Quantcast
Channel: Ceritera Si Gadis Biru
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live

KEBAIKAN AVCO D'AURA UNTUK KECANTIKAN

$
0
0
hai assalammualaikum

Kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil ( AVCO ) D'Aura Untuk Kecantikan - Sebut minyak kelapa dara, mesti semua orang tau banyak kebaikannya untuk tubuh badan dan kulit kita. Salah satu jenama yang nad pernah ambil minyak kelapa dara semasa mengandung ialah D'Aura. Produk yang nad ambil ialah minyak kelapa dara softgel dalam bentuk kapsul. Banyak produk D'Aura ni, dan baru-baru ni D'Aura, jenama minyak kelapa dara No 1 di Malaysia telah mengeluarkan satu produk AVCO ( Aromatic Virgin Coconut Oil ) untuk kegunaan luaran sahaja, tak perlu minum atau makan dan sesuai untuk seisi keluarga. Bila tau produk ni untuk luaran sahaja, nad teruja nak mencubanya.




Aromatic Virgin Coconut Oil atau AVCO merupakan minyak kelapa dara 100% asli tanpa bahan kimia, tiada SLS, plumbum dan tiada paraben. AVCO ni kaya dengan antioksidan dan Vitamin E.


Kalau tengok pada teksturnya,nampak macam berminyak tapi jangan risau, teksturnya sangat lembut, dan cepat meresap ke dalam kulit. Ya betul, ni nad tak tipu, AVCO ni takkan buat kulit kita berminyak dan melekit pun.


Menariknya, AVCO ni dicampur denagn bauan semulajadi. Jadi takda la bau minyak kelapa sahaja. AVCO ada dua bauan, Floral Fresh, dan Morning Dew. Bauan AVCO ni tak terlalu kuat, hanya 1% sahaja bauan tu. Bila korang pakai, dalam masa 10 saat, bauan haruman segar tu akan keluar.


Banyak sangat kebaikan Aromatic Virgin Coconut oil ni untuk kecantikan. Boleh diguna dari rambut sampai hujung kaki. Jimat sangat satu botol tu tau!! Nad ni memang suka kalau produk yang mempunyai pelbagai fungsi..hehee.


Nad kongsi dengan korang apa kebaikan AVCO ni untuk kecantikan.

1) Merawat Rambut
- Selepas mandi, nad akan sapu AVCO di rambut dan kulit kepala. Bukan rambut nad sahaja, rambut anak pun nad sapu. Rambut kitaorang ni kadang-kadang kering, bercabang, jadi sapu AVCO ni dapat menyihatkan dan rambut mudah diuruskan.

2) Melembapkan kulit tangan dan kaki
- Selain rambut nad akan sapu di tangan dan kaki supaya sentiasa lembap dan lembut. AVCO ni boleh digunakan sebagai hand lotion dan body oil. Sesiapa yang mengalami kulit kering, tumit merekah dan bekerja di tempat yang beraircond, elokla pakai AVCO ni. Kulit sensitif pun boleh guna AVCO ni.

3) Pelembap wajah dan Agen anti penuaan
- Nad pakai AVCO di muka sebagai pelembap muka. AVCO ni sangat selamat sebab 100% menggunakan minyak kelapa dara, jadi ia dapat melembapkan, menganjalkan serta mengurangkan parut dan kdutan di kulit wajah. Ia juga mampu mengawal jerawat dan memudarkan jeragat.


4) Pelembap bibir
- Kadang bibir ni akan kering dengan cuaca yang tak tentu. Jadi nad sapu AVCO ni di bibir. Nampak la bibir tu lembap dan shining

5) Mencantikkan kuku
- Untuk kuku pun nad pakai AVCO ni. Kuku jadi sihat dan bersinar

6) Sebagai double cleansing dan makeup remover
- Ni paling best, tak sangka AVCO ni boleh dibuat sebagai double cleansing dan makeup remover. Ia mampu membersihkan kotoran di wajah dengan sempurna. Nad pakai AVCO ni, memang tanggal makeup di wajah. Muka bersih sebersihnya.

Video nad review dan cara nad guna AVCO sebagai kegunaan harian

Bagus kan AVCO ni, satu botol banyak sangat kebaikan dan kegunaanya.
- 100% semula jadi tanpa campuran bahan kimia
- Pengunaan minyak kelapa dara yang paling berkualiti
- Campuran estrak tumbuhan menghasilkan haruman yang menenangkan menjadikan hari-hari anda sentiasa ceria!


Saiz botol yang kecik dan ringan ni, mudah nad nak bawak ke mana sahaja. 

Nad pakai AVCO ni setiap hari sebab ia tidak meninggalkan minyak dan selamat dipakai tanpa kesan sampingan. Memang sangat sesuai untuk kegunaan harian. Tengokla video cara nad guna setiap hari.

 AVCO keluaran D'Aura ni dihasilkan dari sumber organic dan mempunyai kelulusan KKM. Jadi, nad tak was-was untuk menggunakannya. Lagipun ia produk buatan Malaysia, semestinya kita sokong produk tempatan ni.


Korang pun kena cuba tau, satu botol ni hanya RM22.90 sahaja.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari
Website: www.daura.com.my
Facebook: www.facebook.com/daura.hq.official
Instagram: www.instagram.com/daura_hq

NASI BAMBOO SG KLAH, SEDAP KE MAKANAN DEKAT SITU?

$
0
0
hai assalammualaikum

Nasi Bamboo Sg Klah, Sedap Ke? - Unplan trip, Ahad lepas, kakak ajak pergi Hot Spring Sg Klah, sebab dia belum pernah lagi pergi situ. Kakak whatsup mr mafia dan bagitau pasal trip ke Sg Klah ni. Fikir lunya fikir, okla, pergi, sebab dah lama tak pergi berendam ni. Tengok orag lain pergi mandi manda dekat sungai, kita pun nak mandi manda juga la. Jadi, Ahad lepas on terus pergi Hot Spring Sg Klah. Tapi sebelum berendam, perut kena isi dulu. Tempat wajib pergi dan makan ialah di Nasi Bamboo Sg Klah. Ramai dah datang sini, jadi kita pun nak cuba rasa sedap ke tak.

 


Nasi Bamboo Sg Klah, Sedap Ke?

Ni pertama kali nad makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah ni. Memang ramai orang masa hariti, biasalah, hari Ahad, hari orang bercuti. Mestilah ramai. Tapi SOP masih terjaga. Ada orang jaga dekat depan ntuk pastikan semua yang masuk sini, scan nama dan suhu.


Kedai makan ni besar juga, nasib masa datang ada tempat kosong. Memang masa datang, tak tengok sangat, nampak je makanan terus pergi.. Hahaha.


Nak ambil makanan kena ambil dulang yang disediakan, pastu beratur dan ambil makanan yang korang nak makan. Nasib masa beratur tak ramai orang dan tak sesak. kIra smooth jela nak ambil makanan waktu tu. Masa nad memang takde orang beratur, nad je sorang..hehee. Nad sampai sini pun dalam pukul 11 pagi macam tu.



Dekat situ ada bahagi-bahagi lauk, belah kanan lauk bakar-bakar, belah kiri lauk berkuah, sayur, ulaman. Nak ambil nasi dalam buluh tu pun dekat bahagian lain.



Haritu nad ambil ikan merah bakar, daging, ikan keli. Nasi pulak, nasi bamboo dengan nasi panggang serunding. Untuk lauk harga RM31, nasi pulak, bamboo RM2 lebih, serunding RM3 lebih.

Tak ambil banya lauk, sebab takut tak habis. Ni pun dah cukup, siap bahagi-bahagi dekat anak buah lain.


Orang datang sini, mungkin nak merasa nasi yang dikukus dalam buluh tu.

Bagi nad, makanan dekat sini biasa je. Takde istimewanya. Nasi lembut, okla. Yela, orang prgi kita pun nak cuba. Dah rasa okla. Lagipun dekat sini banyak menu yang ada. So boleh pilih mana nak.

Boleh je kalau nak cuba
Waze Nasi Bamboo Sg Klah
Waktu operasi: 10.30 pagi - 6 petang

UNPLAN TRIP: BERENDAM DI HOT SPRING SG KLAH

$
0
0
hai assalammualaikum

Unplan Trip: Berendam di Hot Spring Sg Klah - Ya, ni percutian tanpa dirancang. Selalunya kalau percutian tanpa dirancang ni, elok je, best je..hahaha. Kalau yang plan tu, sampai ke sudah tak perginya. Hah, entry sebelum ni nad ada cerita makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah. Lepas makan, baru best nak pergi berendam dalam air. Perjalanan dari Nasi Bamboo ke Hot Spring Sg Klah dalam setengah jam juga la. Masuk dari kawasan kebun, rumah orang, barulah sampai ke Hot Spring Sg Klah ni.



 

Unplan Trip: Berendam Di Hot Spring Sg Klah

Nad pernah pergi sini sebelum kawin. Dulu dan sekarang dah lain sikit. Adalah beberapa yang masih sama. Ni pun kakak yang ajak sebab dia tak pernah pergi sini. Dia cakap tiket tengah murah. Kita pun on jela.


Harga Tiket Hot Spring Sg Klah
Kalau tengok gamabr, tu harga asal, tapi masa nad pergi dia buat promosi. Tak tau promosi sampai bila.
Dewasa : RM12
Kanak-kanak: RM10 ( 5 - 12 tahun)


Masuk dalam ni, tak boleh bawa makanan dan telur sendiri. Beg korang akan diperiksa dahulu supaya tak bawa benda yang tak sepatutnya. Semuanya kene beli dekat dalam ni.




Masuk sini boleh naik keretapi yang disediakan atau jalan kaki je. Kitaorang decide jalan kaki je, sebab nak tengok keindahan sekeliing. Best laluan bila naik jambatan. Tepi-tepi pokok, pastu ade sungai air panas. Nampak asap dekat air tu. Tempat ni redup sebab banyak pokok-pokok.


Dekat sini ada pondok, tempat letak beg semua. Siap ada locker untuk simpan barang. Tak pasti berapa tak ambil gambar la pulak. Biasalah, excited, nak pergi berendam..hahaa. Lama dah tak berendam.

Hot spring ni ada 3 kawasan tempat mandi, satu memnag besar, air sejuk, siap ada gelongsor lagi, satu lagi tempat budak-budak dan satu lagi kolam air panas.



Mula-mula pergila tempat budak-budak dulu, bagi diaorang seronok mandi. Siap belikan pelampung dan pistol air.




Lepas tu pergi tempat kawasan yang besar sikit. Tempat mandi yang besar ni ada kawasan yang dalam . Jadi sesuai la untuk orang dewasa berenang dekat situ. Dekat sini juga ada dua gelongsor. Satu gelongsor lebar, satu lagi panjang dan tinggi.

Tengok anak buah naik, ish seronok pulak, terus nad rasa nak naik juga. Bila dah naik, best gila...hahaa. Gelongsor tu laju, berulang kali nad naik gelongsor tu.



Satu lagi kolam air panas. Hah yang ni air dia panas, tapi takda la panas sangat. Syok juga berendam dekat sini. Kalau tengahari terik, kene tahanla..hahaa. Tapi masa nad masuk, takda panas sangat, macam mandi air suam tu.






Disebabkan dekat sini kawasan Hot Spring, jadi ada air yang memang panas sangat siap boleh rebus telur. Tak ingat satu biji telur berapa. Ikutla korang la nak rendam berapa lama. Kalau nak buat telur separuh masak, rendam sekejap je, kalau nak telur rebus, rendam lama sikit.



Dalam ni ada kedai makanan, jadi jangan risau, korang lapar, beli la makanan dekat sini. Tapi tu la harga cekik darah..hahaa. Biasalah. Kitaorang pun beli makanan ringan-ringan je, sebab sebelum masuk sini dah makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah

Okla, best datang sini. Hot Spring ni buka dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Dekat sini ade resort, kalau nak duduk sini, bolehla stay dekat resort dia.

Bolehla bawak family dekat sini. Masa nad pergi alhamdulillah cuaca baik, sebab pagi tu dah hujan lebat. Kawsan memang sesuai untuk family. Cuma hati-hati, jaga anak kecik dekat kawasan air panas. Oh lupa dekat sini wash room dia besar, nak tukar pakaian takde sesak.

BANYAK CARA RUPANYA POTONG CILI KERING

$
0
0

hai assalammualaikum

Banyak Cara Rupanya Potong Cili Kering - Ingatkan potong cili kering ni satu cara je, cuma gunting ikut suka kita je, sebab cili keringa kan direbus dan diblender, rupanya ada banyak cara potong cili kering ni. Nad tau pun dekat twitetr, dan komen dekat situ rata-rata ada yang potong menyerong, potong biasa..hehee.

Hah ni gambar nad dapat dari twitter. Nampak tak, ada potong belah dua, biasa,serong dan asal boleh. Ingat semua orang potong sama je, rupanya banyak cara tu. 


Macam nad, nad potong asal boleh je, sebab tu paling senang. Sudahnya  nanti cili kering ni nad akan rendam kemudian blend, hancur juga dekat situ. Nad selalu masak banyak, sebab nanti simpan dalam peti ais dan boleh guna lagi, Takdenya nak buat sikit-sikit. Sambal ni wajib ada tau, dan setiap masakan memnag pakai sambal ni kerap. Sebab tu buat banyak-banyak dan potong asal boleh je.

Mungkin yang belah dua tu dia nak buang biji, taknak ada rasa pedas dekat situ. Yang serong tu, gigih sungguh ye korang potong..hahaa. Banyak masa betul. Yang biasa tu, halah,halah..hahaha..Mungkin dia sakit mata kalau tak sama potong agaknya..hehee.. 

Sekarang banyak proses cara masak cili kering ni. Cara buang biji cili kering ni. Baca je dalam google. Ada yang rebus dulu baru buang biji, ada yang mesin dulu , tapis bijinya, hah macam-macam la. Kalau korang banyak masa bolehla gunting macam mana korang nak. Macam yangtak banyak masa, memang renyah nak buat sambal ni, carila cara masak cili kering ni,

Setiap orang pasti ada kelainan cara. Janganla kita nak sibukkan. Sama je macam perangai orang, macam-macam ada.

Ok nak masak dulu guna sambal cili kering ni..bye..

BILA IBU JARI KAKI SUAMI KENE CENGKAM, SAKIT BUKAN MAIN

$
0
0

 hai assalammualaikum

Ibu Jari Kaki Suami Kene Cengkam, Sakit Bukan Main - Dah lama suami ngadu, ibu jari sakit. Bila tengok, taula sebab apa. Ibu jari kaki dia kene cengkam. Boleh tau rupa bila kene cengkam, kuku menekan isi di tepi jari. Bila kena memang sakit sangat, apa pun tak dapat buat. Semua serba tak kena. Mula dia boleh tahan lagi, tapi lama-lama tak boleh tahan. Terus dia ajak pergi klinik.



Ada beberapa punca yang boleh sebabkan cagu. 

- Kasut terlalu ketat dan tirus di bahagian hadapan
- Potong kuku terlalu pendek dan membulat di bahagian kiri dan kanan kuku
- Jangkitan kulat
- Jangkitan kuman di isi (tisu) kuku

Mula suami taknak pergi klinik, sebab dia kata, mesti kene potong kuku dia tu. Dia pun dah terbayang macam-macam. Sebab tu sebelum tu dia liat nak pergi klinik. Sebab apa dia fikir macam tu?, biasalah dia akan baca dulu dekat google, dan mesti la ada cerita pasal cengkam ni. Tapi sebab dah tak tahan, lagi anak kerap terpijak kuku dia tu..dia pergi juga klinik. Biarla apa kene buat dekat kuku cengkam dia tu, asalkan baik.

Kitaorang pergi Klinik Kita dekat Pandan Indah. Memang klinik tu dari nad pregnant, anak demam, nad demam, situla klinik dituju. Kaki nad kene kaca, pun jahit dekat klinik ni. 

Masa suami masuk dalam jumpa doktor, dia siap ambil gambar. 

Malam tu juga, kene potong kuku dia tu, dekat Klinik tu juga. Nad dengan anak-anak tunggu jela dekat luar.

Suami cakap, kuku cengkam suami ni elok lagi, tak teruk mana, ada orang tu, dah bernanah, berulat baru datang klinik. Nad pun, selalu nasihatkan suami, pergi klinik untuk cek, biasalah,laki kadang datang degil dia. Tapi nasib baik lama-lama dia berubah fikiran. 


 

Suami hantar gambar,doktor tengah siap-siap nak potong kuku..hehee..Masa ni dia cakap, debar semua. 

Masa kene potong kuku tu dia taknak tengok..hahaa. Ingat lagi masa nad nak kene jahit, dia juga cakap takde apa-apa, macam berani sangat. Sekali kena kat dia, dia pun taknak tengok..hahaa.

Nah, ni la dia, kuku yang dipotong tu. Huishh..seram..


 

Tengok bila dah dipotong..Aduh nad tengok pun ngeri. 

Selesai potong kuku. Kuku tu dibalut, takde dibiarkan terbuka macam dalam gambar tu..hehee. Dalam beberapa hari, pergi klinik lagi, untuk tengok. 

Alhamdulillah, sekarang dah elok dah kuku dia. Takda sakit cengkam ni. 

Cara untuk cegah cagu

1. Potong kuku dengan betul

Cara potongan kuku main peranan sangat penting. Kalau salah potong, ia boleh sebabkan kuku baru akan tumbuh ke sisi dan menekan isi pada jari.

2. Jaga kebersihan kaki

Bila kebersihan kaki tak jaga, possibility untuk jangkitan kulat dan kuman berlaku adalah tinggi. Tak susah pun actually nak jaga kebersihan kaki. Tukar stoking every day dan jangan pakai kasut basah.

Hah, kaki penting untuk dijaga, sebab kita jalan seharian menggunakan kaki. Kalau kaki sakit macam mana nak buat kerja semua. Bila kena cagu, kalau boleh buat sendiri untuk hilangkan sakit tu, bolehla buat sendiri, tapi kalau dah teruk, jangan dibiarkan sampai bernanah, terus pergi klinik.

TAPAUSAB EVENT : 32 HELAI BAJU HANYA RM10 DI JALAN JALAN JAPAN

$
0
0

 hai assalammualaikum

TapauSab Event : 32 Helai Baju Hanya RM10 Di Jalan Jalan Japan, Harga Giler!! - Korang percaya tak, nad dapat 32 helai baju dengan hanya RM10 sahaja? Yeszaaa, ni betul tau, bukan main-main. Tapi, boleh dapat baju sebanyak ni dengan harga ni hanya pada hari TapauSab event sahaja. TapauSab Event Jalan Jalan Japan hanya ada sebulan sekali sahaja iaitu pada hujung bulan hari Sabtu. Macam nad pergi hari Sabtu lepas dekat Jalan Jalan Japan One City. 

 

TapauSab Event Jalan Jalan Japan

Hari TapauSab Event ni, korang boleh dapat tawaran harga terbaik untuk pakaian preloved yang ada dekat sana. Sebelum ni nad pernah pergi, yang hanya ada pakaian untuk wanita dan kanak-kanak. Haritu nad pergi, dia tambah koleksi untuk lelaki. Berbaloi pergi TapauSab Event ni.


 

Harga TapauSab Event

RM5 untuk 1 plastik
RM10 untuk 3 plastik

Bayangkan, dapat harga baju preloved dengan harga macm ni, memang berbaloi. Kalau korang nak tau, Jalan Jalan Japan ni menjual barang-barang preloved dari Japan. Semua barang yang ada dekat sini, semuanya cantik-cantik dan lawa. memang tak dijangka dengan harganya bila korang tengok. Jalan Jalan Japan ni ada banyak outletnya, korang boleh pergi yang berdekatan.

Macam ni la keadaan TapauSab Event. TapauSab Event berlaku di depan pintu masuk Jalan Jalan Japan. Baju dilonggokkan di dalam tray, dan korang kena pilih sendiri baju yang korang berkenan. Jangan risau, semua baju dekat sini dijamin kebersihannya.

Kalau datang TapauSab ni, memang akan habiskan masa yang lama ye, sebab nak tengok satu-satu tray baju yang cantik dan sesuai dipakai. Dah habis tengok dengan pakaian wanita, pergi pulak dekat bahagian kanak-kanak..hahaha. Lepas tu bahagian lelaki pulak. Ya, semua baju kena ambil, takkan baju kita je kan, kecik hati anak-anak dan suami tak ambil diaorang punya..hehee.

Mungkin korang fikir, 'ala preloved je pun'..oopss, barang dekat sini bukan berkualiti rendah tau. Pakaian dekat sini semua cantik, jahitan kemas, dan selesa. Ada juga baju tebal, baju sejuk yang tebal, korang boleh dapat.

Cara Memasukkan Baju Ke Dalam Plastik

Selepas korang pilih baju yang korang berkenan dan masukkan dalam bakul, korang pergi ke meja untuk buat lipatan baju pulak. Sebelum tu pergi ke staff yang jaga, mintak beg plastik. Hah part ni yang kena buat betul-betul, supaya baju yang korang ambil banyak tu boleh muat dalam plastik. 1 plastik boleh muat dalam 10 ke 20 baju, itupun kalau pandai lipat dan susunla..hehee.




 

Hah lipat baju sekecil-kecilnya, dan masukkan dalam plastik, susun dan tekan baju ke dalam plastik dengan berhati-hati tanpa mengoyakkannya. Boleh tengok video nad sumbat baju dalam plastik.

Selepas tu, pergi ke kaunter staff tu semula, dan dia akan selotep plastik tu. Yeah siap, dapat 3 plastik..wihuuuu..

 Nad dapat 32 helai baju, dengan hanya RM10 sahaja..Gembira tak terkata..hehhe..







Jadi, ni la OOTD nad, baju yang nad dapat masa TapauSab Event Jalan Jalan Japan.

Kebanyakannya nad dapat baju sahaja, sebab bahagian skirt semua pendek-pendek. Tak sesuai dengan nad. Untuk anak-anak baju dan seluar. Untuk suami baju sahaja juga.

Nampak kan, baju nad grab semua cantik-cantik. Kondisi baju pun dalam keadaan baik dan sempurna. Saja ambil baju sejuk satu, sebab warna dia cantik, pinky gitu. Walau tau tak boleh travel negara luar, boleh je bawk pergi masa bercuti Cameron ke..hahaa..Ingat Malaysia takda tempat sejuk ke..hehee..

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari

BEST JUGA PAKAI ONE MINUTE MIRACLE FOUNDATION DAN MASCARA NI

$
0
0
 hai assalammualaikum
Best Juga Pakai One Minute Miracle Foundation Dan Mascara Ni - Haritu, balik kampung, nad lupa bawa foundation. Makeup-makeup ni memang selalu bawa ke mana-mana ye, tapi entah macam mana boleh terlupa pulak haritu. Masa tu juga, kakak ajak keluar. Apa lagi, pakai rembat foundation dia la..hahaa. Dia cakap foundation dia pakai ni best, tutup segala jerawat dia. Nad pun cubala. Bila pakai, memang best, terus glowing muka.
Balik KL, nad pun tanya dia ' ko pakai foundation apa haritu kak ita?'..dia jawab ' One Minute Miracle '. Terus nad cari kat instagram, tengok review dan feedback orang yang dah guna. Tak puas lagi tengok dekat youtube pulak. Mua Bella pun ada tunjuk dia makeup guna One Minute Miracle ni. Tengok macam ok. Biasalah, sebelum beli mesti nak tengok feedback lain kan. Tengok feedback semua kata best, glowing, senang makeup. Terus rasa nak beli.

Mula mintak kakak belikan, tapi macam lambat lagi nak balik kampung, teringat member ada jual. Terus pm dia tanya pasal One Minute Miracle ni. Pulak tu waktu nad tanya ada promo pulak..Arghh ni yang best ni. 

Promosi One Minute Miracle ( 1MM ) Foundation Dan Mascara

Terus nad grab promo tu, promo RM65 dapat One Minute Miracle Foundation dan Mascara berserta kepit bulu mata tu..hehee..



Sampai je, terus cuba dan buat video..hehee. Boleh tengok video nad pakai One Minute Miracle Foundation dan Mascara nya ni.
Foundation One Minute Miracle ( 1MM ) 

Foundation dia jenis cream, jadi kalau nak pakai tu, kena calit guna jari dekat muka. Buh la sebanyak mana korang nak. Kalau nak tutup cela tu, boleh bubuh banyak sikit. Foundation disertakan dengan sponge dia. Sponge tu kalau dibasahkan lagi elok, senang nak belnd foundation tu. Sponge tu akan jadi besar sikit dari rupa asal.



Best sangat pakai One Minute Miracle Foundation ni. Foundation ni sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit sensitif, Kulit berminyak, Parut jerawat, Jeragat dan Kulit kering. Nad ambil code Classic.

1MMF mengandungi 30% serbuk mutiara, buat muka jadi glowing, dan tahan sehingga 16 jam, serta tak buat muka berminyak dan bercapuk.

Lagi tentang  istimewanya 1MMF ni??
-Lepas 1minit apply wajah jadi merelip bak mutiara
-30% ekstrak mutiara (wajib glowing)
-8grm tahan 2bulan lebih
-Wangian melekat diwajah
-Tahan 16jam (tak berminyak)
-Full coverage
-SPF 45, tektur ringan dan tidak melekit
-Mengandungi vit e
-Halal (boleh dibawa solat)
-Mesra wuduk

Di samping itu ia berfungsi untuk merawat kulit dan menyerap minyak dan mengurangkan masalah pori-pori blackhead/whitehead pada hidung serta.


Mascara One Minute Miracle 
 
Mascara 1MM ni pun best. 1MMM mascara bulu mata dengan fungsi 2 dalam 1, mascara dan serum bulu mata. Boleh jadikan bulu mata lebih panjang dan melentik ok. 1 Minute Miracle Mascara ni merupakan fiber mascara dimana ia bertindak memanjang dan melentikkan bulu mata secara natural. Tak perlula tepek bulu mata palsu yang memberatkan mata tu. 



1MMM ni mudah dicuci dan tak mencomotkan mata.



Sebelum pakai mascara, kita kepit dulu dengan pengepit bulu mata tu. Selalu guna kepit bulu mata, jenis pegang bawah kan, tapi yang ni dia pegang tengah. Senang sangat nak guna. Takda takut terkepit mata tu..ehehe.. 

Lepas tu boleh apply Mascara 1 Minute Miracle tu. Pergh!!, terus melentik kau. Suka gila. Nak lagi panjang, lepas apply sekali, tunggu kering kemudian kepit dan apply semula. Puas hati dengan hasil dia.


Memang tak rugi beli dengan harganya yang berbaloi. Sesuai sangat untuk wanita yang sentiasa sibuk serta ibu-ibu kat rumah yang nak nampak cantik dan tak punya masa nak bermake-up sebab sibuk uruskan rumahtangga dan hantar ambik anak ke sekolah. Sibuk-sibuk pon muka maintain glowing tau.

Korang boleh order denagn kawan nad ni, 
Facebook : Hidayah Marzuki
Instagram: Daiamarzuki

RAMBUT SEMAKIN SIHAT DAN KUAT DENGAN BiO-LiFE® reVitiz

$
0
0
 hai assalammualaikum

Rambut Semakin Sihat Dan Kuat Dengan BiO-LiFE® reVitiz - Ingat tak, dua bulan lepas, nad ada kongsi dengan korang, yang nad join bervirtual meeting dekat zoom bersama dengan penasihat penjagaan rambut dan perunding dari BiO-LiFE® sendiri. Topik haritu berkenaan dengan penjagaan rambut. Mungkin korang lupa, tapi boleh baca semula, klik link ( Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala Yang Sihat Bermula Dari Dalam ). Haritu juga, nad diperkenalkan dengan produk baru BiO-LiFE® untuk penjagaan rambut iaitu BiO-LiFE® reVitiz. Dari diperkenalkan sampai sekarang nad consume makan produk ni. 
 
Sebelum ni masalah rambut nad tidak bermaya, kering dan macam-macam lagi. Kemudian, rambut nad pula jenis cepat panjang, dan nad pula bertudung, lagi bertambah la penjagaan rambut tu. Bukan senang ye, perempuan bertudung nak jaga rambut, nak mengekalkan penampilan rambut supaya sentiasa kelihatan sihat meskipun sekadar hitam berkilat. Dengan rambut sentiasa tertutup apabila bertudung dan ditambah pula faktor cuaca di Malaysia menyebabkan nadsering menghadapi masalah kulit kepala.
 
Bila rambut kurang sihat, memang boleh merosakkan mood kita. Rambut ni memerlukan nutrisi yang cukup untuk sentiasa sihat dan kuat. Faktor sekeliling, mengikut gaya trend terkini dan pemakanan menjadi punca rambut tak sihat. Sebab tu, nad cuba untuk ambil BiO-LiFE® reVitiz, sekurangnya dapat bantu sedikit dalam penjagaan rambut nad ni untuk mendapat nutrisi yang mencukupi.


Rambut Semakin Sihat Dan Kuat Dengan BiO-LiFE® reVitiz

Dah hampir 3 bulan nad consume makan BiO-LiFE® reVitiz ni, dan nad sangat puas hati dengan keputusannya.  Memang setiap hari nad akan belai rambut nad ni, dan boleh nampak perubahannya. Nad boleh rasa rambut semakin sihat dan kuat. Kalau sebelum ni, rasa susah hati, dengan masalah rambut, tapi sekarang tak, BiO-LiFE® reVitiz ni bantu masalah rambut nad, dengan menguatkan rambut dan memiliki kulit kepala yang sihat. Nad pasti rambut nad dah dapat nutrisi yang cukup dari dalam, sehingga rambut nad kembali cantik, bersinar dan kukuh.
 
Suka sangat bila tengok rambut bertambah bermaya dan tidak kusam. Setiap hari belai tanpa risau rambut rosak. Walaupun, nad ambil suplement ni, tapi nad tak lupa penjagaan rambut yang lain, seperti shampoo, jaga rambut, jaga pemakanan semua.


Setiap hari, selepas makan, nad akan ambil satu biji BiO-LiFE® reVitiz ni yang mengandungi 30 kapsul. Ia merupakan suplemen kesihatan, membantu pemulihan rambut, pengukuhan rambut dan perawatan kulit kepala. Ini adalah formulasi 4-dalam-1 yang terdiri daripada nutrien penting yang membantu menyelesaikan masalah rambut.
 
Formulasi 4-dalam-1 yang terdiri daripada nutrien penting , iaitu asid amino sulfurasi tertinggi dengan L-Cysteine Hydrochloride, blok untuk keratin rambut untuk membina rambut sihat yang kuat. Vitamin B Complex (B3, B5, B6, dan B7) dan Vitamin C dalam BiO-LiFE® reVitiz memberi khasiat pada kulit kepala untuk menguatkan helai rambut. Gabungan Mineral zat besi, zink dan tembaga yang boleh membantu untuk menambahbaikkan nutrisi rambut serta mengembalikan kesuburan rambut. 


Dan paling best, kandungan dalam BiO-LiFE® reVitiz ialah Ekstrak Horsetail. Ekstrak ini digunakan dalam reVitiz sebagai sebahagian daripada kombo 4 dalam 1 untuk memberikan sinaran yang cantik kepada rambut.

Ia tidak mengandungi gula, ragi, derivatif susu, gluten, bahan pengawet dan perisa tiruan. Oleh itu, selamat untuk dimakan dan disahkan halal.
Nah, jika korang merasa rambut menipis, rapuh, kering, kusam, dan mulai memiliki uban pramatang, korang kene ambil Bio-LiFE reVitiz ni. 

BiO-LiFE® reVitiz boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara termasuk Aeon Wellness, Caring, Guardian, Watsons dan farmasi tempatan yang lain. BiO-LiFE® reVitiz dijual pada harga RM 64.90 setiap pek 30 kapsul. Sila lawati http://Biolife.2.vu/reVitizML untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BiO-LiFE® reVitiz (MAL 18096014NCR).

McDONALD'S MALAYSIA : PERCUMA 100,000 McCAFE ICED LATTE MELALUI DELIVERY PADA BULAN OKTOBER SEMPENA HARI KOPI ANTARABANGSA

$
0
0

 hai assalammualaikum

Percuma 100,000 McCafe Iced Latte Pada Bulan Oktober Sempena Hari Kopi Antarabangsa - Ramai yang suka minum kopi kan. Lagi-lagi kopi McCafe Iced Latte McDonald's Malasysia ni. Nad sendiri pun suka minum air kopi McD ni. Kalau boleh setiap hari nak beli, hahhaa. Ada berita gembira untuk korang yang suka minum air kopi McCafe Iced Latte McD ni. Pada bulan Oktober ni, korang boleh merasai kopi McCafe berasaskan ekspresso berkualiti tinggi secara percuma. Wuuhuu!!, siapa yang taknak air percuma kan. McDonald's Malaysia menawarkan 100,000 Iced Latte percuma sempena Hari Kopi Antarabangsa. Iced Latte percuma ini adalah eksklusif melalui McDelivery.
 

 
“Rakyat Malaysia gemarkan kopi dan di McCafé, tetamu kami dapat menikmati secawan kopi yang penuh aroma dalam suasana mesra dan selesa di McDonald’s yang mereka kenali dan sukai, pada bila-bila masa. Oleh itu, pada Hari Kopi Antarabangsa ini, kami gembira untuk memperkenalkan beberapa tawaran istimewa selama sebulan kepada pelanggan kami di seluruh negara, di mana mereka berpeluang menikmati tawaran-tawaran eksklusif untuk pelbagai minuman McCafé,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia

“Bukan itu sahaja, kami juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan saluran Pandu-Lalu dan McDelivery. Sejak McCafé pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, kami mendapat sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan yang sangat menggemari rangkaian kopi berkualiti kami,” tambah Melati.

Kopi McCafé diperbuat 100% daripada biji kopi Arabica yang berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap dan baru dikisar. Setiap cawan hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. Kesemua minuman dan pencuci mulut juga mematuhi keselamatan makanan dan standard halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 
 
Biji kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé diperolehi secara lestari daripada pembekal yang disahkan halal. 

Minuman McCafé yang disediakan oleh barista yang dilatih secara profesional, ditawarkan dengan nilai hebat dari RM5.99 untuk rakyat Malaysia menikmati kopi espresso yang berkualiti tinggi dan penuh beraroma.
 
Pelanggan dapat mencuba pelbagai jenis kopi berasaskan espresso premium di mana-mana cawangan 296 McCafé di seluruh negara.

Selain daripada 100,000 Iced Latte percuma, McDonald's Malaysia juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan, termasuk Americano percuma semasa Masa Sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan hanya RM1.99 untuk menebus Iced Latte saiz sederhana melalui aplikasi McDonald's. Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald’s.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober, sila layari
www.mcdonalds.com.my/promotion

BANANABRO, NASI DAUN PISANG DI BERJAYA TIMES SQUARE

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Bananbro, Nasi Daun Pisang Di Berjaya Times Square - Me time!! Yup, nad mesti ada hari me time bersama dengan kawan-kawan. Ambil masa sedikit untuk bersantai, berborak dengan kawan-kawan. Kalau tak buat macam tu, duduk rumah je, boleh pening kepala tau. Haritu, me time dengan kawan-kawan dekat Berjaya Times Square. Tempat kita orang plan pergi Bananabro dekat Berjaya Times Square. Lagipun nad tak pernah lagi makan dekat situ, jadi alang-alang kita cuba makan nasi daun pisang dekat sini.
 

 
Selalu, tengok orang makan je nasi yang dilimpahi dengan kuah kari yang penuh, dengan lauk-lauk yang ada. Lagi best makan menggunakan daun pisang dengan menu tambahan, ayam goreng, sotong semua tu. Minum pula dengan air teh..ummpphhh walah!!..hehee..
 
Masa kitaorang pergi ramai juga la orang, tapi ok lagi, meja ada kosong. Meja pulak takdala rapat-rapat, memang jarak-jarak. Jadi SOP tu memang ada dah. Tempatnya pun luas dan selesa, bawah aircond lagi.hehee
 
Dekat sini ada dua nasi, nasi putih dan nasi briyani. Lepas tu, memang dah disediakan sekali, sayur acar timun, sayur peria goreng dan kentang tak silap. Ada lagi dia akan tambah papadom, dan sup rasam. Tapi nad tak ambil sup tu. Haritu nad order nasi putih berlauk.
 
Diaorang akan hidangkan satu persatu. Kemudian kuah ada 4 jenis, (kari ayam, kari ikan, kari kacang hijau, dhal), tapi nad mintak kuah kari ikan.
 

 
Ni video, korang boleh tengok, cara diaorang hidangkan makanan dekat pelanggan.
 

Menu tambahan yang nad order, ayam goreng dengan sotong goreng. Memang banyak la kalau tengok..hahaha. Memang kalau makan kenyang betul. Mana taknya, penuh satu daun pisang ni.Oh jangan lupa cuba minuman Teh Lawa Bananbro ni. Tak tau kenapa nama dia teh lawa..hehee. Sebenarnya rasa Teh Lawa ni sama je rasa teh ais, tapi dia buat ada buih-buih melimpah macam tu.hehee. Tapi air teh lawa ni memang sedap.

Bagi nad rasa dia ok la. Sedap juga, tapi tak terlalu sedap. Sedap biasa je. Kena datang lagi sekali untuk rasa lauk yang lain pulak. Mungkin lagi sedap..hehee
 

 
Kalau korang nak cuba rasa makan dekat daun pisang boleh pergi ke Restoran BananaBro ni terletak di LG-59B, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Senang nak pergi sebab ia dalam shopping mall.

Dibuka setiap hari : 8.30am - 10pm

PERTANDINGAN SAMSUNG 'SOLVE FOR TOMORROW' MERANGSANG MINAT PELAJAR TERHADAP STEM

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Pertandingan 'Slove For Tomorrow' Dianjurkan Samsung Malaysia Merangsang Minat Pelajar terhadap STEM - Memandangkan inovasi mengubah dunia kita dengan cepat, maka amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang bukan hanya untuk menyesuaikan diri, tetapi juga berkembang maju dan lebih cemerlang di masa hadapan dalam dunia teknologi. Selaras dengan komitmen Samsung Malaysia, sebuah program pendidikan globalnya iaitu ‘Solve for Tomorrow’ sedang dilaksanakan. Ia merupakan pertandingan yang bertujuan untuk merangsang sifat ingin tahu dan memupuk minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sambil memberi inspirasi kepada para pelajar untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan melalui penyelesaian inovatif STEM. 
 

Pertandingan 'Slove For Tomorrow' Dianjurkan Samsung Malaysia Merangsang Minat Pelajar terhadap STEM

 
“Ia amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang dengan kemahiran asas, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan teknologi dan manfaat peluang baharu yang dihasilkan oleh teknologi. Kami percaya dengan potensi mereka untuk mencapai tahap inovasi baharu dan menghasilkan penyelesaian yang mengubah masyarakat. Untuk membantu mereka mencapainya, Samsung komited untuk membantu mereka melalui program pendidikan yang kami jalankan seperti ‘Solve for Tomorrow’,” kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

‘Solve for Tomorrow’ merupakan pertandingan unik yang memupuk pemikiran inovatif, penyelesaian masalah secara kreatif dan kerja berpasukan yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat STEM Universiti Malaya. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari sekolah yang sering terlibat dengan pelbagai aktiviti STEM yang dijalankan oleh Pusat STEM Universiti Malaya untuk membantu mereka memperhebatkan pengalaman pembelajaran mereka. Pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ akan bermula pada 9 Oktober 2020 dan berakhir pada 8 Disember 2020 dengan pengumuman pemenang pertandingan.

Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Ketua Pusat STEM Universiti Malaya berkata, “Kita harus memperhebatkan pengetahuan Sains dan Teknologi di kalangan anak-anak muda untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat ditafsirkan di masa hadapan. Mereka boleh menggambarkannya dengan lebih baik jika mereka dilengkapi dengan peralatan yang betul dan cara terbaik untuk memastikan mekanisme itu tepat adalah melalui pendidikan Sains dan Teknologi.”

Peserta pertandingan perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mencari penyelesaian berdasarkan teknologi STEM. Para peserta boleh memilih untuk mengemukakan idea yang berfokuskan pada salah satu daripada empat tema iaitu kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan masalah sosial. Setiap satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pelajar perlu menghantar idea mereka dalam bentuk esei yang menggambarkan masalah yang harus diselesaikan dan bagaimana STEM dapat menjadi penyelesaian kreatif. Pada pusingan kedua, 10 pasukan yang disenarai pendek perlu memperhalusi idea mereka dan membentangnya menerusi PowerPoint.
 

 
Tiga pasukan akan dipilih pada pusingan ketiga. Mereka perlu memperhebatkan persembahan mereka dengan pilihan yang diberikan untuk mencipta prototaip. Setiap pasukan perlu menghantar rakaman video persembahan mereka dan fungsi prototaip yang mereka cipta. Pada peringkat akhir, ketiga-tiga pasukan akan bertanding untuk memenangi hadiah utama bernilai sehingga RM37,900 dengan penyelesaian STEM inovatif mereka yang mengagumkan para hakim. 
 
Hadiah Yang Bakal Dimenangi Peserta

Pemenang pertandingan akan membawa pulang hadiah produk Samsung untuk sekolah masing-masing dan juga untuk diri mereka. 
 
Pasukan yang memenangi hadiah pertama akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM16,900 yang akan diberikan kepada sekolah sementara setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM7,000. 
 
Untuk hadiah kedua, pasukan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM13,500 untuk sekolah mereka sementara pelajar akan mendapat produk Samsung bernilai sehingga RM6,000. 
 
Pasukan yang memenangi hadiah ketiga akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 untuk sekolah mereka dan pelajar pula menerima produk bernilai sehingga RM5,400 setiap seorang. 
 
Pemenang akan dinilai berdasarkan kesesuaian isu, kreativiti, kebolehlaksanaan idea, penerapan STEM dan penyampaian penyelesaian inovatif.

“Kami yakin bahawa pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ adalah platform yang ideal untuk mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi serta memanfaatkan sepenuhnya potensi mereka melalui penggunaan teknologi. Ini juga merupakan peluang untuk terlibat dan mendorong sifat ingin tahu pelajar dalam STEM di samping melakukan perbezaan dalam masyarakat,” kata Yoonsoo Kim.

Untuk info lanjut mengenai ‘Solve for Tomorrow’, sila layari: www.samsung.com/my/solvefortomorrow/

TAKOYAKI FROZEN MURAH DAN SEDAP DARI SEIKATSU PREMIUM TAKOYAKI

$
0
0
 hai assalammualaikum

Takoyaki Frozen Murah Dan Sedap Dari Seikatsu Premium Takoyaki - Mesti ramai suka makan Takoyaki kan. Lagi best kalau dapat isi sotong, ayam, udang yang penuh bukan tepung semata je..hehee. Sekarang susah nak jumpa kedai takoyaki ni. Masalah covid 19 yang melanda ni, buat kita takut nak keluar. Tapi pasa masa yang sama, teringin sangat nak makan takoyaki ni. Cari punya cari, jumpa juga Takoyaki Seikatsu premium ni, dan boleh deliver ke rumah. Tapi ni lagi best, takoyaki ni jenis frozen yang boleh simpan lama dalam peti ais. Apa lagi terus order la..hehee.
 
Penghantaran pun cepat, harini order esok dia hantar. Actually dia boleh hantar kurang 24 jam, tapi order malam esoknya hantarla..hehee. Yeahh tak sabar nak masak dan makan. anak-anak mesti suka. Petang-petang makan santai-santai macam ni.
 

 

Takoyaki Frozen Murah Dan Sedap Dari Seikatsu Premium Takoyaki

Takoyaki Seikatsu Premium ni, dalam dia ada 12 biji dalam satu bungkus. Tengok gemuk-gemuk semuanya ni. Siap dengan serbuk, sos, dan mayonis. Lengkap ok, tinggal masak dan tabur je.





Harganya sangat la murah, satu bungkus 12 biji harga RM15 je weii. Ada macam-macam filling Takoyaki Seikatsu Premium ni, ada chicken cheese, sotong, premium crabstick dan udang.

 

Cara nak buat dia pun senang je. Boleh tengok video di atas
- Cairkan sekejap dalam beberapa minit setelah keluarkan dari peti ais
- Goreng takoyaki tu dalam kuali yang panas
- Angkat dan letak dalam pinggan
- lepas tu terus bubuh sos, mayonis dan tabur serbuk...
- Siap

Gemuk tau Takoyaki Seikatsu Premium ni, Dalam dia penuh isi, tak kedekut. Suka gila, puas hati beli. Nak tabur serbuk, sos mayonis banyak-banyak pun takpe..hehee. Kalau taknak masak semua boleh simpan dalam peti ais semula. Hah, jimat kan..ehehhe..
 

 
Kenyang kau makan takoyaki ni. Anak-anak pun suka.

Minimum order 3 pack dan ada caj penghantaran RM5.

Lokasi penghantaran di Batu Caves, Gombak, Sentul, KL, Lembah Klang area, Bangi, Kajang, Putrajaya, Seri kembangan, Puchong, Shah Alam dan merata la..hehee..

Korang kalau nak order boleh tengok di

RESEPI SOTONG MASAK KICAP PEDAS KAU BERAPI..HEHEHE

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Resepi Sotong Masak Kicap Pedas Kau Berapi - Nama resepi pun dasyat sangat kan..hahaa. Mana taknya, selepas nad kawin dengan suami, belajar makan pedas je. Suami jenis suka makan pedas, jadi kalau takda menu pedas tu, macam pelik pulak. Jadi kena cari idea, create satu menu yang ada pedas dia tu. Maka terciptala sotong masak kicap pedas kau berapi ni..ehehhe. Ada juga la ras amanis dari kicap tu, bukan semua pedas..ehhee..



Ok bagi gambar dulu. Terliur tak tengok..nampak kuah dia yang pekat dengan sotong yang masak elok tu..aummm. Anak-anak pun suka makan sotong. Jadi aklau nak masak sotong memnag kena banyak la. Lagi kalau makanan tu sedap, memang menambah la nasinya.

Ok meh nad kongsi cara nad buat Sotong Masak Kicap Pedas ni..

Bahan-bahannya
- Sotong ikut la brapa banyak korang nak masak
- Bawang putih 2 ulas
- Bawang merah 3 biji
- seinci halis
- Cili padi ikut pedas mana korang nak. Nad guna 5 biji.
- Kayu manis
- Bunga lawang
- 2 sudu cili kisar
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Kicap manis
- Bawang besar dihiris bulat
- Cili merah dihiris

Cara memasak
- Sotong dilimur dengan kunyit dna garam, digoreng separuh masak
- Blend bawang putih, bawang merah, halia, cili padi
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau
- Masukkan bunga lawang, kayu manis dan serai
- Masukkan 2 sudu cili kisar ke dalam bahan tumisan dan amsak bersama sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Semua sos dalam 2 sudu
- Tambah sedikit air jika pekat.
- kemudian masukkan bawang yang dihiris, dan cili merah kacau sebati
- Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati.
 
Siap..selamat mencuba.

RESEPI NASI GORENG CILI KERING MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Nasi Goreng Cili Kering Mudah Dan Sedap - Nasi goreng sarapan kegemaran semua orang. Ada banyak cara boleh buat nasi goreng, ada nasi goreng cili padi, nasi goreng sardin, nasi goreng planta dan macam-macam lagi. Tapi kali ni nad cuba masak nasi goreng cili kering. Nak masak nasi goreng cili kering ni mudah sahaja, sama je masak nasi goreng biasa cuma tukar bahan sahaja. Nak nasi goreng sedap, pastikan nasi tak lembik, nasi biar cantik dan disejukkan terlebih dahulu.

Kalau nak masak nasi goreng ni, sebaiknya, nasi dah dimasak wkatu malam, dan bila waktu pagi nak masak tu, nasi dah sejuk. Nasi goreng ni nad selalu buat aklaua da nasi lebih. Tak membazir kan, jadi masak nasi goreng la.



Jadi, macam ni la rupa nasi goreng cili kering nad buat. 

Bahan-bahannya
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 10 tangkai cili kering dibasuh dahulu
- 5 biji cili padi
- ikan bilis 
- telur 3 biji ( nak buat telur dadar )



Cara membuatnya, Ni video cara nad buat nasi goreng cili kering yang mudah dan sedap.
- Blend kesemua bahan kecuali telur, kemudian tumis bahan sehingg naik bau. 
- Kemudian masukkan garam secukup rasa
- Kemudian masukkan nasi ke dalam bahan tumisan dan gaul sebati.
- 3 biji telur dipecahkan dan buat telur dadar
- Siap..

PKPD DI KLANG PUNYA PASAL BARU NAK BELAJAR PETA KLANG

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
PKPD Di Klang Punya Pasal, Baru Nak Belajar Peta Klang - Haritu diumumkan 9 Oktober bermula PKPD di Klang. Ramai konfius, Klang area mana je, adakah Shah alam termasuk sekali. Macam rumah family nad dekat Meru, adakah kawasan tu termasuk? memang jadi tanda tanya. Waktu tu juga ramai yang post peta Klang, bahagian mukim-mukim ni. Nad tau pun area Meru, Kapar, Pelabuhan Klang, Kampung Budiman..ahhaa. Yang lain dah pening. Bila diaorang post peta Klang, baru tau..hahaha..

Ni antara peta Klang yang diaorang kongsi. 

Ni Untuk Klang Utara dan Klang Selatan

 

Ni pulak bahagian kecil-kecil bahagian Klang

Ni pulak Kawasan PKPD di bahagian Klang


Jadi rumah mak ayah nad tak termasuk dalam PKPD. Tapi diaorang tetap juga tak boleh keluar mana-mana sangat. Bila perlu je baru keluar. Samalah mana-mana tempat pun, yang tak PKPD pun buat benda sama. 

Masa pengumuman PKPD ni, nasib nad dah balik KL. Kalau tak, tak dapat keluar balik. Risau juga, sebab masa Meru ada sorang kes covid, dekat pulak dekat dengan rumah mak nad, memang risau. Sekarang, makin melarat covid ni. Dah merata dia ada. 

Bila la nak kembali pulih macam dulu kan. Rindu nak jalan-jalan tanpa risau, jalan-jalan dengan senang hati. Ni salah satu peringatan untuk kita juga. 

Sekarang lebih duduk rumah je. Event pulak banyak dah cancel semula sebab kebnayak shopping mall ada kes covid. Takpela, duduk rumah diam-diam, jangan pergi tempat ramai orang. Sama-sama kita putuskan rantaian covid ni. Malas nak nuding jari dekat mereka yang tak bertanggungjawab ni. Supaya mereka sedar lepas ni.



PKPB DI KLANG PUNYA PASAL BARU NAK BELAJAR PETA KLANG

$
0
0

hai assalammualaikum

PKPB Di Klang Punya Pasal, Baru Nak Belajar Peta Klang - Haritu diumumkan 9 Oktober bermula PKPB di Klang. Ramai konfius, Klang area mana je, adakah Shah alam termasuk sekali. Macam rumah family nad dekat Meru, adakah kawasan tu termasuk? memang jadi tanda tanya. Waktu tu juga ramai yang post peta Klang, bahagian mukim-mukim ni. Nad tau pun area Meru, Kapar, Pelabuhan Klang, Kampung Budiman..ahhaa. Yang lain dah pening. Bila diaorang post peta Klang, baru tau..hahaha..

Ni antara peta Klang yang diaorang kongsi. 

Ni Untuk Klang Utara dan Klang Selatan
 

 
 
Ni pulak bahagian kecil-kecil bahagian Klang
 

 
 
Ni pulak Kawasan PKPB di bahagian Klang
 

 

Jadi rumah mak ayah nad tak termasuk dalam PKPB. Tapi diaorang tetap juga tak boleh keluar mana-mana sangat. Bila perlu je baru keluar. Samalah mana-mana tempat pun, yang tak PKPB pun buat benda sama. 

Masa pengumuman PKPB ni, nasib nad dah balik KL. Kalau tak, tak dapat keluar balik. Risau juga, sebab masa Meru ada sorang kes covid, dekat pulak dekat dengan rumah mak nad, memang risau. Sekarang, makin melarat covid ni. Dah merata dia ada. 

Bila la nak kembali pulih macam dulu kan. Rindu nak jalan-jalan tanpa risau, jalan-jalan dengan senang hati. Ni salah satu peringatan untuk kita juga. 

Sekarang lebih duduk rumah je. Event pulak banyak dah cancel semula sebab kebnayak shopping mall ada kes covid. Takpela, duduk rumah diam-diam, jangan pergi tempat ramai orang. Sama-sama kita putuskan rantaian covid ni. Malas nak nuding jari dekat mereka yang tak bertanggungjawab ni. Supaya mereka sedar lepas ni.

RESEPI SAYUR CAMPUR MASAK LEMAK PUTIH

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Resepi Sayur Campur Masak Lemak Putih - Sayur yang pelbagai ni memang membangkit selera ya, tak kisahla sayur ditumis atau berkuah. Nad dengan anak-anak memang suka makan sayur campur, sebab macam-macam sayur ada dalam tu. Nad pernah kongsi sayur campur yang bertumis sebelum ni, boleh klik sayur campur masak sos tiram, kali ni nad buat yang berkuah pulak. Sayur campur masak kuah lemak putih yang sangat sedap. Sayur campur ni contoh macam brokoli, lobak, jagung kecik, kobis, cendawan, kacang panjang tu semua. 



Ok, ni nad buat sayur campur masak kuah lemak putih. Kalau berkuah ni memang anak-anak sukala, lagi kuah lemak. Suami pulak, memang suka sayur kubis dibuat masak lemak macam ni. Jadi untuk sayur campur ni nad guna sayur kubis, cendawan dan lobak bagi ada warna sikit. Ok jom tengok bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan
- Bawang merah 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Cili padi 3 biji 
- Separuh kiub ikan bilis
- Santan
- Air
- Garam
- Lobak
- Cendawan
- Kubis



Cara membuatnya ada nad tunjukkan dekat video ni, korang boleh tengok.
 
Lauk kuah lemak putih macam ni elok digabungkan dengan sambal belacan..aumm..memang sedap ye. Ada pulak ayam goreng ke, ikan goreng.

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS MONA KAMPUNG PEOPLE PUNYA HAL

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Resepi Ayam Masak Asam Pedas Mona Kampung People Punya Hal - Siapa tengok Kampung people, lawak kan cerita tu. Keluarga Razif yang gila-gila dan sempoi je keluarga ni. Masing-masing dah faham dengan perangai masing-masing. Ayat yang digemari, bila Mona cakap ' Absolutely correction '..hehee. 
 
Masa kampung people 1, Mona kena masak, dan dia tau masak asam pedas je. Dari asam pedas tu la dia pelbagaikan. Selalu asam pedas ni ikan je, tapi Mona, kadang ganti ayam..hehee. Nad pun tertiru la nak cuba ayam masak asam pedas ni, macam mana la rasanya kan. Sebab selalu makan ikan asam pedas ni. Nah kali ni nad cuba buat ayam masak asam pedas



Ni la dia rupa ayam masak asam pedas nad. Mungkin dah biasa dengan ikan, jadi bila ganti ayam ni, macam pelik pulak. Kuah tetap sama rasa asam pedas..gitu..hehee..Ok ni nad tunjuk bahan dan cara membuatnya ye.
 
Bahan-bahan
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji bawnag merah
- seinci halia
- sedikit kunyit hidup
- cili kisar 2 sudu
 
 

Cara nak buat ayam masak asam pedas ni nad dah tunjuk di video ni. Korang boleh tengok. Mudah, senang dan sedap. Sebenarnya, asam pedas ni sedap bila ada daun kesum dan serai. Bau dia jadi, fuh, dari jauh dah bau sedap..hehehe.
 
Hah, ni Mona punya hal la ni, sampai asam pedas pun nak pelbagaikan..hehee.
 
Selamat mencuba..

PKPB DI SELANGOR, WP KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA BERMULA 14 OKTOBER

$
0
0

 hai assalammualaikum

PKPB Di Selangor, WP Kuala Lumpur Dan Putrajaya Bermula 14 Oktober - Baru update berkenaan PKPB di Klang, tiba-tiba harini dapat tau, PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober. Adeh!! Nampak tak, baru sahaja kita nak rasa nikmat bebas, walaupun tak sepenuhnya bebas, tapi bolehla bergerak ke sana sini tapi ditarik semula. Penat kita sebagai rakyat patuh SOP ni semua. Jangan pentingkan diri sendiri pada yang bersalah tu. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni bermula dari 14 Oktober sehingga 27 Oktober. Walaupun dua minggu sahaja, tapi beri kesan mendalam juga ya.



Makin hari,kes makin meningkat. Sebelum ni angka dah hampir sifar, kemudian kes di Sabah, makin lama makin meningkat dan merebak di seluruh negeri. Boleh dikatakan setiap negeri ada kes covid ni dah. 
 
Sebanyak 98 kes sedang dirawat di ICU dan 29 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Hari ini mencatatkan 563 kes baru dengan Sabah antara yang tertinggi seterusnya Pulau Pinang dan Selangor.
 
109 kes sembuh dan discaj dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 11,022. Dukacita dimaklumkan terdapat 2 kes kematian dilaporkan hari ini. Kes ke 158 adalah warganegara dan berusia 85 tahun manakala kes ke 159 pula adalah bukan warganegara berusia 48 tahun.
 
Mungkin ada yang lupa, apa pantang larang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni. Ni nad kongsikan sedikit.
 


 

Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa PKPB

Jadi, kita duduk rumah jela, tengah fikir nak buat apa ni..huhu.

Paling sedih, ada yang perniagaan baru nak up, sekali kena PKPB semula, jiwa down terus. Kesiannya diaorang ni. Bukan semua orang senang ye.

Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan kita semua.

RESEPI SQUID FLOWER PEDAS

$
0
0
 hai assalammualaikum
 
Resepi Squid Flower Pedas - Ni pertama kali nad makan squid flower ni. Ni pun sebab nad dapat dari seseorang. Mula tak tau nak masak apa, last-last pilih masak sambal jela. Sebenarnya squid flower ni dari sotong biasa tapi dipotong dalam bentuk macam ni. Tu rupanya cantik sikit tu..heehhee. 
 

 
Rupa squid flower macam ni la. Sotong yang dipotong secara corak melintang , kemudian baru dipotong kecik-kecik. Apabila diletakkan di dalam air mendidih, kepingan segitiga melilit seperti bunga putih yang indah.



Ni la dia hasil masakan dari Squid Flower. Nad masak Squid Flower pedas..nyumnyum

Bahan-bahan
- Cili kering 10 tangkai ( rebus dan toskan )
- Serbuk cilik
- Bawang besar sebiji
- Bawang putih 3 ulas
- Ikan bilis sedikit
- Garam
- lobak merah
- daun bawang

Cara membuatnya
- Blend cili kering, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis
- Masak bahan blend sehingga naik bau
- Masukkan serbuk cili dan gaul sekata bersama bahan tumisan sehingga masak
- Masukkan sotong dan gaul sekata
- Kemudian masukkan sayur lobak dan daun bawang, kacau sekata lagi.
- Masukkan garam cukup rasa dan gaul sampai masak.

Siap, selamat mencuba.
Viewing all 2312 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>