia

Kagum nad dengan McDonald's Malaysia, kerana banyak inisiatif yang dilakukan untuk lebih kearah tempatan. McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia, baik daripada makanan yang disajikan, sehinggalah kepada warga kerjanya, dan juga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.


"Kita sedang melalui suasana baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik yang melanda ini telah menguji operasi perniagaan kami di pelbagai peringkat, dan kami berterima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sepanjang tempoh mencabar ini. Kami juga berbangga dengan kru kami yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat dipatuhi di semua restoran McDonald's di seluruh negara. Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung oleh masyarakat kita,” kata Hajjah Melati.


Konsep #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara – bermula pada bulan Mac tahun ini – sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. McDonald's Malaysia merancang untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025. Selaras dengan perancangan itu, McDonald's Malaysia menyasarkan untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi.

McDonald's Malaysia juga meningkatkan taraf pembangunan modal insan di Malaysia dengan memupuk bakat muda dan membantu mereka membina kerjaya yang bermakna. Memberi sumbangan kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru, bantuan mangsa banjir dan tajaan makanan untuk barisan hadapan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).


Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

#Mekdi #McDonaldsMalaysia #NasiLemakMcD

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s sempena bulan Merdeka ini, sila lawati www.mcdonalds.com.my.

PG MALL 916 GOLD CULTURAL DAY, HEALTH AND BEAUTY DAN BANYAK LAGI TAWARAN YANG ADA, BERBALOI-BALOI

$
0
0
hai assalammualaikum


PG Mall 916 Gold Cultural day, Health And beauty Dan Pembayaran Menggunakan E Wallet - Nad tau ramai sekarang lebih senang membeli barang secara online. Tak perlu nak beratur, tak perlu keluar dan bazir masa semua. Masa tengah nak masak, kemas rumah, masih boleh memilih barang dan membeli..hehee. Ni la orang cakap semua di hujung jari, gunakan sebaik mungkin. Ramai dah tau berkenaan shopping online PG Mall. Macam-macam produk ada dekat situ, dan paling best, PG Mall banyak tawaran menarik yang korang mesti suka. Mana yang suka emas tu, tengah kumpul emas, cepat-cepat tengok PG Mall, tengah ada offer baik punya ni.



PG Mall, ( https://pgmall.my ) merupakan platform e-dagang tempatan no.1 di Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 lagi. Satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. PG Mall juga merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh iPrincesight ( https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ )..hebat kan!!. Eh, PG Mall pun boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play. Cepat download, senang nak shopping nanti..hehe.


PG Mall 916 Gold Cultural Day, Health And Beauty Dan Pembayaran Menggunakan E Wallet

Offer! Offer! Offer!  Kali ni lebih banyak promosi! Lebih banyak diskaun dan lebih banyak pulangan boleh korang dapat bila shopping dekat PG Mall.

PG Mall 916 Gold Cultural Day

Siapa yang tengah kumpul emas, suka beli emas, hah masa ni la korang boleh grab emas dekat PG Mall. Korang kena set tarikh ni tau, masa ni kalau korang grab memang murah dan berbaloi.


Malaysia Gold Association (MGA) akan mengadakan 9.16 sebagai Hari Budaya Emas yang akan jatuh pada 16 September setiap tahun. PG Mall 916 Gold Cultural Day ni bermula 15 Sepetember sehingga 17 September sahaja. Ya, 3 hari sahaja!!.

Objektif 9.16 Hari Kebudayaan Emas adalah memberi kesedaran tentang hiasan emas adalah ikatan dalam budaya Malaysia, merangsang ekonomi emas tempatan dan membantu perdagangan dua hala Malaysia. 916" adalah angka yang bermakna bagi industri Emas, 916 mewakili 22 karat emas, yang merupakan sejarah yang paling popular digunakan untuk perhiasan emas di negara-negara seperti Malaysia dan Singapura.

Harga emas terendah, ialah pada harga RM24/g.


Harga istimewa 916 gold jewellery ini direct dari kilang dan paling best penghantaran adalah percuma. Pembelian hanya boleh dibeli di PG Mall insert. Cepat-cepat usha https://pgmall.my/Jewellery-1

Bukan orang biasa je boleh grab emas dekat PG Mall ni, tapi peruncit/pemborong boleh sama-sama menyertai PG Mall 916 Gold Cultural Day.



Health And Beauty Essential Week

Yeahh, part ni yang best, bahagian kecantikan dan kesihatan..hehee. siapa yang tak suka. Banyak produk kecantikan ada dekat sini dari rambut sampai hujung kaki. Nak mask, skincare, makeup, semua ada. Banyak jenama produk kecantikan dan kesihatan ada dekat PG Mall.



Hah, sebut pasal kesihatan dan kecantikan ni, Health and Beauty Essential Week akan bermula pada 15th September sehingga 30th September 2020. Korang siap-siap set date, sebab waktu ni banyak diskaun yang korang boleh dapat. klik https://pgmall.my/heatlhbeauty-essentials-week

 Antara diskaun yang korang boleh dapat
- Diskaun RM25 bila korang belanjakan minumum RM100, penghantaran percuma terhad pada rm4. Pakai Kod penggunaan: LOVEPGHB25
- Diskaun RM30 min belanja RM150, had penghantaran percuma pada rm4.
Kod Guna: LOVEPGHB30

Hah, jangan lupa grab.


Lebih Banyak Ekstrak dan Cashback Boleh Dapat Jika Bayar Menggunakan E Wallet

Part yang paling best adalah PG Mall terima semua jenis e-wallet dan pembayaran atas talian yang lain. Senang bila dapat bayar dengan ewallet kan. Scan je, terus bayar. E-Wallet Touch ‘n Go dan Boost, korang guna la dekat PG Mall. Senang kan!!


Touch n' Go 

Bermula 1 September sehingga 30 September bagi pengguna baru ( Exclusive New Shopper ), korang akan dapat RM 3 e wallet, jika korang membuat pembelian RM15 dan membayar menggunakan Touch n' Go e wallet.


Boost

Untuk Boost pula, dari 5 September sehingga 4 October, dengan membayar menggunakan e wallet Boost, korang akan dapat cashback RM 3 dengan pembelian minum sebanyak RM15

Pergh siapa taknak, beli barang lepas tu dapat duit semula. Jimat habis..Lebih banyak ekstrak dan cashback korang boleh dapat. Cepat-cepat shopping guna e wallet.

Nampak kan, banyak ganjaran yang korang dapat bila shopping dekat PG Mall ni. Apa lagi, jom shopping dekat PG Mall. Shopping banyak-banyak, share referral dan dapatkan cashback. Untung sangat.

Website : https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=539
Facebook : www.facebook.com/PGMallofficial/
Instagram : www.instagram.com/pgmall.my

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #916sale #Goldculturalday #MGA #MalaysiaGoldAssociation

#Touchngo #boost #health&beautyessentialsweek
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>